Thursday, July 28, 2011

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap sebagai Guru Tetap

PUTRAJAYA: Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian mengeluarkan surat tawaran kepada mereka baru-baru ini untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti (KBC) sebelum diserapkan ke jawatan tetap.

“Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di sini, semalam.

Beliau berkata, GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia mengajar di tempat lain jika tempat di sekolah lama sudah penuh.

Mohd Puad juga berkata, tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih.

Petikan dari : berita harian

Wednesday, July 27, 2011

Doa Buat Kekasih



Ya-Rabbul Al Amin
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku..
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
moga kebahagiaan ini kekal abadi milik kami

Ya Muhaimin
Seiringkan lah kami mengharungi hidup
Ke tempat yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku dan ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan yang dasyat

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya dari hidupku
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim, Ya Tuhanku,
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasih dan cintaku padanya
Selagi tidak melampaui kasihku padaMU

Obes tahap dua

arggggggg... ketensenan yang melampau. huhuhu.. NH dah sampai tahap obesiti yang kedua. memang dah parah. banyak betul lemak2 yang berkumpul di celah3 kulit n tulang NH ni. thanks kat pihat cambridge weight plan sebab datang opis NH n ambik semua sukatan fizikal NH. huh.. baru NH tau, lemak3 degil kat badan NH ni dan nak menutup salur3 darah NH. kalau tak jaga, strok sedang menunggu.. risaunya..

NH kena jauhkan diri dari segala makanan yang boleh menyebabkan penambahan lemak pada badan NH.. go go go.. ramadan bakal menjelma, NH kena btul2 jaga pemakanan dalam bulan ramadan nanti.. :]

k kawan-kawan, doakan untuk NH ye.. semoga lemak2 di badan NH boleh di halau dengan kadar yang maxsimun.

Thursday, July 21, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (30) Bayangan Rindu



Bayangan Rindu
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21

Kepekaan saya:

Bayangan Rindu hasil nukilan Anis Ayuni ini mengisahkan percintaan di alam remaja di antara Iddya dan Baien. Mereka berdua bercinta semasa di alam persekolahan lagi. Cinta mereka berdua berakhir dengan kelukaan kerana setelah Baien melanjutkan pelajaran ke luar negara, Baien memutuskan hubungannya dengan Iddya. Baein telah mengkhianati cinta mereka dengan mengahwini Ivy di luar negara.

Iddya sangat kecewa dengan perbuatan Baein dan membawa hati yang duka seorang diri. Dalam kekecewaan hatinya, Iddya bertemu dengan kawan sekolahnya yang bernama Kiew. Kiew telah memeluk Islam. Nama islamnya, Umar Isy. Iddya menjadi begitu rapat dengan Umar/Kiew. Umar/Kiew tempat Iddya meluahkan segala masalah yang melanda dirinya. Sebenarnya, Umar/Kiew menaruh hati dalam diam kepada Iddya semasa sekolah lagi. Bila mereka bertemu kembali dan menjadi kawan rapat, Umar/Kiew hanya memendamkan sahaja perasaannya terhadap Iddya.

Dalam masa yang sama, Baein telah pulang ke tanah air dan cuba untuk memikat Iddya semula. Baein tetap tidak berputus asa memujuk Iddya walaupun Iddya sentiasa mengelakkan diri daripadanya. Isteri Baein menjadi marah dan bengang kepada Iddya kerana menganggap Iddya mengacau rumahtangganya bersama Baein. Bermacam-macam tuduhan yang isteri Baein lemparkan kepada Iddya. Hanya Umar/Kiew tempat Iddya mengadu masalah yang di hadapi nya.

Iddya juga telah bertemu dengan Lutfi. Lutfi adalah lelaki yang bekerja satu pejabat dengannya. Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamat Iddya semasa Iddya di ganggu oleh bujang telajak di tempat kerjanya. Lutfi telah berjaya menambat hati Iddya kerana pandai mengambil hati Iddya.

Lutfi adalah duda beranak satu. Umar/Kiew mengetahui hubungan Iddya dengan Lutfi, disebabkan perkara tersebut, Umar/Kiew pendamkan sahaja perasaan cintanya pada Iddya.

Iddya telah membawa Lutfi berjumpa dengan keluarganya. Saat yang paling mengecewakan lagi hati Iddya. Rupa-rupanya, Lutfi adalah saudara susuannya. Lutfi merupakan bayi yang disusui oleh ibu Iddya semasa mereka sekeluarga tinggal di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Lutfi kehilangan ibu semasa di lahirkan dan dijaga oleh keluarga Iddya. Maknanya, keluarga Iddya menjaga Lutfi semasa Lutfi masih bayi dan Iddya belum wujud lagi dalam keluarganya.

Sekali lagi hari Iddya hancur berkecai. Cinta yang di impikan untuk mencapai kebahagian kecundang lagi untuk kali kedua. Rupa-rupanya Iddya mencintai abang sesusuannya. Iddya membawa hati yang hancur remuk ke Perth untuk mencari ketenangan jiwa. Pemergiaan Iddya ke Perth di jejaki oleh Umar/Kiew. Umar/Kiew datang mencari Iddya untuk menghiburkan hati sahabatnya itu.

Semasa berada di Perth, barulah Iddya terfikir yang Umar/Kiew seperti menaruh hati dan perasaan kepadanya. Betapa silapnya sikap Iddya kerana tidak pernah perasan akan kewujudan cinta di dalam diri Umar/Kiew untuknya. Barulah Iddya tahu yang selama ini, Umar/Kiew memendam rasa cinta terhadapnya disebabkan oleh kasih Iddya pada Baein dan Lutfi.

Akhirnya, Iddya menerima Umar/Kiew sebagai teman hidupnya. Pelbagai ranjau duka dalam percintaan yang terpaksa Iddya tempuhi. Wujudnya seorang sahabat rapat yang mampu buat Iddya tersenyum dan terhibur untuk menempuhi hari-hari mendatang. Sahabat itulah yang sentiasa Iddya rindui. Akhirnya Umar tetap di hati Iddya.

Wednesday, July 20, 2011

Najwa Qiasara

sape Najwa Qiasara ni ye? lawyer? majistret?

beria benar NH wat entri pasal Najwa Qiasara ni kan. yang pasti, bukan artis tau. bakal artis pun bukan. saje je NH wat entri pasal dia. sebab, tetibe terjumpe lak gambar dia dlm simpanan NH.

comel sangat sangat budak Najwa Qiasara ni tau. umur baru 7 bulan... sebebnarnya Najwa Qiasara ni anak sedara encik tunang NH. anak adik kepada encik Tunang. NH selalu gak la g lepak umah bakal adik ipar ni sambil layan karenah si kecil Najwa ni.


kat tepi ni Najwa Qiasara bersama encik tunang. Najwa tengah makan biskut tiger coklat. comel kan mata dia. bulat dan bersinar.. gerammnya ngan Najwa ni.

NH : Cabaran 50 Buku : (29) Ceritera Rindu



Ceritera Rindu
Penulis : Leeya Myra
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2009

Kepekaan saya:

Ceritera rindu mengisahkan watak utama iaitu heroin yang bernama Imanina atau lebih dikenali sebagai Iman. Iman dibesarkan di rumah anak-anak yatim kerana kehilangan kedua orang tuanya yang telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Motif utama dalam hidup Iman adalah ingin membalas dendam. Iman menyimpan dendam terhadap seseorang yang dianggap sebagai penyebab berlakunya kemalangan maut ke atas kedua orang tuanya.

Semasa dibesarkan di rumah anak yatim atau lebih dikenali sebagai Teratak Cahaya Sakinah, Iman sentiasa menyendiri, tidak mahu bergaul dengan orang lain dan menjadikan dirinya seorang yang sangat sombong. Sememangnya Iman tidak gemar berkawan, namun, kehadiran Carmen yang seperti tidak tahu malu dan lebih tepat lagi, tidak paham bahada, terus untuk merapatkan dirinya pada Iman. Akhirnya, tembok kesombongan Iman berjaya di tembusi oleh Carmen. Mereka berdua menjadi sahabat baik sehingga ke alam dewasa.

Ketika berada di Teratak Cahaya Sakinah, dari kecil lagi, Iman seriang menerima surat dari pakcik. Pakcik yang tidak pernah muncul di hadapan Iman, terlalu mengambil berat pasal Iman hanya melalui surat sahaja. Iman seperti dapat merasai, dirinya terlalu dekat dengan pakcik. Sehinggakan semua perkara Iman ceritanya pada pakcik melalui penulisan suratnya. Pakcik juga sering mengirimkan hadiah untuk Iman. Iman juga makin senang dengan kehadiran surat-surat pakcik. Iman sering meluahkan segala perasaan, marah, benci, suka dan segalanya pada pakcik.

Setelah usia Iman meningkat dewasa, Iman berkerja sebagai editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku. Sehingga usianya Iman mencecah 24 tahun, Iman belum pernah lagi bersua muka dengan pakcik yang selalu berhubung dengannya melalui surat.

Di pejabat, Iman selalu di kacau oleh bosnya yang bernama Amin. Amin adalah seorang lelaki yang cukup kuat perasan dirinya kacak dan baik hati. Kiranya, Amin nak memikat hari Iman la. Selalu ajak Iman keluar makan dan belanja Iman makan di tempat-tempat ekslusif.

Sampaikan usia sudah dewasa, Iman tetap dengan perangai yang berhati batu dan keras kepala. Sikit pun Iman tidak hairan dengan segala macam perkara yang Amin lakukan untuk memikatnya. Lama-kelamaan, Iman yang melamar Amin kerana Iman ada agenda di sebalik perkahwinannya bersama Amin nanti. Tentunya dendam di hatinya sejak kecil lagi masih kuat.

Sememangnya Iman mempunyai agenda yang besar dan Amin merupakan watak penting dalam misinya untuk merobohkan syarikat orang yang telah di anggapnya musuh. Orang yang dianggapnya musuh itu, telah didendaminya sejak sekian lama adalah seorang lelaki yang menyebabkan kematian kedua orang tuanya. Tetapi, semakin misinya makin hampir, Iman merasa berat hati untuk meninggalkan dan melukakan hati Amin. Mungkinkah Iman betul-betul telah jatuh cinta pada Amin? Sanggupkah Iman memusnahkan rumahtangganya bersama Amin kerana dendam yang membara di hati?

Iman, satu watak yang penuh dengan dendam. Saya sebagai pembaca pun, macam tertanya-tanya sepanjang pembacaan, apakah yang Iman inginkan dalam hidupnya? Adakah akan muncul kebahagian dalam dirinya jika segala dendam terbalas? Agak berat juga untuk memikirkan semua itu jika tidak menghabiskan pembacaan.

Hidup yang dilimpahi dengan perasaan dendam tidak akan terjumpa dengan jalan kebahagian. Setiap sesuatu yang dilakukan dalam hidup, jika berdendam akan sentiasa dipenuhi dengan sifat syak wasangka dan mementingkan diri sendiri. Kiranya, watak utama dalam ceritera rindu ni, agak berlainan sedikit dengan watak-watak utama novel yang pernah saya baca.

Tuesday, July 19, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (28) Sesuci Kasih Seorang Isteri



Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis: Dzie Tyea
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama 2010

Kepekaan saya:

Sesuci kasih seorang isteri mengisahkan kehidupan berpoligami. Kisah Zikri yang mengahwini Alishah atas dasar pilihan ibunya dan Zikri juga telah menyukai Alishah dan dapat menerima Alishah sepenuh hatinya. Zikri juga telah mengahwini Sofea atas dasar ingin menolong abang, darah dagingnya sendiri. Maknanya perkahwinan Zikri dengan isteri keduanya, Sofea, atas dasar paksaan.

Zikri merasa sangat bersalah pada isteri pertamanya, Alishah kerana terpaksa menduakannya. Zikri juga tersepit di dalam situasi yang agak rumit yang menyebabkan dia terpaksa menerima segala arahan abangnya untuk mengahwini Sofea.

Zikri terpaksa berkorban masa dan tenaganya untuk menolong abangnya yang berada dalam kesusahan apabila terlibat dengan samseng-samseng di negara Turki. Abangnya terlibat dengan peminjam wang, juga menjadi mangsa ancaman ganas pihak yang meminjamkan wang tersebut. Keselematan abangnya dan keluarga abangnya sentiasa terancam selagi Zikri tidak menerima Sofea sebagai isterinya. Demi menyelamatkan keluarga abangnya, terpaksalah Zikri menerima Sofea menjadi isteri keduanya.

Zikri juga terpaksa menyembunyikan perkahwinan keduanya dari pengetahuan Alishah kerana Zikri tidak mahu mengecewakan dan melukakan hati isteri kesayangannya. Sememangnya, Alishah tidak pernah tahu akan kewujudan Sofea antara kehidupannya dengan Zikri.

Ayah kepada Sofea, seorang samseng yang hebat, yang mempunyai kekuasaan dalam kancah dunia gelap membiarkan sahaja, anak kesayangannya menjadi isteri kedua kepada Zikri. Tidak tahu apakah motif sebenar yang hendak di lakukan oleh Khaleed Mashur itu terhadap Zikri.

Khaleed Mashur juga menggunakan kekerasan terhadap Zikri supaya Zikri dapat menerima dan melayan Sofea sebagai seorang isteri yang sewajarnya. Khaleed Mashur telah menculik dan menyiksa anak saudara Zikri semata-mata mahukan Zikri memberi layanan yang sebaik mungkin kepada anaknya Sofea. Khaleed Mashur lelaki Turki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk perniagaan haramnya.

Hidup Zikri sedikit kucar –kacir disebabkan oleh perbuatan Khaleed Mashur. Abangnya juga menyebabkan Zikri geram kerana abangnya banyak melakukan kerja kegiatan haram di Turki. Zikri pula menyangka abangnya telah berjaya dalam perniagaan yang elok tetapi sebaliknya. Zikri lah mangsa di dalam menyelesaikan masalah antara abangnya dengan Khaleed Mashur.

Zikri terpaksa memikul tanggungjawab untuk kedua-dua isterinya. Zikri terpaksa berlaku adil dalam semua perkara.

Sesuci kasih seorang isteri merungkaikan isu yang amat berat. Inilah kali pertama saya membaca kisah hidup rumahtangga yang berpoligami. Satu kelainan yang sukar digambarkan setelah saya habiskan novel ini. Sememangnya, amat berat tanggungjawab yang terpaksa di pikul oleh Zikri. Tanggungjawab seorang adik dan suami kepada 2 isteri. Tanggungjawab untuk menjaga hati kedua-dua isteri.

Banyak sekali pengajaran yang terdapat di dalam novel ini. Salah satu yang paling utama ialah, jangan sesekali kita melakukan kegiatan haram untuk meyara ahli keluarga kita, lambat laung, benda yang haram itu akan memakan diri kita sendiri. Juga, jangan libatkan diri dengan peminjam wang haram, kerana, hidup tidak akan tenteram dengan pelbagai ancaman yang dilakukan oleh pihak peminjam haram tersebut. Terlalu banyak contoh tauladan yang elok didalam Sesuci kasih seorang isteri ini.

Monday, July 18, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (27) Kalau Ada Jodoh



Kalau Ada Jodoh
Penulis : Mimie Afinie
Penerbit: KarnaDya
terbitan 2008

Kepekaan saya:

Kalau Ada Jodoh sebuah cerita komedi romantik. Watak utamanya Marini atau lebih dikenali sebagai Rini telah berkahwin dan melayari rumahtangga bersama Faris di usia yang muda.

Marini mendirikan rumahtangga bersama Faris dalam usia yang terlalu muda. Sejarah percintaan mereka bermula apabila Faris terjumpa beg duit Marini yang tercicir di perhentian bas. Apabila Faris terpandang gambar pada kad pengenalan Marini, Faris terus terjatuh cinta. Kiranya cinta pandang pertama. Faris dapat menghubungi Marini setelah menjumpai nombor telefon rumah Marini di dalam beg duit tersebut. Dari Seremban Marini datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu Faris dan mengambil kembali beg duitnya yang masih berada dalam simpanan Faris.

Setelah mendirikan rumahtangga, Marini melayari hidup sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, tetapi, perasaannya cukup terdera dengan sikap dan kerenah Faris. Faris terlalu menurut setiap tutur kata ibunya. Rupa-rupanya, Faris adalah anak emak, iaitu, anak kesayangan ibunya. Faris selalu mengetepikan hak Marini sebagai seorang isteri. Sebenarnya, Marini bukanlah menantu pilihan ibu Faris. Ibu Faris telah mempunyai calon isteri untuk Faris sebelum Faris membuat keputusan untuk mengahwini Marini. Di sebabkan Marini bukan menantu pilihan, Marini sentiasa di layan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya.

Pelbagai masalah yang datang menimpa Marini setelah menjadi isteri Faris. Marini sentiasa berkecil hati dengan sikap Faris. Faris juga berlaku tidak adil kepada Marini kerana sentiasa mendengar cakap ibunya sehinggakan Marini tidak dibenarkan pulang ke kampung halamannya untuk melawat kedua ibu bapa nya. Faris juga mempunyai sifat cemburu yang terlalu kuat. Cemburu nya kepada Marini tidak bertempat. Sehinggakan setiap pergaulan Marini dengan kawan-kawan di pantaunya. Kebebasan yang sepatutnya dirasai oleh seorang isteri, tidak dapat dirasai oleh Marini. Persahabatan Marini dengan kawan-kawan pejabat juga selalu di salah anggap oleh Faris. Hal-hal yang remeh juga selalu di perbesarkan oleh Faris.

Ibu Faris pula, sentiasa mencari peluang untuk menghasut Faris supaya membenci Marini. Pelbagai perkara yang ibu Faris lakukan untuk menyingkirkan Marini dari hidup Faris. Akhirnya, hasutan demi hasutan yang dilakukan oleh ibu Faris, berjaya membuatkan Faris naik marah pada Marini dan menceraikan Marini atas sebab yang Faris belum siasat kesahihannya. Faris menceraikan Marini semasa Marini pulang ke kampung kerana ibunya meninggal dunia. Sebelum Marini pulang ke kampung, Marini telah cuba menghubungi Faris untuk memaklumkan apa yang terjadi pada ibunya di kampung, tetapi, Faris tidak dapat dihubungi dan Marini telah meninggalkan nota kepada Faris.

Ibu Marini pergi dengan kekecewaan kerana sudah lama tidak menemui anak bongsunya itu. Ayah Marini turut memboikot Marini kerana menyangka Marini sengaja tidak mahu pulang menjengguknya ke kampung. Marini tidak pernah menceritakan masalah yang dihadapinya dengan keluarga Faris kepada ibu dan ayahnya.

Marini tidak betah tinggal lama di rumah ayahnya kerana, ayahnya tidak menegur walaupun sepatah pun. Marini merayu meminta maaf pun, ayahnya tidak memandang langsung ke muka Marini. Ayahnya menjauhi diri darinya.

Akhirnya Marini membawa diri dan menetap bersama kakaknya dan abang iparnya. Karenah Abang ipar Marini yang kelakar dan suka melatah banyak membantu untuk Marini menghilangkan segala tekanan hidupnya. Dengan melayan karenah abang iparnya, Marini sudah mampu tersenyum dan menunjukkan keriangan pada wajahnya.

Di rumah kakaknya juga, Marini telah berkenalan dengan anak jiran sebelah rumah yang bernama Abu suffian atau nama manjanya Pyan. Pertemuan Marini dengan Pyan telah menambahkan keceriaan dalam dirinya. Pada mulanya, Pyan kurang senang dengan Marini tetapi, lama kelamaan, Pyan mula suka pada janda muda. Pyan selalu berangan-angan ingin memiliki sekeping hati milik Marini. Emak Pyan juga terlalu berkenankan Marini untuk menjadikan menantu.

Marini pula, mempunyai hati yang cukup keras setelah di ceraikan oleh Faris. Marini tidak mahu lagi jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Marini hanya menganggap Pyan sebagai seorang sahabat. Persahabatan Marini dan Pyan penuh dengan keceriaan kerana Pyan seorang yang kelakar dan manja. Banyak peristiwa-peristiwa lucu yang terjadi antara Marini dan Pyan sepanjang mereka berkawan.

Akhirnya, Pyan tidak dapat menanggung perasaan cintanya lagi dan meluahkan apa yang dipendamnya kepada Marini. Marini tidak dapat menerima dan memarahi Pyan kerana telah merosakkan persabahatan yang telah terjalin antara mereka. Sebenarnya, Marini keliru dengan perasaannya sendiri disebabkan dalam masa yang sama, bekas suaminya Faris hadir untuk menagih dan merayu kembali pada Marini.

Lama-kelamaan, Marini yakin pada perasaanya sendiri dan dia yakin, dia tidak akan menoleh ke belakang. Hidup mesti di teruskan. Marini telah menerima Pyan dalam hidupnya. Mereka telah bersatu dengan restu semua ahli keluarga.

Perkahwinan yang tidak direstui oleh orang tua, semestinya susah untuk mendapatkan kebahgiaan. Ketabahan Marini dalam menempuh liku-liku kehidupan sebagai seorang menantu yang di benci oleh ibu mertua membuatkan saya merasa cukup insaf. Setiap manusia tidak mempunyai sikap yang sama. Hati manusia juga sering berubah-ubah. Cabaran yang di hadapi oleh Marini membuatkannya semakin matang dan tabah. Moga ramai lagi wanita di luar sana sekuat Marini.

Friday, July 15, 2011

Sudah Dapat

assalamualaikum..

mmm... sudah dapat..hehe.. NH sudah dapat hadiah dr Kakwan - blog ulatbuku. hadiah dr Jemari Seni sdn bhd.. trima kasih byk2 kak wan. trima kasih daun keladi..hehe.. bulan ni nak lagi.. ;]

Thursday, July 14, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (26) Ranting Cinta Si Plato



Ranting Cinta Si Plato
Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
terbitan 2010

Kepekaan saya:
Ranting cinta si Plato adalah hasil garapan yang cukup indah dari Norhayati Berahim. Mengisahkan kehidupan seorang doktor muda yang mencari rezeki di rantauan. Doktor muda tersebut bernama Muaz.

Kisah ini juga terselit juga tentang peluang kedua dalam percintaan. Pertemuan Muaz dengan Sofea membenihkan rasa cinta di hati masing-masing. Ketika pertemuan tersebut, Sofea masih bergelar seorang pelajar manakala Muaz sudah bekerja di sebuah hospital dimana tempat Sofea menjalankan latihan praktikalnya. Pertemuan Muaz dengan Sofea, telah menyebabkan perasaan dan jiwa Muaz mengalami satu perubahan yang sukar digambarkan oleh mata kasar.

Muaz berasa sangat teruja setiap kali dapat meluangkan masa bersama Sofea. Mereka selalu berkongsi cerita tentang kerenah pesakit, masalah-masalah pembelajaran yang di hadapi oleh Sofea dan mereka sering makan tengahari bersama. Kehadiran Sofea dalam hidup Muaz membuatkan Muaz berasa sangat terhibur kerana Muaz sendiri sudah lama menetap di negara orang. Muaz terlalu merinduinya adiknya, Dian.

Setelah tamat belajar, Sofea kembali ke tanah air. Setibanya di Malaysia, Sofea yang sememangnya telah mempunyai teman lelaki yang bernmama Alfian. Alfian menagih janji, iaitu mengambil Sofea sebagai isteri. Sofea dan Alfian telah lama menyulam kasih. Setelah perkahwinan terlaksana, barulah Sofea sedar, antaranya dengan Alfian, terdapat terlalu banyak ketidakserasian. Sentiasa saja berlaku perkara-perkara yang menyakitkan hati masing-masing. Sofea banyak menyimpan syak wasangka terhadap Alfian kerana Alfian lebih mementingkan kerjayanya daripada kebajikan Sofea sebagai isterinya. Setiap hari hujung minggu pun, Alfian selalu keluar bekerja. Bermacam-macam perkara yang bukan-bukan telah bermain di fikiran Sofea. Sofea mengesyaki Alfian berlaku tidak jujur di belakangnya, namun, Sofea hanya pendamkan seorang diri masalah yang di hadapinya.

Kerana kesibukan kerja yang melampau, Alfian jarang meluangkan masa bersama Sofea. Akhirnya, kecekalan hati Sofea diuji dengan ujian yang cukup berat. Ketika Sofea masih mengharapkan belaian dan layanan yang sewajarnya dari seorang lelaki yang bergelar suami, Sofea ditinggalkan oleh lelaki tersebut untuk selama-lamanya. Alfian terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di luar daerah.

Sofea terlalu kecewa dengan kehilangan Alfian. Sofea belum mengecapi kebahagian bergelar seorang isteri. Sofea betul-betul rasa kehilangan. Setiap saat, Sofea akan meratapi kemergian Alfian. Sofea seperti tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan padanya. Sofea terasa kehilangan yang teramat sangat, sememangnya Sofea tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah kehilangan Alfian buat selama-lamanya. Setiap petang, Sofia akan menziarahi kubur Alfian. Menangis dan meratap di sisi batu nisan milik Alfian.

Muaz juga telah kembali ke Malaysia setelah lama menetap di luar negara. Kerinduannya pada adik kesayangan tidak dapat dibendung lagi. Selain merindui adiknya, Dian, Muaz juga bertekad untuk mencari satu nama yang sentiasa terlintas di fikirannya. Tapi, bagaimana untuk menemui tuan empunya nama tersebut kerana Muaz tidak mempunyai apa-apa info tentangnya.

Dian, telah memilih untuk berumahtangga dalam usia yang muda. Muaz menentang keras kehendak adiknya itu. Dian mahu berkahwin dengan Kyrel, iaitu salah seorang pensyarah di tempat dia belajar. Walaupun mendapat tentangan hebat dari Muaz, Dian tetap bertekad mahu berkahwin dengan Kyrel. Pelbagai cara Dian lakukan untuk menyakinkan Muaz tentang perkahwinan yang bakal dilangsungkan bersama Kyrel. Melihat pada kesungguh yang ditunjukkan oleh Dian, akhirnya Muaz terpaksa mengalah kerana turut mendapat sokongan persetujuan perkahwinan Dian oleh Mak Uda nya. Setelah Dian selamat menjadi isteri kepada Kyrel, Mak Udanya sibuk menyuruh Muaz berumahtangga juga. Bermacam-macam helah Muaz berikan pada Mak Uda kerana Muaz masih mengharapkan kehadiran Sofea untuk menyinari hidupnya.

Kesian Dian, rupanya harapan untuk mengecapi rumahtangga yang bahagia bersama kekasih hati tidak kesampaian kerana suami Dian telah berubah laku setelah beberapa bulan memasuki alam perkahwinan. Terlalu banyak keperitan yang dihadiahkan oleh Kyrel kepada Dian. Hidup Dian tidak pernah kenal erti bahagia setelah bergelas isteri Kyrel. Kyrel hidup dengan penuh kepuraan. Kyrel berlaku curang dibelakang Dian. Disebabkan kesengsaraan hidup yang di tanggung, Dian menemui ajal pada usia yang terlalu muda. Muaz menerima dengan redha kemergian adik tersayangnya.

Sofea pula, setiap petang akan menziarahi pusara Alfian. Mungkin takdir telah tertulis, menemukan kembali Sofea dan Muaz. Sofea menyedari, ada insan lain yang baru menzirahi pusara berhampiran pusara Alfian. Muaz juga sedang menyedekahkan ayat-ayat suci di pusara adiknya. Apabila Muaz terpandangkan Sofea yang berada tidak jauh dari tempatnya, Muaz seperti mengenali wanita tersebut.

Pertemuan kedua yang tidak disengajakan antara Muaz dan Sofea umpama satu anugerah yang paling berharga dalam hidup Muaz. Muaz terlalu mengharapkan kehadiran Sofea untuk menyinari kehidupan yang dan Muaz terlalu merindui setiap celoteh Sofea.

Akhirnya Muaz telah kembali menjadi pendengar setia untuk semua masalah yang melanda hidup Sofea. Hampir 5 tahun mereka terpisah. Jangka masa yang agak lama itu, tidak sedikit pun melunturkan perasan yang telah lama bercambah di hati Muaz untuk Sofea. Rupa-rupanya, terlalu banyak peristiwa tragis yang telah Alfian tinggalkan untuk Sofea. Setelah pemergiannya, satu persatu kebenaran yang cukup mengguris hati wanita Sofea muncul di hadapan Sofea. Nasib baik, dengan kehadiran Muaz, Sofia berjaya menempuhi segala-galanya dengan tenang. Akhirnya, Muaz berjaya menyunting Sofea untuk menjadi suri di hatinya buat selama-lamanya.

Akhirnya, Muaz berjaya menemui ranting cintanya yang telah lama di cari. Pada awalnya Sofea tidak memberi respon yang positif pada Muaz. Bermacam-macam cara yang Muaz lakukan untuk memikat hati Sofea. Kebahagian berjaya menjadi milik Muaz dan Sofea.

Ranting Cinta si Plato adalah satu falsafah tentang cinta. Falsafah itu dihuraikan dengan begitu teliti. Jalan penceritaan yang menarik. Watak utama yang terlalu baik. terdapat beberapa watak yang terlalu kejam. Saya harap dengan sedikit ulasan tentang Ranting Cinta Si Plato ini dapat menarik minat pembaca-pembaca novel.

Wednesday, July 13, 2011

Kilauan Cahaya

Assalamualaikum.....

kilauan cahaya dari dalam tasik putrajaya presint 2. huh... memang menarik sangat cahaya-cahaya dari bot-bot berhias ni. Nh memang terpegun dengan kekreatifan yang ditunjuk oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pertunjukkan bot berhias.
Malam sabtu lepas, Nh dah berconggok kat tepi tasik nak tgk pertunjukan bunga api dan perarakan bot berhias. ni la 1st time dalam hidup NH selama hampir 28 tahun tengok bot berhias. zaman-zaman kecik dulu, selalu tengok kereta berhias je kat bandar kota baru (KB) bila time hari ulang tahun kelahiran sultan kelantan.

malam sabtu lepas NH berpeluang tgk bot berhias di temani oleh azma n ana. gamba-gamba ni, Nh ambik dr fb ana sebab time ni, kamera NH dh kehabisan bateri kerana terlalu asyik menyenep gambar-gambar bersama cik-cik bunga. hehe..hp NH pun dah buat hal yang tak sepatutnya pada malam kejadian.
apa-apa pun kite enjoy dengan kilauan cahaya dari dalam tasik putrajaya ni..:]


- percikan bunga api di malam perasmian pesta floria putrajaya.

- bot berhias dari negeri laksamana hang tuah. menarik kan bot ni.?

- ni bot berhias dari negeri kelahiran NH, "kopok leko siya"..hehe.. tengganu kite.

- bot dari kerajaan negeri pahang

- bot berhias ni, dari syarikat perhotelan. Nh lupa lak nama hotelnya.:]

- bot dari tempat percutian, genting higland.

- bot dari i city shah alam, sangat2 simple kan.

- ini bot berhias dari negara jiran kita, iaitu Brunei Darulsalam.

- cantik sangat bot berhias dari perbandaran putrajaya ni. i like!!!

- kalau tak silap NH, ni bot dari kementerian pelancongan malaysia.

- ini bot dari syarikat penerbangan Air Asia.

-Bot dari kerajaan negeri perak Darul Ridwan

- Bot dari kerajaan negeri Perlis indera Kayangan

Tuesday, July 12, 2011

pesta Bunga Puntrajaya 'Rose Forever'

assalamualaikum..

mmm...sabtu & ahad lepas NH menghabiskan masa kat pesta floria putrajaya. segarkan mata dengan keindahan bunga-bunga Rose dan pelbagai bunga lain. Nh bertemankan Yah, Ana, Azma dan Intan pada hari sabtu. hari Ahad lak Nh bersama cik mimi izwanie.

gambar-gambar bunga2 kat floria ni, untuk tatapan kawan2 blog ye..;]







































Monday, July 11, 2011

terima kasih kakWan @ ulat buku dan Jemari Seni

Assalamualaikumm.....

Di pagi Isnin yang sedikit membuatkan mata NH mengantuk ni, tetibe je hilang segala mengantuk n mata terus jadi segar bersinar bila terpandangkan blog ulatbuku. wahhh..seronok nya, Review novel yang NH telah buat terpilih lagi untuk jadi salah satu dari 10 pengulas..

terima kasih kakWan @ ulat buku dan Jemari Seni. terima kasih daun keladi..hehe..

Untuk bulan Jun ni, NH menang review novel Jiranku Kekasihku, try la jenguk3 kat entri review yang NH buat ye..
novel jiranku kekasihku ni novel kegemaran akak ipar NH, rase nya lebih 5 kali kak ipar Nh duk mengulang bace novel ni. wah.. rase teruja sangat ni... tp, sedih gak, skrg, NH dah tak sempat nak menatap novel n men'review' novel. xtvt harian n tanggungjawab Nh kepada kerja terlalu padat skrg. masih ade 5 novel yang NH belum sempat buat reviewnya. tah bila la sempat ni..huhuu...

ape2 pun, jutaan terima kasih pada kak Wan @ ulat buku dan pihak penaja hadiah Jemari Seni..;]

Thursday, July 7, 2011

Kalendar Cuti Umum 2012

Assalamualaikum....

sedar tak sedar, sekarang dah nak abis minggu pertama dalam bulan julai. maknanya kita dah melepas separuh tahun 2011. so, NH pun terus berusaha mencari-cari cuti-cuti umum utk tahun 2012. usaha ni gigih di lakukan oleh kerana NH punya plan besar 'hari ini dalam sejarah Nh' akan berlaku pada 2012.. insyallah, kalau di panjangkan jodoh dengan encik tunang. NH kena la meneliti cuti2 umum yang bersambung dengan hujung minggu.. hehe.. untuk save cuti.

jadual cuti umum kat bawah ni juugak, boleh di buat rujukan utk kawan-kawan yang nak pergi cuti-cuti malaysia.. so.. EnjoYY!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Keinginan untuk..

tajuk entri yang tergantung.. hehe.. sebenarnya NH mau cite pasal keinginan NH untuk gubah mengubah. cewahhh.. macam kreatif je kan. buat-buat rasa diri ni kreatif je la kan. NH tengah berangan untuk gubahan barang-barang hantaran perkahwinan NH nanti. hari tu, NH dgn encik tunang jejalan cari barang kat Mydin Usj. alih-alih, NH terpandang la bakul-bakul yang cantik yang telah memikat kalbu NH ni.

nasib baik la NH tak beli. tengok n tilik abis-abis je. NH tak berani dan beli sebab bukannya NH nak gubah sendiri pun barang-barang hantaran tu. NH nanti nak minta tolong jasa baik kakak sulung NH yang gubahkan semua barang-barang tu nanti. kiranya kakak sulung NH ni dah secara rasminya menjadi AJK untuk keceriaan n gubah mengubah ni.

apa-apa pun, NH letak kan gambar bakul yang NH berkenan tu.


Taman Botani Putrajaya

assalamualaikum...

NH berhujung minggu di taman botani lak hujung minggu ni, setelah penat meleleh kan airmata mase duk layan cite 'Sekali Lagi'... hehe.. layan la gambar Nh bersama kawan-kawan di taman Botani putrajaya ni.