Pages

Saturday, August 30, 2014

akaun baru tenaga nasional berhad (TNB)

Tujuan NH buat entry ni adalah bertujuan untuk kongsikan pengalaman membuka akaun baru denga  TNB. 
Akaun baru ni dibuka apabila kita nak duduk rumah baru. Mean, rumah kita sendiri. 

Macam situasi NH ni, NH beli rumah secondhand. Rumah tu dah 2 tahun kosong. Owner asal dah lama potong talian elektrik. Meter semua dah dibuka. 

So, untuk dapatkan balik meter tu, kena la pergi ke pejabat tnb yg berhampiran. Mcm nh, rumah taman putra perdana, nh ke tnb bandar putri puchong.

Dokumen yang perlu di bawa ke pejbat tnb adalah:
1. Salinan ic.
2.salinan s&p rumah
3. Wang deposit (bergantung pada jenis rumah)

Nh kena deposit rm 250.
Rm10 untuk setem hasil.

Bila rumah dah lama kosong, tnb cakap, kena ada kontraktor untuk cek kabel di area meter tersebut, samada berfungsi atau sebaliknya.

Kos untuk kontraktor tersebut rm350.

So..keseluruhan kos yg nh abiskan untuk tnb rm610.

Itu sahaja perkongsian nh kali ini.