Thursday, May 19, 2011

JJCM ioi Mall Puchong

assalamualaikum..

hujung minggu lepas NH, kuar bersama cik azma n cik ana. kebetulan, keesokannya birthday cik azma.. so, kitorang lepak-lepak n makan-makan la kat pizza hut sebelum melayan filem kongsi.



- desert kegemaran cik ana. patut la ana bersusah payah nak order bende alaf ni, memang sedap..sampai menjilat jari..hehehe



- pizza baru yang telah membuatkan selera makan NH bertambah-tambah. lupa lak apa ke nama pizza ni. yang penting, udang yang segar yang berlegar-legar kat atas pizza tu..hehehe..



- NH dan cik Ana. masing-masing telah kekenyangan. tengok la tahap kelicinan pinggang NH.. huhuhu. makan tak agak-agak. mana nak berjaya atkin diet nya. memang dah terbabas dari lantasan atkins diet dah.



- birtday girl yang di rai.. selamat bertambah umur ye cik Azma..

persediaan pertama

assalamualaikum...

bulan mei, bulan yang teramat sibuk untuk NH. nak kena siapkan kije kat opis, nak kena mengeluarkan peluh keringat kat restoran nasi ayam, nak settle kan barang-barang hantaran kahwin lg. bulan mei ni, encik tunang bercuti pada hari ahad. so, sempat la NH membeli belah untk persiapan bulan 12 nanti..

ni la hasil persiapan pertama NH.


barang-barang masih elok duk dalam beg plastik. tak boleh tunjuk isi dalam nya, nanti tak suprise lak kan.

Wednesday, May 18, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (23) Chinta




Chinta
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Terbitan : Disember 2008

Kepekaan saya:

Chinta adalah hasil buah tangan Norhayati Berahim. Bertemakan kekeluargaan dan terselit juga kisah percintaan watak utamanya iaitu Chinta.

Chinta dibesarkan dan hidup dalam keluarga yang agak sederhana disebuah kampung. Chinta tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya daripada seorang ayah. Chinta hanya mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari ibu, adik-adiknya dan ibu saudaranya. Tanpa pengetahuan Chinta, dia merupakan anak angkat kepada keluarga tersebut. Chinta hanyalah anak saudara kepada Pakcik Kamal dan Makcik Molek.

Chinta selalu kehairanan kenapa, dari kecil lagi Pakcik Kamal iaitu ayahnya selalu mencari salahnya. Sedangkan ayahnya selalu melelebihkan abangnya iaitu Rodin dalam segala hal. Kesalahan kecil yang Chinta lakukan akan mendapat habuan penampar dan dibelasah teruk. Sedangkan, Rodin yang pemalas ditatang bagai mintak yang penuh. Chinta juga pernah dipijak dan dibelasah separuh mati oleh ayahnya kerana hanya meminta kebenaran untuk memasuki sekolah berasrama.

Walaupun hanya bersekolah biasa di kampung, Chinta berjaya menjejak kaki ke menara gading dan berjaya menamatkan pengajiannya dengan sempurna. Semasa belajar Chinta berkenalan dengan Saiful dan menjalin hubungan cinta. Tetapi, Saiful tidak begitu ikhlas dengan perhubungan antaranya dengan Chinta. Saiful mempunyai niat yang susah untuk diduga. Saiful juga tidak pernah bersungguh-sungguh untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Chinta. Hal tersebut membuatkan Chinta tidak begitu menaruh harapan yang tinggi terhadap Saiful untuk meneruskan kehidupan berumahtangga. Saiful juga mempunyai mak dan ayah yang buta. Chinta juga selalu melawat mak ayah Siaful dan selalu menolong mereka.

Selepas Chinta tamat belajar, Chinta mendapat tawaran kerja di sebuat kilang makanan milik ayah Raja Akid. Bermula di sinilah, perkenalan antara Chinta dan Raja Akid.

Raja Akid juga mempunyai cerita kehidupan yang tersendiri. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya dengan harta. Tetapi, kurang dengan kasih sayang. Raja Akid juga tidak menyukai perempuan kerana semasa dia kecil, dia pernah melihat kecurangan yang dilakukan oleh ibunya. Raja Akid memendam kemarahan dan kebencian terhadap ibunya sendiri. Raja Akid tidak mencerita kepada ayahnya apa yang telah ibunya lakukan, dia juga tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun apa yang pernah dilihat dan kecurangan ibumya. Di sebabkan memendam perasaan tersebut, Raja Akid menjadi fobia dengan perempuan. Tetapi, kehadiran Chinta sebagai kakitangan dan juga rakan barunya, Raja Akid semakin berani untuk mengenali hati budi seorang perempuan. Raja Akid hanya mempunyai seorang sahabat perempuan yang dikenali dari kecil lagi iaitu Jessi. Jessi juga bekerja di kilang milik ayahnya. Dengan kehadiran Chinta di kilang tersebut, membuatkan Raja Akid berani untuk menjadi sahabat Chinta. Jessi dan Chinta menjadi sabahat perempuan Raja Akid.

Setelah Chinta mendapat gaji pertama hasil titik peluhnya, Chinta telah menghulurkan sedikit gajinya kepada ayah dan emaknya di kampung. Sememangnya, setiap bulan Chinta akan mengirimkan duit buat orang tuanya di kampung. Ayahnya begitu tersentuh dengan ingatan yang Chinta hulurkan. Akhirnya hati yang keras seperti batu yang sentiasa membenci kewujudan Chinta, cair seperti air batu. Kebencian ayahnya dibalas dengan sejuta kasih sayang. Kasih sayang yang Chinta berikan, mencairkan segala kebencian dan amarah ayahnya walaupun mengambil masa yang terlalu lama. Chinta sangat bersabar dengan karenah ayahnya, tidak pernah menyimpan sedikit dendam pun di hati atas segala kelakuan ayahnya terhadap dirinya.

Akhirnya, Saiful menyingkirkan Chinta dari hidupnya kerana mengejar harta dunia. Saiful telah berkenalan dengan seorang perempuan yang kaya raya. Chinta redha dengan ketentuan hidupnya. Peristiwa dikecewakan Saiful menyebabkan Chinta semakin rapat dengan Raja Akid.

Rodin iaitu abang Chinta telah membuat angkara dengan menyebabkan rumah dan tanah yang diduduki oleh mak ayahnya tergadai setelah kematian ayahnya. Raja Akid muncul untuk memberi pertolongan kepada masalah yang dihadapi oleh Chinta. Namun, pertolongan yang dihulurkan bersyarat. Syaratnya adalah, Chinta perlu menjadi isterinya. Kerana ingin menyelamatkan harta keluarganya, Chinta belajar untuk menerima Raja Akid sebagai seorang suami.

Rupa-rupanya, kesan yang dihadapi oleh Raja Akid kerana memendam rasa marah dan benci terhadap ibunya terlalu teruk. Raja Akid mempunyai gangguan emosi yang teruk dan tidak dapat di kawal. Rasa benci, marah dan jijik terhadap ibunya yang telah terpahat kukuh dihati menyebabkan Raja Akid sukar untuk memesrai Chinta. Bayangan perlakuan curang ibunya selalu menghantuinya apabila Raja Akid cuba untuk mendekati Chinta isterinya.

Chinta terlalu risau dengan keadaan Raja Akid dan cuba untuk mengubati dengan bantuan pakar kaunseling dan doktor. Raja Akid akan menjadi seorang yang amat pemarah apabila mendengar nama ibunya di sebut. Nasib baiklah, Chinta seorang yang penyabar dan pandai mengahdapi setiap situasi yang mencemaskan apabila Raja Akid dalam keadaan marah dan tertekan.

Di pengakhiran cerita, Raja Akid telah sembuh dari gangguan emosi dan segala rahsia kelahiran Chinta terbongkar. Kehadiran semula ibubapa kandung Chinta membuatkan Raja Akid terkejut kerana, Chinta adalah anak kepada bapa saudaranya yang menetap di luar negara.

Chinta membuatkan saya tidak sabar untuk terus menhabiskan pembacaan. Terlalu banyak moral didalam pencerita Norhayati Berahim. Kita boleh belajar menjadi seorang yang betul-betul penyabar seperti watak Chinta. Juga boleh menjadi orang yang mempunyai kasih sayang yang terlalu tebal sesama ahli keluarga dan sabahat.

Friday, May 6, 2011

Doa Qunut Pendek

Solat Suboh di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi tiada Doa Qunut. Jadi untuk pertama kalinya , sewaktu saya ingin menunai Umrah pada 2001, ayah beritahu Doa Qunut Pendek seperti berikut :

"Allahumma Fir ya Ghafur ".

Jadi bacaan diatas sempatlah untuk kita mengikut Imam yang tidak membaca Doa Qunut.

Tuesday, May 3, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (22) Jodoh atau Cinta



Jodoh atau Cinta
Penulis : Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel
Terbitan/Cetakan ke lapan Januari 2010

Kepekaan saya:

Jodoh atau Cinta mengisahkan tentang perkahwinan yang diatur oleh keluarga dan dengan erti kata lain, perkahwinan kontrak antara Iman Umairah dengan Aiman Danish. Perkahwinan mereka diaturkan oleh datuk Danish merangkap datuk angkat Iman iaitu Tuan Haji Aman. Iman dipelihara oleh Tuan Haji Aman setelah kehilangan ibunya Khatijah dalam nahas jalan raya.

Aiman Danish atau lebih dikenali dengan nama panggilannya Danish, amat membenci Iman kerana menganggap Iman mengambil kesempatan atas kebaikan yang telah diberikan oleh datuknya. Danish memberontak ketika datuknya mengarahkan supaya mengahwini Iman. Danish menuduh Iman ingin membolot harta keluarganya. Disebabkan tidak bersetuju dengan perkahwinannya, Danish telah membuat satu surat perjanjian perkahwinan yang perlu ditandatangi oleh Iman sebelum mereka di ijabkabulkan. Iman dengan rela hati menandatangani surat perjanjian tersebut tanpa banyak soal. Semua diserah pada Danish.

Ibubapa Danish, iaitu Dato’ Arif dan Datin Hajar juga menentang perkahwinan anak lelaki tunggalnya itu. Mereka lebih berkenankan Maya iaitu anak saudara Datin Hajar. Tuan Haji Aman telah membuat satu ugutan, kalau hendakkan semua hartanya jatuh ke tangan Danish, perkahwinan antara Danish dan Iman perlu di laksanakan.

Iman pula bersetuju dengan perkahwinan tersebut adalah untuk mendapatkan tiket melanjutkan pelajaran ke London. Iman ke London bersama Danish kerana Danish masih menuntut di sana. Iman pula baru hendak memulakan hidup di rantau orang. Sampai dekat lapangan terbang, mereka berpisah. Danish disambut oleh kekasih hatinya, Maya. Manakala Iman terpaksa menunggu abangnya Farhan datang menjemput untuk ke Liverpool.

Iman mendapat berita dari Malaysia yang memaksanya untuk pulang iaitu kematian datuk dan abang iparnya dalam nahas jalan raya juga kecederaan parah yang di alami oleh bapa mertuanya. Keikhlasan hati Iman menjaga bapa mertuanya di hospital dan menerajui syarikat yang hampir tersungkur telah membuatkan ibu dan bapa mertuanya menjadi sayang serta menyukai semua tingkah laku Iman. Segala benci dan kata-kata cacian yang pernah dilemparkan oleh ibu bapa mertuanya dulu, telah hilang dengan kebaikan dan rasa tanggungjawab yang Iman hulurkan pada mereka.

Mereka sangat-sangat terkilan dengan sikap Danish kerana tidak menjengah di saat mereka memerlukan. Mereka menyangka Danish langsung tidak pulang ke Malaysia. Sebenarnya, Danish pulang, tetapi, tidak berani dan tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan keluarganya yang telah di timpa musibah dan masalah yang teramar besar. Danish hanya menjadi pemerhati dari jauh segala yang Iman lakukan untuk membantu keluarganya. Dari situ, Danish dapat menilai keikhlasan hati Iman. Segala prasangka buruk Danish terhadap Iman sebelum mereka di ijabkabul hanyalah dusta belaka. Danish baru sedar dan baru dapat menilai sekeping hati milik Iman Umairah.

Mereka terkilan dgn Danish yg langsung tak menunjukkan muka di saat2 genting. Iman yg jadi penyelamat keluarga dan syarikat mereka. Danish tu bukannya tak balik, dia balik tapi cuma melihat dari jauh segala tanggungjawab yg dijalankan Iman yg tak banyak berkira. Iman terlalu muda utk menanggung semuanya.

Iman dan Danish memang telah lama tidak bersua muka, mungkin dapat tiga empat tahun. Hanya Danish yang memerhati segala yang Iman lakukan dalam kehidupan sehariannya dari jauh. Iman juga tidak mengharapkan apa-apa lagi dari ikatan perkahwinannya dengan Danish kerana Iman telah beberapa kali terserempak dengan Maya yang baru keluar dari tempat tinggal Danish dalam keadaan yang membuatkan Iman terfikir yang Danish berlaku curang padanya.

Akhirnya, Danish muncul di hadapan Iman semasa Iman berada di pejabat. Danish telah bersedia untuk menerajui Syarikat milik keluarganya bersama-sama Iman. Ketika kemunculannya di hadapan Iman, hati dan perasaannya telah berputik untuk Iman. Danish bertekad untuk memiliki Iman dan untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

Iman juga tidak mengetahui punca penceraian ibu dan ayahnya kandungnya. Rupa-rupanya, banyak rahsia tersembunyi di sebalik penceraian tersebut. Setelah penceraian antara ibunya, Khatijah dan ayahnya, Tengku Farid. Iman dijaga oleh datuk angkat manakala abangnya Farhan di jaga oleh Mama Sue, sahabat baik arwah ibunya.

Bagaimana Iman dapat mengetahui tentang sejarah keluarganya, Danish banyak membantu dalam menyelesaikan segala konflik keluarga yang dialami oleh Iman sampaikan mereka diculik dan terpaksa terpisah untuk sementara waktu. Banyak kejadian-kejadian yang mengancam nyawa mereka berdua didalam kemelut keluarga Iman.

Siapakah dalang untuk merosakkan rumahtangga antara Danish dan Iman? Kisah perkahwinan yang diatur ini juga terselit kisah-kisah misteri yang di alami oleh keluarga kandung Iman. Kuatkan seorang perempuan yang baru mendapat kasih dari seorang suami dan kasih dari seorang ayah kandung untuk menghadapi segala cabaran hidup yang boleh mencabut nyawanya sendiri?

“ tak perlu aku berteka-teki, jika benar jodoh ini takdir-Nya, hiasilah aku dengan cinta itu”