Pages

Friday, November 23, 2012

Koleksi ubat kurus


pagi ni mood untuk kurus berkobar2..so, NH nak cite sikit la pengalaman NH menelan segala jenis ubat ubatan utk membuang segala lemak yang degil pada ini badan kan. NH mula berbadan 'comel' pada umur 13 tahun. sebelum tu, kurus mcm kerengge je. nak kena selongkar segala gambar zaman kanak-kank ni kan. zaman kegemilangan kekurusan..heheehe..


1) Sendayu tinggi

Maklumat Produk 
Membantu menguruskan badan, membakar lemak dan mengekalkan kecantikan badan agar tidak mengelambir selepas kurus.
Set ini mengandungi produk berikut
Harga:- 1001 Lucidum/lucimax          RM29.50(WM)/RM31.50(EM)
Garlic Plus               RM27.50(WM)/RM29.50(EM)
Slimmertique           RM39.50(WM)/RM41.50(EM)



ni pengalaman NH masa umur 16tahun kiranya 13 tahun lepas la kejadian ni.. umur 16 dah gigih nak kurus kan. kumpul duit sendiri dengan kerja part time kat cyber cafe ok.. gigih nak beli produk sendayu tinggi ni. hanya mampu beli 1 set sahaja. kesan dia mmg kurang la kilogramnya, dalam 3kg kut utk satu set ni. tp, perut NH mmg tak tahan dengan produk ni. memang berulang alik ke toilet sepanjang pengambilannya. mmg dh lembik mcm kain buruk kut. best je kena bebel ngan ma.. so..insaf jap.. kembali membelasah semua makanan. hasilnya, kembali pada perut yang comel..;p



2. Jusmate5

Maklumat produk : makan 2 paket sehari.
harga Rm 450 utk 3 kotak. (sekotak rm200)


produk kurus yang sangat la glamor kan. ajaib la kononya. akhirnya NH tewas, tergoda dengan segala iklan bagai.. so. nekad la kan, tak makan nasi, berpantang bagai..berjaya turun 5kg.. seronok sangat. tp, sangat manis ini produk. masa beli produk ni, kerja di kampung dengan gaji rm600 je. beli jusmate, terus jatuh miskin..haha.. masa ni, seronok sgt, Kg ade 60 je. last2, dah tak mampu untk beli ini produk. stop.. dan mcm biasa, kilogram naik bagai johan la. NH ambik produk ni pada thun 2008.



3. RxLite

Maklumat Produk
Cara Pengambilan : Bancuh 1 sachet Rx-Lite dengan 150ml air sejuk atau panas. Atau untuk rasa yang lebih lazat dan mengenyangkan boleh juga dicampur dengan air susu, soya atau dibuat shake buah-buahan. 

Rx-Lite diambil semasa perut kosong, gantikan dengan sarapan, makan tengah hari atau makan malam mengikut kesesuaian masa masing-masing.
 

harga = rm 300 utk 2 kotak

NH  terjebak dengan produk ni sebab opismate masa kat KPM. kononya leh kurus la kan. tak payah sarapan, just minum Rxlite je. 2 kotak juga NH abiskan. berpantang nasi bagai la. tp, resultnya.. non hado. 1kg pun tak turun. penipu ke? tah ler, maybe tak sesuai dengan badan NH kut. frust lg. xmo diet dah kut rase time ni. 



4. Sendayu tinggi Easy Slym Drink

Maklumat Produk
Minuman pelangsingan badan dengan ekstrak buah Kranberi, Psyllium Husk dan Roselle membantu :
  • Mengawal selera makan
  • Membentuk badan ideal
  • Memberikan tenaga
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Mengawal berat badan
  • Membakar lemak
  • Mengelak rasa lapar

harga (RM54.00) 10g X 14 paket
kononya tak mau ambik produk kurus dah kan lepas rase tertipu dengan produk kurus sebelum ni. tp, bila dapat tau, ada kawan yg leh kurus ngan minim easy slim sendayu tinggi ni, iman NH kembali tergugat. sempay abiskan 1 kotak je. tak tahan.. asyik berulang alik ke bilik termenung.. stop n tak ingat ade penurunan ke tak masa ni. sbb tak leh nak pk ape, badan jd lemah la jugak.
maybe tak sesuai dgn badan NH.



5. SD 11

Maklumat Produk
rasa soya. RM 140 setin
NH dpt dengan harga 4 tin rm 450. (masuk ahli )

SD11 ni terjebak dengan kawan YM. disebabkan nak kawin kan.. gigih la nak kurus.. diet dia sebijik mcm atkins.. berjaya turunkan 3kg. last2, ada effect. NH sakit dada setiap kali minum. memang tak sesuai dengan badan NH. last2 2 tin tak abis. sedekah kan la utk kakak2 yg nak kurus gak..:)


6. Cambridge Diet

Maklumat Produk
berperisa buah-buahan, coklat dan capucino.
1 kotak = 20 paket 
harga - kalau x silap, rm380 utk 1 kotak.

NH try 1 kotak je. plan diet mmg seksa sikit dgn cambridge ni. 3 paket cambridge sehari, just boleh minum air je, benda lain x leh makan. huh..mmg azab n mmg NH tak berjaya utk ikut ini program. kantoi memanjang n xmo sambung beli. sbb tak mampu. ambil ni 3 bulan sebelum kawin... last2, diet cara sendiri. no nasi.. berjaya la turun 5kg sebelum wedding januari 2012.



7. Green Fit


Produk yang berperisa epal. 
harga dlm rm100++ utk sekotak yg ade 20 paket.


produk yang paling terbaru NH ambik 2012. dlm april 2012 NH minum produk ni, ya ampun.... bile minum je, perut terus memulas mulas. tak tahan.. sehari, hampir 4x masuk bilik termenung.. minum 4 paket je. byk lagi lebihannya kat rumah.. kg nya tak turun pun.. 

so, pengajarannya dari semua di atas, jgn membazirkan duit ye... jom kita amalkan diet Atkins.




4 comments:

  1. betul2..mula-mula dah berkobar dah nk beli cambridge diet ni.. tp duk pikir kn duit mengalir mcm tu jer.. :) next time cube diet kamikaze en ben.. enjoy life..siap ada fasa fasa tertentu.. kite pun masih berusaha lg diet without product... gud luck..

    ReplyDelete
  2. KHASIAT DAN KEGUNAAN LAMI PELANGSING HERBAL BPOM:

    1. Menurunkan berat badan yang berlebihan tanpa efek samping,
    2. Menurunkan berat badan anda, hingga 5-15kg dalam waktu 2 bulan saja.
    3. Membentuk tubuh menjadi idial, singset dan seksi
    4. Menekan nafsu makan, mengurangi rasa lapar, menjaga tubuh tetap langsing.
    5. Membakar lemak, lemak yang berlebih di tubuh

    WhatsApps >>> 013-3196852

    ReplyDelete
  3. best bace pengalaman awk nk kurus...kite pun ade jgk try produk pelansingan acaiberry mse tu mmg turun hampir 10kg (dari 60kg kpd 50kg) dlm mase 3 bulan tp tak lme lpas tu dpt tau ade bahan beracun dlm produk tu..trus stop, skrg lps bsalin bdn dah kembali kpd 60kg..

    ReplyDelete
  4. best bace pengalaman awk nk kurus...kite pun ade jgk try produk pelansingan acaiberry mse tu mmg turun hampir 10kg (dari 60kg kpd 50kg) dlm mase 3 bulan tp tak lme lpas tu dpt tau ade bahan beracun dlm produk tu..trus stop, skrg lps bsalin bdn dah kembali kpd 60kg..

    ReplyDelete