Tuesday, May 3, 2011
NH : Cabaran 50 Buku : (22) Jodoh atau Cinta
Jodoh atau Cinta
Penulis : Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel
Terbitan/Cetakan ke lapan Januari 2010
Kepekaan saya:
Jodoh atau Cinta mengisahkan tentang perkahwinan yang diatur oleh keluarga dan dengan erti kata lain, perkahwinan kontrak antara Iman Umairah dengan Aiman Danish. Perkahwinan mereka diaturkan oleh datuk Danish merangkap datuk angkat Iman iaitu Tuan Haji Aman. Iman dipelihara oleh Tuan Haji Aman setelah kehilangan ibunya Khatijah dalam nahas jalan raya.
Aiman Danish atau lebih dikenali dengan nama panggilannya Danish, amat membenci Iman kerana menganggap Iman mengambil kesempatan atas kebaikan yang telah diberikan oleh datuknya. Danish memberontak ketika datuknya mengarahkan supaya mengahwini Iman. Danish menuduh Iman ingin membolot harta keluarganya. Disebabkan tidak bersetuju dengan perkahwinannya, Danish telah membuat satu surat perjanjian perkahwinan yang perlu ditandatangi oleh Iman sebelum mereka di ijabkabulkan. Iman dengan rela hati menandatangani surat perjanjian tersebut tanpa banyak soal. Semua diserah pada Danish.
Ibubapa Danish, iaitu Dato’ Arif dan Datin Hajar juga menentang perkahwinan anak lelaki tunggalnya itu. Mereka lebih berkenankan Maya iaitu anak saudara Datin Hajar. Tuan Haji Aman telah membuat satu ugutan, kalau hendakkan semua hartanya jatuh ke tangan Danish, perkahwinan antara Danish dan Iman perlu di laksanakan.
Iman pula bersetuju dengan perkahwinan tersebut adalah untuk mendapatkan tiket melanjutkan pelajaran ke London. Iman ke London bersama Danish kerana Danish masih menuntut di sana. Iman pula baru hendak memulakan hidup di rantau orang. Sampai dekat lapangan terbang, mereka berpisah. Danish disambut oleh kekasih hatinya, Maya. Manakala Iman terpaksa menunggu abangnya Farhan datang menjemput untuk ke Liverpool.
Iman mendapat berita dari Malaysia yang memaksanya untuk pulang iaitu kematian datuk dan abang iparnya dalam nahas jalan raya juga kecederaan parah yang di alami oleh bapa mertuanya. Keikhlasan hati Iman menjaga bapa mertuanya di hospital dan menerajui syarikat yang hampir tersungkur telah membuatkan ibu dan bapa mertuanya menjadi sayang serta menyukai semua tingkah laku Iman. Segala benci dan kata-kata cacian yang pernah dilemparkan oleh ibu bapa mertuanya dulu, telah hilang dengan kebaikan dan rasa tanggungjawab yang Iman hulurkan pada mereka.
Mereka sangat-sangat terkilan dengan sikap Danish kerana tidak menjengah di saat mereka memerlukan. Mereka menyangka Danish langsung tidak pulang ke Malaysia. Sebenarnya, Danish pulang, tetapi, tidak berani dan tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan keluarganya yang telah di timpa musibah dan masalah yang teramar besar. Danish hanya menjadi pemerhati dari jauh segala yang Iman lakukan untuk membantu keluarganya. Dari situ, Danish dapat menilai keikhlasan hati Iman. Segala prasangka buruk Danish terhadap Iman sebelum mereka di ijabkabul hanyalah dusta belaka. Danish baru sedar dan baru dapat menilai sekeping hati milik Iman Umairah.
Mereka terkilan dgn Danish yg langsung tak menunjukkan muka di saat2 genting. Iman yg jadi penyelamat keluarga dan syarikat mereka. Danish tu bukannya tak balik, dia balik tapi cuma melihat dari jauh segala tanggungjawab yg dijalankan Iman yg tak banyak berkira. Iman terlalu muda utk menanggung semuanya.
Iman dan Danish memang telah lama tidak bersua muka, mungkin dapat tiga empat tahun. Hanya Danish yang memerhati segala yang Iman lakukan dalam kehidupan sehariannya dari jauh. Iman juga tidak mengharapkan apa-apa lagi dari ikatan perkahwinannya dengan Danish kerana Iman telah beberapa kali terserempak dengan Maya yang baru keluar dari tempat tinggal Danish dalam keadaan yang membuatkan Iman terfikir yang Danish berlaku curang padanya.
Akhirnya, Danish muncul di hadapan Iman semasa Iman berada di pejabat. Danish telah bersedia untuk menerajui Syarikat milik keluarganya bersama-sama Iman. Ketika kemunculannya di hadapan Iman, hati dan perasaannya telah berputik untuk Iman. Danish bertekad untuk memiliki Iman dan untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.
Iman juga tidak mengetahui punca penceraian ibu dan ayahnya kandungnya. Rupa-rupanya, banyak rahsia tersembunyi di sebalik penceraian tersebut. Setelah penceraian antara ibunya, Khatijah dan ayahnya, Tengku Farid. Iman dijaga oleh datuk angkat manakala abangnya Farhan di jaga oleh Mama Sue, sahabat baik arwah ibunya.
Bagaimana Iman dapat mengetahui tentang sejarah keluarganya, Danish banyak membantu dalam menyelesaikan segala konflik keluarga yang dialami oleh Iman sampaikan mereka diculik dan terpaksa terpisah untuk sementara waktu. Banyak kejadian-kejadian yang mengancam nyawa mereka berdua didalam kemelut keluarga Iman.
Siapakah dalang untuk merosakkan rumahtangga antara Danish dan Iman? Kisah perkahwinan yang diatur ini juga terselit kisah-kisah misteri yang di alami oleh keluarga kandung Iman. Kuatkan seorang perempuan yang baru mendapat kasih dari seorang suami dan kasih dari seorang ayah kandung untuk menghadapi segala cabaran hidup yang boleh mencabut nyawanya sendiri?
“ tak perlu aku berteka-teki, jika benar jodoh ini takdir-Nya, hiasilah aku dengan cinta itu”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
iman: thanks sudi jenguk blog saya..:)
ReplyDelete