Pages

Sunday, October 13, 2013

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya



merasa jugak NH mencari rezeki kat Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau lebih dikenali sebagai PICC. hampir 2 bulan juga lah NH memerah keringat kat sini. keringat ke? haha..xde la keringat sangat pun kan.

luaskan pengalaman bak kata orang. memang macam2 pengalaman la NH dapat sepanjang menjadi juruteknik kat sini. 1st time dalam hidup kerja sebagai juruteknik. masa datang interview 20hb ogos dulu, macam2 dalam kepala otak NH ni. macam mana la NH nak panjat2, nak masuk belakang mesin2 kan dengan size badan yg mcm ni.
nasib baik la bos NH merangkap engineer mekanikal sangat2 la sporting. en Bos ckp, skop utama kerja kat Bilik kawalan Bangunan ni adalah menunggu bilik ni sampai abis waktu kerja. Bilik kawalan Bangunan @ Building Control System (BCS).

rupanya, NH just kena control system untuk penghawa dingin, lampu, lif dan eskulator je. hari-hari duk pandang screen system tu je la. kalau ada event atau konvokesyen atau ape2 meeting kat sini, baru lah NH ada tugas. kalau tak de ape2, memang duduk sambil baca novel atau tengok movie kat tonton je la.. hehe..

kerja paling rilek NH pernah dapat sepanjang duduk di rantau orang ni.

hari ni, hari last NH kerja kat sini. bulan Depan NH dah dapat kerja kat tempat lain. alhamdulillah, rezeki di bulan november.


kat atas ni la, rupa PICC. gambar NH ambil kat google je.

No comments:

Post a Comment