Sunday, October 13, 2013

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya



merasa jugak NH mencari rezeki kat Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau lebih dikenali sebagai PICC. hampir 2 bulan juga lah NH memerah keringat kat sini. keringat ke? haha..xde la keringat sangat pun kan.

luaskan pengalaman bak kata orang. memang macam2 pengalaman la NH dapat sepanjang menjadi juruteknik kat sini. 1st time dalam hidup kerja sebagai juruteknik. masa datang interview 20hb ogos dulu, macam2 dalam kepala otak NH ni. macam mana la NH nak panjat2, nak masuk belakang mesin2 kan dengan size badan yg mcm ni.
nasib baik la bos NH merangkap engineer mekanikal sangat2 la sporting. en Bos ckp, skop utama kerja kat Bilik kawalan Bangunan ni adalah menunggu bilik ni sampai abis waktu kerja. Bilik kawalan Bangunan @ Building Control System (BCS).

rupanya, NH just kena control system untuk penghawa dingin, lampu, lif dan eskulator je. hari-hari duk pandang screen system tu je la. kalau ada event atau konvokesyen atau ape2 meeting kat sini, baru lah NH ada tugas. kalau tak de ape2, memang duduk sambil baca novel atau tengok movie kat tonton je la.. hehe..

kerja paling rilek NH pernah dapat sepanjang duduk di rantau orang ni.

hari ni, hari last NH kerja kat sini. bulan Depan NH dah dapat kerja kat tempat lain. alhamdulillah, rezeki di bulan november.


kat atas ni la, rupa PICC. gambar NH ambil kat google je.

berdebar, teruja



sungguh lama NH tak buat entri baru kan. susah sbb tempat kerja xde pc. kat umah mmg jauh sekali la kan.
entri pasal trip ke bandung masih terbengkalai.. tah bila la akan selesai mengarang entri tersebutkan.

apa yang berdebar? apa yang teruja?
esok NH nak p jumpa Doc. hope penantian selama 1 tahun 9 bulan akan berhasil.
:) hope rezeki hujung 2013 ni makin bertambah untuk NH dan encik suami.

try cek sendiri. resultnya samar2.. so..esok sangat tak sabar nak jumpa Pn Doc.
'Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMu yang kerdil ini dan murahkanlah rezki kami sekeluarga'


Sunday, September 22, 2013

Bercuti ke Bandung : Part 2



entri kali ni masih lg NH nak bercerita percutian ke Bandung.
sampai je di guesthouse dalam pukul 10 pagi waktu indonesia ye. sempat lagi NH sekeluarga bersarapan. tp, dah tak banyak makanan yang ada. tak pe, makan je mana yang ada, nanti boleh pergi makan kat mana2. orang ckp, bandung ni banyak tempat makan yang murah-murah dan makanan pun sedap2.

uzair tengah bersarapan. 

dalam pukul 11 pagi, pak supir kami iaitu pak irfan selaku pemandu pelancong NH sekeluarga bawa kami ke kedai minyak wangi. collector parfum nama kedai tu.

apalagi, shopping sakan la minyak wangi ni, sebab 1 botol harga memang murah sangat2 kalau nak dibandingkan dengan malaysia. kakak ipar NH yang memang hantu minyak wangi, memang borong abisla. rugi kalau x beli kan..:)



hebatkan orang bandung ni, singgah kedai tanpa buang helmet. dekat malaysia jarang kut nak jumpe orang pakai helmet tengah shopping..:p

NH yang bukan peminat minyak wangi. memang tak pandai pilih la nak bau mcm mana kan. Dunhill ape benda tah NH belikan untuk en suami yang takmo ikut kitorang punya trip ni. upah utk org jaga rumah kan.

lepas tu pak Irfan bawa kami ke Pasar Baru. bak kata orang malaysia, Pasar Baru tu syurga shopping. ada 7-8 tingkat kalau tak silap NH. memang syurga sangat2 utk kaum wanita. banyak kedai yang jual kain ela, kain pasang, telekong, baju, handbag, jeans utk lelaki pun ada, memang byk la barangan2 yang dijual kat Pasar Baru. kami sekeluarga ni, xde la niat nak shopping sakan kan datang ke Bandung ni, just nak kenal tempat orang je kan. 

PASAR BARU

L7 - Parkir
L6 - Bandung Food Center, Game Master, Furniture, Salon
L5 - Muda Mudi Xenter, Salon Kecantikan, Handphone, DVD
L4 - Fashion, Sepatu, Aksesori, Pusat Perlengkapan Haji & Busana Muslim
L3 - Fashion, Tas, Perlengkapan Bayi & Anak, Pusat Pakaian Dalam
L2 - Bank, ATM, Toko Mas, Tekstil
L1 - Tekstil, Sprei, Bedcover, Karpet, Sarung
D2 - Tas, Sepatu & Sandal, Fashion, Busana Muslim, Pusat Jaket
D1 - Busana Muslim, Fashion, Tekstil, Aksesori


jalan sekitar Bandung ni memang asyik macet (sesak @ jem ) je memanjang, sampai kat Pasar Baru pun susah nak dpatkan parking, Pak Irfan terus turunkan kami kat kedai yang jual kain. sebb motifnya nak tengok kain2 yang murah2 n cantik kat Bandung ni. kalau tak silap NH kedai kain ni kat lantai 2. Kedai Kain The Cosmo.

pandangan depan kedai kain the Cosmo. NH ambil gambar ni kat Encik google, sebab NH lupa nak snap gambar kedai kain ni. maklumla teruja tengok kain yg banyak dan kedainya yang cantik. pekerja dan tauke kedai ni pun peramah sangat2. memang bestla shopping kat kedai kain The COsmo ni.

rambang mata la tengok kain-kain kat sini. kedai ni sangat-sangat selesa, sebab luas dan ada sofa untuk berehat. siap dihidangkan minuman lagi. makanan tengahari pun diorg sediakan. tapi, family NH minum je, sebab lepas ni nak makan kat tempat yang Pak Irfan dah suggestkan.

teh botol dan fresh oren yang dapat free!!! memang 1st class la layanan untuk customer kat kedai kain Cosmo ni.

kain sari yang telah mengugat keimanan NH dan adikberadik yang lain. adik NH tengah memilih warna yang sesuai.

sempat pergi 3 kedai je. sebab perut masing2 dah bergendang bagai kan. sebelum pulang ke malaysia, mau datang lagi ke Pasar BAru ni. lepas ke kedai kain ni, kami ke Kedai jual Telekong dan t-shirt Bandung. 

memang semuanya murah-murah. kat kedai telekong n kedai t-shirt, tak sempat nak bergambar sebab duk kejar masa n orang pun ramai. t-shirt Bandung tu boleh dapat dengan harga RM 6 sehelai. Telekong yang sulam-sulam pun dapat dalam RM 20.

NH sekeluarga lunch di Restoran Djoeroe Masak. makan nasi + lauk ikan Gurame goreng. memang mabeless la. 
luar restoran. dah rupanya mcm hotel kan.

ikan gurame goreng terbang..hihi.. ikan tu mcm baru lepas landing kan.

restoran ni sangat selesa dan bersih. makanan sedap dan murah. 

langsir memang cantik. NH rasa mcm nak ambil bawa balik puchong je langsir tu. Kain cotton english tu. dekoration memang mcm rumah banglo la restoran ni.

selepas lunch, Pak Irfan dan Pak Erwin bawa NH sekeluarga singgah di Toko Tiga. Toko Tiga ni tempat jual jeans dan barang-barang pakaian. ala-ala kompleks campbell kat jalan TAR KL.

kitorang tak beli apa-apa pun kat sini. pada sapa-sapa yang memang minat barang branded, memang TOko Tiga ni la tempat untuk shopping barang-barang mcm Levis, Lois n sewaktu dengannya.

dah abis posing2 kat Togo Tiga, Pak Irfan singgah di Pasar Kosambi untuk beli kerepek.

kat Pasar Kosambi ni ada 1 kedai kerepek. banyak pilihan kerepek kat sini. dalam pasar tu, NH tak sempat nak masuk. terus tuju ke kedai kerepek. rasanya mcm pasar-pasar biasa la kan. ada orang jual buah, kain baju.

ni la kedai kerepek yang NH terjah. boleh je rasa mana-mana kerepek yang berkenan di hati. ambil dan ngap je.:) 
lupa la plak apa nama kedai kerepek ni.

kerepek yang NH tak pernah jumpa kat malaysia, Kerepek Kulit Sapi (lembu). huhuhu.. memang bau sapi la. NH tak leh makan. nak muntah baunya. tp, abang NH selamber je makan kerepek ni.

seterusnya Pak Irfan bawa kami ke Jalan Dago. kat sini majoritinya Factory Outlet. Kami singgah 2 je Factory Outlet sebab mcm rase dah penat. 

dapat baucer kat FO Glow, tak guna pun baucer ni sebab adik NH shopping 2 helai kemeja je.
kat FO ni xde gambar, dah penat nak tekan kamera. haha,.. mcm la kamera tu berat sangat kan.

lepas ke Jalan Dago ni, pulang dulu ke Hotel. lepas magrib keluar untuk dinner.

NH sekeluarga dinner di Restoran Bakso Malang. 


inilah rupa Bakso yang berjaya masuk ke perut NH.

dah panjang sangat dah ni entri untuk kali ni. next entri NH akan ceritakan berjalanan percutian hari ke 2 NH sekeluarga di Bandung ye.

boleh ke entri sebelum ni:

Wednesday, September 18, 2013

bercuti ke Bandung : part 1

28 ogos - 31 ogos yg lepas NH saya family telah bercuti ke Bandung. NH saje je nak kenal negara orang n rilekkan minda.:)

kat sini NH kongsikan sedikit tips utk travel ke tempat org untuk rujukan bersama. sebelum berangkat ke sana, kena la pastikan:

TIKET FLIGHT:
utk tiket flight ni, NH sarankan, korang prepare awal2, beli tiket AIR ASIA yang tengah promosi. kalau rezeki menyebelahi korang, tiket harga 10sen pun korang akan dapat. tiket NH semua di uruskan oleh abang NH, kira nya beli terus utk 7 org pergi balik. memang berbaloi sgt2. NH spend dalam rm200/per person utk semua sekali termasuk tax n bla bla..:)



PASSPORT:
Sila pastikan passport antarabngsa korang semua masih blum menjangkau tarikh luput ye. then, yang blum wujud passport tu, pastikan anda buat passport. NH terpaksa renew. passport lama gambarnya warna warni, yang bru ni kembali pada gambar hitam putih, zaman retro gitu.


masa dalam flight, pramugari pramugara akan bagi 2 borang untuk di isikan. borang kerajaan indonesia. so, kena la prepare pen siap2 ye. nanti borang tu akan di collect di airport sebelum kite check out.

DUIT RUPIAH:
yang ni tersangat lah penting. harus dan wajib tukarkan ringgit malaysia ke rupiah awal2, sebelum berangkat lagi ye. kalau nak tukar kat Bandung tu, memang membazir masa la sebab kita tak tau jarak hotel kite ngan tempat tukar duit tu macam mana kan.

bagi yang guna kad kredit tu, sila lah aktif kan plan antabangsa.


HOTEL:
untuk hotel ni, digalakkan buat tempahan awal2 ye. takut nanti, penuh ke, ape ke kan. so, tempah sebelum berangkat ke sana ye. cari lah hotel yg berdekatan dengan tempat2 yang nak kite lawati. family NH pilih guesthouse sahaja. guesthouse ni di suggest oleh pak supir. Ariandy Boutique Guesthouse. harga bilik kat guesthouse ni dalam RM 90 perday.

(maaf ye, gambar ni xleh nak rotate, dh byk kali try rotate, tp x berhasil)

   gambar kat atas ni, susun atur n suasana bilik. luas gak bilik ni, boleh tambah tilam. ruang untuk solat pun ada.  


gambar kat atas ni laluan nak ke bilik2 sewaan dan tempat makan atau tempat untuk beristirehat.

PEMANDU PELANCONG @ PAK SUPIR.
pak supir @ pemandu pelancong ni pun, kena cari awal2, semua ni di uruskan oleh abang NH, nasib baik dan syukur sgt2, family kitarong dapat pak supir yang sangat2 baik hati. Pak IRfan dan Pak Erwin.

memang puas hati sangat2 la pak supir ni, kitorang 7 orang, pak Irfan ni bg 2 buah avanza. 
ma NH di apit oleh pak Erwin dan Pak Irfan.

entri kali ni, NH bgtau tip2 je ek. lpas ni, NH wat entri plak tempat yang NH lawati n shopping. jumpe d next entri ye semua,..:)


Wednesday, August 21, 2013

rezeki syawal

salam syawal semua....lama betul NH tak buat entri bru kat sini. masing-masing dalam mood raya lagi kan. alhamdullillah..rezeki baru untuk NH d bulan syawal ni. bertugas d tempat bru, suasana bru, skop bru. hope rezeki d sini berpanjangan.

Wednesday, March 6, 2013

Cuka Epal atau Apple Cider


teruskan misi untuk buang lemak2 degil dalam badan.
penurunan sangat slow sebab langgar pantang larang atkins diet.
no karbohidrat. tp, makan jugak karbohidratnya. degilkan NH ni. patutnya dh boleh lost 10kg++.
ni, nak trun 500gram pun susah kan.

hari ni, kena p cari cuka epal kat giant. hope ade la kan.


kelebihan cuka epal.

1. Membantu mengurangkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme untuk singkirkan lemak terkumpul pada badan.

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit 


4.Mengaktifkan metabolisme dan sel-sel dalam badan dan dapat menghapuskan elemen toksik dalam badan kita.

5. Membantu mencairkan darah, maka perjalanan darah menjadi lancar.

6. Menyingkirkan Air berlebihan

7. Membuang bonggol lemak @ lipatan lemak yang tidak perlu pada lengan, pinggul , peha dan paling utama sekali bahagian perut.

8. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan ini akan menurunkan risiko masalah jantung.

9. Membantu mengekalkan berat badan ideal pada mereka yang telah mencapai berat badan yang di inginkan.


Bertukar Haluan


NH masih tiada rezeki untuk dapat jawatan tetap dalam kerajaan. so, umur dh masuk 3 series. 
nekad dalam diri,mau bertukar haluan, mau mencuba nasib dan mencari rezeki dalam sektor swasta. 
awal mac = jumaat lpas, NH menjejakkan kaki ke kotaraya Kuala Lumpur, untuk sesi interview di Syarikat Takaful Malaysia. sebenarnya, pada tahun 2009 NH pernah berkhidmat disini sebagai temporary data entry clerk.

insyaallah, kali ni, NH cuba nasib untuk jawatan tetap. harap2 masih ada rezeki NH disini.
Doakan NH ye semua..:)



Bangunan Takaful
- bangunan HQ syariakt takaful malaysia. gambar d ambil dr encik google.

Tuesday, February 19, 2013

Penuh debaran

Berdebarnya rase hati.. Khamis ni, 21hb result yang ditunggu tunggu. penentu masa depan.

memang rasa tak sabar nak tau untung nasib diri sendri ni. harap2 ada rezki untuk NH. doakan yang terbaik utk NH ye kawan-kawan semua. lagi 2 hari. rase mcm lambat betul masa berlalu. 

sudah tentu NH duk terpikir2 dan berdebar pasal INI

Thursday, January 31, 2013

Mari berSelawat


Jom luangkan masa 10 minit untuk saham akhirat kita

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


  • Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu

Tuesday, January 29, 2013

Bercuti


setelah setahun. baru la tercapai hajat NH nak bercuti bersama encik suami dan keluarga. alangkah susahnya encik suami nak dapat cuti. agak kejamkan company tu. selepas setahun baru lah di beri peluang cuti rehat.

NH selamat menyeberangi laut. laut kat kuala Kedah je. janji bercuti kan.


cantikkan view dari puncak Gunung Mat Chincang, Barat Laut Pulau Langkawi. selamat juga NH naik kereta kabel..:)

Wednesday, January 23, 2013

Genap setahun

cepatnya masa berlalu. esok, 24 januari. genap lah setahun usia perkahwinan NH bersama encik Suami. 
segala rintangan halangan dalam hidup berumah tangga telah NH lalui.

syukur pada Yang Esa kerana memberi kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri. mungkin belum tiba rezeki kami untuk menimang cahaya mata dalam perkahwinan kami.. harap2 2013 ni, muncul la rezki untuk mendapat baby.

terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang pada NH melalui semua pengalaman kehidupan ini.

gambar kenangan setahun yang lalu.

- setelah NH bergelar isteri.

- majlis persandingan

- sesi bergambar outdoor

Wednesday, January 16, 2013

ahli keluarga baru

kakak NH selamat melahirkan baby girl kul 5.30 pagi td.
rase mcm nak terbang balik kg tengok itu baby.. so cute .

- cute kan. tembam pipinya sama mcm pipi NH kan.. hahaha

Monday, January 14, 2013

Kek Coklat 'Moist'



tepung kek segera D'Rosni.. NH sudah jatuh hati dengan ini Kek Coklat 'Moist'.

sangat senang untuk baking kek menggunakan tepung segera ni. memang berbaloi la. 
NH dapatkan tepung segera ni kat Mydin Mall USJ dengan harga rm5.85. memang tak sampai rm10 la modal utk buat 1 biji kek coklat.

NH buat kek coklat ni, untuk diri sendiri. kek birthday diri sendri.
alhamdulillah, encik suami suka sangat ngan kek coklat ni, dia yg abiskan..



inilah rupa tepung segera kek coklat D'Rosni. ada juga yang dibungkus dalam kotak kertas.


hasil membanking. abaikan benda yang tidak berkaitan.