pejam celik pejam celik, dah hampir 7 bulan NH memegang title wife orang.
sekaligus mempunyai 2 keluarga dan penambahan adik beradik. sebenarnya, amatlah seronok kan mempunyai keluarga yang besar.
kadang-kadang hati ni rase sedih, terkilan, semua macam rasa la, bila kita merasa diri tidak diterima oleh keluarga baru sepenuhnya. harap, aidilfitri yang bakal menjelma ni dapat meneratkan lagi tali silaturahim yang baru hendak bercantum. Jangan ada benci d hati masing-masing. NH pun mahu elakkan perasaan benci tu untuk semua orang. jauhilah bisikan syaitan yang mahu manusia bermusuh dan saling membenci.
NH pun manusia biasa, ada hati dan perasaan. ada perangai buruk, ada perangai baik. agaknya, perangai buruk NH je yang orang selalu nampak kan. mulut manusia, kita tak boleh nak tutup. kalu mulut periuk, boleh la tutup kan.
mood NH di akhir ramadhan ni, agak teruk, asyik marah2. angin 1 badan. kesian encik suami, jadi mangsa. 'sabar ye encik asri'... harap hari ni, mood NH kembali pada paksi yang asal. rasa bersalah tu tetap ada bila diri sendiri tak leh kawal kemarahan. bulan2 puasa ni, maybe kepenatan n kurang rehat n banyak berfikir yang menyebabkan kesabaran NH tak de dalam diri.
sebenarnya, kerisauan mahu pulang ke kampung sebelah encik suami pun menjadi faktor kesabaran NH hilang. terukkan perangai NH ni. takmooo.. nak balik kampung halaman sendiri. oit...sedarlah diri kan, kita dah jadi wife orang, kena la ikut cakap suami, tak gitu?
harap, jangan ada benci di hati encik suami dengan perangai NH 2 3 hari ni.. mmmm..
No comments:
Post a Comment