Pages

Friday, November 23, 2012

Kembali berAtkins


NH kena kembali ke pangkal jalan la nampak gayanya. hihkhik.. jangan salah faham ye. kembali ke pangkal jalan untuk kontrol segala pemakanan. dah berbulan bulan NH duk belasah makan nasi di malam hari. dah hasilnya.. sangat la memberangsangkan.. semua kain baju kurung NH sudah muka mengecil. mengecil ker? 
padahal lelemak yang sudah bermahajalela di perut kan.

so, kena la sedar diri. bermulanya tanggal 23 november, tidak ada lagi karbohidrat dalam diari pemakanan harian NH. target sampai hujung tahun 2012. 28kg terpaksa di nyahkan dr badan comel NH ni.. harap-harap semua berjaya. pagi td, naik itu penimbang, jarum penimbang menunjukkan ke angka 67.5kg

berbekal semangat dari kawan-kawan yang dah berjaya diet dengan amalkan atkins, Fazrin a.k.a en bici, adik Dzul, NH akan meneruskan perjuangan ini sampai selesai. sebelum berusaha untk menambahkan ahli baru untuk keluarga Hji Hashim kan, NH mai slim dulu..:)

ini bukan angan-angan kosong..sebelum ni NH mmg dah amalkan atkins diet ni, tp, tak bersungguh. asyik terkantoi n belasah biskut la, buah la. malam td pun belasah durian puas2.

gambar NH pasa 5 november. tengok betul2, tang perut tu mcm orang mengandung 6 bulan kan? sangat la stress kerana yang di kandung itu hanyalah lemak2 degil.. so.. mai say gud bye pada itu lemak..
kawan-kawan semua, doakan usaha NH berjaya ye. 

No comments:

Post a Comment