Friday, June 19, 2015

Novel : Cik Bunga dan Encik Sombong


Cik Bunga dan Encik Sombong
PenulisAirisz

Mengisahkan kehidupan Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga. Intan terpaksa menjadi bidan terjun. Intan ditawarkan menjadi tunang segera kepada Harris Isqandar. Harris Isqandar terpaksa mencari penganti tunangnya kerana bakal tunangnya Erny Humairah yang hilang entah kemana. Tetapi ibu Harris Isqandar tidak begitu bersetuju dengan keputusan yang dibuat anaknya untuk memperisterikan gadis kampung yang hanya bekerja di kedai bunga. 
Banyak peristiwa melucukan sepanjang perkenalan antara Intan dan Harris. memang mencuit hati. Harris cuba untuk memupuk kasih sayang dan cinta pada Intan. Tetapi, ibu Harris dan Erny merangcang untuk memporak perandakan hubungan Harris dan Intan. 
Novel ni, tak banyak konflik, santai santai je. ada juga la, babak pergaduhan antar Intan, ibu harris dan Erny. Pada yang minat pada jalan cerita yang santai, boleh la layan novel ni.

Novel ni telah di adaptasi ke Drama. telah ditayangkan di Astro Prima.

-gambar dari google-

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan


Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua


Thursday, May 14, 2015

Jalan-Jalan ke One City Mall, SkyPark



pusing pusing tengok kedai. tak ada pun mall ala ala parkson ke, aeon ke. tujuan utama adalah nak naik kat bumbung berkaca tu. (skypark)

kat sini banyak kedai-kedai yang jual baju baju fesyen chinese. restoran chinese n jepun pun banyak. susah juga nak nampak restoran melayu.



betapa tinggi nye kan. sebenarnya NH ni gayat yg amat. so, tabahkan lah hati semata mata nak merasai pengalaman naik ke sky park ni.
sepanjang lif bergerak sari level bawah ke level 10, mata terpejam je.




-gambar gambar dari google-

siapa-siapa yang cuci mata melihat permandangan sekitar USJ n puchong, boleh la datang ke one city Sky Park ni. memang cukup menarik. berbumbung kaca, boleh lihat kedai-kedai dr bumbung di level 10.

Wednesday, April 29, 2015

2015



bulan April dah sampai penghujungnya dah pun. baru rasa terhegeh hegeh nak wat entri untuk 2015.
alhamdullillah, masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.

januari 2014, NH berpindah opis dari sungai merab, Bangi ke Cyberjaya. harapan besar dihati, moga-moga ini pekerjaan terakhir. penat dah bertukar tukar kerja.

Januari 2015 juga NH dah menetap di Taman Putra Perdana Puchong. berpindah dari Bandar
Saujana Putra. Alhamdulillah, rezki NH dan suami, memiliki rumah sendiri dengan hasil titik peluh diperantauan.

Januari juga, NH sambut ulang tahun perkahwinan yang ke 3. masih berdua lagi. doakan NH cepat cepat dapat tambah ahli keluarga ye semua..


gambar dari google

gambar dari google