Pages

Thursday, January 31, 2013

Mari berSelawat


Jom luangkan masa 10 minit untuk saham akhirat kita

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


  • Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu

Tuesday, January 29, 2013

Bercuti


setelah setahun. baru la tercapai hajat NH nak bercuti bersama encik suami dan keluarga. alangkah susahnya encik suami nak dapat cuti. agak kejamkan company tu. selepas setahun baru lah di beri peluang cuti rehat.

NH selamat menyeberangi laut. laut kat kuala Kedah je. janji bercuti kan.


cantikkan view dari puncak Gunung Mat Chincang, Barat Laut Pulau Langkawi. selamat juga NH naik kereta kabel..:)

Wednesday, January 23, 2013

Genap setahun

cepatnya masa berlalu. esok, 24 januari. genap lah setahun usia perkahwinan NH bersama encik Suami. 
segala rintangan halangan dalam hidup berumah tangga telah NH lalui.

syukur pada Yang Esa kerana memberi kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri. mungkin belum tiba rezeki kami untuk menimang cahaya mata dalam perkahwinan kami.. harap2 2013 ni, muncul la rezki untuk mendapat baby.

terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang pada NH melalui semua pengalaman kehidupan ini.

gambar kenangan setahun yang lalu.

- setelah NH bergelar isteri.

- majlis persandingan

- sesi bergambar outdoor

Wednesday, January 16, 2013

ahli keluarga baru

kakak NH selamat melahirkan baby girl kul 5.30 pagi td.
rase mcm nak terbang balik kg tengok itu baby.. so cute .

- cute kan. tembam pipinya sama mcm pipi NH kan.. hahaha

Monday, January 14, 2013

Kek Coklat 'Moist'



tepung kek segera D'Rosni.. NH sudah jatuh hati dengan ini Kek Coklat 'Moist'.

sangat senang untuk baking kek menggunakan tepung segera ni. memang berbaloi la. 
NH dapatkan tepung segera ni kat Mydin Mall USJ dengan harga rm5.85. memang tak sampai rm10 la modal utk buat 1 biji kek coklat.

NH buat kek coklat ni, untuk diri sendiri. kek birthday diri sendri.
alhamdulillah, encik suami suka sangat ngan kek coklat ni, dia yg abiskan..



inilah rupa tepung segera kek coklat D'Rosni. ada juga yang dibungkus dalam kotak kertas.


hasil membanking. abaikan benda yang tidak berkaitan.


Friday, January 11, 2013

MAHA 2012

MAHA 2012 sudah lama berlalu. hari ni baru la NH teringat nak wat entri. sebenarnya, NH tak abis pusing 1 MAHA pun sbb bawa teman yang tak biasa jalan jauh2.. so, duk melepak kat area dewan A dan dewan B je. tak berkesempatan nak p tengok haiwan2 yang pelik pelik. bergamba pun tak sempat. masa NH sampai tu, cuaca panas sangat2. pastu, ramai plak promoter yang tidak beretika. main tarik je pengunjung nak promote produk menipu diorg. dah tak rasa masuk pameran MAHA pun, NH rase macam masuk pasaraya yang ketandusan pelanggan. memang tak menarik sangat la pada pandangan mata NH. memang ramai peniaga dr ruang pameran. dah la parking pun kena bayar. tahun tahun sebelum ni, free je parking. macam mana la pihak pengurusan MAHA 2012 ni. tahla, hope, 2 tahun akan datang, dapat perbaiki kelemahan pada 2012 ni.

- cempedak durian. ni je la hasil jari jemari NH menekan hp.


- hasil belian NH. terliur tgk manggis yang melambak tu. 3kg kut en suami memborong manggis.

Thursday, January 10, 2013

Novel : Menunggu Kereta Api





novel ni dah lama NH habiskan. baru hari ni ade semangat nak wat entri pasal novel Menunggu Kereta Api hasil penulisan NOrhayati Berahim..

memula dapat novel ni, memang teruja la nak abiskan. setiap hasil penulisan Norhayati Berahim memang akan memuaskan hati NH. kisah kemasyarakatan dan kehidupan sememangnya menjadi motif utama dalam setiap penulisan Norhayati Berahim.

Mengisahkan kehidupan watak Karina di sebuah kampung di pendalaman Kelantan iaitu Jeli. Ibu Karina yang mesra di panggil Mek adalah seorang ibu tunggal yang gigih menguruskan perniagaan kedai runcit di kampung tersebut. Karina hanya rapat dengan ayahnya. setelah kehilangan ayah, Karina banyak hidup berdikari dan setiap kali tibanya musim cuti sekolah, Karina akan bekerja di kedai Runcit milik Meknya.

Pahit Manis kehidupan seorang gadis cekal mengharungi segala corak kehidupan.


novel ni bagi NH sangat best. memang setiap penulisan NB tak akan mengecewakan.

xde mood nak wat review panjang2.. sapa2 yang kaki novel. bacalah novel ni utk mengetahui perjalanan hidup Karina.