Tuesday, November 30, 2010

ngangkung

selesai je menambah tenaga kat RASA, kitorang layan wayang lak..
kul 9 start cite...hahhaa.. saya ajak ana n azma layan cite ngangkung..
saya nak tgk cite ni sebab minat gile ngan lakonan shahaizy sam ni..
huhuhu...
mmg cite lawak tahap tak ingat la.. seram tu sikit je..lawak je yg byk.. mmg bising la dlm hall ni..saya ape lg, bantai gelak kuat2 aa...hehe.. ilang segala stress..:]
enjoy sgt tgk movie ni..huhuhu..:]





- model lagi..ahahhahahaaa

sepetang d alamanda

lepas jalan2 n abiskan tenaga kat MaHa, kitorang lepak2 n tambahkan tenaga kat alamanda lak... ramai nye orang kat alamanda d hujung minggu..
saya dah lama tak datang alamanda pada hujung minggu, nak dapatkan parking pun susah, kalu saya yg drive, dh mmg balik je kalau susah nak dapatkan parking, sib baik ana yg drive..hehehe


- lepaking at alamanda -






- menambah tenaga d food Court RASA, nasib baik ade makanan untuk saya, sup ayam.

MaHa 2010 - mardi Serdang

MAHA 2001 kat mardi Serdang, berlangsung dari 26hb november hingga 5hb desember.
Ahad lepas, 28hb, saya ngan ana n Azma pegi ke sana.. seawal 9 pg, dah sampai kat mardi.. 1st time saya masuk kawasan mardi ni.. luas gile.. teruja tgk pokok3..:]
pagi3 pun dah ramai org... lama gile saya merayap kat MAHA ni, mcm produk ade, yg paling bestnya, leh tester makanan3 produk tempatan. sampai pukul 4 ptg saya jalan2 kat MAHa ni..

mmg lenguh abih a satu badan, tp xpe, seronok, enjoy with kawan3..



- saya dan ana ngan udang gergasi kut.. besar gile udang ni -



- saya n ana lagi, azma tok mo jadi model, dia nak jadi kameraman je -



- buah tembikai berbentuk empat segi..unik kan???

Monday, November 29, 2010

berAtkins hari ke 4

baru hari ke 4, rase mcm dah lama saya berAtkins.
hari yang penuh ngan cabaran...huhu..saya tertewas. saya demam teruk... mmg kantoi abis. pagi3 dah makan roti... badan rase lemah sgt3..
jap lg nak g klinik..terpakse mc...:(

bile dh baik dr demam, saya kena start balik la berAtkins. mcm3 mana sekali pun, saya akan cuba elakkan nasi...

Friday, November 26, 2010

berAtkins Diet

semangat tengah berkobar kobar nak berAtkins Diet ni.
sumber inspirasi Saya, Adik Dzulfikrie (taknakgemuk.blogspot.com)
dan kak oliza (rahsiaaku-myoliza.blogspot.com)
thanks utk kamu berdua..:]

kira nya hari ni saya betul3 berAtkins Diet... no nasi OK....
yang kena di utamakan yang LOW Karbohidrat... ( dah belajar nak bace karbo dlm kandungan makanan dr dlm blog adik dzul)...:]

menu untuk hari ni. sarapan
- salad (sesedap rase kekenyangan) kikiki..
- timun (sesuka hati)
- 2 keping chicken slice (mlm td p beli kat care4)
- 1 sudu mayonis (brand care4, karbo mmg sikit,lupa lak bape, nanti kena cek balik)

menu untuk lunch.
- salad ( 5 helai)
- timun (5 keping)
- 1 keping chicken slice
- 1 ketul ayam goreng utk lunch

menu untuk dinner
- 3 keping chicken slice
- beberapa cucuk satay ikan ( byk karbo rasenya, kantoi lg)



- ini lah rupa chicken slice + salad + timun + mayo

Thursday, November 25, 2010

Syurga cinta

Jodoh ada 3 jenis:

Jodoh dari syaitan ...berkenalan, berpegangan tangan,buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari jin...berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan sihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah...cinta berputik, masuk meminang langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA




### pssttt!!! akak myoliza, mintak izin copy n publish ek..

menu untuk khamis 251110

sarapan : susu low fat (1 kotak) - (sebenarnya adik dzul x bg minum susu.
disebabkan xtau nak minum air ape pagi2 yang damai ni dan nak abiskan
stok yang ada, minum la jugak
susu low fat ni..hehe. saya dah mengelatkan.)

: ayam goreng (setengah ketul)

tengahhari :ayam goreng (setengah ketul)
maruku ( saya mengelat lg )

malam : sup sayur ( 1 mangkuk kecik )
ayam goreng 1 ketul
pisang goreng 2 keping ( saya mengelat lagi)


menu untuk 1st day atkins diet.. thanks utk dzulfikri sebab wujudkan blog sayataknakgemuk. pembakar semangat utk saya terus berdiet..
macam tak jadi atkins diet je...huhuh.. tak kira la utk hari ni. esok la baru start betul3 ber atkins diet..huhuhu

ingat!!! target saya 45kg.

25/11/2010 = 61kg

bermulanya hari ini

mmmm.... sian encik blog, dah lama betul saya tak menconteng kamu ye..
nak kata bz, xde la bz sgt.. mood untuk ber blog lari semenjak dua menjak ni.
runsing sebenarnya...runsing tentang mencari rezki ni... mmm... apa la yang melalut ni ye. sebenarnya entri kali ni nak bercite pasal diet...haha..dah lama kan saya tak buat entri untuk diet... sedikit frust sebenarnya, dah berbulan3, lum sampai lg target berat yang inginkan saya ni..

tapi, bermula hari ini, di sini, saya memulakan atkins diet.. thanks utk kawan blog saya, adik dzul (http://akutaknakgemuk.blogspot.com) disebabkan blog adik dzul ni la, saya tekad utk ber diet atkins ni, sebelum ni, macam takut sgt nak ikut diet ni, sebab mcm org somalia lak rasenye..hehhee.. bila terjumpe ngan blog adik dzul ni, saya terus merasa yakin... :]

teruskan berusaha ye cik noor hekmat. saya akan betul3 ikut saranan yang dicadangkan oleh adik dzul.. kite tgk 2 minggu pertama, now, berat saya 61kg.. dengan ketinggian 145cm, saya perlu berat ideal 45kg... wwoww..saya kena kurangkan 16kg.. insyallah... impian ini akan tercapai... amin....

Tuesday, November 16, 2010

petang ke malam

petang ke malam saya jalan2...hehehe...
pagi tu exam mtest...uwaa..byk soklan yang memeningkan ...
tak tau la apa nasib n rezki saya utk mtest kali ni..hope lulus n d panggil interview.

lepas exam, balik umah jap...makan kenyang3 dulu..hehe...bekal utk berjalan petang ke malam ...
saya pergi ambik kak Jahlawati n esya yang comel dulu, kami jalan b3... lepas tu, ke masjid besi, tunggu ma, ma datang rombongan dr besut, ma dtg melawat kl, melaka n putrajaya, kerajaan negeri terengganu sponser, mmg best la makcik3 kat kampung tu, dapat berjalan free, sempat lg saya g cri ma kat masjid besi. jumpe ma n kenal kan kak jahlawati. sekurang kurang nya ma tau saya berkawn ngan berjalan ngan sapa..hehe..






Jamuan Perpisahan Kak Rozana Ismail

tahniah utk kak Rozana @ kak Zana sebab d naik kan pangkat, n bertukar ke tempat kije baru, di Jabatan Pendaftaran Negara..
jumaat lepas, Unit saya buat jamuan perpisahan untuk kak Zana.. touching gak la sikit, saya agak rapat ngan kak zana, selalu sembang ngan dia, tempat duduk kitorang dekat je, ... ape3 pun. gud luck utk kak zana..

menu utama jamuan perpisahan ni, nasi tomato + ayam masak merah + daging masak hitam, buatan mak kak Farah... menu sampingan mmg byk la kan, saya teruja ngan kuih yang kak Shafinaz bawa, Apam Aiskrim, nanti saya letak gamba kuih ni ye..

pizza hut n domino pizza pun ada...mmg makan sakan la...diet saya pun tah ke mana dah hilang nye..:]

Friday, November 12, 2010

MTest KPLI lagi

post kali ni pun pasal mtest KPLI lg..
saya kena hadirkan diri untuk Mtest KPLI ni esok, tp, study? study mcm biase3 je, tak de semangat sebenarnya..penat..hehe..tak tau ape yg di penatkan..
maybe penat duk cri kije tetap..
kali ni dah kali ke 3 saya ambik mtest. esok saya kena exam Mtest kat sekolah menengah abu bakar baginda bangi, tempat pun tak tau kat mana ni.
nampak gayanya, esok kena la kuar umah awal2 pagi. kena g cri sekolah tu dulu kat mana...adehhhh...pensil 2b pun lum ade ni, nak kena p beli la lepas balik kije kap lg..
mmg tak de persediaan langsung..tu la, ayah nak poskan buku Mtest yg ade kat kampung, saya berlagak, nak cari buku3 kat sini je. akhir nya, saya tah kemana, buku pun tah kemana..
tawakal je la esok, ade rezki saya, lulus la kan. tp, mcm susah sgt nak jadi cikgu ni.
bagi la peluang utk saya jd seorang pendidik..:]

MTest KPLI

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI)

A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Analitikal
3. Kuantitatif
4. Verbal (Bahasa Melayu)
5. Bahasa Inggeris

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam tiga buah buku seperti berikut:

Buku 1: Kuantitatif dan Bahasa Inggeris
Buku 2: INSAK
Buku 3: Analitikal dan Verbal

C: TARIKH DAN TEMPAT MTeST DIADAKAN

Tarikh dan pusat ujian akan ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Pemohon boleh memohon tempat ujian dalam e-permohonan. Walau bagaimanapun Bahagian Pendidikan Guru berhak menentukan tempat calon menduduki ujian.

D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST

Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST:

i. Warganegara Malaysia
ii. Memiliki Ijazah yang diiktiraf
iii. Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan setaraf dan lulus Ujian Lisan
iv. Mempunyai Pengesahan Nilai Taraf Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua ijazah
v. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun kemasukan.

Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada portak rasmi kementerian pelajaran malaysia untuk menduduki MTeST. (www.moe.gov.my)

E: BAYARAN UJIAN

Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.

F: PERATURAN MTeST

Calon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

i. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian.
ii. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan.
iii. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
iv. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.

G: KEPUTUSAN MTeST

Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam laman web kementerian:
www.moe.gov.my

H: HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Objektif

Komponen ujian ini bertujuan
• memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
• mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.

Format Soalan

Jumlah soalan: 135
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab
• secara spontan
• purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit

VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan
• mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
• mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
• membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :
• Analogi – 15 soalan
• Melengkapkan Ayat – 5 soalan
• Kefahaman – 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan bahawa soalan
• analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
• melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong
• kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

ANALITIKAL

Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.

Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang
• Analitikal - 16 soalan
• Logikal - 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dingatkan bahawa soalan
• analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
• logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.

KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
• mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
• membuat perbandingan antara dua kuantiti;
• membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
• menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
• membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
• membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.

Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

• perbandingan kuantitatif - 15 soalan
• penyelesaian masalah &
mentafsir data. - 15 soalan

Jumlah soalan: 30
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan
• tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
• mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
• gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
• perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

BAHASA INGGERIS

Rasional:

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
• mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
• menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Format

Terdapat tiga jenis item:
 Error identification - 10 soalan
 Improving sentences - 10 soalan
 Improving paragraph - 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Candidates are required to:

• answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph;
• read the instructions for each item carefully;
• choose/select the best answer from the four options given in each question.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2009

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c. Pensel 2B dan Pemadam

2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.

Dengan arahan

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

23 Mac 2009

Di sini saya nak bagi beberapa contoh soalan MTEST terutama sekali soalan Insak..bagi yang mengambil ujian mtest ujung mac ini..good luck and bagi yang tidak sempat mengisi KPLI ambilan JUN 2009, jangan susah sebab seperti biasa bulan APRIL akan keluar lagi pin no untuk KPLI punya...untuk ambilan JAN 2010...so good luck pada mereka2 yang berminat menjadi guru..moga jangan jadikan guru sebagai last choice sebab persaingan dalam mencari pekerjaan masa kini atau semata2 kerana GAJI..tapi tanamkan minda kita bahawa menjadi GURU adalah pekerjaan yang mulia dan memerlukan komitmen yang tinggi.

Contoh soalan Insak :

1.Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut

2. Suka menerima pimpinan orang lain

3. Bercita2 menjadi pemimpin sesebuah kelab dan organisasi

4. Lebih baik biar orang lain ambil inisiatif memimpin

5. Oleh sebab ada banyak risiko, saya tidak ingin jadi pemimpin

6.Jika ada org yg layak menjadi ketua, saya akan sokongnya

7. Mahukan orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin

8.Saya lebih suka jika saya dilantik sbagai pemimpin...

9.Saya selalu ingin menjadi ketua dalam sesuatu permainan atau sukan

10. Berrcita-cita menjadi pemimpin sesbuah kelab dan organisasi

11.Dari segi pengurusan, saya perlu mengamalkan kepimpinan yg autokratik dalam organisai bagi menjamin kecemerlangan kerja

12.Suka jika saya terpilih untuk memegang jawatan yg mempunyai autoriti

13. Apabila bekerja dgn rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka

14.Pemimpin biasanya merebut lebih banyak faedah daripada yang dipmipin
sama2 lah kita mencari jawapan yang terbaik dan diterima umum untuk menjawab soalan2 diatas...

Contoh soalan Bahasa Inggeris

Terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Error Identification - 10 soalan

2. Improving Sentences - 10 soalan

3. Improving Paragraph - 5 soalan


Contoh Soalan Error Identification

Instruction : The following sentence may contain an error of grammer and / or vocabulary. Each sentence contains four options of which one is an error. Identify the option that is an error.

The Central Bank needs to (A) address a number of issues (B) with regards the current condition of economy and the (C) level of interest rate before (D) finalising its monetary policy.

(Jawapan : B)



Contoh Soalan Improving Sentences

Instruction: Read each of the sentences below, paying attention to the underlined portion. The portion may contain one or more errors in grammer or usage. Some sentences are correct. Consider the meaning of the original sentence, and choose the answer that best express its meaning.

If he was to decide to go to United Kingdom to study medicine, I, for one, would recommend him to go to local private college to complete his A level first.

A. If he was to decide to go to United Kingdom
B. If he were to decide to go to United Kingdom
C. Had he decided to go to United Kingdom.
D. In the event that he decides to go to United Kingdom.

(Jawapan : B)



Contoh soalan Improving Paragraph

The state of the world’s economy can be gauged without getting immersed in complicated charts. Just look at the jewellery people are wearing.

Apparently, when the economy is poor, people comfort themselves with colourful stones and big, bold designs. When big money starts rolling in, people invest in something understated buat valuables, like diamonds.

Question : Which of the followings is the best way to combine sentences 1 and 2 in paragraph 1?

A. The state of the world’s economy can be gauged without getting immersed in complicated charts but by looking at the jeweller people are wearing.

B. The state of the world’s economy can be gauged without getting immersed in complicated charts but just look at the jewellery people are wearing.

C. We may gauged the state of world’s economy by looking at the jewellery people are wearing without getting immersed in complicated charts.

D. No need for us to gauge the state of world’s economy by getting immersed in complicated charts but just look at the jewellery people are wearing.

(Jawapan : A)

Monday, November 8, 2010

bunga raya

bunga raya = bunga kebangsaan ..
wahhh..semangat 1malaysia entri saya kali ni..
hehhe..sebenarnya nak cite, saya dgn kawan saya lidawati, g lepak kat taman bunga raya kat dataran shah alam..

yang best nya, kawan saya dah duduk shah alam dah bertahun tahun, tp tak tau pun kewujudan taman bunga raya ni..hehe...
sebenarnya, saya pun terkejut dgn kewujudan taman bunga raya area dataran shah alam dan berdekatan masjid besar shah alam ni. taman bunga raya ni, dah terbengkalai, dah tak byk pokok bunga raya yang wujud, byk daun2 kering yang berterbangan, dah byk pokok pokok bunga raya yang mati, kolam pun, air dah berkarat n berlumut. ikan pun dah mati agaknya. maknanya, tak de sapa yang ambik peduli dengan kewujudan taman bunga raya ni, tp, ramai gak muda mudi melepak n beriadah kat taman ni, termasuk la saya dgn lidawati..hehe, saya beriadah sambil berposing. nanti saya letak ye gamba kat sini, lum tranfer dr hp lg. lupa nak cri kabel.

sedih gak bila saya tgk keadaan taman bunga raya ni, mungkin pembinaan tempat ni makan kos yang byk kan, tp di sia2 kan mcm tu je, mana la hilangnya pihak yang bertangungjawab ni...hehhee..membebel lak ...

sebelum lepak kat taman bunga raya ni, saya dgn lidawati dah pergi cuci mata kat PKNS n SACC...ambik mood d hari ahad..hujung minggu ni, saya memang lepak umah lidawati d seksyen 6 shah alam...ehhehe..tak de tempat nak d tuju.









# mood, masih touching ngan 'si dia'.

Saturday, November 6, 2010

waterfall

cuti umum...memang sgt best...leh lepak3..
semalam cuti umum sempena deepavali..
happy diwali untuk yang menyambutnya..

saya bersama kawan2 kolej, ke Frim Kepong, mandi air terjun.
kami ber 7. saya, ana, wani, g a.ka. husband wani, azma, azwan n tunangnya.

sonok sangat dapat mandi air tejun. dah bertahun3 tak jumpe air terjun, duk sebok kije kije dan kije, tak pk lansung nak rehatkan minda n otak ni..
sib baik la wani ajak saya join sama utk trip mandi air terjun ni..
thanks sgt3 kat wani, nanti jgn lupa ye, lain3 trip..ingt kat saya lg ye wani.:]


- bersama kawan2 kolej KPTM, wani, azuan, ana, G n zura -


- bersama wani n ana, azma jd fotowoman -

Wednesday, November 3, 2010

tag dari cik jee macey

25 perkara tentang saya yang di tag oleh kawan, (cik jee macey)...:]

my real name is noor hekmat bt hashim..masa sekolah rendah dulu, kwn2 sll kate..owh nama macam budak lelaki..but i'm proud with my name..ayah yg letak tau..mst la bangge..;p

sy ade 1 abg..3 kakak..dn 1 adik. saya sempat rasa jadi anak bongsu 8 tahun je..hehe..akhir tahun darjah 2, saya dapat adik pompuan...;p

aslnye saya di besut terengganu..saya lebih byk kelantanies hehe..sebab mak saya org kelate, semua ore besut speaking kelate, tu yg kelate kuat dlm jiwa....

i have diploma in Information Technology...mase tu blaja kt kptm kota bharu..skrg dah dpt bachelor (hons) information technology in e-commerce with multimedia from Universiti Kuala Lumpur...

sy pernah bekerja sbg penolong pegawai penyelidik (sambilan) di kementerian kesihatan for 3 months, pelatih at spike kl - skali techonology Sdn Bhd selama 3 bulan, crew kat restoran pizza hut sentul..lepas tu, saya kerja sebagai pekerja khidmat singkat (PKS - kontrak) di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Sultan Mizan selama 6 bulan, sy juga pernah bekerja di Takaful Malaysia as a account clerk selama 4 bulan .. lepas tu, saya bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (kontrak) kat Kementerian Pelajaran malaysia... mmm..asyik kontrak je kan jawatan saya, tah bile la nak dpt kerja tetap ni. byk lak tu duk bertukar ganti kerja.

sy tak suka sgt berambut panjang, cukup sekadar paras bahu...

ayah dan abg saya masih sihat. walaupun dah berumur 60 tahun, ayah masih larat drive sorang3 dr besut ke kl..:]....

sy sgt suke memasak dan sgt suke mkn.. sy sgt suka buat puding..sebab tu la badan setiasa bulat..kiki..

actually sy sgt tidak penyabar orgnye..memang seorang yang byk berckp, maksud terlalu peramah..hehe...

sy juga seorang yg sgt setia pd kekasih sy..sy belom pernah curang walau sekalipon..

sy tidak punye ramai kawan..boleh dibilang dgn jari..sy hanye berkawan dgn org yg betol2 ikhlas dgn sy..

style sy..sy akn menjauhkn diri sedikit demi sedikit jika sy tahu ade kawan yg cube menikam sy dari belakang..

dulu sy hnye suke warna hitam dan biru yg gelap...skrg sy sudah mula suke bermacam warna..

sy sygkn kanak2..sgt2..

mak dan abah sy adalah sumber inspirasi sy...

bile sy marah..sy akan membebel sepuas hati, kadang2 mengamok gak..hehe.memang tak leh nak kontrol tahap kemarahan..

sy suke kn kecantikan dan fashion..sgt2 gile bershopping..

sy juga sukekan kekemasan..tak suke sepah2..

sy tak cerewet org nye dan semua nye boleh, janji sedap mata memandang..

di wajah sy ada tahi lalat kat hidung, makin membesar rase nye..tp sy mahu buang..tp takut sakit..hehehe

niat dihati mahu smbung study..insyallah tahun 2011 atau 2012..

sy tak suke tgk org yg kuku pnjg..tp sy tak boleh kuku panjang..tak selese..

i tak suka make up..memang tak pandai make up, just ade bedak muka n pelembab bibir..

skrg sy sdg mengumpul baju baju kurung yg cntik..nk penuhkn almari..hehehe

skrg sy sgt rindukn mak sy dan anak buah saya yang kecik tu. ayubn..sy rs nk blik kg je..hehehe..tp jauh.:[