Monday, October 31, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (39) Cinta Dua Jiwa



Cinta Dua Jiwa
Penulis : Rania Firdaus
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 18 Februari 2009

Kepekaan saya:

Cinta Dua Jiwa hasil garapan indah dari Rania Firdaus ini mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis yang bernama Aisya Humayra sejak bergelar pelajar di universiti sehinggalah bergelar ibu kepada sepasang anak kembar.

Pada awalnya, banyak menceritakan kehidupan Aisya Humayra atau lebih dikenali sebagai Ira di dalam kampus Uitm Shah Alam. Ira mempunyai sahabat baik bernama Dania Batrisha. Juga mempunyai seorang abang kandung bernama Adli Hisham. Aisya Humayra berasal dari sebuah perkampungan di negeri Terengganu.

Humayra mempunyai hobi bersembang di laman sosial iaitu ‘Yahoo Messeger’ dan ‘Friendster’. Humayra mempunyai ramai kenalan di alam siber. Hanya sebagai kawan di alam siber dan tidak pernah bersua muka. Salah seorang rakan sibernya yang sangat rapat adalah yang menggunakan nama ‘Archyhis’. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa di alam realiti, Humayra telah banyak berkongsi cerita tentang dirinya dan suka duka perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar kepada ‘Archyhis’.

Humayra turut diminati oleh rakan sekelasnya iaitu Fakhrurrazi atau Ako. Zulfadli, seniornya juga turut meminati dan menaruh hati pada Humayra. Tetapi, Humayra hanya menganggap mereka berdua sebagai kawan. Humayra dan Dania cukup akrab dan rapat dengan Fakhrurrazi. Kemana sahaja mereka berdua pergi, pasti akan terselit Fakhrurrazi di situ. Keakraban mereka bertiga di cemburui oleh Siti Fairuz. Siti Fairuz adalah kawan sekuliah mereka. Bermacam-macam perkara tidak baik telah Siti Fairuz lakukan pada Humayra untuk menjauhkan persahabatan Humayra dengan Fakhrurrazi.

Perkara yang paling menyayat hati yang telah Siti Fairuz lakukan adalah, menaikkan kemarahan dan amukan Fakhrurrazi pada Humaira dan menyebabkan berlakunya pertengkaran di tepi jalan. Akibat pertengkaran tersebut Humayra di rempuh oleh kereta dan keadaan Humayra agak tenat. Kesan yang diterima daripada kemalangan tersebut, Humayra hilang ingatan.

Humayra telah dirempuh oleh kereta yang dinaikki oleh Hariz dan Uzair. Sepanjang Humayra berada di hospital, Hariz dan Uzair menjadi pelawat tetap. Dania, Adli Hisham, Hariz dan Uzair berusaha memulihkan kembali ingatan Humayra.

Akhirnya, sedikit demi sedikit, Humayra dapat mengembalikan ingatannya atas bantuan kawan-kawan dan keluarganya. Akhirnya, Humayra dijodohkan dengan Hariz. Rupa-rupanya, Hariz telah lama menyimpan perasaan kasih dan cinta pada Humayra. Patutlah Hariz terlalu mengambil berat semasa Humayra di timpa kemalangan tempoh hari.

Humayra mempunyai sedikit masalah untuk menyesuaikan diri sebagai isteri kepada Hariz. Setelah setahun perkahwinan mereka, barulah muncul keserasian antara Humayra dan Hariz sebagai sepasang suami isteri yang bahagia.

Dugaan datang melanda rumahtangga mereka. Kemunculan Fakhrurazzi untuk memusnah rumahtangga yang dibina oleh Humayra sedikit sebanyak membuatkan tekanan dalam hidup Humayra. Humayra juga telah mengalami keguguran kandungan sebanyak dua kali. Kerana menginginkan cahaya mata dalam rumanhtangganya, Humayra bertekad untuk menjaga kandungan ketiganya. Akhirnya, Humayra dan Hariz di anugerahkan sepasang anak kembar.

Mampukah Humayra dan Hariz mempertahankan keharmonian rumahtangga mereka? Apakah yang telah dilakukan oleh Fakhrurazzi untuk memusnah rumahtangga yang telah dibina oleh Humayra dan Hariz? Apakah punca yang menyebabkan Fakhrurazzi ingin melihat Humayra sengsara dalam melayari keharmonian rumahtangganya? Semua persoalan-persoalan di atas akan terjawab jika berjaya menghabiskan Cinta Dua Jiwa ini dari awal hingga ke noktah terakhir.

Cinta Dua Jiwa ini banyak mengisahkan kecekalan hidup seorang wanita. Terdapat juga banyak pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita.

Bersanding itu haram???

assalamualaikum.

morning.. di pagi2 isnin ni, NH dh terfikir pasal bersanding. aiiiyyoo, macam dah gatal nak kawin kan.. bukannya apa, Nh terfikir sesuatu n dah cari kat pak cik google.
lagipun, NH ni, malu la nak bersanding. family NH pun tak galakkan Nh bersanding, tp, family encik tunang tak tau lg keputusan macam mana.. mm.. skrg tengah tunggu family encik tunang bincang dgn family NH.

apa apa pun, bak kata orang, kahwin sekali je, mesti nak sanding kan.mm...
hasil yang berjaya NH jumpa kat pakcik google.

bersanding jadi haram apabila:>>

~penggunaan beras kunyit,jampi mentera semasa berandam
atau ketika mendirikan pelamin.konon2nye nak halau hantu syaitan jin segala.

~Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam

~Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah

~Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin

kalau ada salah satu perkara kat atas tu
maka haram lah bersanding tu..kalau tak de tak pe la..
tapi ada jugak setengah orang yang tak kisah pun membazir ke apa..

pening gak pk bende2 macam ni.mm..

Friday, October 28, 2011

Persiapan Kahwin : hadiah tetamu

assalamualaikum..

NH sekarang tengah duk pk2 pasal nak bagi hadiah tetamu untuk big day nanti.
barang-barang hantaran yang penting2, semua dah settle, tinggal utk hiaskan je. bab hias2 tu semua, NH dh serahkan pada akak kat kg..

mulanya, NH plan tak mau bg paper bag utk tetamu. just nak bagi bekas yang kecik + apa2 makanan je. tp, pk2 balik, mcm nak buat paper bag n + something utk kenangan.
apa2 pun, tgk pada bajet gak kan..

mmm... dah kena start menghitung hari ni.. insyallah, 24 januari next year. tinggal lagi 2 bulan ++.

- tah bile la leh siapkan riben2 ni..huhu... tangan NH yg tak brape nak kreatif ni, memang jadi senget benget la semuanya.

- bekas yang ciut miut di mata NH..:]

Tuesday, October 25, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (38) Sayangku Merajuk



Sayangku Merajuk
Penulis: Ayu Emelda
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2011

Kepekaan saya:

Sayangku merajuk hasil buah tangan dari Ayu Emelda ini mengisahkan perihal seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami. Kiranya, kisah kehidupan seorang wanita yang terabai. Apabila ijab dan Kabul telah dilafazkan, hanya 3 bulan sahaja mereka bersama. Begitulah nasib diri Aireen. Aireen ditinggalkan oleh suaminya Shahir atau Justin tanpa sebab musabab yang munasabah.

Aireen seorang gadis kampung yang telah kehilangan ayah, hanya membesar bersama ibu dan seorang adik perempuan yang bernama Hanis. Aireen berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aireen adalah harapan seratus peratus oleh ibunya. Tetapi, jodoh pertemuan tiada siapa yang dapat menghalang. Aireen berkahwin dengan Shahir setelah berkenalan selama 6 bulan. Perkenalan yang terlalu singkat membawa Aireen hanyut oleh perasaan kasih, sayang, rindu dan cinta.

Ibu Aireen, Puan Aishah menentang hebat perkahwinannya dengan Shahir kerana Aireen belum menamatkan lagi pengajiaannya. Shahir seorang lelaki mualaf yang begitu menyintai Aireen. Sanggup menentang kemahuan ibunya iaitu Madam Anna. Madam Anna tidak mengizin Shahir mengahwini Aireen kerana telah mempunyai calon pilihannya iaitu Laura merangkap anak saudaranya.

Aireen terlalu mengikut kata hati. Perkahwinannya dengan Shahir hanya disaksikan oleh kawan-kawan sekuliah di rantau orang. Ibunya di kampung terpaksa merestui perkahwinan tersebut walaupun hati menolak kelakuan anak sulungnya.

Di sangka cerah sepanjang hari, rupanya hujan di tengah hari. Perkahwinan Aireen yang baru berusia 3 bulan di duga dengan sehebatnya. Shahir terpaksa pulang ke Malaysia meninggalkan Aireen seorang diri di Australia meneruskan pengajiannya kerana Shahir mempuyai masalah keluarga yang kronik. Madam Anna menyuruh Shahir pulang ke Malaysia untuk menyelamatkan Laura yang mahu kembali ke agama asal.

Laura menyimpan perasaan sayang dan cinta pada Shahir dari kecil lagi, tetapi Shahir menganggap Laura sebagai adik kerana mereka membesar bersama-sama. Laura sanggup menganut Islam mengikut jejak langkah Shahir kerana ingin memikat hati Shahir. Tetapi, semuanya kosong, Laura tidak mampu memiliki sekelumit pun hati Shahir kerana Shahir telah menyerahkan seratus peratus hatinya pada Aireen.

Kepulangan Shahir ke Malaysia di tunggu penuh harapan oleh Aireen di bumi Australia. Janji Shahir pada Aireen hanya 5 minggu ingin pulang ke Malaysia. Selepas 5 minggu, kemunculan Shahir masih tidak wujud di sisi Aireen. Minggu demi minggu, bulan demi bulan Aireen menanti sehinggakan seluruh semangat Aireen untuk meneruskan hidup di bumi asing kecundang. Aireen jadi hilang semangat kerana berbadan dua. Sebelum kepulangan Shahir ke Malaysia, Aireen tidak sempat menyampaikan berita gembira yang mereka akan menimang cahayamata.

Hanya kerana zuriat yang di kandung Aireen tabahkan hati untuk meneruskan hidup dan pulang ke kampung halaman. Kawan-kawan yang berada di sekeliling banyak membantu semasa Aireen mengalami alahan yang teruk.

Dugaan sekali lagi menimpa diri Aireen setelah pulang ke kampung. Kepulangan Aireen seorang diri bersama perut yang memboyot tanpa kehadiran suami telah di salah tafsir oleh saudara mara dan penduduk kampung. Ibu Aireen di hina dan dikeji. Aireen juga turut menerima nasib yang sama. Bermacam tomahan keji di lempar kan. Keluarga Aireen di halau oleh Mak Long nya sendiri selepas Airen melahirkan anak kembar, Dyra dan Fyra.

Nasib baik, ada lagi insan yang bersimpati pada Aireen sekeluarga. Makcik Siti, adik ipar ibu Aireen telah menumpangkan rumahnya untuk Aireen sekeluarga berteduh.

Aireen mempunyai kekuatan semangat yang baru setelah kehadiran si kembar. Semangat untuk meneruskan hidup tanpa mengenang kisah silam. Kehadiran seorang jejaka yang bernama Zarul menguatkan lagi semangat Aireen. Zarul terlalu mengambil berat diri Aireen sekeluarga.

Selama 5 tahun Aireen tidak pernah mencari dan tidak mahu mengingati Shahir kerana menganggap Shahir telah menceraikannnya. Aireen mengganggap, Shahir telah hidup bahagia dengan isteri barunya Laura.

Kejadian yang tidak di sangka-sangka, Aireen terserempak dengan Shahir dan Laura di pusat membeli belah. Di situlah bermulanya, pertemuan kembali setelah 5 tahun terpisah. Aireen yang sememangnya memiliki sekeping hati yang keras dan sedingin air batu tidak sesekali menerima kemunculan kembali Shahir dalam hidupnya. Wanita mana yang tidak meradang setelah bertahun lamanya di tinggalkan tanpa khabar berita.

Rajuk dan marah Aireen panjang dan semakin teruk setelah menyangka Shahir mempunyai anak dengan Laura. Pelbagai cara Shahir lakukan untuk memikat kembali hati Aireen. Hanis, adik Aireen banyak membantu untuk mengembalikan hubungan rapat antara Shahir dan Aireen. Si kembar Dyra dan Fyra juga banyak membantu merapatkan hubungan suami isteri yang telah lama terpisah ini.

Disebabkan dendam dan perasaan marah masih menguasai diri Aireen, Aireen nekad dimahu meletakkan Shahir dalam hati nya dan bersetuju untuk menjadi suri di hati Zarul.

Madam Anna dan Laura juga banyak membawa bencana dalam hidup Aireen. Semua ini menyebabkan hati Aireen semakin beku pada Shahir. Jodoh antara Shahir dan Aireen memang panjang. Mereka di satukan kembali setelah mengetahui Zarul adalah penipu besar. Rupanya, Zarul sudah mempunyai sekeluarga di Brunei. Isteri Zarul muncul di hari pernikahan Zarul dan Aireen. nasib baiklah akad belum di jalankan. Aireen selamat dari memnjadi mangsa penipuan lelaki seperti Zarul.

Sayangku Merajuk sangat sempoi dan menarik. Cara penyampaian yang senang untuk di fahami, mempunyai ayat-ayat yang sedikit komedi mempunyai saya tersenyum sendiri ketika membacanya. Terdapat pelbagai pengajaran di dalam novel ini, antaranya, jangan terlalu mempercayai orang yang baru kita kenali kerana kita tidak mengetahui latarbelakang yang sebenanrnya orang tersebut. Jangan juga terlalu pentingkan diri sendiri. Jangan letakkan keluarga atau ibubapa orang terakhir untuk bertanyakan pendapat dan membuat keputusan.

Nur Amalina Natasya

assalamualaikum..

tetibe je mood NH nak wat entri pasal anak-anak saudara yg NH sayang sgt2..
kat sini NH uploadkan gambar Amalina, anak saudara NH yang paling bambam.
19hb dec ni baru genap umur Amalina 6 tahun. tp, penuh semangat tau badan dia. mcm budak darjah 5 sudah..;]

- gambar terbaru amalina dalam simpanan NH, time ni, Amalina ikut NH cari barang persiapan utk big day NH nanti kat wangsa maju.















-gambar bulan 12 tahun lepas, masa sambutan birthday amalina kat McD seksyen 2 shah alam

Muhammad Seif Uzair bin Mohd Rushdan

assalamualaikum...

muhammad seif uzair, anak saudara baru NH. baru umur 45 hari ni.
gambar-gambar kat bawah ni, dari umur dia sejam sampai 40 hari..;]









































teratak Rosmawani

assalamualaikum..

aiii.. tetibe je kan, ROsmawani. macam nak cite pasal Rosmah..hehe..
NH nak cite pada suatu hari, Rosmawani, kawan NH ajak makan-makan kat rumah dia. kiranya reunion kecil kecilan warga exKptmKB la..
ape lagi, dengan senang hatinya NH melepak di rumah Rosmawani a.k.a wani ni dari tghhari ke petang @ hampir2 magrib..;]









- dari kiri cepat jalan..hehe, wani a.k.a nama penuh Rosmawani, Anis Hazwani, norZuliana n NH.



sungai Congkak

assalamualaikum..

teringin nya nak mandi sungai lagi. tp, sekarang dah musim hujan kan. pagi2 dah hujan. petang pun hujan. dah penghujung oktober ni, musim tengkujuh dah nak menjelma la.

hari ni NH baru terkial-kial nak buat entri pasal sungai congkak. padahal Nh dah lama pergi sungai congkak ni, masa lepas raya aidilfitri hari tu lagi. masa akak ipa NH tengah sarat bawak si kecik uzair dalam perut..
mm.. NH upload beberape koleksi gambar time main air sungai congkak.
NH pergi ngan abg dan, akak ipa n 3 ketul budak kecik merangkap anak jiran sebelah umah..;]















NH: Cabaran 50 Buku : (37) Ucapkan Kau Rindu



Ucapkan Kau Rindu
Penulis: Murni Aqila
Terbitan Alaf 21
Cetakan 16 Julai 2009

Kepekaan saya:

Ucapkan Kau Rindu hasil garapan indah dari Murni Aqila mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama Lailana. Novel ini boleh di ketegorikan sebagai komedi romantik. Penggunakan ayat-ayat yang begitu sempoi dan bersahaja yang tidak begitu formal.

Kalau watak utamanya seorang gadis, sudah semestinya watak yang membantu dan berdamping rapat dengan si gadis adalah watak sang jejaka. Jejaka tersebut bernama Adham. Banyak perwatakan Adham yang membuatkan pembaca akan tersenyum dan tersengih seorang diri.

Lailana seorang yang terlalu keras hati. Membiarkan dirinya membenci setiap lelaki yang hadir dalam hidupnya. Layanan yang diberikan Lailana kepada Adham teramatlah dingin. Sedingin salju menhempus wajah. Dari awal perkenalan lagi, Adham sudah menghulurkan cinta untuk Lailana. Tetapi, dibiarkan sepi begitu sahaja oleh Lailana.

Sikap keras hati dan dingin yang Lailana tunjukkan adalah kerana berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya semasa dia di bangku sekolah lagi. Lailana fikir dirinya telah hilang kehormatan atau kesucian semasa peristiwa hitam itu terjadi pada dirinya. Lailana terfikir kehormatannya di ragut oleh abang kandungnya sendiri iaitu Huzir. Semasa kejadian hitam itu menimpa diri Lailana, Huzir hilang kawalan diri selepas diberi pil estacy oleh kawannya. Semasa hilang kawalan itulah, Huzir cuba untuk memperkosa Lailana. Nasib yang baik menyebelahi Lailana kerana peristiwa hitam itu tidak meninggalkan kesan-kesan negatif pada dirinya. Sebenarnya, Lailana masih suci.

Lailana turut menyimpan dendam dan benci pada abangnya Huzir. Lailana juga turut membenci semua lelaki dan tidak akan melayan semua lelaki yang ingin berkawan dan ingin rapat dengannya. Lailana membina benteng yang sangat tebal untuk kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Kemunculan Adham dalam hidup Lailana telah menukarkan segala prinsip hidup Lailana. Adham meluahkan perasaan kasih dan cintanya pada Lailana. Macam-macam cara Adham lakukan untuk memikat hati Lailana. Perkara yang paling berkesan buat Lailana adalah surat yang Adham tulis dan lipat surat tersebut menjadi kapalterbang kertas.

Lailana juga tidak boleh lari dari igauan ngeri yang sentiasa membelenggu hidupnya. Peristiwa hitam atas perbuatan abangnya tetap menggangu hari-hari indahnya bersama Adham. Akhirnya Lailana melarikan diri dari Adham. Adham yang tidak mahu kehilangan Lailana dan tidak mahu kecundang dalam cinta lagi bertekad mencari jawapan kepada kehilangan Lailana. Adham mendapat kepercayaan dan sokongan moral daripada adik-beradiknya.

Akhirnya Lailana dapat ditemui oleh Adham. Mampukah Lailana mengecapi kebahagian yang sepenuhnya? Mampukah Lailana membuang segala peristiwa hitam dalam hidupnya? Terjawabkah persoalan-persoalan yang selalu bermain di minda Lailana tentang kejadian yang menimpa dirinya itu?

Terlalu banyak perkara yang baik-baik yang disampaikan penulis. Gangguan seksual juga di olah dengan baik.