Pages

Monday, March 28, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (14) Bini Aku Tomboy Ke?

Bini Aku Tomboy ke?
Penulis: Arisa Eriza
Terbitan: Kaki Novel
cetakan 2010


"kepekaan saya"
Bini Aku Tomboy ke? Mengisahkan kehidupan seorang gadis yang berpewatakan seperti seorang lelaki. Mencari fitrah kehidupan semulajadi dalam dirinya. Sofi Zarill Binti Muhammad atau lebih gemar membahasakan dirinya sebagai Zack. Suka kepada penampilan diri seperti lelaki macho yang comel, berambut pendek, bertopi dan selesa dengan t-shirt berserta jeans.

Zack berpewatakan seperti tomboy kerana semenjak kecil, di asuh oleh papa dengan cara didikan seorang anak lelaki. Semasa Zack di dalam kandungan mamanya iaitu Datin Mas atau lebih dikenali sebagai Datin Gold, mama dan papa nya menginginkan seorang anak lelaki

Kehadiran Abang Din dalam hidup Zack telah meperlihatkan naluri seorang perempuan di dalam diri Zack. Pertemuan Zack dengan Abang Din bermula apabila Zack ke Kuala Lumpur seorang diri dan barang-barang peribadinya di rompak semasa ingin menunai solat di surau. Sungguh malang nasib Zack pada hari ketibaannya di Kuala Lumpur, barang-barang semua hilang, di halau oleh makcik-makcik yang berada di surau kerana menyangka Zack seorang lelaki. Terpaksalah Zack merayau-rayau untuk meminta pertolongan. Akhirnya tertidur di kaki lima bangunan dan ada insan yang bersimpati dengan Zack, meletak RM2 di dalam topi Zack. Dengan berbekalkan RM2, Zack ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perut. Di restoran tersebutlah, pertemuan Zack dengan Abang Din berlaku.

Abang Din adalah pelayan di kedai makan yang sudi membantunya. Menumpang sementara di rumah Abang Din menyebabkan naluri kewanitaan semakin menebal di dalam diri Zack. Sebelum ini, naluri dan perasaan pada lelaki tidak pernah Zack pedulikan. Bersama Abang Din, bagaikan wujud berjuta-juta voltan arus elektrik didalam urat sarafnya. Abang Din juga mempunyai perasaan yang sama, tetapi, Abang Din musykil pada diri sendiri, kenapa perlu mempunyai perasaan aneh pada lelaki? Sememangnya, Abang Din tidak mengetahui bahawa Zack adalah seorang perempuan.

Akhirnya, Zack berjaya pulang ke rumah keluarga nya. Muncul pula, watak Arin, pembantu baru di rumah keluarganya. Arin juga menyangka Zack seorang lelaki tulen. Arin mula jatuh hati dan menyimpan perasaan cinta pada Zack. Kebaikan dan sikap mengambil berat yang ditunjukan oleh Zack yang menyebabkan Arin cepat melayan perasaan cintanya. Identiti sebenar Zack di ketahui oleh Arin kerana Arin bijak meyelidik sebelum 100 peratus hatinya jatuh terjunam menyulam perasaan seorang diri.

Datin Mas, bimbang dengan perwatakan Zack yang tidak menunjukkan mahu berubah ke arah seorang perempuan sejati, memberi kepercayaan untuk Zack menguruskan sebuah butik sendiri. Dalam sibuk menguruskan butik, perasaan rindu Zack kepada Abang Din semakin menebal. Zack semakin keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho.

Datin Mas juga bertekad untuk menjodohkan Zack dengan Azim. Azim adalah rakan sepermainan Zack semasa kecil. Tetapi, Zack sememangnya tidak begitu menyukai perangai Azim yang suka berfoya-foya dan seorang yang kasanova mempunyai teman-teman wanita yang ramai.

Zack berjaya memiliki sekeping hati milik Abang Din. Walaupun keluarga Zack jauh lebih berkedudukan dan mewah, mereka tidak menghalang Zack untuk bersatu dengan Abang Din yang hanya orang kebanyakkan. Tetapi, jodoh Zack dengan Abang Din hanya separuh jalan kerana Abang Din menemui ajal semasa berlakunya kemalangan. Zack koma dalam jangka masa yang agak lama. Zack seperti tidak dapat menerima pemergian Abang Din dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini pada Zack, Datin Mas dan Dato’ Muhammad menjodohkan Zack dengan Azim.

Seseorang yang perwatakan tomboy tidak semestinya mempunyai hati naluri dan perasaan seperti lelaki. Mereka juga dapat membahagiakan hati semua orang termasuk suaminya sendiri. Itulah yang cuba disampaikan oleh penulis muda ini Arisa Eriza. Orang berkedudukan juga tidak pernah memandang hina pada pelayan kedai makan, tidak membezakan taraf kehidupan untuk mengikat tali silaturrahim.

Friday, March 25, 2011

Jumaat yang Indah

dah lama NH tak merapu kat encik blog ni. NH asyik duk wat entri pasal review novel je kan. NH tengah bersemangat dengan aktiviti JOm lumba ngan geng3 ulat buku. tu yang duk bz bace novel n wat review je.. panjang lak NH wat intro..hehe..

memang la kan. jumaat hari yang paling indah..sbb nya, Nh dapat rehat lama-lama. dapat g menenangkan minda di mana2 tempat jualan.. hari ni, NH sempat ke alamanda seorang diri. sememang niat di hati, ke alamanda nak terjah MPH. tp, MPH kat alamanda tgh renovote, so, tak byk novel yang ada. NH duk cari novel Mimie Afinie. tapi xde, akhirnya, NH ngap 2 bende hari ni. 1 novel, 1 majalah.



- majalah pengantin yang NH sempat ngap..hehe.. mood tengah mencari ideal untuk majlis kawin..ngeh3..gatalakan NH ni, kahwin je lambat lg, duk sebok nak pilih warna tema n gaya gubahan barang hantaran. xpe la..nak menyedapkan hati. buat2, bajet tuk majlis dah cukup kan. padahal, poket massih kosong..huhuhu


- akhir nya novel emma maizura yang NH rembat.. layan je la kan Yang mana satu?

Thursday, March 24, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (13) Gelak Tergolek

Gelak Tegolek
Penulis: Wann Azlan
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 2010

"kepekaan saya"
Novel Gelak tergolek (GT) ini mengisahkan kehidupan Rahman dari bujang hingga menjadi seorang bapa. Rahman berjumpa, jatuh cinta dan berkahwin dengan Maimun. Rahman adalah seorang lelaki yang agak sengal. Pelbagai kisah lucu berlaku semasa percintaan antara Rahman dan Maimun. Pertemuan pertama, berlakunya insiden Maimun terkena najis cicak.

Sebelum Rahman berjaya berkahwin dengan Maimun, Rahman terpaksa menempuhi pelbagai karenah dari bakal bapa mertuanya iaitu Pak Brahim. Rahman juga terpaksa melayan karenah bakal mak mertuanya iaitu Mak Hendon. Semasa majlis pertunangan, kecoh satu rumah dengan adegan kejar mengejar dengan angsa dan Mak Hendon yang tersalah menyarung cincin tunang milik Maimun.

Apabila berkahwin, Rahman terlalu melebihkan Maimun berbanding ibunya. Sebenarnya, ibu Rahman tidak begitu menyukai Maimun. Rahman sentiasa mendahulukan isterinya berbanding ibunya dalam semua hal, perkara itu menyebabkan ibunya sentiasa terasa hati. Rahman juga seorang yang kurang pengetahuan agama kerana tidak begitu tahu tentang rakaat-rakaat solat apabila, Pak Brahim menyuruhnya menjadi iman.Rahman juga seorang yang suka bercerita hal rumahtangganya kepada kawan baiknya iaitu Fauzi. Bodoh sombong pun salah satu sikap Rahman.

Memang banyak kisah lucu yang berlaku apabila Rahman tinggal bersama keluarga Maimun. Pelbagai cara Rahman gunakan untuk melayan karenah Pak Brahim dan adik iparnya yang cilik, Imi yang begitu pintar dan bijak berkata-kata.

Kisah komedi ringan ini pasti akan menarik minat pada siapa-siapa yang mengemari novel komedi.

NH: Cabaran 50 Buku : (12) Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010


"kepekaan Saya"
Mengisahkan Sabrina yang telah dikhianati kawan baik yang barnama MAria. Kawan baiknya yang membuat rancangan supaya Sabrina ditangkap khalwat dengan seseorang yang di upah tetapi Sabrina tersalah masuk bilik yang di arah oleh kawan baiknya dan Sabrina di tangkap khalwat dengan Badrul. Sabrina dan Badrul terpaksa berkahwin untuk menjaga maruah keluarga Badrul yang sangat berpengaruh dalam perniagaan. Bermulalah konflik apabila Badrul membenci Sabrina kerana menganggap Sabrina sengaja membuat rancangan untuk berkahwin supaya boleh mendapat harta.

Sabrina kehilangan segalanya setelah peristiwa tangkap khalwat berlaku pada dirinya. Dua orang penting dalam hidupnya, hilang begitu sahaja setelah apa yang terjadi pada dirinya. Sahabat baik dan kekasih merangkap bakal tunangan yang amat dicintai. Kerjaya yang telah dicipta bertahun lama dengan hasil usaha gigihnya juga hilang bagai ditiup angin. Sabrina sangat mengharapkan kehadiran sahabat baik dan kekasih hati nya datang untuk menjernihkan keadaan dan menyelamatkannya dari terus di kurung di rumah agam milik keluarga Badrul. Namun, semuanya hampa, mereka semua tidak mahu mempercayai Sabrina lagi. Semua kata-kata Sabrina di pandang sepi oleh Maria. Akhirnya, Sabrina pasrah dikurung sepanjang masa di rumah Agam bertemankan airmata yang tidak pernah kering.

Kemarahan Badrul, kebencian ibu Badrul, iaitu Datin Hamidah telah menjadi sahabat sepanjang hari-hari Sabrina di rumah Agam. Sabrina selalu dimaki, dicaci, dicemuh oleh Badrul. Badrul nekad untuk menduakan Sabrina dengan menikahi kekasih hatinya, Dayana. Badrul mahu terus menyakiti Sabrina dan tidak mahu melepaskan Sabrina dengan cara baik kerana Badrul menganggap, Sabrina yang merancang memasang perangkap semasa kejadian mereka ditangkap khalwat.

Sabrina memiliki sekeping hati yang lembut dan tabah. Dengan memiliki sikap semulajadi itu, Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yang keras iaitu hati Datin Hamidah dan Dato’ Hamidi. Sikap Sabrina yang mudah untuk bertolak ansur itu dapat meletakkan dirinya dalam keadaan yang agak selesa apabila berada di rumah agam itu walaupun terkurung. Lama kelamaan, hati ibu bapa Badrul lembut dan tidak susah untuk menerima Sabrina sebagai menantu kesayangan walaupun mereka masih belum mengetahui punca sebenar Sabrina boleh ditangkap khalwat bersama Badrul.

Namun, benci-benci Badrul pada Sabrina, akhirnya timbul sayang. Dayana kalah teruk pada Sabrina dalam menakluki cinta Badrul.

Wednesday, March 23, 2011

pada suatu hari

jeng-jeng-jeng.. hehe.. saje je kan letak tajuk entri macam tu, sebenarnya, nak menyebarkan gambar di hari kejadian.. layan la ek gambar-gambar kat bawah ni. thanks pada adik NH sbb jadi jurugamba di waktu hari kejadian...

- hantaran dari NH untuk incik tunangan. purple theme ok.. santik kan, kakak sulong NH yang gubahkan, thanks sangat2 untuk "chekmek" tersayang, 'jasamu di kenang'...:]


- kek pertunangan dari NH untuk incik tunangan, bukan dari secret resipe ye, hehe, kat kampung NH takde kedai secret recipe ade kedai Sri Lintang Bakery je...:p



- ni pula kek dari incik tunangan untuk NH. biru u.. look nice kan. ada 3 kuntum mawar merah lg.. macam sayang lak nak mamam bunga tu. tapi, awal2 lagi dah di ngap oleh anak sedara NH.

- hantaran dari NH dan incik tunangan.. gabungan biru dan purple, agak menarik kan, hehe, semua menarik di mata NH sebab NH yang punya kan..;]


- rombongan dari pihak incik tunangan.



- tengah kusyuk berbincang pasal NH ngan incik tunangan. wahhh..incik tunangan tengah berdebar-debar ke tu?



- saat cincin di sarungkan ke jari manis NH dan selamat sudah NH jadi tunangan encik ayie.


- wahhhhh.... taraaaaa....NH bersama incik tunangan @ encik ayie. time ni, majlis dah selesai. rombongan incik tunangan sudah mau pulang... thanksss incik tunangan...;]
(mood, senyum sampai telinga)




Friday, March 18, 2011

glamour nya dia

apa yang anda semua nampak bila tengok gamba kat atas... tu gambar yang di ambik kat encik google, gamba sedutan filem yang tengah meletop kat pawagam sekarang ni. sebenarnya NH tertarik sangat3 ngan gambar kat atas tu, sebabnya, kawan NH zaman kanak-kanak dulu yang belakang sebelah kanan umi nazeerah tu.. hehe.. terlebih excited lak NH ni. memang dari awal lagi NH tau, pengambaran filem ni di buat sebelah ngan kampung NH, kat area pantai Bukit Keluang. so, memang ramai kawan-kawan n jiran3 NH yang jadi pelakon tambahan. thanks wat KRU sebab bagi rezki lebih kat orang-orang kampung NH.

NH teringin nak tgk filem ni, dah ajak encik tunang, tp, encik tunang ni, susah tul nak join tgk wayang.. hope, malam ni, encik tunang setuju temankan NH tgk wayang, teringin sgt nak tgk kampung NH kat layar perak dan nak tgk kehebatan KRU membuat filem Hikayat Merong Mahawangsa ni.

NH : Cabaran 50 Buku : (11) aA + bB

aA + bB
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan Jan 2008


"kepekaan saya"
aA + bB adalah kisah cinta selepas berkahwin. Perkahwinan antara seorang doktor dan jurutera. Watak utamanya adalah Addin seorang doktor lulusan luar negara manakala heronya adalah Benz seorang jurutera juga lulusan luar negara. Diperkuatkan lagi dengan watak kembar Addin iaitu Kucai, sangat unik, kembar tidak seiras, lelaki dan perempuan. Kucai adalah sahabat baik Benz.

Addin dan Benz pernah bersekolah yang sama tapi sentiasa belakunya perselisihan faham dan menyimpan dendam di dalam diri masing-masing sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Secara tidak sengaja, Addin dan Benz terserempak di luar negara tetapi Addin tidak sedikit pun dapat mengenali Benz. Mereka menjadi sahabat di alam maya, tetapi, Benz menyamar sebagai Aie. Sememangnya Benz lebih dulu tahu yang Addin adalah musuhnya di zaman sekolah dulu.

Apabila masing- masing telah tamat pelajaran dan pulang ke tanahair, mereka di paksa kahwin oleh keluarga kerana keluarga mereka adalah kenalan rapat. Dalam hal perkahwinan yang di atur oleh keluarga, sememang Addin tidak bersetuju dan memberontak kerana dendam yang masih tersimpan kemas dalam hati pada Benz. Addin juga tidak mahu tertewas dengan perasaan sendiri dan rasa hati. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas, hidup sebumbung tetapi membawa haluan masing-masing, mereka hidup tidak ubah seperti rakan serumah sahaja. Addin tetap menjaga semua tingkah laku dan aurat nya apabila keluar dari bilik, risau di lihat oleh Benz. Addin juga berkongsi membayar sewa rumah, bil air, bil api dan tidak berkongsi bilik yang sama.

Dendam Addin pada Benz makin bertambah dengan perkahwinan ini. Bagaimana untuk Addin menerima seorang musuh sebagai seorang suami. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu yang selalu merendah-rendahkan maruahnya suatu masa dahulu, tapi Benz mendakwa itu utk kebaikan dirinya supaya tidak dikacau oleh lelaki-lelaki lain. Berbagai cara yang Addin lakukan untuk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dan semakin mesra. Tanpa sedar perkahwinan yang tidak pernah dirancang itu menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia untuk menerima segala yang baru dalam kehidupan mereka.

Semestinya gaya penulisan Hlovate santai dan bersahaja, tetap sama dengan novel-novelnya yang pernah saya baca sebelum ini. Jalan cerita yang sangat banyak pengajaran yang berguna untuk semua. Cukup menghiburkan dengan watak Addin dan Benz yang sama-sama mempunyai tahap kekerasan kepala yang sama. Sama-sama mempunyai ego yang tinggi. Mereka berdua sangat susah untuk meluahkan perasaan suka pada pasangan masing-masing.