Pages

Friday, June 29, 2012

pemeriksaan kesihatan

assalamualaikum..

entri kali ni, NH just nak share pengalaman buat medical check up kat bandar besar ni..
NH terpaksa buat medical check up ni sebab bertukar kerja lagi. kalu ikutkan hati, malas nak pergi hospital di waktu kerja..

al kisahnya bermula 18hb lepas, NH ke klinik kesihatan puchong, batu 14, bila dah sampai, jadi lost, tak jumpe kaunter pendaftaran. hehe.. klinik dh di upgrade, dah berbeza dr NH datang bulan 12 tahun lepas..
main redah je la masuk tanya nurse, punya la pelik ini klinik, takde tempat utk x-ray ok.. NH terpaksa ke klinik kesihatan presint 9 putrajaya. kalau la tahu dari awal, klinik di puchong ni tak de x-ray, awal2 lagi NH dah ke klinik presint 9... sudah berasa penat di situ okehhh..dan kena buat temujanji doktor utk check up 28hb..

sampai2 kat klinik p9 kul 3 ptg ok, punya la tak pernah datang, pintu depan pun tak jumpe.. hehe..
sib baik ler, encik husband cuti kan, leh ajak die tolong temankan. tp, parking lak takde, terpaksela encik husband tunggu dalam kete. padat tul klinik ni n tempat parking terhad sgt.


1st, NH kena urine test utk drug.. dah settle, pekerja kat makmal tu ckp, datang minggu depan tuk ambik result.. aduh... ingtkan hari ni leh settle. dah naik geram dah ni. susah sgt ke nak letakkan kertas litmus ujian drug tu dlm NH nye urine??? step ke2, baru la masuk bilik x-ray. sib baik la result terus leh ambik.

so, kali ke 2 NH kena g klinik presint 9 utk ambik result. 25hb NH pegi ambik result. punya la pegi bertanya kat kaunter luar klinik, pekije yg jaga kaunter ckp, nak ambik result urine pun kena daftar n NH pun ambik la nombor.. cite pasal parking, NH block je keta doktor yg duk dlm garaj, hehe.. tu la, tak cukup parking sangat kan... NH terpaksa menunggu giliran untuk daftar dalam 30 minit. tak sempat nak snap apa2 gambar..:) bila dah sampai giliran NH utk daftar, pekije kat kaunter pendafatran bgtau, tak perlu daftar, boleh pegi terus ke makmal. arggg... makin meninggi tahap kegeraman NH. urusan yang hanya bleh  settle 5 minit je pun. bila g kat makmal, tunggu tak sampai 5 minit, result dah dpt ambik. membazirnya masa menunggu utk daftar..

lepas dah selesai ambik result urine, nak minta time slip, kena tunggu lg. dlm 15 minit gak la, nurse yg jaga time slip tu p toilet.. mmm.. hampir 2 jam NH d klinik hanya utk ambik result urine test.






28hb persamaan hari khamis, temujanji dengan doktor d klinik puchong. pukul 2, NH sampai, lewat 30 minit. ingtkan, dah buat temujanji, terus boleh jumpe doktor. salah 100% apa yg NH pk, kena daftar dulu, tunggu giliran. dah sampai giliran, kena cek tekanan darah di tempat lain, cek mata, tinggi, berat di tempat lain, n urine test lg skali.. aduh...berape kali mau cek itu urine da... tung tang tung tang kat klinik tu, sampai kul 4.50 ok... dr 2.30 ptg... perut dah pedih minta nasik... sib baik la encik husband cuti, bleh temankan. sian cik husband pun ikat perut tunggu NH kat klinik.. thanks ye encik husband..



sekadar gambar hiasan di google oleh NH..hehee..:)




#huh.. menyampah dengan MA yg cek mata, tinggi n berat NH, berlagak n sombong, cakap elok2 tak boleh ke???

Tuesday, June 26, 2012

Bengkel ISMS


assalamualaikum..

jumaat, sabtu n ahad lepas NH ke melaka untuk berbengkel ISMS (information security management system)... baru masuk kije 4 hari, dah kena pergi outstation. best gak kan.. memang dah lama sangat tak menjejakkan kaki ke melaka ni.

3 hari 2 malam ni avillion legacy melaka. NH dapat single room...  makk aiii. masuk2 je, luas nya bilik, tetibe je rase seram sejuk.. hehe.. aura penakut sudah muncul...
malam 1st tu, memang susah la mata ni nak terpejam. nasib badan la kan, kalau dah penakut, itu la jadinya.



kat atas ni ler rupa avillion legacy hotel. gamba ni NH ambik dr encik google je. NH tak bawa kamera pun ke melaka. sebab mental n emosi tak berapa nak ready meninggal bumi saujana putra n penghuni rumah sorang lagi tu. siannya encik husband kena tinggal sorang2..:)


kebetulan 23hb, sabtu, program Jelajah Janji Ditepati di adakan kat melaka ni, sebelah je dengan avillion ni, apalagi, petang tu, dah abis kelas utk sesi petang, NH ngan kawan2 pegi la meronda ronda kat pameran tu, tp, diorang semua dah nak mengemas dah. NH sempat gak g serbu tempat pameran kdn,.. :)

last2 p serbu pameran dr unit icu jpm, n sebok duk minta baju oren jelajah janji di tepati. bila dah dpt tu, rase mcm puas hati la kan..:)


 ni ler rupa baju oren tu. NH ambik kat google. kredit pada www.ibahpanda.blogspot.com

Friday, June 22, 2012

persahabatan yang terjalin

assalamualaikum....

ya allah.. pagi2 lagi, dah terasa rindu sangat pada kawan-kawan yang opis lama. di harap persahabatan kami berkekalan ke akhir hayat..

bergenang gak la airmata ni bile duk teringat kenangan-kenangan di ukom. sesi meluahkan kestressan di kala menjamu selera di cafe masa lunch hour. memang mustahil utk putarkan waktu itu kembali.

bilakah NH boleh bersama dengan kamu-kamu semua. rase rindu memang tidak terkata. rase macam nak kembali berkhidmat di ukom.

rindu sangat pada Rose, Muni, Sue n Sha.. kawan-kawan yang pling best..



dari kiri cepat jalan, hehhe.. munie, NH, Rose, Sue dan Sha

Thursday, June 21, 2012

festa floria Putrajaya 2012

Bertemakan “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.




Floria Putrajaya bermula 30 June - 8 July 2012. Seperti tahun2 lepas, tempat berlangsungnya Floria ini adalah ditempat biasa iaitu di Waterfront Presint 2 Putrajaya. Boleh ke website perbadanan putrajaya untuk maklumat lanjut.


NH memang tak pernah melepaskan peluang p tgk bunga bunga yang indah ciptaan Yang Esa kat floria putrajaya ni...:) 

Tuesday, June 19, 2012

Suasana Baru

assalamualaikum..

hari ni, dah masuk hari ke 2 NH kat tempat kije baru.
masih lagi proses memahami task2 yg perlu NH buat akan datang.
berhempas pulas lagi dengan sistem2..

1st time keje di jabatan, rase mcm 1 kelainan yg amat sangat.
insyallah, NH akan selesaikan tanggungjawab yg diberikan dengan jayanya..:)


- gambar dr encik google..:)

Friday, June 15, 2012

minit terakhir

assalamualaikum..

hari ni, saat ni, minit ni, NH akan meninggal kusi meja dan sewaktunya di ukom kdn ni. byk nye benda yg NH pelajari kat sini. dapat berjumpe secara dekat dengan MDN n PM. sonok sangat kije kat sini, tp, NH dpt offer kije yg lebih baik lg dr sini.

isnin ni, akan bermula la episod perjalana kerja baru NH..:)

Tuesday, June 12, 2012

Wall Climbing

assalamualaikum..

NH just nak update aktiviti hujung minggu.
bekerja di hujung minggu. rasela jugak kepenatannya.
seronoknya, dapat join wall climbing.. :)


Persiapan Kahwin : Paper Bag bajet

assalamualaikum ...

mood untuk update entri pasal persiapan kahwin telah kembali. walaupun sudah hampir 5 bulan memegang title Puan..

NH nak cite pasal goodies bag murah. untuk bakal2 pengantin yang mahu save bajet atau bajet kecik macam NH, boleh la guna cara NH buat hadiah untuk tetamu yang datang.

NH just beli beg kertas coklat yang biasa digunakan oleh peniaga-peniaga kuih atau pisang goreng je. memang jimat sangat. harga utk 100 keping hanya rm3.20. murah kan? NH beli kat mydin je.
pastu, NH hias la sikit ngan dolly paper color putih n riben..:)


paper beg ni memang agak tahan lasak. sib baik la ramai yang sudi menolong NH siapkan paper bag ni.:)

Tuesday, June 5, 2012

petugas di himpunan jutaan belia

assalamualaikum.

peristiwa seminggu lebih yang lalu. NH bertugas di himpunan jutaan belia. berkhidmat untuk negara la NH kali. media n publisiti ok. bz mengalahkan artis la kan. ...

kerja tah kemana, bergamba je lebih NH ni..


tersengih2 kan dapat bergamba ngan retis. teruk betul perangai NH kan. takpe la..menghilangkan stress..:)

cuti sekolah dan musim kenduri

assalamualaikum ..

bulan Jun, cuti sekolah dah bermula, dan bermula la juga musim kenduri kahwin. kali ni, NH dapat banyak juga jemputan kahwin kawan-kawan, semua nya di kampung halaman, area utara n area selatan, semua tu, NH tak mampu nak menghadirkan diri.

semenjak berumahtangga ni, NH tak berkesempatan lagi nak menghadirkan diri ke kenduri kahwin kawan-kawan.. insyallah, next musim kenduri kawin, NH akan cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri.
penyebab utama, adalah faktor ekonomi. NH pun baru nak memulakan hidup baru kan dengan encik suami.

tp, best gak kali, ma n ayah NH dr kampung datang. diorang bermalam kat umah si kecik uzair.. apa lagi, NH pun sempat menyelik berjalan jalan dengan diorang. encik somi NH berkerja di hari minggu.

si kecik uzair di plaza sungai wang. kami singgah di surau. sempat lagi si kecik ni posing..