Assalamualaikum... aktiviti di hujung minggu.. jom masuk dapur.. tajamkan jari-jari.. hehehe.. NH sempat buat puding laici + coklat rice untuk makanan tambahan semasa boring di rumah..:)
BAHAN-BAHANNYA :
5 gram serbuk agar2
2 cawan air
4 camca besar gula pasir
1 tin susu cair
1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
Coklat Rice sebagai hiasan (optional)
CARA MEMBUATNYA:
- Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut. masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.
- Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.
- Taburkan coklat rice di atas agar-agar sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment