Thursday, August 30, 2012

Selamat pengantin baru buat sahabat


assalamualaikum..


tanggal 24 ogos 2012, sahabat NH yang selalu hang out bersama, telah selamat di ijabkabulkan dengan pilihan hati. tahniah Ana & Ameer, semoga mahligai yang kalian bina, akan kekal utuh ke akhir usia.

NH sedih sangat2 sebab tak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan Ana. Kenduri berlansung pada hari raya ke 6. masa tu, NH dah memulakan tugas. kenduri ni dekat Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. NH pun kena ikut en suami balik ke Bsp awal kan. mmg rase lain mcm sangat sebab Ana dulu, penah bermalam kat umah NH masa kenduri kawin NH. insyallah, NH akan cuba menghadirkan diri 2 september ni kat kenduri sebelah pihak lelaki...


comey sangat korang ber2 ni kan.. gamba ni NH ambik kat fb Ana..:)

Monday, August 27, 2012

Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum semua..

baru ade mood nak update pasal biskut raya. tahun ni, sakan NH membaking biskut raya. maklumla, utk 3 rumah kan. Biskut cornflakes ranggup, salah satu biskut pilihan NH utk hidangan tetamu di hari raya. resepi NH ambik kat sini yatiememories.blogspot. thanks pada tuan empunya blog..:)


Bahan-Bahan 
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji  telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung gandum
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara 
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi,setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum dan cornflakes yg di ramas, gaul sebati.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 150 C selama 20 minit.

Biskut Nestum





Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula kaster
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telor
Bahan B 
  • 280 gm tepung gandum
  • 40 gm tepung jagung
  • 300 gm nestum dikisar halus
Hiasan: manik bentuk love
Cara-Cara 
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan letak manik love diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 20 - 25 minit 
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

salam aidilfitri

assalamualaikum...


selamat hari raya maaf zahir & batin semua..

9 syawal baru NH sempat mengupdate ini entri..:)


Tuesday, August 14, 2012

Puding Koktail Berkuah

assalamualaikum..

sepanjang ramadhan ni, NH update entri pasal makanan je la ye. sebab byk menu2 baru yang NH try. kali ni, puding koktail berkuah. rasanya, NH buat masa minggu 2nd ramadhan ni. hari ni baru berkesempatan masuk dlm en blog ni.



Bahan-bahan.

1 paket agar-agar sebuk
1 tin susu cair
1 liter air
1 tin koktail
2 sudu tepung kastard

untuk kuah
1 tin susu cair
1 cawan air
1 sudu tepung kastad


Friday, August 10, 2012

Jangan ada benci

pejam celik pejam celik, dah hampir 7 bulan NH memegang title wife orang.
sekaligus mempunyai 2 keluarga dan penambahan adik beradik. sebenarnya, amatlah seronok kan mempunyai keluarga yang besar.

kadang-kadang hati ni rase sedih, terkilan, semua macam rasa la, bila kita merasa diri tidak diterima oleh keluarga baru sepenuhnya. harap, aidilfitri yang bakal menjelma ni dapat meneratkan lagi tali silaturahim yang baru hendak bercantum. Jangan ada benci d hati masing-masing. NH pun mahu elakkan perasaan benci tu untuk semua orang. jauhilah bisikan syaitan yang mahu manusia bermusuh dan saling membenci.

NH pun manusia biasa, ada hati dan perasaan. ada perangai buruk, ada perangai baik. agaknya, perangai buruk NH je yang orang selalu nampak kan. mulut manusia, kita tak boleh nak tutup. kalu mulut periuk, boleh la tutup kan.

mood NH di akhir ramadhan ni, agak teruk, asyik marah2. angin 1 badan. kesian encik suami, jadi mangsa. 'sabar ye encik asri'... harap hari ni, mood NH kembali pada paksi yang asal. rasa bersalah tu tetap ada bila diri sendiri tak leh kawal kemarahan. bulan2 puasa ni, maybe kepenatan n kurang rehat n banyak berfikir yang menyebabkan kesabaran NH tak de dalam diri.

sebenarnya, kerisauan mahu pulang ke kampung sebelah encik suami pun menjadi faktor kesabaran NH hilang. terukkan perangai NH ni. takmooo.. nak balik kampung halaman sendiri. oit...sedarlah diri kan, kita dah jadi wife orang, kena la ikut cakap suami, tak gitu?

harap, jangan ada benci di hati encik suami dengan perangai NH 2 3 hari ni.. mmmm..



Wednesday, August 8, 2012

jom buat popia nestum

projek raya NH.. popia nestum utk hidangan tetamu di hari raya. NH buat untuk bawa balik ke kg dan utk rumah sendiri..

gambar kat atas ni, step1. gulung dan potong kulit popia.


step 2, setelah di potong, haruslah di goreng.. hasilnya seperti gambar di atas.

taraaa.. sudah siap. ready utk di makan. popia sudah bersalut nestum.. :)

19 ramadhan

assalamualaikum ...

cepat je masa berlalu. ramadhan dah sampai ke hari 19. ruginya tahun ni, sekali pun tak sempat menjejak kan kaki ke surau berjemaah di surau. kepenatan mengatasi segalanya. moga NH berkesempatan berjumpa dengan ramadhan di tahun akan datang.

terlalu banyak aktiviti untk sambut raya. tp, semuanya masih terbengkalai.
jahitan manik blum siap sepenuhnya. biskut raya pun belum selesai.

lagi 10 hari sebelum meraikan aidilfitri. Puasa pertama sebagai isteri. banyak cabaran dan pengalaman baru. tabahkan hati NH utk 10 hari yang terakhir ramadhan ini.

# mood tak berapa nak beraya.