Pages

Tuesday, October 26, 2010

Sri Rampai Business Park

Jumaat lepas, ma n ayah saya datang dari kampung, lepas magrib rasenya ma n ayah samopai kat umah kaknik.

tghari sabtu, baru la saya bersama abg dan n kak eza ke kl, (umah kaknik).
hehe..dh petang baru sampai. bawak ma n ayah, amalina n nazira jejalan.
lepak2 restoran kegemaran ayah...hahha..mana lagi, restoran mamak da...
lupa lak restoran ni nama ape, kat area Sri Rampai Business Park, tempat baru lagi, on the way menghala ke Jaya Jusco Wangsa Maju.

destinasi selepas tu, ke Jaya Jusco Wangsa Maju.


- amalina berposing maut kat restoran mamak..kikiki..

TPM

TPM = Timbalan Perdana Menteri = Menteri Pelajaran.

sangat teruja nak jumpa Tan Sri Muhyiddin Yasin masa Open Source Software Day hari tu.. TPM datang hari pertama, kira nya merasmikan Open Source Software Day la kan, sebenarnya, TPM datang untuk melancarkan Dasar ICT Dalam Pendidikan yang di handle oleh bangian Khidmat Pengurusan atau BKP, BKp ni yang menyelit pada program yang bahgian kitorang handle, tp, xpe la kan, d sebab kehadiran TPM, di alu alukan la BKP ni menyelit..hehe..

saje je saya cri port tepi3 masa duk dlm dewan, nak ambik peluang nak tgk TPM dr dekat, tup2, lepas TPM berucap n nak kuar dewan, mmg TPM lalu line yang saya duduk. ape lg, hulur tangan la..hehe..leh gak bersalam ngan TPM.. mmg teruja abis..
hehe.. tu lum lg TUN Mahathir kan, kalu TUn Mahathir lagi la 100x teruja..:]



puding pelangi

puding pelangi, resepi yang paling suka saya buat kalau ade event ape2 kat opis atau umah kawan. saya ambik resepi ni kat myresepi.com 3 tahun yang lepas.
cantik puding pelangi ni, tu yang berminat nak try.

saya wat puding pelangi ni, masa open house kat umah kak Jahlawati time raya hari tu..
hehhhee...baru hari ni nak upload kat encik blog.
ye la..dah lama saya tak update blog, duk tergila layan kebun kat fb, terbengkalai dah encik blog saya ni untuk 2 3 minggu ni.




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.

- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.

- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).

- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.

- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp.

Thursday, October 21, 2010

novel - spanar rindu skru

saya kuar jalan2 ngan kak Jahlawati n isya ke bandar baru bangi. window shopping kat warta n billion, jalan2 makan angin, lupa lak nak snap gamba..

window shopping la sgt kan, tup tup, nampak kedai buku kat warta, terus terjah bahgian novel. saya kebas 1 novel. Spanar Rindu Skru.. mcm best je novel ni, tp tah bila la leh layan ni, duk sebok berkebun lak skrg ni kat fb..kikiki..

Monday, October 18, 2010

bajet 2011

bajet 2010 yang agak gempaq bagi saya..
sebab gempaq nya, PM umumkan SKIM KHIDMAT SINGKAT, dilanjutkan lagi 1 tahun pada 2011. sonok nye dengar pengumuman tu. mintak2 Skim Kerja saya skrg ni, termasuk dalam skim yang PM umumkan..Aminnnn...
syukur sgt2..

Saturday, October 16, 2010

Giant Kinrara

dah hampir 2 tahun saya tak jejak kan kaki kat giant kinrara.
malam ni, saya abiskan masa n pulus kat giant kinrara ni.
thanks en ayie sebab tolong temankan saya.
niat di hati nak beli rak utk letak buku n majalah,
tp, en ayie ckp, tak yah beli la rak tu, nak suruh adik iparnya tolong buatkan.
alhamdulillah, save pulus saya, leh la saya beli barang3 lain.
save tu mmg save tp, tahun bile tah saya akan dapat rak tu.
banyak gak la saya beli barang mlm ni..


- shopping hari sabtu kan, no plastic bag ler..huhuhu -

Thursday, October 14, 2010

layan...coke and sandue

bosan nya kat opis hari ni..
tak ade tugasan yang harus d selesai kan.
ape lagi..saya layan la novel online kat penulisan2u.com.
saya layan novel coke and sandue..
lawak gile novel ni.. sempoi abis ayat2 yang penulis guna,
tersengih3 sorang3 saya kat depan pc..sakit perut da tahan gelak.
tp, tak abis pun penulis nya uploadkan kat web ni..
so, kena la cari kat kedai buku untk tau ape pengakhiran cite ni..