Pages

Tuesday, August 30, 2011

1 syawal

Assalamualaikum...

1 syawal dah menjelma, meninggal ramadhan yang penuh berkat. lagi setahun akan bertemu kembali dengan ramadhan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk kawan-kawan yang sudi menjenguk blog NH ni..

sama seperti tahun2 lepas, NH beraya di kampung halaman NH di Besut Terengganu. pagi3 menolong My ma buat hidangan utama. Nasi Dagang + satey. NH panaskan satey yang di beli pada malam tadi oleh kakak sulung NH.

merangkak ke tengahari, NH bersama adik-beradik, beraya ke rumah bapa saudara n mak saudara yang tinggal area Besut ni. abg NH je tak balik beraya sebab kakak Ipar NH tengah sarat mengandung dan baru kuar Wad. doktor tak bagi berjalan jauh..

kul 2, NH dah selesai beraya, lepaking kat rumah je, layan tetamu yang datang. alhamdulillah, sampai malam, tetamu masih ada.

tahun ni, tahun terakhir NH beraya sebagai single mingle.. sayu gak rase hati.. huhu.. tahun depan NH akan beraya dengan encik somi.. macam mana la kan suasana raya tahun depan kalau di panjangkan umur... encik tunang marah bila NH tanya nak beraya mana dulu tahun depan.. hehe.. NH bersemangat nak balik beraya di Besut untk tahun pertama nanti. nasib baik la, kampung kami tak jauh. 3 jam je perjalanan. huhuhu..


hidangan yang di hidang untuk tetamu, wajah tapai pulut je yang jelas, yg lain tak nampak pun, NH main snap je..huhuhu..


gambar anak buah NH yang paling kecil setakat ni. Ayyub darwish, umur dah nak masuk 3 tahun 1 september nanti. paling nakal + paling garang.


wajah NH di tengahri raya yang sengek bengek sebab melayan ayyub. Nh bersama kakak sulung n adik bongsu.

sehari sebelum syawal menjelma

assalamualaikum....

sehari sebelum syawal memang suasana yang paling seronok sangat. macam2 benda nak buat untuk sambut tetamu datang beraya esok.

NH dah sampai kat kampung hari sabtu lepas lg. NH balik dengan ayah NH sebab kebetulan ayah NH datang putrajaya nak tengok kak Ipar NH yang masuk wad. masuk wad kononnya doktor cakap dah nak bersalin. tapi, lum cukup weeknya lagi.

NH duk sebok simpul popia mini inti serunding ikan. kuih raya yang wajib NH buat setiap tahun. tahun ni, NH buat lewat sebab Mak NH tak sempat nak buat serunding ikan, just beli kat pasar je.

kononnya, tahun ni NH nak belajar buat ketupat palas, nak belajar cara nak bungkus ketupat guna daun palas. belajar punya belajar, tak jadi3.. susah jugak ek nak buat ketupat palas ni.

ayah NH baru duk sebok nak pasang pelita raya. kat bawah ni ler rupa pelita raya umah NH.. hehe.. 2 pelita je pun yang ayah NH pasang.


ni la rupa popia simpul inti serunding ikan NH yang telah siap di goreng. rupa sebelum goreng tak sempat nak snap gambar.


ni pula rupa ketupat palas mak NH yang dah siap.. huhu.. sedap tau, Mak NH letak serunding daging + kacang kat dalam ketupat ni tau..nyum2..;]

Thursday, August 25, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (34) Bukan Tak Sudi



Bukan Tak Sudi
Mimie Afinie
Penerbit: KarnaDya
terbitan 2010

Kepekaan saya:

Bukan Tak Sudi hasil garapan indah milik Mimie Afinie ini adalah sebuah kisah komedi romantik. Gaya penulisan dari penulis yang penuh dengan omelan suara hati cukup membuatkan hati saya tercuit. Banyak omelan-omelan lucu yang diutarakan oleh penulis. Setiap ayat yang tercipta di dalam Bukan Tak Sudi ini memang mampu membuatkan saya tersenyum sendiri.

Bukan Tak Sudi mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Anis Zulaikha yang tidak pernah mempunyai teman lelaki. Anis terlalu sibuk dengan kerjayanya. Anis bukannya tidak memiliki rupa paras yang tidak cantik tetapi disebabkan dia tidak pernah mahu memikirkan pasal kehidupan berumahtangga ibunya di kampung sangat risaukannya. Ibunya risau jika Anis menjadi andartu dan kerana itu, ibunya bercadang untuk menerima pinangan Syariff, kawan sekampung Anis. Anis tidak mahukan Syariff kerana semasa alam persekolahan dulu, Syariff seorang yang nakal dan digelar samseng kampung oleh Anis dan kawan-kawannya.

Di pejabat pula, Anis diminati oleh bosnya. Al, bos Anis yang cuba untuk memikat hati Anis. Pada awalnya, Anis tidak memberi sebarang tindak balas. Walaupun pada mulanya Anis menolak tetapi lama kelamaan hatinya melekat jua dengan Al. Ditambah pula Anis takut akan keputusan ibunya yang masih mahu menjodohkan dia dengan si Syariff sekiranya dia tidak mempunyai pilihan hati sendiri. Namun ada sesuatu yang mencurigakan terhadap diri Al pada pandangan Anis. Al selalu menutup telefonnya sewaktu lepas waktu pejabat. Bila hari cuti pun Al begitu susah sangat untuk dihubungi. Bila ditanya kenapa Al memberi alasan bahawa ibunya tinggal bersamanya dan tidak suka dia bergayut dengan perempuan lama-lama. Alasan yang tidak masuk akal untuk orang bercinta. Tapi, disebabkan oleh perasaan sayang dan kasih, semua rasa curiga Anis pada Al di tolak ke tepi.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Peribahasa itu cukup sesuai untuk Al, lelaki berhidung belang dan bermata keranjang. Sebenarnya, Al telah mempunyai isteri. Isterinya pula tengah sarat mengandung. Al telah mengambil kesempatan atas kebaikan isterinya. Anis pula menjadi mangsa lelaki seperti Al. Nasib menyebelahi Anis kerana Anis berjaya juga mengetahui siapa Al yang sebenarnya. Al memang sedaya upaya tidak mahu Anis lari dari hidupnya. Al menggunakan alasan yang isterinya bukan cintanya tetapi, pilihan keluarga.

Sememangnya Al jenis lelaki yang tidak mempunyai perasaan kesian pada isteri sendiri. Dengan keadaan isteri yang sarat mengandung, disuruhnya si isteri memujuk Anis supaya menerimanya kembali. Anis dihimpit oleh masalah yang amat besar, selalu di ekori oleh Al, menerima panggilan dari isteri Al yang memujuk supaya Anis tidak memarahi Al lagi. Anis yang berhati lembut, menjalinkan persahabatan dengan isteri Al dan menganggap isteri Al seperti kakaknya sendiri.

Anis juga terpaksa berpindah dari rumah sewanya dan tinggal bersama abangnya Fuad kerana semua teman rumah sewa Anis telah mendirikan rumahtangga dan berpindah dari situ. Tinggal bersama abangnya Fuad bermakna Anis terpaksa berkongsi bumbung juga bersama kawan karib Fuad yang bernama Omar. Anis memang tidak begitu menyukai perangai Omar yang di anggapnya miang atau gatal. Anis cukup tidak suka dengan setiap pandangan mata Omar yang selalu memerhatikannya seperti mahu menelannya hidup-hidup.

Fuad dan Omar terlalu akrab. Mereka berdua juga menjalankan perniagaan bersama-sama. Sejak dari dulu lagi Omar menyukai Anis dan cuba untuk memikat Anis. Sememangnya Omar nekad untuk memikat adik sahabat baiknya. Tetapi dia tidak tahu macam mana. Sesak nafasnya bila mendapat tahu si Anis sudah ada teman lelaki. Namun Fuad memujuk Omar supaya bertenang. Selagi Anis belum berkahwin Omar masih mempunyai peluang. Gelihati betul dengan gelagat Omar yang sanggup merasuah Fuad agar membantunya memikat Anis. Sehingga sanggup dia menjadi khadam Fuad dengan membasuh pakaian dan cadar katil Fuad selama sebulan. Sedangkan Anis masih begitu, tidak sedikit pun nampak tanda-tanda untuk lembut hati terhadap Omar.

Anis juga dapat memiliki kebahagian seperti kawan-kawan rumah sewanya yang lain. Rupa-rupanya, Syariff samseng kampung dan Omar adalah orang yang sama. Omar Syariff adalah lelaki yang sejak dulu ingin memiliki sekeping hati milik Anis. Fuad dan keluarganya di kampung telah lama tahu akan kewujudan Omar Syariff dan Syariff. Kesian Anis, terpaksa menghadapi saat getir semasa hari pernikahannya. Anis sangat takut jika Syariff yang di terimanya untuk menjadi teman hidupnya masih berperangai seperti samseng.

Banyak juga kejutan demi kejutan yang di sampaikan oleh penulis membuatkan saya tidak terfikir langsung apa akan terjadi seterusnya. Jalan cerita yang tidak begitu berat. Banyak ayat-ayat yang sempoi dan kelakar.

Monday, August 22, 2011

berhati-hati dengan talam bermuka muka

uitt... di pagi isnin nan indah. apakah tajuk entri kali ni agak mengarut atau mencarut?? huh... di bulan Ramadhan ni, NH merasa kesabaran sudah sampai ke tahap paling maksimum. tak tau nak meluahkan kat sapa-sapa n memang taknak luahkan kat sapa-sapa pun. so, encik blog la menjadi mangsa untuk NH meluahkan segalanya..

talam bermuka-muka? bukan kuih talam ok..
buat pembaca-pembaca yang budiman. lagi tinggal 7 hari utk kita lakukan ibadah puasa dan memperbanyakkan ibadah lain. tapi, sebebabkan NH berjumpa dengan manusia yang bermuka talam pada tahun ni, NH memang dapat rasa la, NH tak dapat nak mengumpul byk ibadah lain. semua benda yangn NH lakukan sepanjang mengenalinya seperti mencurah air di daun keladi.

manusia, memang tidak sempurna. NH pun memang jauh sekali untuk sempurna. tapi, kita sebagai manusia, yang Allah berikan nikmat yang paling baik iaitu AKAL, untuk kita berfikir. fikir sebaik-baiknya, fikir mana yang baik dan fikir mana yang buruk. kalau baik, kita buat, kalau buruk, kita elakkan. uisss, dah lari dari tajuk ni.

tapi, point 1stnya, NH nak bgtau, NH cukup2 sakit hati dengan manusia yang 'bermuka talam' ini. uisss. jgn la sekali kali anda semua jadi seperti kuih talam ye..hehhee.

sangat bahaya bila berperangai talam 2 muka ok. boleh mengucar kacirkan keamanan persahabatan orang lain.

aaaa.. tak kira, nak cite kat sini. NH ada kenal seorang makhluk tuhan semasa NH buat part time kije. makhluk tuhan ni, NH gelarkan dia sebagai 'Y' ye. untuk menyenangkan NH melakukan penceritaan. kesabaran NH memuncak pada malam td. kalau ikutkan hati bodoh NH ni, mau je bersemuka n ludah kat muka si Y tu. tapi, bila fikirkan balik, jangan malukan diri sendiri. pendekatan yang paling baik, psiko kan kepala otak si Y ni. huhhuu....

pada awal perkenalan NH dengan Y ni, NH dah rase semcm, Y ni terlalu banyak bercakap, semua bende nak di ceritakan. semua benda pasal NH dia duk soal. bab kata orang 'bzbody' la kan. tp, disebabkan kampung NH dengan tidak jauh, NH layankan aja. NH buang semua rasa tak sedap di hati. hari 1st kenal, NH kesiankan dia, balik kije kat kul 11 malam, NH g anta Y ni ke umah sewanya. di sebabkan hantarkan Y ni, NH bergaduh dengan incik tunang. incik tunang pun macam dah boleh rase semcam dgn Y ni.

disebabkan taknak pk buruk pasal org, NH kawan je. 1st bende yang buat NH pelik ngan Y ni, adalah 1 hari tu, NH puasa ganti n berbuka di tempat kije part time, NH minum la Milo Suam Kau punya. alih2 si Y ni ckp, tokey marah NH minum Milo. aiii.. selama ni NH, hari2 NH minum milo. bila dia datang je, dah dengar benda yang tak elok.

sebenarnya, dari situ lg, Y ni nak laga-lagakan NH dengan tokey n sorang lagi pekije. sampaikan NH tak menegur sapa time g kije. NH paling tak suka orang cakap belakang. kalau x suka, tegur depan2 la kan.. tp, last2, NH tanya tokey sendiri, tokey ckp, mana ada marah. boleh je minum Milo. see... nampak sangat yang Y mereka-reka cerita.

sudah panjang cerita NH ni. rasa macam malas nak teruskan..huhu.. bengang sangat dengan perangai manusia seperti Y itu. umur baru setahun jagung, baru nak kenal dunia. tp, tak tau hormat orang yang lebih tua.
last yang terjadi malam td, NH dapat tau, Y sumpah NH. dia panggil NH B*B*. dia sumpah NH melalui sms yng di hantar kat pekerja 1 lagi... sepanjang hidup nak masuk 28 tahun ni, tak pernah lagi NH kena sumpah mcm tu. NH pun tak tau apa salah NH kat dia. rabu lepas, NH dah tolong bawa Y tu ke Jalan TAR. nak shopping raya katanya. dengan takde duit nya, NH tolong gak. tp, bila dah kena sumpah mcm tu, NH memang nak ungkit semua la.. sakit hati ni..

sampai pagi ni. terfikir2, apa salah NH padanya sampai kan di sumpah seranah..
NH cakap Y talam 2 muka sebab, masa kuar dengan NH pasti Y ni kutuk pekije sorang lg. tp, bila Y kuar ngan pekije sorang lagi, dia akan kutuk NH.. kalu time Y mengutuk, NH iyekan ye la.. hahhaa.. NH pun senggal, dah tau Y tu perangai pelik, NH boleh lagi layan kuar ngan dia...

kesimpulannya.. rambut sama hitam.. hati lain-lain. berhati-hati dengan sahabat yang muka bertalam ini.. NH dan minta maaf zahir batin dengan Y mlm td. tp, dia diam je. so, nampak sangat dia marahkan NH. yang pasti, Y tak tau yang NH tau dia sumpah NH. biarlah, Allah Maha Mengetahui.. NH doakan semoga Y berubah. dia masih muda, jauh lagi perjalanan hidup dia. jangan terlalu pentingkan diri sendiri..
nampak sangat yang Y ni nak mengambil kesempatan atas persahabatan yang NH jalinkan.

kepada pembaca-pembaca blog NH, jadikan cerita NH ni sebagai iktibar. yang baik boleh ikut, yang buruk, jgn sekali kali ikutinya.. peace -.. selamat berpuasa semua..;]

Wednesday, August 17, 2011

16 ramadhan

assalamualaikum..

semalam, NH dapat rezki lebih. Kawan NH yang duk selayang datang putrajaya, ajak NH berbuka bersama dia. thanks kak Ina sbb belanja NH makan Nando's.. punya la ramai umat manusia berbuka kat alamanda. lagi 1 jam nak berbuka kami terpaksa duduk melangut kat meja makan, kalau tak melangut kat situ, memang tak dapat meja la jawab nya.. Tahniah gak kat Kak ina sebab bakal jadi ibu 2012 nanti..;]

lepas berbuka kat alamanda, NH memnajangkan langkah ke puchong.. hehe, niat di hati mau berbuka ngan encik tunangan, tp, di sebabkan Kak ina datang dr jauh, plan terpaksa di tukar.. langkah semakin panjang bila kawan NH cik Ana nak beli baju raya, apa lagi, NH pun ajak ke Uptown Shah Alam la. NH ajak encik tunang sama.

Baju raya memang tak banyak pilihan kat uptown ni. bak kata cik Ana baju Krismas je yg banyak. Tp, NH sempat gak merembak sepit selendang 1, kerongsang kecik 1. Encik tunang dgn adiknya, hilang tah kemana, NH merayau2 1 uptown dgn cik Ana je. bila dah nak balik baru cri encik tunang. huhuhu...rupanya encik tunang yang shopping sakan.

apa-apa pun. NH sapa umah kul 2 pagi. alangkah bestnya kalau opis NH pun cuti Nuzul Quran. cik Ana n encik Tunang gak yang best. NH yang rabak mata ni di pagi rabu..huhuu






# sumber gambar dari pakcik google.

Tuesday, August 16, 2011

cara senang berdiet

1. terlebih makan pagi, petang xyah makan.
2. termakan benda manis, minum air banyak2.
3. terlebih makan, minum air banyak2.

perlu buang 15kg

assalamualaikum..

mmm... dah lama NH tak buat atkin's diet. rasa macam nak berjuang lagi sekali la. sebelum big day, NH perlu kurangkan lemak2 degil kat badan ni. nanti susah nak dapat baju yang di impikan..hehehe.

sekarang ni, dah 16 hari puasa, NH berjaya berbuka tanpa makan nasi. Nh belum mampu untuk tinggalkan karbohidrat sepenuhnya. 1 je kelemahan Nh, tak leh nak telan air sampai 3 liter sehari. sebenarnya, minum banyak air sangat penting untuk menyingkiran lemak di dalam badan.

go go go NH, sebelum januari 2012, kena buang 15 kg.

Monday, August 15, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (33) Andai Kau Jodohku



Andai Kau Jodohku
Penulis : Liza Zahari
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : September 2010

Kepekaan saya:

Andai Kau Jodohku mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis yang nama Riana. Riana yang percaya kepada cinta zaman kanak-kanaknya. Riana seorang gadis yang mulus, bekerja sebagai editor di salah sebuah syarikat penerbitan.

Minul adalah cinta pertama Riana, cinta di zaman kanak-kanak. Riana terlalu taksub pada cintanya sehinggakan sanggup menunggu Minul hadir untuk melamarnya sedangkan mereka berdua telah lama terpisah. Riana dan Minul berpisah semasa berumur belasah tahun kerana keluarga Riana berpindah dari kampung kelahiran Riana.

Tugas Riana sebagai editor juga perlu membuat kaji selidik tentang sesuatu tajuk yang di kehendaki oleh ketuanya. Riana telah ditugaskan untuk menemuramah seorang pengamal perubatan tradisional yang bernama Ezani dan tinggal di Puncak Alam. Ezani juga seorang pengamal ajaran sesat, tetapi, Riana hanya mengenali Ezani sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.

Ezani juga mempunyai isteri seramai tiga orang. Disebabkan oleh hati yang hitam, yang penuh dengan perasaan ingin menguasai ilmu ajaran sesat, Ezani telah memukau Riana untuk dijadikan isteri keempat. Ezani juga telah membunuh isteri pertamanya dan memuja mayat isteri pertamanya untuk mendapat ilmu hitam yang lebih kuat.

Ezani memukau Riana kerana menganggap rupa paras Riana seiras dengan wajah arwah isteri pertamanya. Riana berjaya dipukau. Hidup Riana kucar-kacir, Riana kehilangan kerja kerana terlalu asyik dengan layana Ezani. Seluruh pergerakan Riana dikuasai oleh Ezani. Nasib Riana agak baik kerana mempunyai ayah tiri yang bertanggungjawab. Ayah tiri Riana berusaha mencari seorang ustaz yang tahu menangani ilmu hitam yang telah terkena pada diri Riana.

Ayah tiri Riana telah berjumpa dengan Pak Sheikh. Pak Sheikh telah menyerahkan tugas untuk menumpaskan ilmu hitam Ezani kepada anak didiknya iaitu Danish. Danish adalah sepupu kepada Minul. Perkenalan antara Riana dan Danish terjadi setelah Danish berjaya mengubati Riana. Daripada mengenali Danish, Riana telah berjaya bertemu kembali dengan Minul. Rupa-rupanya, wajah Danish dan Minul adalah seiras. Pada mulanya, Riana ingatkan Danish adalah Minul.

Riana yang sememang menaruh harapan untuk menjadi suri hati Minul sangat gembira dengan pertemuan tersebut, tetapi, Minul telah berkahwin dengan Maria kerana satu peristiwa. Pertolongan Danish dan Pak Sheikh telah mengembalikan Riana yang asal. Riana yang bebas dari ilmu hitam Ezani. Pak Sheikh juga ingin memulihkan Ezani, tidak mahu Ezani terus hanyut dengan ajaran sesatnya.

Apakah peristiwa yang berlaku antara Minul dan Maria sebelum perkahwinan mereka? Dapatkan Riana memiliki cinta yang telah tersimpan kemas di hatinya? Adakah Riana betul-betul pulih dari gangguan ilmu hitam Ezani? Segala-galanya akan terjawab di sebalik penceritaan andai kau jodohku ini.

Pada zaman kecanggihan teknologi ini, masih ada insan yang mengamalkan ilmu hitam untuk kesenangan hidupnya. Sanggup memuja, membunuh, mengkhianati saudara sendiri untuk mendapatkan ilmu yang kononya akan memberi kesenangan hidup di dunia ini. Manusia yang mengamalkan ilmu hitam dan ajaran sesat mungkin tidak mempunyai iman di dada dan tidak mendapat kasih sayang dan ajaran agama yang secukupnya.

Seperti kisah hidup Ezani, sememangnya Ezani tidak mempunyai kasih-sayang dari ibubapanya kerana, bapanya telah meninggalkan ibunya dan dirinya hidup di dalam kesusahan semasa dia masih kecil lagi. Ibu Ezani juga tidak mempunyai ajaran agama. Hidup hanya untuk mencari sesuap nasi. Ezani mengamalkan ilmu hitam dan ajaran sesat kerana tidak percaya pada takdir hidupnya.

Terlalu banyak pengajaran didalam novel andai kau jodohku ini. Sifat Riana yang terlalu berani dalam menjalan tugas juga tidak boleh di ikuti kerana kerana keberaniannya itulah dia terkena pukau dari Ezani.

Bajet Raya sudah lari

Assalamualaikum..

di pagi isnin yang sangat2 mengantuk.. fuh, hari ni, NH terlewat 3 minit. macam mana la boleh tak tersedar alarm berbunyi pagi td, nasib baik tak terlajak sampai pukul 9 pagi, kalu x, EL la hari ni.. huhuhu... mayb NH penat sangat, hujung minggu NH yang tidak ada masa rehat..

sabtu ahad, NH membanting tulang mencari rezeki lebih. berpanas berhujan kat bazar ramadan bandar baru bangi. alamak, lupa lagi nak berposing maut depan gerai nasi ayam gemas mustafah. di sebabkan letihan dan kelesuan yang berpanjangan, tak de mood nak berposing maut depan gerai. hehe.. eh, dah lari dari tajuk lak ni.

sebenarnya nak cite pasal bajet raya ni. uwaa.... gaji NH dah tinggal sikit. keperluan raya belum buat lagi. barang-barang raya untuk ma ayah lum beli lagi. macam ni? pagi-pagi isnin ni, NH duk termenung depan pc, nak cari kat mana duit utk raya ni. aduhaiii.. ape nak jadi ngan NH ni. tak buat perbelanjaan berhemah bulan ni.

NH duk kalut dengan barang-barang hantaran yang belum selesai lagi. ade 2 barang lagi yang NH tambah baru utk encik tunangan. disebabkan raya ni, nak bawa balik semua barang nak serahkan barang-barang tu pada orang yang bertanggungjawab mengubah hantaran NH nanti.

semua kakitangan kerajaan tetap dah dapat bonus 500 pagi ni. NH??? hade? Nh takde bonus kut. tah la.. surat pekeliling Jpa utk bonus NH yang kakitangan kontrak ni, dah keluar, cuma bonus nye tah bile akan muncul dalam akaun NH. Nh doa sangat2, bia la bonus tu muncul sebelum raya. boleh la NH belikan barang-barang untk ma n ayah..

tapi, dalam kepala otak NH ni, nak mintak duit gaji ngan tokey nasi ayam la, gaji 2 minggu last bulan lepas pun, NH belum dapat lg. walaupaun NH kije hanya 3 jam sehari, kalau kumpul banyak2, boleh cover untuk raya kan..

apa-apa pun, bajet sudah jauh tersasar, jangan sampai NH menapak ke pejabat pos sudah la kan.. risau, takmo usik bajet utk my big day tu..huhu..


## mood raya NH lum sampai3 lagi, walaupun dah 1 hari puasa. duk pk nak balik kg dengan apa. ma tak bagi NH bawa balik 'si putih'. NH dah plan baik nya dengan encik tunangan. mmm.. kesian encik tunangan, dapat cuti lewat, mcam mana la kami nak balik beraya ni ye??? dugaan bertambah-tambah. tinggal lagi 4 bulan lebih utk NH melangkah ke alam yang lebih mencabar.

Friday, August 12, 2011

Imam Muda Hassan Adli datang opis

Assalamualaikum..

di hari jumaat yang indah ni, opis NH wat bacaan Yassin dan Tahlil untuk anak-anak warga opis yang nak hadapi exam besar tahun ni. juga tahlil arwah untuk semua saudara mara rakan-rakan opis yang telah meninggal dunia.

opis NH turut menjemput Juara Imam Muda musim kedua, Ustaz Hassan Adli untuk mengepalai bacaan Yassin dan Tahlil hari ni. Ustaz Hassan juga memberi ceramah pasal kebaikan bulan Ramadhan.

NH salute la ngan ustaz Hassan ni, umur baru 26, tapi dah berjaya menjadi penceramah bebas, menang rancangan Imam muda Astro lagi tu. memang best sangat ceramah yang di sampaikan oleh ustaz Hassan ni. banyak juga pengalaman yang ustaz Hassan lalui ketika rancangan Iman muda yang dikongsi bersama kami... gud luck ye ustaz Hassan.


- gambar dari pakcik google -


- gambar ni, NH ambik dr fb kawan. time ni, ustaz hassan dah abih bagi ceramah kat kitorang semua, sesi tandatangan autograf ni kut..;]

Thursday, August 11, 2011

berbuka bersama

assalamualaikum..

hari ni, dah 11 hari kita berpuasa. semalam, hari ke 10 berpuasa, NH baru bekesempatan berbuka bersama incik tunang. bulan ni, incik tunang bercuti pada hari rabu. so, lepas NH balik dari opis, terus pecut ke puchong. NH mau ke bazar ramadan puchong prima, mau makan roti john.

bila dah sampai kat bazar ramadhan. incik tunang terliur tgk kuih tepung pelita n akok. NH ikut je, kalau dia beli, Nh pun leh makan kan.. hehe..

Nh pelik gak, kat bazar ramadhan puchong prima ni, ade 3 tempat lorg jual roti john, tp, semuanya tak de org beli. kat kepala otak NH, duk pk, semua tak sedap kut. tp, di sebabkan nafsu makan tu menguasai, beli gak la kat salah 1 gerai. semua pompuan yang ade kat gerai tu. dia nye deko gerai, mmg cun la, buat NH tertarik. 1 roti john = rm 3.50. harga standard la kan.

incik tunang ajak berbuka kat kedai yang biasa kitorang makan. incik tunang order lauk, ikan kembong masak 3 rasa, sup daging n telor dadar. Nh lak menambah nak cendawan goreng.

memang abis la 1 pinggang nasik. diet memang tah kemana dah bulan poser ni. main makan je, maklum le, banyak makanan yang takde time biasa, time bulan poser gak ler yang ade semuanya.


- sup tulang ( gamba dr google) tak sempat nak snap sebab memorikad hp NH rosak.


- cendawan goreng (gamba dr google)


- ikan kembong masak 3 rasa ( gamba dr google gak ni)

Wednesday, August 10, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (32) Tak Mungkin Kuhindar



Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010

Kepekaan saya:

Tak Mungkin Kuhindar mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Maria juga dikenali sebagai Lia. Maria, gadis kampung yang merantau ke kota untuk mencari rezeki dan menyara ibu di kampung. Dalam pada mencari rezeki, Maria juga tidak lari dari terjebak dengan alam percintaan. Maria bercinta dengan Wan, kawan satu tempat kerja dengannya. Maria hanya operator kilang, manakala, Wan seorang juruteknik.

Percintaan Maria dengan Wan tidak berpanjangan. Hubungan cinta mereka putus di tengah jalan kerana Wan bermata keranjang dan hanya menganggap Maria mahu mengikis duitnya.

Maria pasrah dengan perpisahan yang terjadi. Tetapi, Wan masih mahu menganggu hidup Maria. Wan seperti seorang suami yang ‘gila talak’, asyik memujuk dan merayu Maria supaya menyambung kembali kasih mereka yang telah terputus itu. Maria sentiasa melarikan diri dari Wan. Maria sudah menyampah dengan perangai Wan. Seboleh mungkin Maria tidak mahu lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan Wan.

Pada suatu hari, Maria keluar ke Bandar seorang diri, Maria menyedari Wan mengekorinya dari belakang, disebabkan sakit hati yang melampau, Maria terpaksa berlakon dengan menarik tangan seorang lelaki yang berada berhampirannya. Maria terpaksa menebalkan muka, menyuruh lelaki tersebut berlakon menjadi pasangannya. Lelaki tersebut bernama Hisyam. Bermula dengan kebetulan dan berlakon, mereka terus berhubung dan terjadinya pertemuan demi pertemuan.

Pada mulanya, Maria tidak mengendahkan kehadiran Hisyam dalam hidupnya kerana Maria masih kecewa dengan perbuatan Wan yang telah berkahwin dengan perempuan lain. Tetapi, lama kelamaan, perasaan Maria untuk menyintai Hisyam hadir dengan sendiri.

Maria juga mempunyai sejarah hitam dalam keluarganya. Mempunyai seorang ayah yang melepaskan tanggungjawab. Ayah yang pentingkan diri sendiri dan berkahwin lain. Ayah yang tidak pernah ambil peduli kehidupan Maria, emak dan adik-beradiknya yang lain. Ayah yang suka mendera Maria semasa kecil.

Salina, gadis yang menyimpan perasaan cinta pada Hisyam. Salina selalu sangat mencemburui perhubungan akrab antara Hisyam dengan Maria. Dari alam persekolahan lagi Salina mempunyai cita-cita untuk menakuki sepenuh hati milik Hisyam, namun, tidak berjaya. Niat Salina semakin sukar setelah Maria wujud dalam hidup Hisyam. Hisyam hanya menganggap Salina sebagai seorang sahabat.

Sekali lagi, Wan muncul di antara kehidupan Maria dan Hisyam. Misi utama Wan adalah untuk melihat Maria merana, tidak mahu Maria mengecapi kebahagiaan. Tidak tahu kenapa, perasaan dendam Wan terhadap Maria makin membuak-buak. Wan, dengan senang hatinya menabur fitnah terhadap Maria. Wan mereka-reka cerita tentang keburukan Maria dan diceritakan kepada Hisyam. Entah bagaimana, Hisyam mempercayai setiap cerita yang di bawa oleh Wan. Perhubungan antara Maria dengan Hisyam hampir-hampir musnah gara-gara fitnah yang ditabur oleh Wan.

Maria membawa diri jauh dari hidup Hisyam. Setelah berbulan-bulan baru lah Hisyam tahu cerita sebenar. Akhirnya Hisyam berjaya menjejaki Maria yang berada di Utara tanah air. Mereka berdua berjaya mengecapi kebahagian bersama.

Tak mungkin kuhindar, membuat saya terfikir, seorang lelaki yang tamak pada cinta, sanggup menabur fitnah. Sanggup membuat aib pada insan yang lemah seperti wanita. Kisah ini banyak menceritakan keadaan wanita yang tertindas oleh kekuasaan dan kekuatan seorang lelaki.

cerita 9 ramadhan

asslamualaikum..

semalam, Nh di serang cirit birit n sakit perut yg agak kritikal. kul 4 pagi, sakit perut tu dah datang menyerang.. sampaikan xde mood nak bangun minum air tuk bersahur..

kul 12 tgh hari pun, Nh masih tak mampu nak kuar g klinik. akhirnya, kul 2, gagahkan diri juga utk ke klinik. bila diri dah gagah. semua tempat rasa nak jejak. lepas ke klinik, g mydin, cari kain pelikat n batik utk ole2 raya utk emak n bapak saudara, lepas tu Nh p lepak kat restoran nasi ayam gemas mustafah.

kul 4 lebih, Nh gagahkan diri ke alamanda, Nh nak carikan baju melayu untuk incik tunang. baju melayu utk barang hantaran. time nak raya ni la kan byk pilihan. smlm, Nh dah p cari kat pkns bangi, tp, takde lak size untuk incik tunang. Nh nak baju melayu color silver sebab kain baju kurung Nh dah beli color silver.. makkkk aiiii, punya la susah nak dpt color silver, yg ade, tp xde size. huhu..
last2, NH rembat color purple pink yang sedikit gelap kat parkson. sib baik ade sale 50%, murah berganda2 dr pkns bangi. save bajet NH.

jalan punya jalan, terjumpe lak t-shirt renoma utk incik tunang. rembat lg. ayoooo NH, apa mau jadi ni. barang utk diri sendiri n family lum beli lg. dah beli kan untuk org lain dulu... mmm.. lepas ni, misi utk crikan selipar utk ma n kasut utk ayah. mintak3 la duit gaji NH ade lebihan lg.

sakit-sakit perut pun sempat meronda ke alamanda kan. kalu dah memang kaki suka berjalan, sakit ape pun, jalan n shopping tetap terjadi.

kul 5.30 NH kuar dr alamanda, Nh menuju ke rumah kawan NH kat taman equine sri kembangan. sebenarnya NH dapat jemputan dari wani (kawan zaman kolej dlu) berbuka kat rumah dia. wani jemput Nh n azma je sebab husband wani berbuka dekat melaka. so, ape lg, Nh ngan azma buat kecoh la umah wani..

thanks byk3 ye wani. nanti NH dah ade umah sendiri, Nh pun teringin nak jemput kawan2 datang berbuka puasa di rumah Nh sambil merasa hasil tangan Nh memasak...hehe.. tinggi sungguh impian NH ni..;]


kat bawah ni la menu yang wani sediakan. lauk kelantan. ade budu tu. Nh makan tak hengat dunia, diet semua melayang tah kemana. kuih chekmek tu. NH yang buat tau. nampak sikit je, Nh tak sempat nak snap gamba kuit chekmek tu.;]


keracunan makanan

genap 9 hari berpuasa NH di serang sakit perut yang melampau. kul 4 pagi selasa, tersedar dr tido, perut memulas-mulas. mcm mau pengsan saja dalam bilik kecik. huhu..

terpaksa la MC semalam. seingt NH hari isnin tu, Nh berbuka dengan makanan yang di beli kat bazar ramadan presint 15. NH makan ayam uncle bob, popia goreng n karipap. tak tau la yang mana satu penyebab Nh keracunan. maunya NH tido tak sedar apa-apa lepas berulang alik ke bilik kecik.

kul 2 petang baru la Nh larat untuk kuar umah n ke klinik mediviron presint 15. lepas jumpe doktor, Nh g lepak kat kedai nasi ayam gemas jap. saje je g sembang ngan kawan. tp, sebelum g klinik, sempat lg Nh siapkan kuih chekmek. tp, Nh terlebih panas kan minyak, kuih chekmek Nh jadi pecah2, buruk rupenya. huhuu..

MC pun sempat buat kuih kan..
kat bawah tu la rupa kuih chekmek yang Nh buat. ni Nh bawakan utk kawan yg tgh kije kat kedai nasi ayam gemas mustafah..;]

Monday, August 8, 2011

Pasar Ramadhan @ PKNS Bangi

assalamualaikum...

sabtu n ahad lepas, NH abiskan masa di bazar ramadhan kat PKNs bangi. mencari duit poket lebih sikit. NH tokey nasi ayam gemas mustafah Putrajaya niaga kat situ.

memang seronok sangat. kul 5.30 dah start kena serbu. kul 6.30 dah selamat abis nasi ayam. sampaikan menggigil kepala lutut NH sebab tak sempat nak duduk. sabtu ahad tu memang tak cukup la bekalan nasi ayam yang di bawa. alhamdulillah, rezeki di bulan ramadan kan.

gambar suasana di bazar ramadhan pkns bangi. Nh ambik kat google je. sabtu depan Nh nak snap gambar sendiri la plak..;]

Thursday, August 4, 2011

bila puasa

assalamualaikum..

hari ni dah masuk hari ke 4 semua umat islam berpuasa kan.
bila tiba je bulan puasa, NH teringat semua kenangan-kenangan berpuasa zaman-zaman duk belajar dulu. zaman duk kat kampung. macam sadis la plak sebab sekarang berpuasa di tempat dan rumah orang.

time berbuka yang terindah.

Nh paling suka time berbuka puasa dengan kawan-kawan masa universiti dulu. kejadian tu dalam tahun 2007 kalau tak silap NH. time tu NH menyewa di kampung baru, wisma akar. NH bersama mimie izwanie, jee dan ikin. boleh dikatakan, setiap hari kami ber4 berbuka bersama-sama. tiap-tiap hari pun kitorang g menapak bazar ramadan kat kg baru tu. kg baru ada banyak bazar, yang selalu NH pegi kat depan masjid jalan nak menghala ke jalan chow kit n paling best kat area Flat tinggi jalan nak ke lrt kg baru. kat situ, banyak sgt3 pilihan makanan. kuih muih kelantan pun banyak. rindunya suasana berbuka bersama kawan-kawan.


perbelanjaaan.

tahun ni, perbelanjaan raya, NH terpaksa di catu. kena berjimat cermat. duit utk majlis perkahwinan NH yang mungkin akan berlangsung tahun depan, belum mencukupi. setiap bulan NH kena menabung separuh dari gaji, NH kena simpan utk majlis tersebut. so, perbelanjaan untk raya tahun ni, memang kena berhemah tersangat. memang tak terlintas nak beli baju raya, kasut raya n handbag raya pun kat kepala ni. cuma NH dah order biskut raya je untuk bawa balik kg. nanti kan, kecik lak hati ma kalu Nh balik dgn tangan kosong.

nasib baik la, raya cina hari tu, NH dah beli byk kain untuk baju kurung. kain2 tu semua belum siap jadi baju lg. so, sempat la NH suh akak NH jahitkan untuk buat raya. 1 pasang pun dah cukup la. just nak merasa baju raya je.


diet

kononnya nak terus berjuang untuk diet. tak mau duk dalam tahap obesiti tahap ke2 dah. tapi, semua melayang. 3 hari puasa, 3 3 hari la NH belasah nasik. Nh tak tau nak makan ape. nak g menapak ke bazar ramadan pun, encik gaji Nh lum muncul lagi. setakat beli kueh atau pengat pisang je la kat cafe opis. huhu.. memang tak sempat nak berdiet la. NH makan je nasi yang akak ipar masakkan n lauk yg akak ipar beli. tak leh nak memilih sgt. makan ape yang ada.. ;]

kampung.

apa apa pun yang paling dirindui masa hari 1st puasa, mestilah kampung, rindu ma. rindu masakan ma. tah apa la ma masak untuk berbuka kan. biasanya kul 3, ma dah masuk dapur. NH pun selalu menyebok. suka tolong ma buat kuih muih. paling best gentel onde-onde (buah melaka) pastu berebut ngan akak NH untuk rebus onde-onde tu.. tugas tegar NH kalau kat kg, bakar ikan. huh.. ikan cencaru sumbat cecah ngan colek (pencicah yang dibuat dengan cili kering + gula melaka). ma NH semua buat sendiri. ma dah masak kat rumah pun, NH masih sebok nak menapak ke bazar ramadan kg raja. time-time sekolah dulu, pegi ke bazar ramadan kg raja ngan basikal je. skrg ni, jalan dah makin sebok, dah tak berani nak nek basikal, basikal pun dah tak wujud dah kat rumah NH tu. dah rosak jahanam..hehehe.. menu wajib NH kat bazar ramadan kg raja, murtabak daging.


- onde-onde. gamba dari incik google. smlm, akak ipar NH beli onde-onde, tapi, NH tak sempat nak snap gamba.

Wednesday, August 3, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (31) M.A.I.D



M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan April 2011

Kepekaan Saya:

M.A.I.D mengisahkan kehidupan gadis yang bernama Noorul. Noorul seorang gadis yang sedikit kelam-kabut. Noorul juga pandai memasak kerana perangainya yang sedikit pemalas untuk jejakkan kaki ke dapur. Noorul datang ke bandar Pulau Pinang untuk mencari rezeki dan menyara ibunya di kampung. Tetapi, malang telah menimpa Noorul, dia terpaksa menjadi penggangur terhormat kerana kilang kicap, tempatnya mencari rezeki selama ini terpaksa ditutup kerana telah bankrap.

Noorul tinggal bersama kawan baiknya yang bernama Iman sebuah rumah flat. Imanlah yang banyak menberi nasihat dan semangat untuk Noorul terus mencari pekerjaan baru. Akhirnya, Noorul berjaya mendapat pekerjaan baru hasil daripada dia mendaftarkan diri pada satu agensi pencari kerja.

Noorul mendapat kerja sebagai pembantu rumah. Iman agak terkejut kerana Noorul sanggup menggalas tanggungjawab sebagai pembantu rumah, sedangkan Noorul tidak pandai memasak. Kepala otak Noorul yang sedikit gila-gila, mendapat ideal, jika, tuan rumahnya mahukan makanan, dia akan membeli di kedai sahaja. Sememangnya, Noorul suka mengambil jalan mudah dalam semua perkara. Noorul tidak pernah terfikirkan risiko yang bakal dihadapinya kelak.

Perjalanan hidup Noorul ke alam yang baru bermula apabila mendapat pekerjaan pembantu rumah. Noorul menjadi pembantu rumah di ‘penthouse’ mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan yang cerewet. Noorul telah menggelarkan majikannya sebagai Mr. F kerana sikap yang cerewet yang telah ditunjukkan pada setiap syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian kerja Noorul. Mr. F bermaksud ‘fussy’ atau cerewet. Setiap kerja yang Noorul lakukan, tidak pernah dihargai, malah Noorul sentiasa mandapat habuan iaitu tengkingan dan jelingan maut dari Mr. F.

Segala tugasan yang perlu Noorul selesaikan, Haris hanya sampaikan melalui nota-nota yang diletak di tempat yang perlu sahaja. Hanya satu panggilan telefon pada pukul 8 pagi sahaja yang Haris lakukan untuk memastikan Noorul betul-betul sudah sampai ke ‘penthouse’nya.

Sememangnya Noorul seboleh mungkin tidak mahu menjelmakan diri di hadapan majikannya kerana sudah dua kali Noorul terlanggar Haris sebelum Noorul bekerja sebagai pembantu di rumah Haris. Perlanggaran yang paling teruk di pasar malam apabila, pencicah keropok yang Noorul tengah makan tertumpah di baju Haris dan lelaki itu mengamuk sakan. Perlanggaran tersebut menyebabkan Noorul takut untuk bersua muka dengan Haris kerana Noorul fikir, dia akan kehilangan kerja jika Haris mengetahui siapa pembantu rumahnya.

Selama mana Noorul mampu menyembunyikan identiti dirinya kepada majikannya. Lama-kelamaan, Haris dapat tahu juga siapa pembantu rumahnya. Setelah Haris mengetahui Noorul, gadis yang telah melanggarnya sebanyak dua kali adalah pembantu rumahnya, Haris semakin tegas. Pelbagai peraturan dan arahan yang tidak masuk akal terpaksa Noorul ikuti. Haris lakukan itu semua kerana tidak mahu tertewas dengan perasaannya sendiri. Rupa-rupanya, Haris telah jatuh cinta pandang pertama pada Noorul. Haris melakukan ketegasan keatas Noorul adalah untuk menafikan semua kata hatinya.

Seboleh-bolehnya, Haris mahu Noorul berhenti menjadi pembantu rumahnya dan pergi jauh dari hidupnya. Haris sememangnya tidak lagi mempercayai wanita kerana dia tidak kecundangn pada cinta pertamanya bersama gadis yang sangat dicintai. Haris takut untuk menerima realiti yang dia jatuh cinta sekali lagi.

Noorul, gadis yang terlalu polos, sentiasa menegakkan kebenaran dan mengikut segala peraturan yang dibuat oleh Haris untuk terus mencari rezeki. Nasib Noorul cukup baik kerana Haris mempunyai seorang adik lelaki, Haikal yang sentiasa menyokong Noorul untuk terus bekerja di rumah abangnya. Haikal cukup mengambil berat pasal Noorul, rupa-rupanya, Haikal menaruh harapan pada Noorul. Tetapi, Noorul hanya menganggap Haikal sebagai seorang sahabat.

Malang menimpa hidup Noorul, akibat perbuatan dengki dan khianat seseorang, Noorul dan majikannya Haris di tangkap khalwat. Pelbagai fitnah yang melanda mereka berdua. Demi untuk menjaga nama baik keluarga Haris yang mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan, mereka berdua terpaksa disatukan. Bimbangnya hati Noorul hanya Allah saja yang mengetahui.

Noorul cukup risau kerana dia tidak yakin Haris boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Manakan setaraf, pembantu rumah dan majikan. Namun, setelah menjadi suami isteri, andaian Noorul selama ini, betul belaka, layanan Haris terhadapnya tetap sama seperti majikan dan pembantu rumah. Keadaan masih tidak berubah. Tetap sama seperti dulu.

Noorul yang telah jatuh sayang dan cinta pada Haris terpaksa memendam rasa. Siapa yang tidak sayang suamikan? Walaupun perkahwinan mereka adalah satu perkahwinan paksa. Terlalu banyak dugaan yang Noorul perlu tempuhi setelah bergelar isteri kepada Haris dan menantu kepada Datuk dan Datin. Ibu mertua Noorul juga tidak suka pada Noorul. Noorul terpaksa belajar untuk mengambil hati ibu mertuanya.

Mampukah Noorul menangani semua masalah yang melanda hidupnya? Pada mulanya, saya ingatkan Noorul akan kecundang dan terus menerima Haikal dalam hidup kerana tidak tahan dengan perangai Haris yang sering merendah-rendahkan kemampuan dirinya. Rupa-rupanya, andaian saya silap. Noorul seorang insan yang tabah, yang pandai mengambil hati semua orang. Akhirnya, Noorul diterima oleh semua ahli keluarga Haris dan berjaya mengecapi kebahagian seorang isteri.

JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Sent: Friday, July 29, 2011 3:30:28 PM
Subject: HEBAHAN : PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANGRAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

Sekian dimaklumkan.

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa

Assalamualaikum...



Selamat Berpuasa semua.
semoga puasa tahun ini lebih diberkati dan dirahmatiNYA
lebih baik dari tahun-tahun sebelum.
semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan nikmat dan keberkatanNya.
maaf zahir batin jika ada salah dan silap.

sama-sama lah kita semua mencari keredhaanNYA.
insyaallah.



jom niat puasa : Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu pada bulan ramadhan kerana Allah Taala.

Reunion KptmKB

Assalamualaikum..

sabtu lepas bersamaan 30 julai, NH telah menghadirkan diri di majlis reunion KPTMKB. majlis ni di buat di rumah kawan NH, encik zul azwan n puan Azura. trima kasih kepada tuan rumah..

sedikit sedutan gambar di hari kejadian.