Pages

Wednesday, May 18, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (23) Chinta




Chinta
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Terbitan : Disember 2008

Kepekaan saya:

Chinta adalah hasil buah tangan Norhayati Berahim. Bertemakan kekeluargaan dan terselit juga kisah percintaan watak utamanya iaitu Chinta.

Chinta dibesarkan dan hidup dalam keluarga yang agak sederhana disebuah kampung. Chinta tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya daripada seorang ayah. Chinta hanya mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari ibu, adik-adiknya dan ibu saudaranya. Tanpa pengetahuan Chinta, dia merupakan anak angkat kepada keluarga tersebut. Chinta hanyalah anak saudara kepada Pakcik Kamal dan Makcik Molek.

Chinta selalu kehairanan kenapa, dari kecil lagi Pakcik Kamal iaitu ayahnya selalu mencari salahnya. Sedangkan ayahnya selalu melelebihkan abangnya iaitu Rodin dalam segala hal. Kesalahan kecil yang Chinta lakukan akan mendapat habuan penampar dan dibelasah teruk. Sedangkan, Rodin yang pemalas ditatang bagai mintak yang penuh. Chinta juga pernah dipijak dan dibelasah separuh mati oleh ayahnya kerana hanya meminta kebenaran untuk memasuki sekolah berasrama.

Walaupun hanya bersekolah biasa di kampung, Chinta berjaya menjejak kaki ke menara gading dan berjaya menamatkan pengajiannya dengan sempurna. Semasa belajar Chinta berkenalan dengan Saiful dan menjalin hubungan cinta. Tetapi, Saiful tidak begitu ikhlas dengan perhubungan antaranya dengan Chinta. Saiful mempunyai niat yang susah untuk diduga. Saiful juga tidak pernah bersungguh-sungguh untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Chinta. Hal tersebut membuatkan Chinta tidak begitu menaruh harapan yang tinggi terhadap Saiful untuk meneruskan kehidupan berumahtangga. Saiful juga mempunyai mak dan ayah yang buta. Chinta juga selalu melawat mak ayah Siaful dan selalu menolong mereka.

Selepas Chinta tamat belajar, Chinta mendapat tawaran kerja di sebuat kilang makanan milik ayah Raja Akid. Bermula di sinilah, perkenalan antara Chinta dan Raja Akid.

Raja Akid juga mempunyai cerita kehidupan yang tersendiri. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya dengan harta. Tetapi, kurang dengan kasih sayang. Raja Akid juga tidak menyukai perempuan kerana semasa dia kecil, dia pernah melihat kecurangan yang dilakukan oleh ibunya. Raja Akid memendam kemarahan dan kebencian terhadap ibunya sendiri. Raja Akid tidak mencerita kepada ayahnya apa yang telah ibunya lakukan, dia juga tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun apa yang pernah dilihat dan kecurangan ibumya. Di sebabkan memendam perasaan tersebut, Raja Akid menjadi fobia dengan perempuan. Tetapi, kehadiran Chinta sebagai kakitangan dan juga rakan barunya, Raja Akid semakin berani untuk mengenali hati budi seorang perempuan. Raja Akid hanya mempunyai seorang sahabat perempuan yang dikenali dari kecil lagi iaitu Jessi. Jessi juga bekerja di kilang milik ayahnya. Dengan kehadiran Chinta di kilang tersebut, membuatkan Raja Akid berani untuk menjadi sahabat Chinta. Jessi dan Chinta menjadi sabahat perempuan Raja Akid.

Setelah Chinta mendapat gaji pertama hasil titik peluhnya, Chinta telah menghulurkan sedikit gajinya kepada ayah dan emaknya di kampung. Sememangnya, setiap bulan Chinta akan mengirimkan duit buat orang tuanya di kampung. Ayahnya begitu tersentuh dengan ingatan yang Chinta hulurkan. Akhirnya hati yang keras seperti batu yang sentiasa membenci kewujudan Chinta, cair seperti air batu. Kebencian ayahnya dibalas dengan sejuta kasih sayang. Kasih sayang yang Chinta berikan, mencairkan segala kebencian dan amarah ayahnya walaupun mengambil masa yang terlalu lama. Chinta sangat bersabar dengan karenah ayahnya, tidak pernah menyimpan sedikit dendam pun di hati atas segala kelakuan ayahnya terhadap dirinya.

Akhirnya, Saiful menyingkirkan Chinta dari hidupnya kerana mengejar harta dunia. Saiful telah berkenalan dengan seorang perempuan yang kaya raya. Chinta redha dengan ketentuan hidupnya. Peristiwa dikecewakan Saiful menyebabkan Chinta semakin rapat dengan Raja Akid.

Rodin iaitu abang Chinta telah membuat angkara dengan menyebabkan rumah dan tanah yang diduduki oleh mak ayahnya tergadai setelah kematian ayahnya. Raja Akid muncul untuk memberi pertolongan kepada masalah yang dihadapi oleh Chinta. Namun, pertolongan yang dihulurkan bersyarat. Syaratnya adalah, Chinta perlu menjadi isterinya. Kerana ingin menyelamatkan harta keluarganya, Chinta belajar untuk menerima Raja Akid sebagai seorang suami.

Rupa-rupanya, kesan yang dihadapi oleh Raja Akid kerana memendam rasa marah dan benci terhadap ibunya terlalu teruk. Raja Akid mempunyai gangguan emosi yang teruk dan tidak dapat di kawal. Rasa benci, marah dan jijik terhadap ibunya yang telah terpahat kukuh dihati menyebabkan Raja Akid sukar untuk memesrai Chinta. Bayangan perlakuan curang ibunya selalu menghantuinya apabila Raja Akid cuba untuk mendekati Chinta isterinya.

Chinta terlalu risau dengan keadaan Raja Akid dan cuba untuk mengubati dengan bantuan pakar kaunseling dan doktor. Raja Akid akan menjadi seorang yang amat pemarah apabila mendengar nama ibunya di sebut. Nasib baiklah, Chinta seorang yang penyabar dan pandai mengahdapi setiap situasi yang mencemaskan apabila Raja Akid dalam keadaan marah dan tertekan.

Di pengakhiran cerita, Raja Akid telah sembuh dari gangguan emosi dan segala rahsia kelahiran Chinta terbongkar. Kehadiran semula ibubapa kandung Chinta membuatkan Raja Akid terkejut kerana, Chinta adalah anak kepada bapa saudaranya yang menetap di luar negara.

Chinta membuatkan saya tidak sabar untuk terus menhabiskan pembacaan. Terlalu banyak moral didalam pencerita Norhayati Berahim. Kita boleh belajar menjadi seorang yang betul-betul penyabar seperti watak Chinta. Juga boleh menjadi orang yang mempunyai kasih sayang yang terlalu tebal sesama ahli keluarga dan sabahat.

No comments:

Post a Comment