Tuesday, October 30, 2012

kami






kami berdua.. setelah 9 bulan berumah dan bertangga tangga.. makk aiii.. NH makin bam bamm kan. hadoii..bila mau kurus ni kan? mimpi je la.. jarum penimbang asyik statik je walaupun nasi tidak di sentuh.




- gambar ni semasa kenduri kawan baik NH, ana di melaka. kenduri pihak lelaki..

masih ber2. hope cepat2 NH jadi ber3 kan.. kawan2 semua,, doakan NH cepat dpt baby.. next year 3series sudah..:)


Monday, October 29, 2012

Novel : Coke and Sundae II

Assalamualaikum...




semenjak dua menjak ni NH mmg gile kentang ngan novel.. tiap kali nampak je kedai buku, mesti p terjah n tanya ade diskaun ke x..hehe..kena ambik langkah jimat cermat jugakkan..

dulu2...hobi hanya membaca novel sahaja, sekarang ni, melangkah lagi maju ke depan la kan, membeli n mengumpul novel. sib baik duit saku ade lebih kan.. NH ni, bukannya apa, nak shopping baju or bende sewaktu dengannya, mmg malas la kan, sebb skrg ni, tak byk pilihan utk baju yg bersize XXL kan. kena la tahan nafsu utk membeli belah baju atau pakaian kan. so,..melaburla pada hobi yang 1 ini.

memang skrg ni, blog NH ni, tiap2 saat ade entri pasal novel kan... dah jadi wife orang ni, hidup terperap kat umah dah la, kawan NH yg selalu hangout sesama pun dh jadi wife org. mmg dah takde entri kuar jalan2 la kan.. ya Allah..panjang lebarnya NH membebel..sebenarnya nak cite pasal novel coke and sundae II ni.

ok2..berbalik pada novel ni.. sebenarnya kali pertama NH terpandang ini novel di Popular, terus jatuh hati. sedangkan NH lum google lagi tuk bace perjalanan kisah selanjutnya antara Syakir dan Azyan..

mmg teruja gile nak tau sambungan kisah hidup Syakir dan Azyan sesudah berumahtangga.. terus mengadap.. dalam masa 2 hari, + dengan buat kerja rumah dan sewaktu dengannya, sempat la habiskan novel ni..

uwaaaaaaaa..NH cukup kuciwa..mmg tak leh tima la jalan cite novel ni.. maybe tak masuk ngan diri NH.. NH tak berapa nak gemar la.. maybe peminat novel yang lain boleh tima jalan cite novel ni. bagi NH, nak bagi 3/5 bintang pun macam x lepas je.. maaf sangat2 untuk penulis novel ni.. NH hampa n kuciwa..:(


untuk yang belum baca novel ni dan yang suka dengan Coke and Sundae yang 1st tu, try la baca, kut2 boleh masuk ngan jiwa kan. ..

Jualan Gudang Alaf 21

Assalamualaikum....



pagi-pagi lagi sudah terjumpe ini iklan kat blog novelis2.. ohhhhh..NH sungguh teruja. mau pegi..mau shopping novel sampai lebammm...:)

Tuesday, October 16, 2012

Novel : Si Mangkuk Tingkat

Assalamualaikum...

sekarang ni. mood NH mau update pasal novel je..
novel yang dah berbulan bulan yg lepas NH bace. kali ni hasil karya Faziela, Si mangkuk Tingkat.
thanks pada kawan NH, Rose sebab bagi pinjam ini novel..:)




- rupa novel yang berjaya di google...:)

Sinopsis:

Seandainya dirinya tercipta untukku, rela kemenjadi miliknya. Impiannya satu dalam seribu.

"Nampak tak apa yang aku nampak ni?" Huh?"Budak perempuan tu. " Yang tadi?Jadi?"Dia pakai baju kurung la. "Eh. haah la!" Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?"

Senyap."Kau nampak benda yang dia bawa tadi?"Geleng"Mangkuk tingkat."

Sejak dari itu. hatinya sudah terpaut pada si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuaan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Street! Malaun nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni????" Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?""Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?" Suaranya memetir." Cik, lain kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah."Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka. Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya dia akan tetap menjadi milikmu.






Friday, October 12, 2012

Ukom dihati

asslamualaikum dan selamat pagi.

pagi pagi dah feeling lebih...
tetibe je rindu kawan-kawan opis kat ukom kdn.. macam nak kembali memerah keringat kat sana je..
rindu sangat2.
walaupun tak sampai 6 bulan NH jumpe diorang-diorang semua.. tp, rase mcm 1 family best. semuanya best2..:)



- tugasan luar bersempena pelancaran skuad muda KDN di Maeps Serdang. unit Media sedang menjalankan kewajiban... kat belakang tu, pasukan Rela, Jpam duk beratur nak menunggu ketibaan Dato' Seri, Menteri KDN.



- Sya.... ape yang terjadi tu? kesian murni.. mereka berdua ni pun, dah melangkah seribu, tinggalkan Ukom.



- mereka yang masih setia di Ukom



- kami yang kononya tengah posing maut



- kenangan bersama. 1 bahagian komunikasi korporat semasa berkursus fail meja di corus resort port dickson.


- sukaneka, kumpulan kami Juara


- malam last di port dickson. selapas acara cabutan bertuah n bbq.

Thursday, October 11, 2012

16 September, di akhir syawal

Assalamualaikum..

16 september bersamaan hari malaysia. so, cuti umum kan. NH n husband mengambil kesempatan buat majlis makan kecil-kecilan utk kawan2 dan saudara2 yg ada kat sekitar putrajaya n selangor..

terima kasih banyak2 utk semua yang hadir. tak sempat nak bergamba banyak2.. NH terlalu bz. maklum la tuan umah kan..hehe.. ;p

dah hampir sebulan kejadian berlaku.. baru sempat nak wat entri..hehe

- antara tetamu yang awal datang. umah berterabur..tak sempat nak kemas.

- antara tetamu yang dah nak last2. abg n kakak ipa NH. yg atas riba akak ipar tu, cucu sepupu NH tau.. NH dah ada cucu..so,umur dh meningkat la kan..:)

- adik kesayangan NH zaman belajar dulu.. Jee, suka sgt kawan ngan Jee ni. thanks jee sebb sudi datang umah kaknor.. mmg dh lama gile tak jumpe jee.. last puasa tahun lepas. kenduri kawin Jee pun NH tak sempat nak pergi. jejaka tu hubby Jee..:)

- cik mimi n puan ikin, kawan zaman belajar gak dulu.. menyewa 1 umah kat kg baru dulu. sama ngan Jee.. terharu gile bile diorang datang umah NH.. best sangat persahabatan yang terjalin msa di kg baru dulu..:)

- eh..encik suami ..hehe..muke penat la kut kan..;p

Wednesday, October 10, 2012

Tanda-tanda awal kehamilan?

macam mana la erk tanda-tanda kehamilan?? 
google punya punya google, jumpe la sikit info tentang tanda-tanda awal kehamilan.
Keluar cecair macam period. Actually darah tu keluar sebab masa tu embrio sedang melekatkan dirinya ke dinding rahim. Jadi ada pendarahan dari situ. Selalunya situasi ni selalu disalah anggap sebagai period. 
Dah 3 hari ni NH kuar cecair color hitam.. tp, sikit je, compius pun ada. tanda-tanda kehamilan ke atau ade benda lain ni? tunggu 3 4 hari lg la baru p jumpe doctor. kalau NH hamil, syukur sgt2.

Novel: Sayangku CASPER

Asslamualaikum...

lama betul NH biarkan encik blog ni kesunyian kan. bukan taknak update, tp, sedikit sakit hati, dengan kamera NH. tak leh tranfer gambar ke pc kat opis ni la plak..


NH pun dah lama sgt2 kan tak update ape2 pasal novel..
untuk entri kali ni, NH nak cite sikit je pasal novel Sayangku CASPER hasil buah tangan dari MAzni Anita.
sangat seronok sebenarnya menjelajah seluruh novel ni.

Gaya bahasa yang disampaikan dlm novel ni sangat lah sempoi. mampu membuatkan NH tergelak sorang2..:) Watak utama dalam novel ni adalah Tia Adilia dan Tengku Rafique.

CASPER adalah sebuah keluarga yang agak ternama di bandar Paris. Keluarga yang mengeluarkan baju jenama sendiri. Kedatangan Tengku Rafique dari Paris ke Kuala Lumpur adalah untuk mencari sepupunya atas permintaan Grannynya. Perpisahan yang berlaku 17 tahun yang lalu antara sepupunya Adilie dan Grannynya.

Dalam masa menjejak Adilie, Tengku Rafique bertemu dengan Tia Adilia.
bermacam-macam peristiwa berlaku sepanjang perkenalan mereka, sampaikan Tia Adilia terpaksa berlakon menjadi Adilie kerana ingin menyelamatkan nyawa Granny Tengku Rafique yang terkena serangan jantung setelah mendapat berita yang Adilie telah meninggal dunia lama dulu.




untuk mengetahui kesudahan Sayangku CASPER, sila bace ye..
siapa Tia Adilia sebenarnya? apa hubungan Tia Adilia dan Adilie? banyak juga persoalan yang akan muncul di pertengahan novel ini.



Novel ni..NH pinjam je ngan kawan NH.. cik mimi. thanks ye cik mimi.. blum anta lg novel tu. sbb kamo belum dtg alamanda lg..hehe