Wednesday, November 2, 2011
NH : Cabaran 50 Buku : (40) Laman Rindu
Laman Rindu
Penulis : Hasreeyati Ramli
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan 2008
Kepekaan saya:
Laman Rindu juga mengisahkan kehidupan seorang gadis. Hasil coretan indah dari Hasreeyati Ramli ini mempunyai sedikit kelainan dari novel-novel yang pernah saya baca sebelum ini. Kelainan yang dimaksudkan adalah sifat dan perangai watak utama yang di garapnya. Watak utama dalam laman rindu ini iaitu Asnida, seorang yang tegas dan cukup matang. Menjadi ketua dalam kerjayanya.
Asnida membesar di dalam keluarga yang mewah tetapi mahu hidup berdikari, tidak mahu begitu bergantung pada kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya. Hidup menyewa dengan seorang teman bernama Feza. Kewujudan Feza sebagai seorang sahabat dapat memberi keceriaan dalam hidup Asnida, kalau tidak, mesti Asnida hidup dalam ketegasan 24 jam. Nasib baik lah, ketegasan tersebut hanya di pejabat.
Di sebalik ketegasan Asnida, dia memang beralah juga kalau melibatkan keluarga. Asnida ditunangkan dengan Zamarul oleh keluarganya. Zamarul anak kepada kenalan rapat keluarganya. Mereka kenal sejak kecil lagi dan sememangnya Asnida mencintai Zamarul sepenuh hati. Asnida cukup bahagia menjadi tunangan Zamarul.
Kebahagian yang diharapkan berkekalan ke penghujungnya di duga jua. Zamarul mengkhianati cinta mereka. Zamarul telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara senyap-senyap. Perkahwinan Zamarul dengan Milia menghancurkan hati Asnida dan membuatkan Asnida tidak mempercayai lelaki lagi.
Zamarul juga sembunyikan perkahwinannya dengan Milia dari pengetahuan keluarganya dan keluarga Asnida. Zamarul tetap berkeras mahu meneruskan perkahwinannya dengan Asnida. Ternyata, Zamarul seorang lelaki yang tamak.
Asnida tersepit dengan masalah yang dicipta oleh Zamarul. Terlalu sukar untuk Asnida membuat pilihan. Samada meneruskan perkahwinan dengan Zamarul atau membatalkan semuanya. Asnida juga tidak mahu keluarganya mendapat malu jika dia membatalkan perkahwinan tersebut kerana tetamu sudah di undang. Asnida betul-betul buntu untuk meneruskan perhubungannya dengan Zamarul.
Ketika Asnida dilanda masalah, kemunculan Helmi menghulurkan salam perkenalan. Salam perkenalan Helmi disambut Asnida kerana mereka bekerja di tempat yang sama. Pada mulanya, mereka menjalinkan persahabatan biasa, lama kelamaan, Helmi meluahkan rasa cinta pada Asnida.
Asnida semakin keliru dengan apa yang di alaminya. Helmi mengharapkan kasih darinya. Zamarul pula tidak mahu melepaskannya. Hari-hari yang dilalui oleh Asnida semakin bercelaru.
Adakah cinta dan kasih yang dihulurkan oleh Helmi di sambut tenang oleh Asnida? Bagaimanakah kesudahan kisah Helmi dan Asnida? Adakah Asnida akan bebas dari ikatan tali kasih oleh Zamarul yang tamak? Adakah Asnida dapat memaafkan Milia yang merampas kasih Zamarul darinya? Mungkinkah kebahagiaan yang kekal abadi dapat menjadi milik Asnida? Siapakah akhirnya yang dapat membahagiakan Asnida, Zamarul atau Helmi? Semua persoalan-persoalan ini akan terjawab di dalam Laman Rindu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment