Friday, December 28, 2012

Pengalaman temuduga PPTM F29

selesai sudah..

lega.. kali pertama pengalaman temuduga untuk kerja tetap sbg penjawat awam.
dalam 15 minit je duk dalam bilik panel tu. memang tidak dapat jawab dengan lancar la. sbb ade la dua soalan yg membunuh. yg sememangnya NH tak study pun. hambekk kan.. lembek kat situ. terkulai layu kut.
ape2 pun. 9.45 NH dh selamat meninggalkan dewan temuduga. 





Soalan Umum
Perkenalkan diri.
Cerita pengalaman kerja.
Ceritakan tempat kerja skrg.(jika bekerja)
Huraikan pasal HRMIS yg anda tahu.
kenapa perlukan jawatan PPTM.



Soalan It.
Jenis metodologi. Huraikan salah 1.
Sebutkan fasa-fasa dalam SDLC. Huraikan kesemua fasa-fasa tersebut.
Apa maksud normalization dalam pangkalan data.
Apa maksud anomali dalam pangkalan data. Bagi 2 jenis anomali.
Apa maksud CGI. Bagi dua contoh filem guna teknik CGI.
Berikan tugas-tugas PPTM utk unit operasi dan rangkaian.
Huraikan 2 jenis topologi.



Thursday, December 27, 2012

Jiwa Kacau

.

esok.. segalanya esok. penentu masa depan. moga dipermudahkan semuanya.
dari semalam lagi NH duk risau pasal interview PPTM esok. 1st dalam hidup nak p interview kije tetap dengan kerajaan. tak tenang hidup sepanjang minggu ni. 

hari ni, apply cuti, tak boleh cuti.. sbb, jabatan takut duit tak abis. aduh.. NH tak kisah bab gaji di potong.
NH risau pasal persediaan ni.. mcm belum lengkap lg. bace pun sekali imbas je psl IT yg berkurun dh di tinggalkan.

SKT n senarai tugas pun belum siap lg. hari plak ada training sepanjang hari. arrrrgggg...risau sangat2..

apa-apa pun. hope dipermudahkan segala urusan olehNya.


Doakan kejayaan NH utk dapat jawatan tetap ni ye kawan-kawan..:)

Tuesday, December 18, 2012

Novel : Siapa Orang Gajiku



SINOPSIS BELAKANG NOVEL

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

novel ni di suggest oleh kakak NH. kakak NH dah baca online awal2 lagi. memang menarik sangat2 jalan cite ni. dari mukasurat ke mukasurat, memang tak sabar nak habiskan.

watak utama seorang pakar psikologi. heronya pula, mempunyai sedikit masalah psikologi.

kepada peminat-peminat novel, bolehla dapatnya di pasaran. kali ni, NH malas nak wat review. ape2 pun memang best ini novel. five star ok untuk novel. dalam masa sehari je NH berjaya abiskan novel ni.







14 disember, setiap tahun


14 disember lepas, genap la umur NH untuk 2012 ni. dah penghujung 20an ni, mmg teringin sangat kan nak jadi ibu. tp, takpe la, belum rezki lagi. syukur pada Yang Esa sbb masih bagi peluang untuk NH mengedup udara di bumi ciptaanNya, bg kebahgian yang sempurna dan bagi rezki yang tidak putus2..

tahun ni, seperti tahun-tahun sebelum ni jugak. NH memang tak pernah menyambut ulang tahun kelahiran dengan penuh gah...memang tak pernah dpt hadiah dr yang tercinta pun. redho je la kan.. hehe.. tp, encik suami belanja kasut hitam utk NH interview next week.. thanks ye encik suami. 

ada kelainan sikit utk disember tahun. tempat kerja baru. cara sambutan ulang tahun kelahiran pun lain la kan. 13hb dah ada sambutan bersama semua warga Opis di perhimpunan bulanan. glamor gitu dapat naik pentas kan, sambut beramai-ramai bersama kawan-kawan opis yang lahir bulan disember.

- NH yang paling lebar kan. mmm.. kantoi la diet atkin bila dpt kek hari jadi kan.. redho je la.. duk sebelah KP lg tu.. glamor naik pentas ok.

- inilah rupa kek yang NH pegang tu.. ade 2 kek. tp, yg je sempat posing.

NH bersama intan, ana dan sarah. thanks korang sbb sudi melayan NH yg sebok nak pegang kek yg berat itu.

esoknya 14hb, NH dpt sms je dr encik suami. sbb NH dah tdo awal sebelum encik suami balik kije lg...
hari ni, bangun pagi2 sbb nak sediakan sandwich utk kawan-kawan opis. hanya sandwich yang mampu saya belanja. gaji ciput je..huahuahuaa...:p

- miss ong, merangkap bos NH, birthday miss ong pun bulan disember gak. sambut bersama sama. tu semua bersama opismate NH. it depatment.


- kek yang dipilih n dibeli oleh kak siti nana,..:)




Renungan bersama - mendidik anak


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w. 

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



#dicopy dari fb seorang kawan





Monday, December 17, 2012

GIS Day




1st time NH join GIS Day. 2012 ni, NH kena tahu serba sedikit pasal GIS sbb tempat kerja NH byk menggunakan GIS dalam tugas seharian.

sebenarnya NH diarahkan oleh bos ke Kenduri Rakyat kat Paya Indah Wetland ni. Karnival Rakyat yang dianjurkan oleh Paya Indah indah wetland ni, merangkumi kenduri rakyat dan GIS Day.

sempat juga NH join Kuiz dan dapat 1 hadiah.:)


gambar ni xleh nak rotate. xtau ape yg silapnya





Thursday, December 13, 2012

Dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29


Alhamdulillah, syukur sangat2, akhirnya NH di panggil untuk di temuduga jawatan tetap dalam kerajaan Malaysia. Pagi tadi Ma NH call dr kg, bgtau surat dr SPA dah sampai. memang dah lama sangat2 penantian ni.. dari tahun 2008. selama ni, NH duk p exam untuk jawatan ijazah je kan. kali ni, dpt temuduga untuk jawatan diploma. mana2 pun xpe, janji NH dpt keerja tetap. memang dah lama sgt nak kije tetap.

hadiah pertama utk ulang tahun kelahiran ke 29. hope, Allah makbulkan doa NH. kawan-kawan semua pun, doakan NH berjaya untuk temuduga kali ni ye.


gambar dr en. google

belum ape2 lagi, NH dah rase nebes. padahal 28hb ni kut. ada lagi 14 hari.. balik rumah pasni, kena la kemaskini fail2 sijil.. dah berkurun tak g temuduga ni. kena cek semua salinan2, kena wat cop pengesahan semua.. harap2, semuanya berjalan lancar.


Monday, December 10, 2012

Novel : hello Mr. Perfect



best juga layan novel ni. thanks pada kawan NH, cik mimi kerana sudi bawa novel ni dari gombak ke serdang.

kepada kaki-kaki novel yang blum baca novel ni. sila lah baca, tak rugi. memang berbaloi la cover yg comel dgn jalan ceritanya.


Sinopsis belakang novel

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan peraturan yang ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL (walaupun mereka adalah lelaki) memaksa Arif mencari jalan penyelasaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. lebih memberatkan lagi keadaan apabila keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. Alongnya, Muhammad Izzul Islam adalah seorang yang handsome, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang mendamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya yang terlalu mengejar kesempurnaan itu. Tiada pilihan,Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan sebanyak RM500,000.00 dijadikan sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan Alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan along terpaksa menawarkan dirinya. Ariff memperkenalakan Alya kepada Izzul. Pada mulanya,Izzul langsung tidak tertarik dengan Alya disebabkan wajah Alya sama seperti bekas kekasih nya dulu,tetapi lama kelamaan Izzul mula mendekati Alya disebabkan Ain bekas kekasih Izzul yang pernah menghancurkan perasan dan kasih sayang Izzul kepada Ain ketika dulu muncul semula dalam hidup Izzul. Izzul dan Alya berkahwin atas sebab kepentingan masing-masing dan lama kelamaan Alya mula jatuh hati dengan Izzul. Disaat kebahagiaan dikecapi,Ain datang semula untuk menghancurkan rumah tangga Izzul dan Ain... Adakah Izzul keliru dengan perasaan sendiri?



Kecederaan si Putih


arrgggg...tension sangat2 saat terpandangkan si putihku yang tercedera.. sangat kijam itu batu, sanggup ye kamu batu menghentam itu cermin si putih NH.. arrhhh. menitis 2 3 titik air mata NH. sedih bangat, tgk2 sudah cedera kan. kalau la kecederaan tu buatan sendiri, tak de rase sedih kan.

berbakul2 kena sumpah itu orang pemesin rumput.. tak boleh nak cite la. kejadian ni berlaku pada khamis lepas. kul 6, kuar dari opis, tgk si putih sudah cedera.. mati kutu jap. mcm mana nak drive balik. nak pegi hantar ke kedai, mesti kedai dh tutupkan.. so, encik suami suh NH drive slow. 

pecah rekod la kan bawa 50km je. sabar je la org yg follow NH kat belakang. hampir 1 jam baru sampai umah n kena la part sebelah pondok guard kan. esoknya, jumaat EL la.. 

- rupa kecederaan yang dialami oleh si putih

HLK warehouse - jualan gudang



dah waktu hujung hujung tahun ni, maka banyak lah jualan gudang kan.
hujung minggau lepas, NH berkesempatan ke HLK warehouse sempena jualan gudang.

1st time HLK buat jualan gudang sebab baru buka gudang baru. bersemangat NH nak p cuci mata dan motif utama nak beli vocum. company encik suami mencari rezeki kan. NH support la jugak. padahal, encik suami yg bagi ongkos suh p beli barang2 yg berkenan.. kalau dapat ribu riban, syok gak shopping kan.

beli je la setakat yang termampu dan wajib ada kat umah utk kegunaan harian kan.

NH sempat drop 1 vocum jenama ELba, 40% diskaun, 1 mixer 70% diskuan dan 1 jug kettle, 40% diakuan.

NH ke HLK ngan kakTI. kakTI borang tv LCD LG 42 inci. dapat dengan harga 1099. berbaloi baloi NH rase. tergugat iman gak nak TV tu..tp, buat xtau je la kan..

ape2 pun..best shopping sini sbb ade org tlg assist. sib baik ade adik ipar kat situ..:)

pada kawan-kawan..sempat lagi nak p jualan gudang HLK ni. hari ni dan esok masih ada.. selamat bershopping semua


Thursday, December 6, 2012

katakan tidak pada nasi

allahamdulillah, NH berjaya menyingkirkan nasi dalam hidup untuk sementera waktu. al-kisahnya nak buat atkin diet. no karbohidrat. sudah 2 minggu NH tak menjamah nasi.

nak ikut betul cara pemakanan atkins, tp, belum sepenuh dapat ikut sbb, asal malam je, mengigil lutut. rasa mcm nak pitam. terpaksala ambik air milo kosong + 3 keping biskut tawar hup seng.

so, atkins diet NH belum berjaya sepenuhnya. NH banyak ambil info pasal atkin diet dekat blog bicikut.

takpe la kan, slow2, NH akan try buang semua jenis karbohidrat dalam diari makan NH seharian.

setakat ni, NH dah berjaya kurang 4kg. 

katakan tidak pada nasi utk orang-orang gebuss mcm NH. gambar nasi ni, NH google je.

Wednesday, December 5, 2012

Seminar oleh Akademik Sains Malaysia


Tetiba je NH kena jadi bidang terjun untuk seminar Strategic Consultative Lab oleh Akademik Sains Malaysia. Seminar pasal water/air. memang lari bidang la kan. ape2 pun, kena la pergi, sebab arahan bos kan. NH kena jadi rapporteurs. 

belasah sajalah. rapporteurs pun rapporteurs la.
isnin n selasa, bertapa la NH kat hotel palace of the Golden Horses tu. ternganga je la bila orang semua present pasal air. nasib baik la peserta just 30++, n ade 3 org rapporteurs. so, tugas NH membantu rapporteurs je..

Strategic Consultative Lab 4 & 5  :: General




- semua gambar di ambil dr google sahaja. NH tak sempat nak berposing bagai, sbb sorang diri je. main terjah je sapa2 utk bertanya itu ini..:)