Monday, July 16, 2012

Puding jagung

mood untuk update resepi.. puding jagung ni, NH dah buat 2 minggu lepas, baru berkesempatan nak tempel kat sini.. encik husband tak berape gemar la puding jagung ni. so, tak perlu buat lg la. kena cuba buat kuih lain la kan..:)

BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung castard
1/2 tin susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis

CARA MEMASAK :
Campurkan tepung kastad, gula, jagung , susu cair dan air.
Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak .
Masukkan adunan puding ni ke dalam  loyang dan biarkan sejuk .

- bahan-bahannya-


- puding jagung yang dah siap, sedia utk di masukkan dlm peti ais-

No comments:

Post a Comment