Pages

Tuesday, July 24, 2012

Lala Masak Pedas

Assalamualaikum

sekarang ni, NH rajin betul mengudate entri pasal masakan. hidup sekarang, banyak masa di abiskan kat dapur, tak kuar jejalan dah..
lala masak pedas ni buat minggu lepas lg, sebelum ramadan.


- dr encik google, NH tak sempat snap gamba lala yg NH masak tu.

Bahan-bahan.
1/2 kilo lala.
2 ulas bawang putih.
2 ulas bawang merah.
1 sudu cili kering (gisarkan)
2 sudu sos tiram
1 sudu sos cili.
1 biji cili besar.
1 batang serai.

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa

assalamualaikum..
alhmadulillah, sudah 3 hari kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ni..

NH ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam..

Wednesday, July 18, 2012

Pertandingan Bowling NAhrim

assalamualaikum...

tiba-tiba je rase nak cite pasal pertandingan bowling, padahal pertandingan bowling ni dah lama dah NH join. baru seminggu masuk kije tempat baru, terus join sukan. untuk eratkan silaturahim kan.

pertandingan pada 29 /6/2012 hari jumaat kat alamanda,hari ni sempena perhimpunan bulanan, ada penyampaian hadian, rezeki NH. dapat no 4 pun ada hadiah tau..:)


- bergamba kenangan bersama kawan-kawan opis baru, kan, NH sorang je tak de baju pasukan yang oren tu..:)

Tuesday, July 17, 2012

Siapa Afiq Muiz

wahhh NH post entri pasal lelaki mana lak ni kan.. tetibe je hari ni terlintas satu nama, Afiq Muiz ni pelakon da.. baru hari ni NH perasan tuan punya nama Afiq Muiz ni hero drama aishiteru yang pernah di tayangkan di tv9. NH memang layan drama ni. dari episod 1 sampai last.. memang masyuk gak layan drama ni. comel je hero n heroin.


- yang pakai jaket itam tu la Afiq Muiz-

 
- Afiq Muiz. ada iras pelakon dolu2 kan, Edika yusof.-


semua gamba ni NH google je.. hehe.. tah ape la motip NH wat entri ni pun xtau. motip?? hilangkan boring n stress kut..;p

Monday, July 16, 2012

Puding jagung

mood untuk update resepi.. puding jagung ni, NH dah buat 2 minggu lepas, baru berkesempatan nak tempel kat sini.. encik husband tak berape gemar la puding jagung ni. so, tak perlu buat lg la. kena cuba buat kuih lain la kan..:)

BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung castard
1/2 tin susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis

CARA MEMASAK :
Campurkan tepung kastad, gula, jagung , susu cair dan air.
Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak .
Masukkan adunan puding ni ke dalam  loyang dan biarkan sejuk .

- bahan-bahannya-


- puding jagung yang dah siap, sedia utk di masukkan dlm peti ais-

Doa Hilangkan Stress dan Tekanan

Wednesday, July 11, 2012

Novel : Kan Kukejar Cinta Kamu

assalamualaikum..

dah lama sangat NH tak layan novel. tahun lepas pun, kononnya masuk cabaran 50 buku anjuran blog ulatbuku tu kan, tak sempat sampai 50 novel pun, bz kan duk wat persediaan majlis. dah selamat jadi wife orang ni, bz uruskan rumahtangga lak kan. rase ada dalam 10 novel baru yg belum di buka pembalutnya..

novel kan kukejar cinta kamu ni, NH pinjam dari kawan. memang novel ni best la, mengadap samapi muka surat terakhir, tak sampai 2 hari..

susah jugak kan kawin tanpa restu orang tua. alma berkahwin dengan raiyan di luar negara semasa mereka melanjutkan pelajaran. sedangkan family mereka bermusuh sejak dari dulu lagi. alma tidak mendengar nasihat papanya yang suruh menjauhi keluarga Dato Raqib.

terlalu banyak cabaran dalam kehidupan alma setelah seminggu pulang ke Malaysia kerana raiyan terlibat dalam kemalangan dan mengalami amnesia.




thanks azma sebab bagi NH pinjam ini novel...:)

Tuesday, July 3, 2012

Rekabentuk Banner

assalamualaikum..

baru nak masuk minggu ke3 meninggalkan kerja lama. dah rase rindu sangat2 pada kije2 lama. kije baru ni, banyak mengadap paper work je. dah naik berpinar kut mata NH ni..


last yang NH design masa kat tempat kerja lama, banner untk pameran..


NH kecewa ngan vendor yang cetak banner tu. Nh design, bukan belon macam tu. tangkap muat je kan diorg ni, mayb NH bg softcopy belon tu size tak menepati kehendak companynya kan..


- ni la rupa sebenar yang NH design.. lain 100% kan. 

terjumpe tapak pameran ni masa g berbengkel di melaka..

floria Putrajaya 2012

assalamualaikum...

hujung minggu lepas, NH mengabiskan masa terluang di floria putrajay. tema floria tahun ni, bunga kertas.
tp, mcm tak byk sangat bunga kertas yang di pamerkan...


selamat menjamu mata dengan bunga-bunga yang indah.. :)