Monday, August 27, 2012

Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum semua..

baru ade mood nak update pasal biskut raya. tahun ni, sakan NH membaking biskut raya. maklumla, utk 3 rumah kan. Biskut cornflakes ranggup, salah satu biskut pilihan NH utk hidangan tetamu di hari raya. resepi NH ambik kat sini yatiememories.blogspot. thanks pada tuan empunya blog..:)


Bahan-Bahan 
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji  telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung gandum
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara 
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi,setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum dan cornflakes yg di ramas, gaul sebati.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 150 C selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment