Thursday, April 28, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (21) Pelangi



Pelangi
Penulis : Syud, Hlovate, Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Terbitan Ogos 2009

"kepekaan saya"
Pelangi sebuah novel yang memuatkan tiga ceritera yang pelbagai jalan cerita. Hasil karya dari Syud, Hlovate dan Noor Suraya.

Cerita pertama adalah dari Syud iaitu Pelangi. Pelangi mengisahkan kehidupan seorang gadis yang telah kehilangan ibu dan ayah, hanya bergantung kasih kepada ibu saudara. Iman Aisyah, itulah gadis yang sentiasa cekal dan tabah mengharungi onak duri kehidupan di Johor Bharu. Iman Aisyah lebih dikenali sebagai Iman dikalangan saudara-mara dan teman-teman. Iman ditemukan dengan Usamah Razif oleh ibu saudaranya. Usamah Razif adalah anak kepada sahabat lama arwah ibunya. Iman dijodohkan dengan Usamah. Melihat kesungguhan Usamah yang cuba untuk memikat sekeping hati miliknya, membuatkan Iman juga semakin tertarik pada Usamah. Iman sudah terbiasa hidup seorang diri sebelum berumahtangga membuatkan Iman tidak bergantung sepenuhnya kepada Usamah. Iman seolah-olah tidak mahu berkongsi segala susah senang dengan Usamah. Namun, kisah lalu Usamah yang sedikit bercelaru telah menghantui rumahtangga mereka. Disebabkan munculnya bekas kekasih hati Usamah di depan mata Iman membuatkan berlakunya pertengkaran diantara Iman dan Usamah. Usamah yang selalu merasai dirinya sebagai pesalah, akhirnya membawa diri jauh dari Iman. Cinta yang tulus semestinya mempunyai penghujung yang indah. Begitu juga dengan kisah cinta antara Iman Aisyah dan Usamah Razif.

Cerita kedua, Ked’s Story oleh Hlovate. Mengisahkan kehidupan Ked Flop atau nama sebenarnya Khalid Faisal yang mempunyai hobi bermain ‘skate’. Ked terlalu mencintai ‘skate’nya. Ked mempunyai banyak koleksi ‘skate’. Ked tidak pernah menyerah cintanya untuk mana-mana wanita, cintanya hanya untuk ‘skate’ sahaja. Pertemuan Ked dengan seorang gadis yang sedikit merosakkan ‘skate’ kesayangannya membuatkan Ked terus untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Mungkinkah cinta Ked untuk ‘skate’ telah berubah kerana kehadiran gadis yang bernama Nawal. Ked dan Nawal saling berhubung melalui emel dan telefon selepas bertemuan pertama itu. Walaupun, Ked tidak jatuh cinta pandang pertama pada Nawal, tetapi, Ked tetap mahu menyemai kasih bersama Nawal dan membina mahligai bahagia suatu hari nanti.

Rumah Kecil di Hujung Padang oleh Noor Suraya adalah cerita terakhir. Mengisahkan kehidupan seorang anak angkat iaitu Durrah. Durrah dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan di Pulau Duyung, Terengganu. Dibesarkan bersama tiga orang abang angkat, iaitu, Haiqal, Mubin dan Nabeel. Durrah dipelihara oleh Haji Hambali dan pasangannya. Sebenarnya, Durrah masih mempunyai ayah kandung yang berada di Kota Bandung, Indonesia. Durrah terpaksa terpisah dengan ayahnya kerana kematian ibu sejak masih bayi lagi dan berlakunya perebutan hak penjagaan Durrah dengan kaum kerabat keluarga ayah Durrah iaitu Ungku Iskandar.

Durrah menjalin hubungan cinta dengan abang angkatnya sendiri iaitu Mubin sejak di alam persekolah lagi. Durrah tidak berminat untuk belajar kerana cita-citanya hanya ingin menjadi isteri kepada Mubin. Sungguh polos gadis yang bernama Durrah ini. Sanggup menyerah seluruh rasa kasih, sayang dan cintanya pada Mubin. Durrah dan Mubin mengikat tali pertunangan sebelum Durrah menduduki peperiksaan SPM lagi dan sebelum Mubin melanjutkan pelajarannya ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Durrah tidak pernah kekurangan kasih sayang walaupun sekadar anak angkat. Jarak dan masa telah memisahkan antara Durrah dan Mubin. Mubin akhirnya berlaku curang dengan menikahi wanita jepun yang telah bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak. Durrah begitu sedih dengan berita yang diterima. Hidup Durrah hanya bertemankan airmata setelah Mubin menkhianati cinta mereka.

Sebelum nenek angkat Durrah meninggal dunia, dia telah meninggalkan pesan supaya, Durrah yang terluka itu berkahwin dengan Nabeel iaitu anak bongsu pasangan ibu bapa angkat Durrah. Tetapi, Nabeel menolak Durrah dengan bermacam kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah seorang gadis. Hati Durrah semakin terluka. Akhirnya, Durrah mengambil keputusan untuk membawa diri ke Bandung. Bertemu dengan keluarga lain ayahnya dan cuba untuk menyesuaikan diri dalam keluarga tersebut.

Semasa di Bandung, pertemuan Durrah dengan Dr Heru iaitu pekerja ladang ternakan sapi ayahnya. Cinta Durrah kecundang sekali lagi. Rupa-rupanya, cinta sebenar Durrah memang terlalu hamper dengannya sejak dulu lagi. Cuma, Durrah yang tidak menyedari kehadiran cinta sejatinya itu. Haiqal, adalah cinta sejati Durrah. Haiqal bijak menyimpan perasaan cintanya terhadap Durrah. Haiqal telah lama menyimpan perasaan cintanya terhadap Durrah kerana menyedari kedua-dua orang adiknya Mubin dan Nabeel juga sangat menyintai Durrah. Setelah melalui detik-detik kelukaan yang ditaburkan oleh Mubin dan Dr Heru, akhirnya Durrah mendapat kebahagian dari Haiqal.

Wednesday, April 27, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (20) Abang Khai Tomboi




Abang Khai Tomboi
Penulis: Nuraqilah Syuhaida
Terbitan: Fajar Paker
Cetakan 2011

"Kepekaan Saya"
Abang Khai Tomboi mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Khairina yang lebih dikenali sebagai Khai kerana memiliki perwatakan seperti lelaki. Khai seorang yang lasak dan suka berpakaian lelaki. Bekerja sambilan sebagai pelakon, anak kepada seorang ahli perniagaan yang kaya yang boleh diketogorikan sebagai jutawan. Khai mempunyai seorang abang dan juga seorang kakak yang telah meninggal dunia.

Kakak Khai iaitu, arwah Khairiah meninggalkan 3 orang anak, Along, Angah dan Adik. Ketiga-tiganya perempuan. Khai mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga anak-anak saudaranya itu. Walaupun Khai bersikap seperti lelaki, tetapi, dalam dirinya masih terselit sifat-sifat kewanitaan. Namun, Khai amat malu untuk menunjukkan sifat kewanitaannya itu kepada orang lain.

Kemunculan Rizal iaitu adik ipar kepada arwah Khairiah di rumah Along, Angah dan Adik menyebabkan Khai semakin keliru dengan naluri dan perasaannya. Khai sudah mula menyukai Rizal tetapi Khai tetap dengan penampilannya seperti seorang lelaki. Rizal seorang anggota polis yang tegas. Rizal perlu melunaskan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah abang dan arwah kakak iparnya supaya menjaga Along, Angah dan Adik.

Persahabatan antara Khai dan Rizal bermula apabila mereka berdua sentiasa berada di rumah di mana Along, Angah dan Adik dibesarkan. Pelbagai insiden lucu dan juga insiden yang tragis berlaku selama Rizal mengambil alih menjaga anak-anak saudaranya.

Rizal terpaksa berhadapan dengan ayah kepada arwah kakak iparnya yang ingin merebut hak penjagaan Along, Angah dan Adik. Rizal juga terpaksa menjalankan tanggungjawab kerjanya sebagai polis di bahagian penyiasatan jenayah berat.

Rizal perlu menumpaskan geng pengedaran dadah yang diketuai oleh ayah arwah kakak iparnya juga ayah kepada Khai. Rizal jadi semakin serba salah dengan situasi yang menghimpit dirinya. Rizal juga semakin keliru dengan perasaan dan hatinya kerana telah jatuh cinta pada Khai. Rizal memang tidak mengetahui bahawa Khai adalah seorang perempuan. Rizal merasakan dirinya tidak normal apabila perasaan suka dan jatuh hatinya semakin menjadi-jadi terhadap Khai terbit dalam dirinya. Akhirnya Along dan Angah menceritakan hal sebenar kepada Rizal dan membuktikan bahawa Khai adalah seorang perempuan. Lega yang teramat sangat, itulah perasaan Rizal apabila mengetahui Khai adalah seorang perempuan dan dirinya adalah normal.

Akhirnya Rizal dan Khai disatukan kerana Ayah Khai mempunyai agenda yang tersembunyi. Khai tidak tahu bahawa Rizal mempunyai perasaan kasih dan cinta padanya. Begitu juga dengan Rizal yang tidak mengetahui dan memahami perasaan Khai padanya. Masing-masing mempunyai ego yang tersendiri. Masing-masing hanya memendam rasa. Alasan untuk Rizal dan Khai berkahwin adalah atas permintaan Ayah Khai. Sungguh hipokrik Khai dan Rizal. Tidak mahu meluahkan perasaan masing-masing.

Rumahtangga Khai dan Rizal aman dan bahagia, tetapi, mereka hidup hanya seperti rakan serumah tidak seperti hidup suami isteri kerana masing-masing menganggap bertepuk sebelah tangan sahaja.

Akhirnya, Rizal dapat menumpaskan geng pengedar dadah yang merbahaya. Tanggungjawab Rizal kepada kerja sudah tertunai. Bagaimanakah tanggungjawab Rizal sebagai seorang suami? Mampukah Rizal memberikan kebahagian kepada Khai sebagai isterinya?

Penulis bijak bermain dengan emosi dan bijak mengatur jalan cerita antara penyiasatan dan percintaan.
Penulis juga pandai menceritakan masalah yang dialami oleh seorang remaja yang kehilangan kasih sayang ibu bapa secara mengejut. Menceritakan Along yang terjebak dengan masalah sosial sebelum kedatangan Rizal dalam hidup mereka tiga beradik. Juga menceritakan Angah yang berwatakan seperti Khai kerana terikut-ikut dengan cara hidup Khai.

Seorang perempuan yang berwatakan seperti lelaki juga mempunyai hati dan jiwa yang lembut, mereka juga mampu untuk berubah kearah kebaikan dan menjaga sebuah keluarga yang agak besar.

restoran steamboat @maeps serdang

assalamualaikum....:]

NH mau cite sikit pasal restoran steamboat @maeps serdang. bukan nak promote, just nak share je. Sabtu lepas, NH bersama-sama dengan kawan-kawan ex-KPTMkb pergi lepak-lepak dan menjamu selera kat restoran steamboat kat maeps serdang ni. menu utama, buffet steamboat, rm19.90 per person. boleh makan sampai pecah perut (kenyang). selain steamboat, ade gak, menu nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, megi goreng, pencuci mulut, buah-buahan, ais krim, ABC dan 3 jenis air.

thanks sangat2 pada kawan NH iaitu wani n hubandnya kerana ajak NH join sama dlm program lepak3 ni. tuan Presiden MPP exKPTMkb, encik dzulazuan, pun bagi comitment yang jitu. syabas2.
kami ber 11 termasuk pasangan masing-masing.

mungkin lepas ni, aktiviti lepak3 exKPTMkb akan diadakan di tempat lain plak.
rugi, awal bulan hari tu, diorang semua ke cameron higland, NH tak leh join di atas sebab2 yang tak dpt di elakkan..

layan je gambar2 kat bawah ni, NH cilok gambar ni dr FB Azma, Azma jadi kamerawoman malm tu, gambar dia, 1 pun tak der.. mengelat tul si azma ni.


- steamboat yang tengah mendidih kut ...-


-colek buah yang azma ambik, NH tak sempat nak merasa.-


- tuan presian MPP bersama wifenya, zura (junior exkptmkb)


- puan wani bersama husbandnya G. (dua dua classmate NH kat kptmkb)


-anis bersama husband-


- anis bersama anaknya, rania. dah besarkan rania ni. geram je tgk, makin tenbam.-


-rania yang temban-


-pico a.k.a shafiq bersama buah hati yang dtg dr JB, shikin-


- ehhehee.. ni NH bersama encik tunang.-

Tuesday, April 26, 2011

terima kasih kakWan @ ulat buku dan Jemari Seni

Assalamualaikumm.....

di pagi selasa yang nyaman ni NH dah update encik Blog. sian encik blog ni kan, bulan april ni, NH tak aktif mengupdate entri. entri untuk review novel pun sikit je kan. tahap bz NH yang melampau sudah muncul la ni .. nak abiskan pembacaan novel pun tak sempat. hampir 10 novel masih tersadai di atas rak... mcam mana nak jadi pengulas terbaik kalau malas nak baca kan..hehe.. hamboi3.. nak jadi pengulas terbaik tu, terlebih sudah NH ni..

sebenarnya entri di pagi hari ni, nak ucapkan banyak3 terima kasih buat KakWan selaku penganjur pertandingan JOM Lumba Baca 2011. trima kasih juga untuk pihak Jemari Seni kerana menaja hadiah.. NH dah selamat menerima hadiah dr KaKWan @ Jemari Seni. abang posman yang tlg kasi..

apa2 pun, NH seronok sangat bila review novel 5 tahun 5 bulan yang NH merapu tu berjaya memikat hati para pengadil.



- bungkusan dari pihak KakWan-






- novel yang NH dapat dr pihak Jemari Seni- (comey je cover novel ni kan- geram je tgk, tp, tak sempat nak start bace lagi)

Monday, April 25, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (19) Coke And Sundae



Tajuk : Coke and Sundae
Penulis : Ilya Abdullah
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan 2010


"kepekaan saya"
Coke and Sundae sebuah kisah percintaan bertemakan komedi romantik. Jalan cerita yang begitu bersahaja dan cukup santai. Watak utamanya seorang gadis yang bernama Azyan dan berwatakan lasak dan sedikit ganas. Watak Azyan di padankan dengan watak heronya yang bernama Syakir.

Azyan menjadi lasak dan sedikit ganas kerana dibesarkan bersama dua orang abang. Azyan suka membelasah siapa-siapa sahaja yang suka mengacau atau mengusiknya. Azyan mahir dalam bidang taekwando.

Apabila sudah memasuki alam dewasa, Azyan belajar untuk menjadi seorang gadis yang lebih feminim. Tetapi, percubaan yang Azyan lakukan, tidak berapa menjadi. Banyak lagi kekurangan yang perlu Azyan perbetulkan.

Sebenarnya, Syakir telah menaruh hati pada Azyan di zaman persekolahan lagi. Walaupun Azyan memiliki perwatakan yang lasak, ada tarikan yang tersendiri yang menyebabkan Syakir amat menyukai Azyan. Azyan dan Syakir menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi yang sama. Mereka selalu bersua muka tetapi, mereka selalu bertengkar kerana Syakir gemar mengusik dan menyakat Azyan. Timbul perasaan dendam dalam hati Azyan terhadap Syakir. Disebabkan perasaan dendam Azyan itulah, Azyan buat-buat tidak nampak tentang kewujudan Syakir dalam hidupnya.

Azyan juga telah terjatuh hati pada Haziq iaitu sepupu kepada Syakir. Haziq menjadi jejaka idaman hati Azyan kerana fizikal Haziq yang gagah dan menampakkan kekuatan seorang jejaka. Tetapi, malang menimpa Azyan apabila di ganggu oleh sekumpulan samseng semasa keluar temujanji bersama Haziq. Azyan mengharapkan Haziq dapat melindungi keselamatan dirinya kerana Azyan telah berjanji dengan ayahnya yang dia tidak akan menggunakan sebarang kemahiran mempertahankan diri lagi setelah dia ingin berubah menjadi seorang yang feminim. Demi keselamatan dirinya dan Haziq, Azyan terpaksa membelasah samseng-samseng tersebut. Haziq telah lari lintang-pukang menyelamatkan dirinya dan meninggalkan Azyan seorang diri bersama-sama samseng-samseng. Akhirnya, Azyan tidak mahu berkawan dan menaruh hati pada Haziq lagi.

Setelah Azyan betul-betul berubah menjadi seorang gadis yang ayu dan feminim, Syakir merasa sangat bimbang kerana muncul lelaki-lelaki yang cuba untuk memikat Azyan iaitu Zekri dan Rizlan. Zekri adalah romeo tahap awek keliling pinggang manakala Rizlan pula seorang yang hensem dan kaya.

Azyan suka kepada layanan Rizlan dan Zekri. Azyan memang tidak suka langsung dengan Syakir kerana Syakir suka membulinya dan memaksanya melakukan pekara yang tidak disukai. Syakir memaksa Azyan menjadi heroin dalam pementasan teater dan pergi berkhemah di tengah-tengah hutan. Syakir mengunakan helah kotor supaya Azyan mengikut segala perintahnya. Dalam kelab teater, Syakir adalah presiden. Jadi, setiap ahli kelab teater kena mengikut segala arahan presiden. Syakir juga rapat dengan kedua-dua abang Azyan. Syakir juga pandai mengambil hati ayah Azyan iaitu Mejar Idris. Untuk aktiviti perkhemahan, Syakir menggunakan Mejar Idris untuk memujuk Azyan supaya mengikuti aktiviti tersebut.

Semasa perkhemahan, banyak berlaku insiden-insiden lucu antara Azyan dan Syakir. Kawan-kawan Azyan dan Syakir memasang jerat untuk mereka supaya, mereka berdua menyedari perasaan masing-masing. Syakir sebenarnya ego, tidak mahu meluahkan rasa hatinya pada Azyan. Azyan pula, sememang seorang yang keras kepala. Apabila, Azyan dan Syakir terkena jerat yang dibuat oleh kawan-kawannya semasa di dalam hutan, disitulah bermulanya detik-detik percintaan antara Azyan dan Syakir.

Akhirnya, Azyan yang amat menggemari Coke manakala Syakir yang amat menyukai Sundae dapat disatukan dengan penuh kegembiraan. Siapa kata, Coke dan sundae tidak boleh bercampur?

Seorang gadis yang lasak dan ganas tidak mungkin akan selamanya begitu. Mungkin, pada suatu hari, gadis yang lasak dan ganas ini akan berubah menjadi gadis yang paling ayu. Gadis yang lasak juga mampu untuk menunduk kan ego seorang lelaki yang dibawa oleh Syakir. Kegembiraan dalam kehidupan akan muncul setelah mengikut segala kata-kata hati yang baik. Nasihat dari kawan-kawan juga berguna untuk meneruskan sesuatu perhubungan seperti yang terjadi antara Azyan dan Syakir. Kawan-kawan kelab teater mereka yang banyak membantu Syakir supaya menyedari hakikat yang hatinya amat menyintai Azyan. Coke dan Sundae sebuah cerita yang mempu membuatkan saya tersenyum seorang diri.

Wednesday, April 20, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (18) Ombak Bukan Biru



Ombak Bukan Biru
Penulis : Fatimah Busu
Penerbit : Pekan Ilmu Publication
Cetakan pertama : 1977


"kepekaan saya"
Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Imrah, berasal dari Kelantan. Imrah adalah seorang guru biasa. Mempunyai perasaan untuk menyintai dan dicintai. Imrah seorang gadis yang berdiri di garisan tradisi lama dalam kehidupan moden di Bandar. Imrah menjalin cinta dengan Yamin. Yamin juga seorang guru. Perkenalan mereka di majlis perhimpunan guru-guru di Kota Baru. Cinta antara Imrah dan Yamin adalah cinta yang direstui oleh keluarga Imrah. Tetapi, Yamin telah menkhianati cinta mereka.

Yamin telah keluar bersama si Israel iaitu Rubiah. Rubiah adalah jiran Imrah merangkap musuh dalam diam Imrah. Imrah terserempat dengan Yamin dan Rubiah di Bandar menimbulkan syak wasangka dan salah faham. Imrah terlalu emosional dan memutuskan perhubungan cintanya dengan Yamin. Imrah terus hidup tanpa cinta di hati. Yamin di usir jauh-jauh dalam hidupnya.

Imrah mempunyai hobi ke arah kesenian. Imrah amat meminati seni tari. Imrah berkenalan dengan Celine, seorang gadis Eropah yang berkunjung ke Kota Baru dan meminati seni tari dan segala jenis kesenian melayu dari Kelantan. Celine datang dari Pulau Pinang. Imrah terlalu gembira dengan kehadiran Celine sebagai seorang sahabat kerana dapat melupakan segala kenangan indah bersama Yamin. Hubungan persahabatan antara Imrah dan Celine semakin rapat dan Celine mengundang Imrah untuk bercuti di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Imrah sanggup menghabiskan cuti penggal persekolahannya di Pulau Pinang.

Kehadiran Imrah ke Pulau Pinang membuatkan hatinya bertambah bahagia kerana di keliling oleh orang-orang yang baik iaitu keluarga Celine. Hati Imrah semakin bertambah bahagia dan gembira apabila menyedari kehadiran seorang jejaka Eropah yang bernama Lawrence iaitu sahabat Celine. Akhirnya, cinta kedua muncul dalam diri Imrah. Dalam keadaan segan, takut sdan gemuruh, Imrah menyimpan perasaan cinta dan sayang pada Lawrence. Rupanya, Imrah tidak bertepuk sebelah tangan, Lawrence juga mempunyai perasaan yang sama pada Imrah. Mereka saling memerlukan dan memendam rasa.

Perbezaan agama antara Imrah dan Lawrence adalah cabaran paling besar pada masa itu. Cinta Imrah terhadap Lawrence mendapat tentangan hebat dari bapa Imrah iaitu Pak Haji Awang Mahmud. Kesukaran bapa Imrah menerima kehadiran orang putih dalam keluarga mereka membuatkan Imrah perlu terpaksa memilih dua perkara penting dalam hidupnya. Antara cinta dan keluarga. Imrah perlu mendapatkan cinta sejatinya terhadap Lawrence walaupun terpaksa menjadi anak yang derhaka terhadap bapanya. Perkahwinan Imrah dengan Lawrence tidak direstui oleh bapanya.

Pilihan yang diambil dan di buat oleh Imrah adalah sesuatu pilihan yang amat sukar untuk seorang gadis melayu. Perkahwinan Imrah sememangnya mendapat tentangan hebat dari semua orang terutama bapanya sehinggakan bapanya menderita dan meninggal dunia.

Hidup dengan hanya berlandaskan cinta, bukan sesuatu yang mudah. Imrah diduga dengan kehadiran Caroline dalam rumahtangga mereka. Caroline cuba untuk memikat Lawrence. Rumahtangga Imrah mula dilanda badai. Bagi Lawrence tidak salah untuk terus melayan karenah Caroline walaupun hati nya masih ditakluki oleh Imrah. Imrah yang suka membuat keputusan terburu-buru dalam hidupnya, terus melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat melupakan Lawrence. Imrah membawa diri ke Kuala Lumpur dalam keadaan sarat mengandung. Imrah tidak pernah memikirkan risiko yang akan dihadapinya pada masa akan datang, dia membuat sesuatu perkara berlandaskan perasaan marah semata-mata.

Dugaan demi dugaan yang terpaksa Imrah tempuhi setelah membawa diri jauh dari Lawrence. Bayi baru dilahirkan, diserah penyakit dan meninggal dunia sebelum habis waktu berpantang. Akhirnya, Imrah pulang kepangkuan keluarga biar pun masih di cemuh oleh kakak-kakaknya. Imrah memulakan hidup baru dan kembali mencari rezeki di Bandar Kota Baru.

Kecekalan hidup Imrah sentiasa di duga. Penulis bijak menceritakan setiap langkah perjalanan hidup yang dilalui oleh Imrah. Berhenti kerja sebagai guru semata-mata mengejar sebuah cinta. Membawa diri jauh dari cinta kerana membuat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dengan sesiapa pun. Itulah Imrah, sentiasa tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Monday, April 18, 2011

filem CuN

taadaaaa.. macam dah lama sangat Nh tak wat entri baru kan. semenjak duk bz ngan cabaran 50 novel ni, NH mmg tak sempat nak story mory pasal kejadian-kejadian harian NH. hujung minggu lepas, Nh sempat bersantai sambil merehatkan kepala otak yang penat bekerja. Nh berjalan-jalan ngan encik Tunangan @ Encik A.
- setelah sebulan 5 hari kami menjadi tunang... ready to married ok..hehe...gelak gatai ..;p





CUN kan poster kat atas tu... huhhuhu.. NH mau promote sikit ye kat entri ni.. Filem CUN ni memang best... memang Cun abis la suasana Kampung kat Kedah dalam Filem ni. Heroin nya pun CUn jugak. suka tengok Maya Karim (Luna Latisya) dengan Remy Ishak (Atan) dalam CUN.


sebenarnya Sabtu lepas NH kuar ngan Encik A. kuar jejalan n nipiskan poket. tak plan pun nak tgk wayang. last2, NH rase nak buangkan segala ketensenan sepanjang yang berlaku seminggu yang lalu kat opis kan, NH pun ajak la Encik A layan wayang jap. NH ngan Encik A layan Cun kat GSc alamanda. penuh gak seat masa tayangan ni.








cite nie komedi romentik.. memang NH suka layan cite komedi skrg ni. kalu boleh, NH taknak kelip mata..syok layan Luna Latisya dengan PA dia, TOm, lakonan Faezah ELai, memang lawak sangat3 si Tom ni. ENcik A pun duk gelak je memanjang. kusyuk benar duk tgk Maya Karim yang Cun tu agaknya. memang banyak unsur-unsur humor la Cun ni...


unsur2 lawak..unsur2 family.. akhirnya, NH feeling terlebih sudah, pada Part Hero kampung (Atan) ngamok3 n marah adik die yang istimewa tu, Manis. sampaikan Manis merajuk tak balik3... memang leleh la Nh time tu..hehe.. sib baik Encik A tgh kusyuk, kalu tak, kantoi la NH yg terlebih feeling ni..huahauhauuaua... semua feelin2 semua ada n disusun..digarap dengan baik tapi.. overall mmg best giler.. x rugi tengok...


NH mau tgk lg... NH dah suh Encik A belikan vcd Cun ni bile Vcd dah kuar nanti, tak kisah la Ori ke x, janji, NH leh tengok lg... bestt sgt.. so, sape3 yang minat cite komedi romantik..silala laburkan duit anda untk filem ni.. promote tak abis3..macam ade share je kan.



- semua gambar-gambar dr filem cun ni, NH ambik dr encik google je.

Friday, April 15, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (17) 2 X 5



2 X 5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 1 2010

"kepekaan saya"
2 X 5 mengisahkan pasangan yang berkahwin atas bercaturan dua keluarga. Watak utama adalah Ahmad Zaim dan Syakirin. Mereka hidup berjiran dari kecil lagi. Ahmad Zaim mempunyai trauma pada perempuan disebabkan pernah ditinggalkan bakal isteri iaitu Sofea di hari perkahwinannya. Ibu Zaim yang tidak senang melihat anak terunanya terus membujang sampai tua, mencari calon isteri untuk Zaim dan meminang anak jiran depan rumahnya iaitu Syakirin. Syakirin gadis yang baru sahaja putus cinta gara-gara tersalah memilih ‘lelaki’ untuk dijadikan teman membuatkannya lebih berhati-hati mengenali lelaki.

Zaim sememangnya tidak menyukai perangai Syakirin menjadi haru-biru apabila mengetahui calon isteri yang dicari oleh ibunya. Haru, memang haru hidup Zaim apabila ibu dan ayahnya makin mendesak supaya cepat-cepat menguruskan hari pernikahannya bersama Syakirin. Akhirnya, Zaim terpaksa akur dengan permintaan ibu dan ayah kerana Syakirin tidak mahu mengikut pakatan yang Zaim aturkan iaitu, Zaim meminta Syakirin menolak pinangan yang dihantar oleh pihak keluarga Zaim.

Syakirin mempunyai perwatakan yang sedikit gila-gila, tidak serius dan suka menyakat Zaim. Semasa mereka keluar bersama untuk membeli barang-barang hantaran, habis licin poket Zaim dikerjakannya. Semua dipilih barang yang mahal-mahal oleh Syakirin.

Pada awal-awal perkahwinan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa lucu. Zaim hanya menganggap Syakirin hanya rakan serumahnya. Sudah menjadi adat dalam perkahwinan tanpa cinta, masing-masing buat hal sendiri. Seorang ke timur, seorang ke barat. Lama-kelamaan, disebabkan oleh perangai Syakirin yang tidak tahu malu dan selalu berpakaian tidak sopan di hadapan mata Zaim, Zaim mengalah dan mula menanam rasa cinta dalam hati untuk Syakirin.

Kisah cinta antara Zaim dan Syakirin yang tengah mekar berputik di duga dengan kehadiran kembali Sofea di dalam hidup Zaim. Sofea kembali untuk menagih dari Zaim. Hal tersebut menyebabkan cemburu menguasai diri Syakirin.

Syakirin yang mempunyai perangai yang tidak mahu kalah dengan Zaim terus mengintip segala jejak langkah Zaim dan Sofea. Hancur luluh hati Syarikin apabila melihat kemesraan Zaim bersama Sofea dan anaknya. Siapa yang boleh biarkan suami sendiri di goda oleh bekas kekasih. Tetapi, Syakirin seolah-olah putus semangat untuk terus menakluki hati Zaim kerana Syakirin tidak yakin untuk melawan kehebatan Sofea yang menjadi ratu hati Zaim dari dulu lagi.

Cemburu Syakirin makin hebat apabila Zaim selalu meluangkan masa bersama Sofea dan anaknya. Tahap cemburu Syakirin yang melampau, membuatkan tahap kemarahan Zaim memuncak dan berlakunya pertengkaran kecil. Dari pertengkaran kecil, menjadi pertengkaran besar kerana masing-masing mempunyai sikap keras kepala. Syakirin tidak mahu menerima segala alasan yang diberikan oleh Zaim. Disebabkan pertengkaran-pertengkaran yang berlaku, Syakirin telah keguguran kerana dikasari oleh Zaim. Zaim juga telah meninggalkan Syakirin terkapai-kapai seorang diri.

Akhirnya, Zaim mengetahui berita keguguran Syakirin dan terus menjejaki Syakirin. Kemaafan dihulurkan oleh Zaim, tetapi, hati Syakirin sudah beku untuk menerima Zaim. Keras hati Syakirin mula menguasai dirinya.

Sememangnya Zaim dan Syakirin mempunyai perangai yang sama. 2 X 5. Masing-masing keras kepala dan tidak mahu mengalah. Sampai bila-bila pun tidak akan merasai nikmat kebahagian jika memiliki perangai seperti Zaim dan Syakirin. Perasaan cemburu juga tidak boleh di ikutkan. Kerana sikap cemburu yang melampau, kebahagian yang sedang memuncak akan kecundang juga.

Monday, April 11, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (16) Penjara Rindu



Penjara Rindu
Penulis: Nia Arissa
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 2010


" kepekaan saya"
Penjara Rindu (PR) adalah hasil nukilan Nia Arissa. PR menceritakan perihal perkahwinan paksa yang terlalui oleh Farisha Hani bersama Haziq Denial. Perkahwinan yang di atur oleh ibubapa Haziq. Haziq dan Farisha Hani adalah sepupu. Bapa Farisha yang memujuk Farisha supaya menerima lamaran daripada keluarga Haziq kerana ingin membalas segala budi yang telah di berikan oleh keluarga Haziq kepada keluarga Farisha juga ingin menyelamatkan maruah keluarga Haziq setelah bakal isteri Haziq melarikan diri bersama lelaki lain di saat-saat akhir mereka hendak di ijalkabulkan.

Farisha masih bergelar seorang pelajar di salah sebuah institut pengajian tinggi tempatan dan telah mempunyai kekasih hati yang bernama Aswad. Aswad seorang pencinta yang setia. Sanggup hidup seorang diri setelah Farisha memungkiri segala janji cinta mereka.

Setelah Farisha mula melangkah ke alam pekerjaan, ditakdirkan Farisha bekerja di dalam syarikat yang sama dengan Aswad dan mereka perlu bekerjasama dalam pelbagai tugasan. Bekerja di tempat yang sama membuatkan Aswad merasa cukup gembira dalam meniti hidup seharian. Namun, Farisha cukup tidak menyukai situasi yang terpaksa dilaluinya, bekerjasama dengan Aswad. Setiap perlakuan Farisha dan Aswad menjadi bahan intipan dan berlakunya satu fitnah yang maha hebat.

Manakala, setelah berlaku beberapa kejadian yang tidak disengajakan di antara Haziq dan Farisha, bibit-bibit cinta di antara mereka mula mekar. Masing-masing tidak menyedari perasaan sendiri dan Haziq masih dengan egonya. Akhirnya, Farisha dan Haziq membuka pintu hati masing-masing untuk meneriam antara satu sama lain dan mengecapi kebahagian yang sempurna. Tetapi, sikap Farisha yang suka berahsia, menimbulkan pelbagai syak wasangka di dalam diri Haziq.

Kemunculan Haziq secara diam-diam di pejabat Farisha menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara Haziq, Farisha dan Aswad. Haziq mula dikuasai cemburu. Peminat misteri yang selalu menghantar bunga pada Farisha juga telah menyebabkan pertengkara antara Farisha dan Haziq. Peminat misteri tersebut hanya ingin melihat kebahgian yang dikecapi Farisha dan Haziq berkecai. Cemburu Haziq juga telah dirasuk oleh Tasya dan Tiara. Kesempatan di ambil oleh Tiara untuk menggoda Haziq dan mencalit ubat guna-guna pada Haziq. Kealpahan Haziq terus memerangkap dirinya di dalam perangakap Tasya dan Tiara.

Kesengsaraan hidup Farisha bermula setelah Haziq melafazkan talak tiga padanya. Musibah datang bertimpa-timpa ke atas diri Farisha. Setelah ditinggalkan suami, Farisha juga kehilangan bayi didalam kandungannya. Kehilangan suami dan anak dalam masa yang sama menyebabkan Farisha kehilangan semangat untuk meneruskan hidup dan Farisha mengalami penyakit meroyan. Bertahun-tahun Farisha mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Haziq juga menjalani rawatan secara Islam setelah menyedari dirinya terkena sihir oleh Tiara. Haziq juga telah sedar dengan segala kesalahan yang telah dilakukannya. Cinta Haziq masih segar untuk Farisha. Tapi sayang, semuanya sudah terlambat. Farisha telah memulakan hidup baru dengan menjadi tunangan Aswad dan mahu mendirikan rumahtangga untuk kali kedua dalam hidupnya.

Mungkinkah Farisha terus dipenjara oleh rindunya sendiri? Penjara Rindu akan membongkar segala-galanya. Pasangan yang terpaksa berkahwin atas kehendak insan lain tidak semestinya akan mengalami kesengsaraan seumur hidup, kebahagian akan muncul juga dalam kehidupan mereka walaupun sekejap. Badai yang melanda tidak seharusnya memusnahkan segalanya. Mungkin, badai yang melanda itu untuk menguji tahap kesetiaan cinta dalam diri seseorang. Berpisah tidak semestinya untuk selama-lamanya. Bersama juga tidak semestinya akan kekal bersama untuk selama-lamanya. Semua ini telah diharungi oleh watak yang bernama Farisha Hani dan Haziq.

Wednesday, April 6, 2011

Penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



# lagu penakut ni nyanyian Yuna, best plak bila 1st time NH dengar kat ABpBh ahad lepas, good job Yuna. Tahniah gak kat Yuna sebab berjaya di anugerah kan Penyanyi Wanita Popular. anda memang layak.

menang utk ulasan 5 Tahun 5 Bulan

fuhhhh...syukur alhamdulillah...aminn....

terkejut yang teramatlah terkejut, macam tak percaya je bila tengok nama tersenarai dalam 10 pemenang untuk Jom Lumba Baca selepas menyelongkar blog KakWan . keputusan juga di umumkan kat blog ulatbuku. NH menang untuk ulasan novel 5 tahun 5 bulan hasil nukilan dari Hlovate dan diterbitkan Jemari Seni. mmm.. tak sia-sia NH abiskan novel Hlovate ni dalam masa tak sampai 1 hari. selepas 3 bulan Cabaran 50 Buku - Geng Lomba Baca dilancarkan...NH rasa sangat2 seronok, sangat2 teruja. rasa macam mau pegi borong novel banyak2.. trima kasih yang tak tehingga pada KakWan dan pada penilai3 yang memilih hasil ulasan NH. trima kasih jugak pada kakak ipa NH sebab bagi pinjam novel2 nya untuk NH menjadi macam ulat buku..hehe...:]


Sekalung tahniah juga untuk pemenang yang lain.


Friday, April 1, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (15) 3 Campur 1 = Satu

3 Campur 1 = Satu
Penulis: Ana Farhana

Terbitan: Jemari Seni
Cetakan 2010


"kepekaan saya"
3 campur 1 = satu mengisahkan keakraban adik-beradik dan juga kisah cinta. 3 orang abang yang mempunyai seorang adik perempuan. Along, Angah dan Achik. Adik perempuan mereka bernama Khairina. Ketiga-tiga mereka sangat menyayangi Khairina dan ingin melihat Khairina sentisa berada dalam keadaan baik. Mereka berempat berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan menyewa rumah bersama-sama di satu taman perumahan di tengah-tengah bandaraya besar itu. Manakala, ibubapa mereka berada di kampung halaman. Perhubungan keempat-empat adik beradik ini sangat rapat walaupun selalu bertekak apabila bercanggah pendapat dalam satu-satu hal.

Along, Angah dan Achik memang berusaha keras untuk mengumpul duit, siang, mereka bekerja di pejabat, malam, mereka bertiga berniaga burger di kawasan perumahan tempat tinggal mereka. Mereka juga mempunyai sahabat baik yang bernama Hakimi. Hakimi mempunyai masalah iaitu, di suruh mendirikan rumahtangga oleh ibunya. Hal perkahwinan itu telah menjadi satu masalah besar oleh Hakimi dan selalu meluahkan perasaan pada Along, Angah dan Achik. Akhirnya Along memberi buah fikiran dan ideal supaya Hakimi memikat hati adik perempuan mereka, Khairina.

Sebenarnya, Khairina ini mempunyai sifat ego yang tinggi, sedikit berlagak dan tidak suka berkawan dengan lelaki. Khairina lebih suka buat hal sendiri dan tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadinya. Banyak berlaku perkara-perkara lucu apabila Along, Angah, Achik berusaha membuat perancangan supaya pertemuan tidak sengaja berlaku antara Khairina dan Hakimi. Sememang Hakimi telah mula jatuh cinta pandang pertama pada Khairina setelah melihat gambar Khairina dan berusaha dengan sedaya upaya untuk memikat hati Khairina. Hakimi menggunakan semua perancangan yang dirancang oleh Along, Angah dan Achik untuk mendapatkan sekeping hati milik Khairina.

Khairina juga mempunyai peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan dalam hidupnya, disebabkan hal itu lah Khairina menjadi dingin dengan semua lelaki. Tetapi, kerana kesungguhan yang di tunjukan oleh Hakimi, akhirnya Khairina bersedia untuk menerima Hakimi dalam hidupnya.

Segala perancangan pakatan yang dirancang oleh Along, Angah dan Achik akhirnya dapat dihidu oleh Khairina. Bermula dari segala pakatan telah terbongkar, berlaku bermacam-macam konflik antara tiga abang, Khairina dan Hakimi.

Penulis bijak mengolah jalan cerita yang sempoi dan serius. Pada awal-awal penceritaan, terdapat banyak elemen lucu, manakala pada pengakhiran jalan cerita, hilang segala elemen lucu dan muncul elemen yang membawa pembaca untuk mengeluarkan air mata yang menyentuh perasaan.

setelah 3 minggu

setelah 3 minggu menjadi tunangan orang... huhuhu... dah melangkah ke satu fasa permulaan kan. banyak jugak la perubahan telah berlaku dalam hidup NH setelah 3 minggu ni. kadang-kadang berlaku jugak ketidaksefahaman dengan encik tunangan. maklum la, NH ni sememang tahap degil telah menjangkau tahap maksimun, kerja nak menjawab je kalau encik tunangan tegur apa yg NH buat..kwang3x.. memang perang dunia la 3 4 jam.. penat wo.. bertekak ngan encik tunangan..huhu.. tu, berlaku masa minggu pertama n kedua. dah masuk minggu ketiga, NH dah tak degil lg.. NH dah jadi budak yang mendengar kata. NH kena tabahkan hati untuk tidak menjadi NH yang dulu.

NH juga kena duduk diam3 je kat umah. dating pun semakin kerap. sebelum ni, seminggu sekali, sekarang dah 5 kali seminggu, wahhh.. kerap kan. penangan nak berbincang untk majlis la, nak pilih tema la, nak beli barang2 la.. ye lah kan, sekali jumpe, 2 jam je, encik tunangan kan, balik kije kul 8 malam. NH sampai lepas magrib pun, duk teconggok la NH dlm kereta menunggu encik tunangan balik kije. 2jam memang tak sempat nak abiskan perbincangan untuk 1 topik kan.. mmm.. baru je settle bincang pasal barang-barang.. skrg, tgh pening3 lalat nak pilih warna baju lak, aisss.. pening gak ye .. maa... tolong... rambut dah makin nipis.hehhee.. ape lak kena mengena rambut ngan persiapan ni kan. mmm.. ape ape je lah NH merapu kat entri ni.. kebosanan sebab sampai awal di opis hari ni..hehhee


kat bawah tu, gamba terbaru NH. makin bulat rasenye.. hati bahgia, mulut pun laju je nak mengunyah kan.. masa tu, tgh kusyuk tunggu encik tunangan bersiap nak kuar makan. tgk!!! NH dah makin kerap makan malam..huhuhu.. mcm mana nak kurus ni.. atkins diet pun dah terbabas terlingkup dah..

jom!! serbu

macam iklan jualan murah kan..saja je NH wat tajuk entri macam tu. sebenarnya memang nak wat iklan pun... jom jom.. serbu restoran yang baru di buka kat presint 15 putrajaya. restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah.. nyum nyum..nasi ayam tu, makanan kegemaran NH.. dapat ayam je pun dah berbaloi baloi.. sapa2 yang datang putrajaya tu, yang gemar makan nasi ayam, jgn lupa singgah ye.. isnin depan dibuka dengan rasminye untuk pelanggan..

cewaahhhh.... baik nye promote kan, mcm NH ade share lak kan dgn tokey restoran ni. saja nak menambahkan entri kat blog je sebenarnya.. dah menjenggah bulan april dah kan. kalau zaman2 sekolah dulu2, selalu je wat april fool, diri sendiri pun selalu kene.. manis gak kenangan april fool ni kan. (tetibe lak teringat kenangan zaman mude2)



- flyer original Nasi Ayam Gemas Mustafah yang NH dapatkan semalam.. no 5, jalan diplomatik 2, presint 15, putrajaya. kedai ni menyediakan 1 menu je tau, nasi ayam je menunya.






# dah bulan april. kene kije keras kumpul duit sbb mau wat majlis kenduri kendara d kampung. # dah start masuk kije WP1. kul 7.30 - kul 4.30.

# bulan april, perubahan jadual kehidupan berlaku sedikit demi sedikit..insyallah.:]