Thursday, April 26, 2012

Bowling time

assalamualaikum...

hari ni, NH berkesempatan mengupdate encik blog ni.
selama 3 bulan sebelum ni, memang terlalu banyak aktiviti yg NH buat, cuma, masa yang agak terhad di depan pc, tu yang tak sempat nak buat apa2 entri.

NH 1st time dalam hidup dapat main bowling.. hehe, sebelum ni, tak berapa nak minat bowling2 ni, tu yang tak layan, tp, bila kelab tempat kije anjurkan perlawanan bowling ni, mcm best la plak kan. so, mmg best pun baling bola bowling tu..hehe..



Wednesday, April 25, 2012

hari bersejarah seorang wanita

salam...

gelap cerah gelap cerah, dah hampir ke penghujung april dah kan. NH pun dah 3 bulan lebih bergelar seorang isteri. alhamdulillah, semua urusan di permudahkan.

entri kali ni, NH nak berkongsi sedikit gambar pada majlis perkahwinan NH yang di ambil oleh jurufoto rasmi.
thanks banyak2 pada palie massa.







Seorang Isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......

berita gembira untuk wanita,
Sepanjang mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.