Thursday, May 17, 2012

Seperti melepaskan anjing tersepit

uissssssss... panjangkan tajuk entri.
tetibe je rasa nak lepaskan perasaaan geram dan tak puas hati kat sini.

seperti peribahasa di atas. mungkin ramai di kalangan kita semua yang penah melalui nya kan.
maksud di sebalik peribahasa tu, menolong orang yang tidak tahu berterima kasih.

bila NH hidup berdua ni, NH kena menerima keluarga baru kan. so, adik beradik, sepupu sepapat, saudara ma ra belah husband NH secara otomatiknya menjadi adik beradik sepupu sepapat saudara mara NH gak kan. dalam ramai-ramai tu, tak semua akan menyenangkan hati kita kan. adik beradik saudara mara kita sendiri pun banyak yang membuatkan kita merasa sedih n kecik hati kan.

berbalik pada menolong orang yang tidak tahu berterima kasih. bukannya nak balasan or apa2 kan, just ucapan terima kasih je pun. kalau setakat tidak berterima kasih tu, kita tak yah la pk pjg2 kan, kalau dah sampai menindas kita atau menikam dari belakang tu, mcm angin 1 badan la kan.

menolong orang tu, 1 amalan mulia. tapi, berpada pada la kan. kalau dah sekali tolong, orang buat kita mcm tak wujud je, kali ke2 tu, jangan dilayan la kan. biar la dia bawa diri sendiri. sblum dapat kije, kita suami isteri la yang dia nak minta tlong, bila dah dapat kije, cakap besar, bersembang bagai tak ingat nak mati kan, pastu, menindas kite di tempat kerja plak kan. tu mmg dah lebih la kan. iss.. memang nak elakkan diri la dari orang mcm tu kan.

macam mana la nak buat orang macam ni sedar diri. ucapan terima kasih tu penting dalam kehidupan kita kan. untuk menjaga hati semua orang kan.

buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.

kosong

assalamualaikum...

kosong?
apa yang kosong tu wahai tuan blog.. ehehe.. kosong je kan blog ni skrg..
NH skrg memang tak sempat langsung nak menjenguk blog. nak baca blog kawan-kawan pun tak sempat.

kosong entri untuk beberapa minggu n bulan kebelakangan ni.
kesibukan melanda NH semenjak berkhidmat di unit media, komunikasi korporat ni.

mmg berkoporat abis abisan la. nak bergamba or berjalan-jalan men'snap' gambar pun tak sempat.
sian kan kat encik blog ni. NH pun xtau dah nak manage time kat opis ni mcm mana.

kalau dah tiba time untuk buat liputan bersempena sidang media KSU atau Menteri, memang mcm lipas kudung la gayanya NH ni. mana nak merekod, memenuskripkan lagi percakapan. uisssssss.. mengigil gak la kepala lutut ni.

apa-apa pun, hidup NH skrg ni tak kosong tau. dah ada rumah sewa sendiri, dah menjalankan tanggungjawab seorang suri rumah. NH cukup puas hati dengan semua tanggungjawab tu. yang paling best, NH dah ada dapur sendiri.. masak sendiri n makan sendiri n berat badan pun makin bertambah..

alhamdullilllah Ya Allah, kerana beri peluang untuk hambaMu ini menikmati kebahagian hidup.
murahkkan rezeki hambamu ini untuk mendapat pekerjaan tetap.