Thursday, January 31, 2013

Mari berSelawat


Jom luangkan masa 10 minit untuk saham akhirat kita

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


  • Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu

Tuesday, January 29, 2013

Bercuti


setelah setahun. baru la tercapai hajat NH nak bercuti bersama encik suami dan keluarga. alangkah susahnya encik suami nak dapat cuti. agak kejamkan company tu. selepas setahun baru lah di beri peluang cuti rehat.

NH selamat menyeberangi laut. laut kat kuala Kedah je. janji bercuti kan.


cantikkan view dari puncak Gunung Mat Chincang, Barat Laut Pulau Langkawi. selamat juga NH naik kereta kabel..:)

Wednesday, January 23, 2013

Genap setahun

cepatnya masa berlalu. esok, 24 januari. genap lah setahun usia perkahwinan NH bersama encik Suami. 
segala rintangan halangan dalam hidup berumah tangga telah NH lalui.

syukur pada Yang Esa kerana memberi kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri. mungkin belum tiba rezeki kami untuk menimang cahaya mata dalam perkahwinan kami.. harap2 2013 ni, muncul la rezki untuk mendapat baby.

terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang pada NH melalui semua pengalaman kehidupan ini.

gambar kenangan setahun yang lalu.

- setelah NH bergelar isteri.

- majlis persandingan

- sesi bergambar outdoor

Wednesday, January 16, 2013

ahli keluarga baru

kakak NH selamat melahirkan baby girl kul 5.30 pagi td.
rase mcm nak terbang balik kg tengok itu baby.. so cute .

- cute kan. tembam pipinya sama mcm pipi NH kan.. hahaha

Monday, January 14, 2013

Kek Coklat 'Moist'



tepung kek segera D'Rosni.. NH sudah jatuh hati dengan ini Kek Coklat 'Moist'.

sangat senang untuk baking kek menggunakan tepung segera ni. memang berbaloi la. 
NH dapatkan tepung segera ni kat Mydin Mall USJ dengan harga rm5.85. memang tak sampai rm10 la modal utk buat 1 biji kek coklat.

NH buat kek coklat ni, untuk diri sendiri. kek birthday diri sendri.
alhamdulillah, encik suami suka sangat ngan kek coklat ni, dia yg abiskan..



inilah rupa tepung segera kek coklat D'Rosni. ada juga yang dibungkus dalam kotak kertas.


hasil membanking. abaikan benda yang tidak berkaitan.


Friday, January 11, 2013

MAHA 2012

MAHA 2012 sudah lama berlalu. hari ni baru la NH teringat nak wat entri. sebenarnya, NH tak abis pusing 1 MAHA pun sbb bawa teman yang tak biasa jalan jauh2.. so, duk melepak kat area dewan A dan dewan B je. tak berkesempatan nak p tengok haiwan2 yang pelik pelik. bergamba pun tak sempat. masa NH sampai tu, cuaca panas sangat2. pastu, ramai plak promoter yang tidak beretika. main tarik je pengunjung nak promote produk menipu diorg. dah tak rasa masuk pameran MAHA pun, NH rase macam masuk pasaraya yang ketandusan pelanggan. memang tak menarik sangat la pada pandangan mata NH. memang ramai peniaga dr ruang pameran. dah la parking pun kena bayar. tahun tahun sebelum ni, free je parking. macam mana la pihak pengurusan MAHA 2012 ni. tahla, hope, 2 tahun akan datang, dapat perbaiki kelemahan pada 2012 ni.

- cempedak durian. ni je la hasil jari jemari NH menekan hp.


- hasil belian NH. terliur tgk manggis yang melambak tu. 3kg kut en suami memborong manggis.

Thursday, January 10, 2013

Novel : Menunggu Kereta Api





novel ni dah lama NH habiskan. baru hari ni ade semangat nak wat entri pasal novel Menunggu Kereta Api hasil penulisan NOrhayati Berahim..

memula dapat novel ni, memang teruja la nak abiskan. setiap hasil penulisan Norhayati Berahim memang akan memuaskan hati NH. kisah kemasyarakatan dan kehidupan sememangnya menjadi motif utama dalam setiap penulisan Norhayati Berahim.

Mengisahkan kehidupan watak Karina di sebuah kampung di pendalaman Kelantan iaitu Jeli. Ibu Karina yang mesra di panggil Mek adalah seorang ibu tunggal yang gigih menguruskan perniagaan kedai runcit di kampung tersebut. Karina hanya rapat dengan ayahnya. setelah kehilangan ayah, Karina banyak hidup berdikari dan setiap kali tibanya musim cuti sekolah, Karina akan bekerja di kedai Runcit milik Meknya.

Pahit Manis kehidupan seorang gadis cekal mengharungi segala corak kehidupan.


novel ni bagi NH sangat best. memang setiap penulisan NB tak akan mengecewakan.

xde mood nak wat review panjang2.. sapa2 yang kaki novel. bacalah novel ni utk mengetahui perjalanan hidup Karina.




Wednesday, January 9, 2013

Jualan Gudang Karangkaf (disember)


dah hampir sebulan kut berlalunya jualan gudang karangkraf ni. hari ni baru berkesempatan utk NH update cite psl jualan gudang.. kali pertama NH menjejakkan kaki ke jualan gudang karangkraf ni. memang berpinar-pinar biji mata tgk diskaun yg diberikan. nasib baik la, dah set dalam poket siap2, bape hinggit perlu dibelanjakan. kena la berhemah kan.

sampai 80% tu. memang teruja yg teramat sangat la kan.. dalam kepala ni, nak borong novel sampai lebam.. dalam list dah lebih 10 novel. 

sedikit kecewa la kan, hanya 30% diskaun untuk novel2 terbaru.. tp, berbaloi jugak la kan kalau nak bandingkan dengan mana-mana kedai buku. nak dapat 20% kat kedai buku biasa pun, memang sakit la kan. bukan main lagi NH berangan novel2 ni dpt 80%.. haha.. mimpi je la kan..

kat atas tu semua pakej novel ikut bulan keluaran.. NH mmg rembat la pakej novel keluaran terbaru tu, yang ada novel Asam Pedas untuk Dia.

hambik..ni la hasil rembatan.. buku resepi harus di posing lebih skit.. projek biskut n kek raya 2013 ni.

taraaaaaaaaaaa.. hasil rembatan tangan NH.. ada antara byk2 tu, yg rm5 n rm10 satu.. 





Friday, January 4, 2013

buah hawa


NH  bru mlm ni cube minum air rebusan buah ni.payah tul nk amik isi nyer..ni care2 minum yg NH copy dr forum2.. kena rebus dan makan pada hari ke 5 period

CARA MAKAN BUAH ZURIAT :

1. Pecahkan 2 biji buah zuriat ( Menurut ustaz mesti direbus 2 biji sekali rebus. umpamanya suami isteri)
2. Bila dah pecahkan buah tu..rupa dia mcm kelapa...pastu belah kepada dua sampai nampak isirung dia.. (macam isirung kelapa)
3. Letak air lebih kurang dalam periuk rebusan dan rebus hingga tinggal separuh drpd air yg dimasukkan. air dia lebih kurang kaler
coklat2
4. Minum air nya setiap hari selama 40 hari atau lebih sehingga preggy ( suami isteri minum )
5. Ulang langkah 2 sampai kaler air tu jadi putih....(Lama2 air rebusan buah tu jadi pudar.)

**Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x
"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"

NH dapat sebiji je buah hawa ni.. trima kasih byk2 pada kawan NH, Wani sbb bagi buah hawa ni pada NH. dh 5x NH minum air buah hawa ni. nak try next month plak. time bendera jepun datang kan.. sib baik la en suami memberi kerjasama, tolong membuka buah hawa ni. dia pun minum air buah hawa tanpa byk soal kan..:D

Thursday, January 3, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 pada semua.

3 januari. baru sempat nak update entri baru untuk 2013.
alhamdulillah, masih diberikan nikmat untuk meneruskan hidup dimuka bumi Allah ini.

Azam utk tahun ni:
1. kerja tetap harus diburu.
2. hope dpt baby.
3. nak kurus..(teruskan beratkin)
4. skipping setiap hari.




malam tahun baru, NH n encik suami, sempat meluangkan masa tgk percikan bunga api d putrajaya. ramai betul rakyat mesia yang turun ke putrajaya utk sama2 menyambut kedatangan 2013.