Pages

Wednesday, September 19, 2012

Jamuan Raya di Opis

assalamualaikum...

rabu lepas, kat opis NH wat jamuan raya. opis baru kan..suasana pun baru la kan. NH di arahkan untuk siap perhiasan dan keceriaan. so, bertungkus lumus la NH belajar buat ketupat 4 segi tu. sebelum ni mmg tak pandai langsung. ye la..belah pantai timor ade ketupat pulut yg 3 segi tu je.

- hehe.. NH dan ketupat. mcm semua je yg NH buat kan. padahal, nk siapkan 1 tu pun, hampir 30 minit. berpeluh2.. sib baik ade tok guru.


- NH bersama geng2 perhiasan n keceriaan


Wednesday, September 12, 2012

Puding Laici + coklat Rice


Assalamualaikum... aktiviti di hujung minggu.. jom masuk dapur.. tajamkan jari-jari.. hehehe.. NH sempat buat puding laici + coklat rice untuk makanan tambahan semasa boring di rumah..:)





BAHAN-BAHANNYA :

5 gram serbuk agar2

2 cawan air
4 camca besar gula pasir

1 tin susu cair
1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin

Coklat Rice sebagai hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA:

  1. Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut.  masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.
  2. Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.
  3. Taburkan coklat rice di atas agar-agar sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor


Assalamualaikum...

dah nak masuk pertengahan september kan. 

entri kali ni, NH nak cite pasal satu tempat. Paya Indah Wetland kat Dengkil Selangor. 1st time NH jejak kan kaki kat sini. mmm..memang damai la .. byk flora n fauna. sebenarnya, bulan julai lagi NH ke sini untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau lebih dikenali sgai APC... bukan NH yg dpt APC, kawan-kawan yg lain yg dapat. NH jd tetamu je, untuk memenuhkan dewan...

- buku aturaca, oren gitu kan.

NH tak sempat pun nak melawat kawasan ni, sebab datang dengan bas jabatan kan, so, ikut masa la nak balik kan. siap2 majlis, bas dah menunggu.. sempat jumpe ngan 2 3 ekor burung merak je.. burung2 lain, binatang-binatang lain n pokok2 yang pelik2, tak sempat nak jumpe..:)


- papan tanda (ambil kat google je gambar ni)


-sang merak yang tengah termenung- 

- merak ni tengah mengeramkan telurnya.. tah dah berapa hari la dia duk atas telor tu kan.