Pages

Wednesday, March 6, 2013

Cuka Epal atau Apple Cider


teruskan misi untuk buang lemak2 degil dalam badan.
penurunan sangat slow sebab langgar pantang larang atkins diet.
no karbohidrat. tp, makan jugak karbohidratnya. degilkan NH ni. patutnya dh boleh lost 10kg++.
ni, nak trun 500gram pun susah kan.

hari ni, kena p cari cuka epal kat giant. hope ade la kan.


kelebihan cuka epal.

1. Membantu mengurangkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme untuk singkirkan lemak terkumpul pada badan.

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit 


4.Mengaktifkan metabolisme dan sel-sel dalam badan dan dapat menghapuskan elemen toksik dalam badan kita.

5. Membantu mencairkan darah, maka perjalanan darah menjadi lancar.

6. Menyingkirkan Air berlebihan

7. Membuang bonggol lemak @ lipatan lemak yang tidak perlu pada lengan, pinggul , peha dan paling utama sekali bahagian perut.

8. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan ini akan menurunkan risiko masalah jantung.

9. Membantu mengekalkan berat badan ideal pada mereka yang telah mencapai berat badan yang di inginkan.


Bertukar Haluan


NH masih tiada rezeki untuk dapat jawatan tetap dalam kerajaan. so, umur dh masuk 3 series. 
nekad dalam diri,mau bertukar haluan, mau mencuba nasib dan mencari rezeki dalam sektor swasta. 
awal mac = jumaat lpas, NH menjejakkan kaki ke kotaraya Kuala Lumpur, untuk sesi interview di Syarikat Takaful Malaysia. sebenarnya, pada tahun 2009 NH pernah berkhidmat disini sebagai temporary data entry clerk.

insyaallah, kali ni, NH cuba nasib untuk jawatan tetap. harap2 masih ada rezeki NH disini.
Doakan NH ye semua..:)



Bangunan Takaful
- bangunan HQ syariakt takaful malaysia. gambar d ambil dr encik google.

Tuesday, February 19, 2013

Penuh debaran

Berdebarnya rase hati.. Khamis ni, 21hb result yang ditunggu tunggu. penentu masa depan.

memang rasa tak sabar nak tau untung nasib diri sendri ni. harap2 ada rezki untuk NH. doakan yang terbaik utk NH ye kawan-kawan semua. lagi 2 hari. rase mcm lambat betul masa berlalu. 

sudah tentu NH duk terpikir2 dan berdebar pasal INI. 

Thursday, January 31, 2013

Mari berSelawat


Jom luangkan masa 10 minit untuk saham akhirat kita

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


  • Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu

Tuesday, January 29, 2013

Bercuti


setelah setahun. baru la tercapai hajat NH nak bercuti bersama encik suami dan keluarga. alangkah susahnya encik suami nak dapat cuti. agak kejamkan company tu. selepas setahun baru lah di beri peluang cuti rehat.

NH selamat menyeberangi laut. laut kat kuala Kedah je. janji bercuti kan.


cantikkan view dari puncak Gunung Mat Chincang, Barat Laut Pulau Langkawi. selamat juga NH naik kereta kabel..:)

Wednesday, January 23, 2013

Genap setahun

cepatnya masa berlalu. esok, 24 januari. genap lah setahun usia perkahwinan NH bersama encik Suami. 
segala rintangan halangan dalam hidup berumah tangga telah NH lalui.

syukur pada Yang Esa kerana memberi kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri. mungkin belum tiba rezeki kami untuk menimang cahaya mata dalam perkahwinan kami.. harap2 2013 ni, muncul la rezki untuk mendapat baby.

terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang pada NH melalui semua pengalaman kehidupan ini.

gambar kenangan setahun yang lalu.

- setelah NH bergelar isteri.

- majlis persandingan

- sesi bergambar outdoor

Wednesday, January 16, 2013

ahli keluarga baru

kakak NH selamat melahirkan baby girl kul 5.30 pagi td.
rase mcm nak terbang balik kg tengok itu baby.. so cute .

- cute kan. tembam pipinya sama mcm pipi NH kan.. hahaha