Pages

Friday, November 30, 2012

Kursus Tadbir urus ICT


minggu yang penuh dengan kursus. balik dari Morib 7hb. esoknya masuk opis 1 hari. memang penat la. maybe tak cukup rehat kan. 9hb bertolak ke penang untuk kursus tadbir urus ICT.

tanggungjawab kan. sambil2 kursus..cuci la mata kat penang kan.
apa lagi. sampai2 penang, cari tempat beli jeruk la kan. beli jeruk untuk makan sendiri je kan. 

- gah kan. kat hydro hotel u all.

- pemandangan dari dalam bilik NH berbengkel a.k.a berkursus. tengok laut dari jauh je lak. tak sempat pun nak g menyentuh pasir pantai tu.

- cik siti. opismate NH yang tengah kusyuk menhupdate carta alir pada fail meja.


- makan tenghari seblum balik. popis itu sunggu lazat ok.

- hasil kerja tangan NH ketika mengantuk dtg menganggu.

- cafe di hydro hotel.

Wednesday, November 28, 2012

Program Bina Pasukan di Impian hotel Morib



5-7 november lepas, NH join program bina pasukan kat impian hotel Morib. pihak pengurusan arahkan pergi, NH pergi je la kan. semua di tanggung beres kan. 

sebelum pergi program ni. NH dah terbayangkan flying fox, wall climbing n kayak. dah lama kan tak merasa bende tu semua. last pergi morib wat aktiviti tu semua tahun 2007 dulu. 

bila dah start program ni. alahaiii.. banyak ceramah motivasi rupanya. mcm aktiviti dalam kelas je.

- semua peserta program bina pasukan siri 1. yang tak pakai baju biru tu, cosultant yg handle program ni dr AKRAB.


- ahli kumpulan NH. semua duk menayang hadiah cabutan bertuah.


- 9 orang je kumpulan NH. 

- aktiviti last sebelum balik ke sri kembangan. main game harga.

- makanan kegemaran NH masa kat impian hotel. ni utk sarapan pagi hari ke2. musim2 hujan ni kan, memang nikmat sangat dapat makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut..nyummm nyummmm

- kuih yang paling cantik. hijau gituww kan.. color kuih ni mmg membunuh mata betul kan. hijau pekat gitu. kalu hijau dr daun pandan best kan. ni sah sah nya pewarna ni..hehehe



Friday, November 23, 2012

Koleksi ubat kurus


pagi ni mood untuk kurus berkobar2..so, NH nak cite sikit la pengalaman NH menelan segala jenis ubat ubatan utk membuang segala lemak yang degil pada ini badan kan. NH mula berbadan 'comel' pada umur 13 tahun. sebelum tu, kurus mcm kerengge je. nak kena selongkar segala gambar zaman kanak-kank ni kan. zaman kegemilangan kekurusan..heheehe..


1) Sendayu tinggi

Maklumat Produk 
Membantu menguruskan badan, membakar lemak dan mengekalkan kecantikan badan agar tidak mengelambir selepas kurus.
Set ini mengandungi produk berikut
Harga:- 1001 Lucidum/lucimax          RM29.50(WM)/RM31.50(EM)
Garlic Plus               RM27.50(WM)/RM29.50(EM)
Slimmertique           RM39.50(WM)/RM41.50(EM)



ni pengalaman NH masa umur 16tahun kiranya 13 tahun lepas la kejadian ni.. umur 16 dah gigih nak kurus kan. kumpul duit sendiri dengan kerja part time kat cyber cafe ok.. gigih nak beli produk sendayu tinggi ni. hanya mampu beli 1 set sahaja. kesan dia mmg kurang la kilogramnya, dalam 3kg kut utk satu set ni. tp, perut NH mmg tak tahan dengan produk ni. memang berulang alik ke toilet sepanjang pengambilannya. mmg dh lembik mcm kain buruk kut. best je kena bebel ngan ma.. so..insaf jap.. kembali membelasah semua makanan. hasilnya, kembali pada perut yang comel..;p



2. Jusmate5

Maklumat produk : makan 2 paket sehari.
harga Rm 450 utk 3 kotak. (sekotak rm200)


produk kurus yang sangat la glamor kan. ajaib la kononya. akhirnya NH tewas, tergoda dengan segala iklan bagai.. so. nekad la kan, tak makan nasi, berpantang bagai..berjaya turun 5kg.. seronok sangat. tp, sangat manis ini produk. masa beli produk ni, kerja di kampung dengan gaji rm600 je. beli jusmate, terus jatuh miskin..haha.. masa ni, seronok sgt, Kg ade 60 je. last2, dah tak mampu untk beli ini produk. stop.. dan mcm biasa, kilogram naik bagai johan la. NH ambik produk ni pada thun 2008.



3. RxLite

Maklumat Produk
Cara Pengambilan : Bancuh 1 sachet Rx-Lite dengan 150ml air sejuk atau panas. Atau untuk rasa yang lebih lazat dan mengenyangkan boleh juga dicampur dengan air susu, soya atau dibuat shake buah-buahan. 

Rx-Lite diambil semasa perut kosong, gantikan dengan sarapan, makan tengah hari atau makan malam mengikut kesesuaian masa masing-masing.
 

harga = rm 300 utk 2 kotak

NH  terjebak dengan produk ni sebab opismate masa kat KPM. kononya leh kurus la kan. tak payah sarapan, just minum Rxlite je. 2 kotak juga NH abiskan. berpantang nasi bagai la. tp, resultnya.. non hado. 1kg pun tak turun. penipu ke? tah ler, maybe tak sesuai dengan badan NH kut. frust lg. xmo diet dah kut rase time ni. 



4. Sendayu tinggi Easy Slym Drink

Maklumat Produk
Minuman pelangsingan badan dengan ekstrak buah Kranberi, Psyllium Husk dan Roselle membantu :
  • Mengawal selera makan
  • Membentuk badan ideal
  • Memberikan tenaga
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Mengawal berat badan
  • Membakar lemak
  • Mengelak rasa lapar

harga (RM54.00) 10g X 14 paket
kononya tak mau ambik produk kurus dah kan lepas rase tertipu dengan produk kurus sebelum ni. tp, bila dapat tau, ada kawan yg leh kurus ngan minim easy slim sendayu tinggi ni, iman NH kembali tergugat. sempay abiskan 1 kotak je. tak tahan.. asyik berulang alik ke bilik termenung.. stop n tak ingat ade penurunan ke tak masa ni. sbb tak leh nak pk ape, badan jd lemah la jugak.
maybe tak sesuai dgn badan NH.



5. SD 11

Maklumat Produk
rasa soya. RM 140 setin
NH dpt dengan harga 4 tin rm 450. (masuk ahli )

SD11 ni terjebak dengan kawan YM. disebabkan nak kawin kan.. gigih la nak kurus.. diet dia sebijik mcm atkins.. berjaya turunkan 3kg. last2, ada effect. NH sakit dada setiap kali minum. memang tak sesuai dengan badan NH. last2 2 tin tak abis. sedekah kan la utk kakak2 yg nak kurus gak..:)


6. Cambridge Diet

Maklumat Produk
berperisa buah-buahan, coklat dan capucino.
1 kotak = 20 paket 
harga - kalau x silap, rm380 utk 1 kotak.

NH try 1 kotak je. plan diet mmg seksa sikit dgn cambridge ni. 3 paket cambridge sehari, just boleh minum air je, benda lain x leh makan. huh..mmg azab n mmg NH tak berjaya utk ikut ini program. kantoi memanjang n xmo sambung beli. sbb tak mampu. ambil ni 3 bulan sebelum kawin... last2, diet cara sendiri. no nasi.. berjaya la turun 5kg sebelum wedding januari 2012.



7. Green Fit


Produk yang berperisa epal. 
harga dlm rm100++ utk sekotak yg ade 20 paket.


produk yang paling terbaru NH ambik 2012. dlm april 2012 NH minum produk ni, ya ampun.... bile minum je, perut terus memulas mulas. tak tahan.. sehari, hampir 4x masuk bilik termenung.. minum 4 paket je. byk lagi lebihannya kat rumah.. kg nya tak turun pun.. 

so, pengajarannya dari semua di atas, jgn membazirkan duit ye... jom kita amalkan diet Atkins.




Kembali berAtkins


NH kena kembali ke pangkal jalan la nampak gayanya. hihkhik.. jangan salah faham ye. kembali ke pangkal jalan untuk kontrol segala pemakanan. dah berbulan bulan NH duk belasah makan nasi di malam hari. dah hasilnya.. sangat la memberangsangkan.. semua kain baju kurung NH sudah muka mengecil. mengecil ker? 
padahal lelemak yang sudah bermahajalela di perut kan.

so, kena la sedar diri. bermulanya tanggal 23 november, tidak ada lagi karbohidrat dalam diari pemakanan harian NH. target sampai hujung tahun 2012. 28kg terpaksa di nyahkan dr badan comel NH ni.. harap-harap semua berjaya. pagi td, naik itu penimbang, jarum penimbang menunjukkan ke angka 67.5kg

berbekal semangat dari kawan-kawan yang dah berjaya diet dengan amalkan atkins, Fazrin a.k.a en bici, adik Dzul, NH akan meneruskan perjuangan ini sampai selesai. sebelum berusaha untk menambahkan ahli baru untuk keluarga Hji Hashim kan, NH mai slim dulu..:)

ini bukan angan-angan kosong..sebelum ni NH mmg dah amalkan atkins diet ni, tp, tak bersungguh. asyik terkantoi n belasah biskut la, buah la. malam td pun belasah durian puas2.

gambar NH pasa 5 november. tengok betul2, tang perut tu mcm orang mengandung 6 bulan kan? sangat la stress kerana yang di kandung itu hanyalah lemak2 degil.. so.. mai say gud bye pada itu lemak..
kawan-kawan semua, doakan usaha NH berjaya ye. 

Wednesday, November 21, 2012

Fenomena Durian Crepe


kebelakangan ni, kat fb semua duk cite pasal durian crepe. NH pun tertanya tanya gak la pada awal-awal kemunculan nama durian crepe tu. bagaimana rupa paras durian crepe tu kan..

ropa-ropanya sejenis kuih.. hehe.. layan kan je la status kawan2 d fb tu kan. perasaan untuk merasa tu mmg tak berapa nak ada. try gak intai-intai kat blog yang ada resepi durian crepe ni. memang ramai la yang duk berniaga durian crepe online area putrajaya. 

bagi NH, agak mahal la kan harga durian crepe ni. majoriti duk jual rm2-rm3 seketul durian crepe ni..

- durian crepe yang opismate NH juil. 4 ketul rm10

tetiba kan, hari ni, NH dapat rezki terpijak. opismate NH sedekahkan sebiji durian crepe utk NH. harga yang di durian crepe yg NH makan tu. RM10 utk 4 ketul.. 

rupanya durian crepe ni sedap di makan masa sejuk. dalam tu ade krim + durian. semestinya krim yg banyak melebihi durian kan. nak makan durian, baik makan yang belum di 'crepe'kan lagi la, baru puas n rase nikmat raja buah kan..:)

nasib baik NH tak terjebak dengan ini fenomena, kalu x, jenuh la nak blind date ngan penjual durian crepe.


Tuesday, November 20, 2012

Istanbul Aku Datang

hujung minggu lepas, NH berkesempatan menjenguk pawagam. nak jugak tgk Lisa surihani yang comel tu.
NH ke ioi mall ngan Azma. dah lama betul tak masuk pawagam.

kat sini NH cite serba sedikit pasal filem Istanbul Aku Datang ni ye. Filem yang bercorak komedi romantik. memang best la layan filem ni. Pelakon utamanya, Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok. 
1st time kut Tomok berlakon. boleh la layan. memperkenalkan Aizat sebagai pelakon pembantu.

banyak babak-babak yang kelakar. memang asyik gelak je la. tp, ade gak part yang sedih. NH ni emosi terlebih, memang meleleh gak la airmata.. Dian (Lisa Surihani) seorang yang kalut dan kecoh. Azad (tomok) seorang yang skema abis. Haris (Beto Kusyairy) seorang yang kalut, kecoh dan romantik.

tapi kan, filem ni belum abis di tayangkan lagi. ape2 pun. tengok la kat pawagam ye.. hhihii..:)

Monday, November 19, 2012

Jenis-jenis kawan



✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿

1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!


























#NH copy dr fb seorang kawan..:)

Friday, November 16, 2012

Saturday, November 10, 2012

Di Serang ripway.com

 
Jenuh NH pk nape la encik blog ni tetibe je terus ke ripway.com.
agaknya NH buat menambahkan javascript pada blog ni..kononnya nak melawakan blog, last2, dapat masalah.. ape lagi, cara terbaik..guna je template yg telah di sediakan.. 
selesai masalah kan..

maaf pada kawan-kawan yang terpaksa melihat page ripway.com

Thursday, November 8, 2012

Rezeki November


sudah 3 hari NH tak jenguk opis.. berkampung di morib, banting.
NH kena join team building. lepas ni, NH update cite pasal team building ye.
sekrang ni, NH nak update n kongsi dengan semua pasal berita gumbira.
akhirnya.. NH lulus peperiksaan SPA untuk jawatan Penolong pegawai teknologi maklumat F29. dah 10x kut ambik peperiksaan dengan SPA, sebelum ni utk PTD.
harap2 ade rezki NH untk terus berkhidmat untuk negara.



rezki bulan november kan.. harap2, lepas ni, terus di panggil interview..:)


Monday, November 5, 2012

Evening Primrose Oil




Evening Primrose Oil  (EPO)- untuk wanita.
Ada kawan NH suggest suruh NH ambil ni..so, NH dah ambil hampir 2 bulan.


antara kebaikan pengambilan EPO
Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan
* Membantu mengawalatur kitaran haid
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
* Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

Thursday, November 1, 2012

Biskut Koko Krunch




Bahan-bahan


Bahan A

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula kastor
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telor

Bahan B 
  • 280 gm tepung gandum
  • 40 gm tepung jagung
  • 300 gm koko krunch dikisar halus
  • Hiasan:coklat rice

Cara-Cara 
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan letak manik love diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 20 - 25 minit 
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.