Sudah lama terbiar NH nya blog ni kan. memang penyakit MALAS melanda.
susah betul nak ambik aura RAJIN ni.
Tetiba muncul idea nak cite serba sedikit pasal tempat tinggal NH.
selepas berumahtangga, NH meneruskan di hutan batu yang penuh cabaran ni di Bandar Saujana Putra.
NH mula menyewa di pangsapuri impian Bandar Sauajan Putra pada Mac 2012. Bandar Saujana Putra ni terletak di tepi highway SKVE dan PLUS. pada 2012, memang masih byk rumah kosong, sunyi sepi je. lot parking kosong pun byk. tapi, semasa NH urgent sangat nak cari rumah sewa, susah plak nak dapat kan. last-last dapat di level 4. redha je la untuk mendaki tanga tanga yang macam cantik tu kan.
Sebenarnya, sangat seronok tinggal di flat impian ni, sebab persekitaran sangat bersih, dan dikelilingi oleh kaum melayu.
bersih tu mungkin sebab baru lagi kut. tak pun, memang maintenance tempat ni the best kan.
tapi, 1 masalah yang NH hadapi hari2. masalah stress nak hadap tol. kiri kanan nak keluar kena rempoh tol. kena spend dlm RM200 kut per month untuk kos tol sahaja.
ada je jalan belakang tanpa tol, tp, kalau guna jalan tu hari2 untuk ke puchong, USj n sewaktu dengannya, memang pendek la umur kereta kita. kalau guna motosikal, boleh la guna jalan belakang tu. kebiasaannya, jalan belakang tu, untuk kegunaan lori-lori angkut tanah untuk projek pembangunan yang masih pesat membangun di bandar saujana putra ni.
public transport pun susah kat sini. Bas memang takde.
Perkhidmatan bas rapidKL yang paling dekat adalah di Putra Height.Mungkin, Bandar Saujana Putra ni terletak di Daerah Jenjarom, bukan di daerah subang jaya seperti Putra Height.
barang-barang keperluan harian pun agak tinggi skit la harga kat sini, mungkin pembekal mengambil kira harga tol semua tu kan.
genap 2 tahun NH tinggal kat sini, cuba la cari-cari rumah flat impian ni yang nak dijual kan, paling murah yang NH jumpe RM60K level 4. yang bank lelong pun RM60K gak. kalau rumah teres setingkat memang RM300K keatas la. memang tak mampu la untuk dimiliki.
fikir punya fikir, NH ambik keputusan untuk cari rumah di kawasan Taman Putra Perdana.
Next Entri NH citekan pasal rumah di Taman Putra Perdana.
Sedih, NH tak sempat nak ambil gambar kenangan di Flat Impian ni. 26 Oktober 2014, NH telah berpindah dari Bandar Saujana Putra ni.
( gambar dari en. google)
(gambar dari en. google)