Sunday, September 22, 2013

Bercuti ke Bandung : Part 2



entri kali ni masih lg NH nak bercerita percutian ke Bandung.
sampai je di guesthouse dalam pukul 10 pagi waktu indonesia ye. sempat lagi NH sekeluarga bersarapan. tp, dah tak banyak makanan yang ada. tak pe, makan je mana yang ada, nanti boleh pergi makan kat mana2. orang ckp, bandung ni banyak tempat makan yang murah-murah dan makanan pun sedap2.

uzair tengah bersarapan. 

dalam pukul 11 pagi, pak supir kami iaitu pak irfan selaku pemandu pelancong NH sekeluarga bawa kami ke kedai minyak wangi. collector parfum nama kedai tu.

apalagi, shopping sakan la minyak wangi ni, sebab 1 botol harga memang murah sangat2 kalau nak dibandingkan dengan malaysia. kakak ipar NH yang memang hantu minyak wangi, memang borong abisla. rugi kalau x beli kan..:)



hebatkan orang bandung ni, singgah kedai tanpa buang helmet. dekat malaysia jarang kut nak jumpe orang pakai helmet tengah shopping..:p

NH yang bukan peminat minyak wangi. memang tak pandai pilih la nak bau mcm mana kan. Dunhill ape benda tah NH belikan untuk en suami yang takmo ikut kitorang punya trip ni. upah utk org jaga rumah kan.

lepas tu pak Irfan bawa kami ke Pasar Baru. bak kata orang malaysia, Pasar Baru tu syurga shopping. ada 7-8 tingkat kalau tak silap NH. memang syurga sangat2 utk kaum wanita. banyak kedai yang jual kain ela, kain pasang, telekong, baju, handbag, jeans utk lelaki pun ada, memang byk la barangan2 yang dijual kat Pasar Baru. kami sekeluarga ni, xde la niat nak shopping sakan kan datang ke Bandung ni, just nak kenal tempat orang je kan. 

PASAR BARU

L7 - Parkir
L6 - Bandung Food Center, Game Master, Furniture, Salon
L5 - Muda Mudi Xenter, Salon Kecantikan, Handphone, DVD
L4 - Fashion, Sepatu, Aksesori, Pusat Perlengkapan Haji & Busana Muslim
L3 - Fashion, Tas, Perlengkapan Bayi & Anak, Pusat Pakaian Dalam
L2 - Bank, ATM, Toko Mas, Tekstil
L1 - Tekstil, Sprei, Bedcover, Karpet, Sarung
D2 - Tas, Sepatu & Sandal, Fashion, Busana Muslim, Pusat Jaket
D1 - Busana Muslim, Fashion, Tekstil, Aksesori


jalan sekitar Bandung ni memang asyik macet (sesak @ jem ) je memanjang, sampai kat Pasar Baru pun susah nak dpatkan parking, Pak Irfan terus turunkan kami kat kedai yang jual kain. sebb motifnya nak tengok kain2 yang murah2 n cantik kat Bandung ni. kalau tak silap NH kedai kain ni kat lantai 2. Kedai Kain The Cosmo.

pandangan depan kedai kain the Cosmo. NH ambil gambar ni kat Encik google, sebab NH lupa nak snap gambar kedai kain ni. maklumla teruja tengok kain yg banyak dan kedainya yang cantik. pekerja dan tauke kedai ni pun peramah sangat2. memang bestla shopping kat kedai kain The COsmo ni.

rambang mata la tengok kain-kain kat sini. kedai ni sangat-sangat selesa, sebab luas dan ada sofa untuk berehat. siap dihidangkan minuman lagi. makanan tengahari pun diorg sediakan. tapi, family NH minum je, sebab lepas ni nak makan kat tempat yang Pak Irfan dah suggestkan.

teh botol dan fresh oren yang dapat free!!! memang 1st class la layanan untuk customer kat kedai kain Cosmo ni.

kain sari yang telah mengugat keimanan NH dan adikberadik yang lain. adik NH tengah memilih warna yang sesuai.

sempat pergi 3 kedai je. sebab perut masing2 dah bergendang bagai kan. sebelum pulang ke malaysia, mau datang lagi ke Pasar BAru ni. lepas ke kedai kain ni, kami ke Kedai jual Telekong dan t-shirt Bandung. 

memang semuanya murah-murah. kat kedai telekong n kedai t-shirt, tak sempat nak bergambar sebab duk kejar masa n orang pun ramai. t-shirt Bandung tu boleh dapat dengan harga RM 6 sehelai. Telekong yang sulam-sulam pun dapat dalam RM 20.

NH sekeluarga lunch di Restoran Djoeroe Masak. makan nasi + lauk ikan Gurame goreng. memang mabeless la. 
luar restoran. dah rupanya mcm hotel kan.

ikan gurame goreng terbang..hihi.. ikan tu mcm baru lepas landing kan.

restoran ni sangat selesa dan bersih. makanan sedap dan murah. 

langsir memang cantik. NH rasa mcm nak ambil bawa balik puchong je langsir tu. Kain cotton english tu. dekoration memang mcm rumah banglo la restoran ni.

selepas lunch, Pak Irfan dan Pak Erwin bawa NH sekeluarga singgah di Toko Tiga. Toko Tiga ni tempat jual jeans dan barang-barang pakaian. ala-ala kompleks campbell kat jalan TAR KL.

kitorang tak beli apa-apa pun kat sini. pada sapa-sapa yang memang minat barang branded, memang TOko Tiga ni la tempat untuk shopping barang-barang mcm Levis, Lois n sewaktu dengannya.

dah abis posing2 kat Togo Tiga, Pak Irfan singgah di Pasar Kosambi untuk beli kerepek.

kat Pasar Kosambi ni ada 1 kedai kerepek. banyak pilihan kerepek kat sini. dalam pasar tu, NH tak sempat nak masuk. terus tuju ke kedai kerepek. rasanya mcm pasar-pasar biasa la kan. ada orang jual buah, kain baju.

ni la kedai kerepek yang NH terjah. boleh je rasa mana-mana kerepek yang berkenan di hati. ambil dan ngap je.:) 
lupa la plak apa nama kedai kerepek ni.

kerepek yang NH tak pernah jumpa kat malaysia, Kerepek Kulit Sapi (lembu). huhuhu.. memang bau sapi la. NH tak leh makan. nak muntah baunya. tp, abang NH selamber je makan kerepek ni.

seterusnya Pak Irfan bawa kami ke Jalan Dago. kat sini majoritinya Factory Outlet. Kami singgah 2 je Factory Outlet sebab mcm rase dah penat. 

dapat baucer kat FO Glow, tak guna pun baucer ni sebab adik NH shopping 2 helai kemeja je.
kat FO ni xde gambar, dah penat nak tekan kamera. haha,.. mcm la kamera tu berat sangat kan.

lepas ke Jalan Dago ni, pulang dulu ke Hotel. lepas magrib keluar untuk dinner.

NH sekeluarga dinner di Restoran Bakso Malang. 


inilah rupa Bakso yang berjaya masuk ke perut NH.

dah panjang sangat dah ni entri untuk kali ni. next entri NH akan ceritakan berjalanan percutian hari ke 2 NH sekeluarga di Bandung ye.

boleh ke entri sebelum ni:

1 comment: