Pages

Thursday, December 30, 2010

MalaySia Juara Piala AFF Suzuki, Tahniah Skuad Harimau Malaya



Berjuta juta tahniah utk skuad Harimau Malaysia kerana telah berjaya menamatkan kemarau 14 tahun untuk menjadi juara Piala AFF Suzuki.

Tahniah buat RajaGopal kerana berjaya membawa taraf bolasepak Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tahniah buat Saffe Sali yang menambahkan bilangan gol untuk menaikkan semangat Harimau Malaya disaat Harimau Malaya diasak kuat oleh team Indonesia. Tahniah juga kerana dinobatkan Penjaring Gol Terbanyak.

Tahniah buat Khairul Fahmi @ apek (terbaik la) kerana banyak menyelamatkan gawang gol Harimau Malaya dari dibolosi.

Dan Tahniah buat semua penyokong Harimau Malaya. Kerana sokongan dan doa dari anda semua, kita berjaya memenangi kejuaraan ini.

Tahniah! (dan besok cuti umum! yeah! tp, dah apply cuti, rugi je 1 hari balance cuti rehat saya...huhuhuu)

Tahniah gak utk saya, sebab duk sorak sorg3 depan tv mlm td..hehhee

Tuesday, December 28, 2010

Peristiwa Dunia Sepanjang 2010

TAHUN 2010 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari saja lagi. Kejadian suka-duka sepanjang tahun ini mendapat tempat utama di akhbar-akhbar seluruh dunia sebagai catatan sejarah yang tidak mungkin dilupakan.

Kemelut kegawatan ekonomi masih menjadi isu utama 2010. Negara yang satu ketika dulu dianggap antara terkaya dan terbaik di dunia kini hampir muflis seperti Greece dan Ireland.

Selain itu rantau Asia dikejutkan dengan adegan perang antara dua negara berjiran Korea Selatan dan Korea Utara selain bencana seperti gempa bumi di Haiti yang kemudiannya melarat kepada wabak taun, serta gempa bumi di China dan Chile. Kejadian pelantar minyak Teluk Mexico meletup sehingga mendatangkan kesan teruk kepada alam sekitar dan haiwan satu lagi episod duka tahun ini.

Isu kemanusiaan menggemparkan dunia apabila flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza diserang oleh tentera Israel sekaligus mendedahkan sikap talam dua muka rejim Zionis itu.

Berikut adalah beberapa peristiwa besar dunia sepanjang 2010 untuk imbasan sebelum tirai 2010 berlabuh:

JANUARI

Haiti dilanda gempa terburuk dalam sejarahnya pada 12 Januari. Gempa bumi sekuat 7 skala Richter melanda ibu negara Haiti meranapkan banyak bangunan dan mengorbankan beribu-ribu nyawa.

Gempa pada pukul 4.53 petang (pukul 5.53 pagi waktu Malaysia), berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince pada kedalaman lapan kilometer. Pihak berkuasa melaporkan 200,000 orang dianggarkan terkorban dan 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal.


FEBRUARI

Gempa bumi terburuk berukuran 8.8 skala Richter melanda Chile pada 27 Februari menyebabkan sekurang-kurangnya 708 terkorban. Gempa terkuat dalam sejarah negara itu turut mencetuskan tsunami yang meredah Lautan Pasifik dan melanda Jepun sehari kemudian.

MAC

Kira-kira 80,000 aktivis 'Baju Merah' yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tiba di Bangkok pada 16 Ma. Mereka mengibarkan bendera merah untuk memberi kata dua kepada kerajaan Thailand yang disokong oleh tentera, sama ada mengadakan pilihan raya atau berdepan dengan demonstrasi yang bakal melumpuhkan ibu negara.

APRIL

Wilayah barat laut China dan Tibet dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher pada 14 April lalu, mengakibatkan kira-kira 791 orang terbunuh dan lebih 10,000 cedera ekoran rumah, sekolah dan pejabat di kawasan pergunungan runtuh.

Antara kejadian yang menggemparkan Eropah adalah letupan gunung berapi di Iceland

Beratus-ratus penduduk dpindahkan pada pertengahan April selepas berlaku letupan gunung berapi di bawah glasier glasier kelima terbesar, glasier Eyjafjallajokull.

Akibat kejadian itu perjalanan udara di seluruh Eropah lumpuh lebih seminggu ekoran kepulan debu dari gunung berapi Iceland yang menyelubungi ruang udara. Berpuluh-puluh ribu penumpang terkandas di seluruh dunia kerugian yang ditanggung industri penerbangan sehari mencecah lebih AS$200 juta (RM700 juta).

Satu lagi kejadian yang mendapat perhatian dunia adalah letupan di pelantar minyak Teluk Mexico pada 22 April. Pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, sebuah pelantar gerudi minyak luar pesisir pantai senget teruk selepas satu letupan besar dalam kejadian di Teluk Mexico.

Letupan itu menyebabkan pencemaran minyak selama beberapa bulan yang juga pencemaran terburuk di AS. Menurut syarikat tenaga ketiga terbesar dunia, BP yang mengendali pelantar minyak itu kos bagi menangani isu tumpahan minyak di Teluk Mexico itu bernilai AS$3.5 bilion (RM11.2 bilion)

Satu lagi kejadian "panas" adalah keputusan Parlimen Belgium meluluskan pengharaman pemakaian purdah di khalayak ramai dan ia adalaj tindakan pertama seumpamanya di Eropah.

Langkah itu dikutuk oleh para pemimpin Islam, seorang biskop Roman Katolik dan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International.

MEI

Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel pada 31 Mei menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Dakwa Israel serangan berpunca daripada tentangan tidak disangka-sangka ketika cuba menaiki kapal tersebut. Kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada rakyat Turki.

JUN

Kongres Filipina pada 9 Jun lepas, secara rasmi mengisytiharkan Benigno 'Noynoy' Aquino III sebagai Presiden ke-15 negara ini, setelah senator pembangkang itu memenangi pilihan raya Presiden Filipina dengan memperolehi kelebihan undi terbesar sejak demokrasi dipulihkan menerusi pemberontakan kuasa rakyat pada 1986. Aquino, 50, anak lelaki tunggal kepada wira demokrasi Filipina yang juga bekas Presiden, Corazon Aquino, memperoleh 15.2 juta undi atau 42 peratus daripada 36.3 juta undi berdasarkan kiraan rasmi Kongres.

Kehilangan besar dirasai oleh penduduk Aceh apabila pemimpin yang bertanggungjawab mengisytiharkan perjuangan Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Hasan Tiro meninggal dunia pada 3 Jun lepas. Hasan atau nama penuhnya Tengku Hasan Muhammad di Tiro meninggal dunia pada usia 85 tahun kerana mengalami jangkitan paru-paru.

JULAI

Banjir besar yang melanda Pakistan mengorbankan lebih 2,000 nyawa selain sungai melimpahi tebing, perkampungan ditenggelami air dan tanah runtuh di banyak tempat. Pertambahan jumlah korban akibat hujan monsun itu menunjukkan kelemahan infrastruktur Pakistan di mana petugas penyelamat yang tidak cukup peralatan berhempas pulas untuk sampai ke kawasan pedalaman.

OGOS

Presiden Barack Obama pada 14 Ogos buat pertama kali memberi kenyataan menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001. Ujar beliau prinsip penubuhan negara menuntut perkara sama untuk semua orang.

SEPTEMBER

Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia dalam demonstrasi membantah insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau

Gereja Dove World Outreach Center yang berpangkalan di Gainesville, Florida mengumumkan rancangan untuk membakar naskhah-naskhah al-Quran di perkarangan gereja bagi memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September, tetapi tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.

Senat Perancis pada 15 September mengikut jejak Belgium meluluskan rang undang-undang mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di tempat awam tindakan yang dilihat simbol melindungi nilai-nilai Perancis.

OKTOBER

Setelah lebih dua bulan kesemua 33 pelombong yang terperangkap 700 meter di bawah tanah di sebuah lombong di Chile pada 14 Oktober, berjaya dibawa keluar apabila sebuah operasi rumit penuh risiko dijalankan selepas lombong di gurun Atacama, utara Chile runtuh pada 5 Ogos lalu.

Sekurang-kurangnya 435 terbunuh, manakala kira-kira 110 lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter di 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai dan kemudian mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter.

NOVEMBER

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Merapi menyebabkan 240 nyawa terkorban sejak mula meletus pada bulan lepas. Hampir 400,000 penduduk mencari perlindungan di kem-kem penempatan sementara.

Kebanyakan mangsa maut akibat terkena aliran deras gas dan batu panas yang membakar kampung-kampung apabila Merapi meletus pada 5 November dalam letusan terbesarnya sejak lebih seabad lalu.

Berita paling gembira bagi rakyat Myanmar pastinya pembebasan pejuang demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi pada 13 November. Lebih 1,000 orang menunggu dalam panas terik dekat kediaman Suu Kyi yang usang dan mula bergerak ke situ ketika pihak berkuasa menanggalkan pos kawalan.

Dunia dikejutkan dengan tindakan Korea Utara melancarkan serangan terhadap Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan pada 23 November. Pulau tersebut yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan menjadi pertikaian kedua-dua negara sejak sekian lama selain menyebabkan dua anggota marin Korea Selatan serta dua penduduk awam maut, sementara 15 anggota marin lagi dan tiga penduduk awam cedera.

DISEMBER

Sensasi terhebat pada 2010 pastinya keberanian laman web WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 dokumen diplomatik Amerika Syarikat (AS). Pendedahan itu ternyata membimbangkan AS yang memberi amaran ia akan mengancam nyawa mereka yang tidak bersalah serta memburukkan hubungannya dengan negara sekutu lain.

Namun harga mahal perlu dibayar pengasasnya, Julian Assange yang ditahan polis Britain selepas dia menyerah diri di sebuah balai polis di tengah London ekoran tindakan Sweden mengeluarkan waran tangkap ke atasnya atas dakwaan jenayah seks termasuk rogol. Assange menafikan semua tuduhan itu dan dibebaskan beberapa hari kemudian dengan ikat jamin.

- UTUSAN

Monday, December 27, 2010

BesdaY Party Amalina Natasya

Ahad lepas, sambutan besday anak sedara saya yang paling comel..hehe...
mama nya buat kat mcDonald Seksyen 2 bersama 5 org lg sepupunya ..
meriah gak ye sambut kat mcDonald ni. 1st time saya join sambutan besday kat mcD ni. siap ade main3 n xtvt tari menari lg..mmg happening la.. majlis start 5.30.
saya bawak assistant dr putrajaya..hehe.. alin a.k.a anak jiran sebelah umah, dgan kawan saya yang duk seksyen 6, lidawati.

sori lida, tak sempat nak bergamba ber2..hehe.. duk kalut ngan amalina.. duk tgk dia main n menari..comel je..siap tuntut hadiah lg nak makcik die ni..huhuhu..sib baik la sempat p beli hadiah sebelum dtg td..kalu x, merajuk la si comel ni..
saya balik awal, sebb asistant saya ni dh merenggek sejuk n ngantuk..;]



- mmm..asal nye sambut b4, last3 jd b6..sori la ek, sempat sediakn hadiah utk 4 org je..layan.




- comel kan amalina saya ni.. baru 5 tahun tau..;]

- kek besday amalina bersama sepupu2 nye..tak sempat nak rase, kena blah awal2..;[

- ni ler assistant saya..hehe..alin si budak kecik.



- menu wajib kat mcD..layan je la..


- amalina dah tak sabar nak tiup lilin tu..ramai kan sepupu3 amalina..hehe



- antara game yang mcD anjurkan, ade 3 game rasenye. tu, buat menara ngan paper cup mcD, 1st, main puzzle, last, cari barang3...:] heppening je kan...

Ayam Uncle Bob

hari jumaat lepas, tido mcm orang pengsan..huhu..tu la, merayau kat uptown sampai kul 2 pg ngan adik ain.. dh la siang nye melilau kat ioi mall, mau nye tak pancit.hehe, dah tak tau nak p mana, ajak adik p pusing3 pasar tani @ pasar malam kat presint 2... hehe.. dah lama sgt tak jejak kaki kat psar mlm ni, dan sememang nya, teringin nak makan Ayam Uncle BOb.. dr awal tahun lg, tak dpt3.

selama ni, g pasar mlm ni, lepas balik kije, mmg mcm suasana pasar borong la, tak yah cite la kan, orang ramai sgt2, yang duk beratur kat Ayam Uncle Bob tu, sampai 3 line, mmg ramai, tak sanggup nak join sama, so, pendam je la niat nak makan Ayam Uncle Bob... tp, hari ni berjaya beli gak...hahha. hampir setahun mengidam, baru dapt makan kan, hehe, muncul kat pasar tani tu kul 3, memang tak yah beratur3 la kan, org lum kuar opis lg, terus dpt je Ayam Uncle Bob ni.. harga dia, 1 ketul rm 5.50.. mmg berbaloi la..sebab besar gak, xde kulit, xde lemak, ade isi n tulang n sedikit tepung je.. best...layan je gamba3 yang saya cri kat google ni, tak sempat nak snap gamba sendiri, dpt3 je ayam ni, dpt keta pun dah belasah..hehe.


- semua tgh mengidam Ayam Uncle Bob ni..hehe..panjang kan Q nye...



- paper packed utk ayam Uncle Bob ni.. comel kan..:]



- rupa ayam Uncle Bob yang dah di potong3 -

Uptown Shah ALam

lepas magrib baru ler saya kuar dr ioi mall.. brovo btul kan, dr kul 11.30pg sampai 8 mlm kat shopping mall..perkara yang tak pernah buat bila dh bergelar seorang pekerja ni..hehhee..

kami makan malam kat area puchong perdana, tempat yg saya selalu lepak ngan encik ayie dlu2...layan satey la kat sini..thanks ye pada yang belanja kami dua beradik...

xtvt di teruskan dengan menjelajah uptown shah alam..skrg ni, dah kerap sgt saya ke uptown ni..mcm best lak jejalan tgk barang3 kat sini. adik ain nak beli jeans n kemeja, akhirnya, tertunai gak la keinginan nye tu, ade gak jeans grey yg die duk cari ioi mall siang tu.. hehe.. saya dapat spek itam dr encik ayie..hehe..thanks.. konon2nya, hadiah besday la kan, walaupun besday saya dah 2 seminggu lps..
thanks gak sebab temankan kami jalan3 kat shah alam.. kite tetap kawan kan?? walaupun di hati dah tak de taman..hahhaha..;p




- saya kat kedai spek itam yang encik ayie belikan.. mcm berharga sgt, sbb ni 1st time encik ayie belikan barang utk saya..muahahha.. nak beli hati saya balik la tu..huhu.. tak tergugat ok..;p

Janin

maraton layan muvie kat ioi mall. dah abis layan Hantu KakLimah Balik Rumah, saya n adik layan filem Janin lak.. hari khamis tu, adalah hari 1st tayangan untk filem Janin.. tak ramai sgt org layan filem janin ni nak d bandingkan ngan filem KakLimah Balik rumah tu, mayb, lum sampai lagi aura Janin ni..

filem arahan Hitler Zami ni, ok la, filem seram yang menyentuh perasaan, ada juga unsur unsur kezaliman. masyarakat kampung dan kekeluargaan. janin, mengisahkan toyol yang bernama esah yang d bela oleh penjaga yang tamak, esah seorang budak perempuan.
lakonan Eja n Hairi Othman mmg mantap.. Eja, pelakon air mata, mmg meleleh gak la airmata saya, bila tibe part, toyol (esah) datang menhisap hujung kain sutera (eja), apabila sutera (eja) tengah mendodoi baby nya..

hidup orang kampung semakin kalut apabila toyol semakin mengganas... mmm.. jom p wayang layan muvie ni...:]



Hantu KakLimah Balik Rumah

Khamis lepas, saya cuti rehat, mau berfoya foya dengan budak kecik..
kecik la sgt kan. adik saya, dtg dr kampung, ape lg..meronda ronda ngan dia a..
menghabiskan masa d hari bekerja, sangat seronok..hehe.. lapang je jalan raya kan..

kitorang jalan3 kat puchong je, lepaking kat IOI mall puchong, abiskan masa ngan window shopping n layan muvie... tiket rm6 je kat ioi mall ni, terkejut gak, sebab, kat alamanda rm10, padahal GSC, wayang yg sama... compius ni. nape murah sgt ek..
fuhhhh...lega, akhirnya saya berjaya mendapatkan tiket untuk cite Hantu KakLimah Balik Rumah, sebelum ni, dah 2x saya dtg kat GSC beratur nak dptkan tiket cite ni, tp,. tinggal kusi yang berasingan je...

ahad lepas, saya dh beratur ngan encik ayie utk dptkan tiket cite Awie ni, last2, abis, beli la tiket bruce Lee, yg tertipu tu.. semlm, time rehat, g beratur kat alamanda, ada la dlm 15minit, kononnya nak tengok cite Awie ni kul 9 mlm, fuhhh.. semua tinggal 3 kusi yang berasingan, start dr kul 7, kul 9 n kul 11 mlm, ramai tul peminat cite Hantu KakLimah Balik Rumah ni, mayb cuti sekolah kut, ramai mak ayah yg bawak anak nonton wayang time malam3 ni..huuh...kan tiket hari rabu rm6 je..murah dr hari biase..

khamis lepas, dengan semangat yang bekobar2 dengan adik ain, saya p beli tiket utk tayangan kul 1.55, wahhh..byk lagi kusi kosong..hehe..kan org kije, saya je cuti rehat kan..mmm..layan je cite Awie ni...memang puas hati la.. mmg leh kasi 5 bintang.. lawak sgt3, ade gak unsur kemasyarakatan n 1malaysia..hhehe.. kesinambungan atau sambungan cerita masyarakat kat Kampung Pisang, kampung halaman Husin (lakonan Awie).

patutla tiket asyik abih je..mmg best a cite ni.. tahniah kat pengarah nye.. Encik Mamat Khalid...

yang paling tak tahan gelaknya, time kak Limah nyanyi, njet njet semut, sapa sakit naik atas, pastu, semua orang kampung menari poco-poco, mmg kelakar tak ingat nye la..hehe





taaarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............!!!!!!!!!
kat bawah ni ler budak kecik..hehehhee a.k.a adik ain..;p..layanzzzzzzz






- saya tengah posing maut kat tepi bear2 kat dlm ioi mall sebelum tayangan Hantu KakLimah Balik Rumah-

Wednesday, December 22, 2010

Bruce Lee, saya tertipu

ahad lepas, saya keluar meng'enjoy'kan diri..
mmm.. dah lama saya tak jumpe Encik Ayie.. hari ni, saya tabahkan hati utk berhadapan n kuar jln3 ngan encik ayie..mcm rase 1st time kuar dating lak..hahha..
mmg pun sebenarnya, selama kenal ngan dia, mmg dia tak pernah temankan saya jejln kat shopping mall..

walaupun dalam hati dah takde taman, just menjaga jalinan persahabatan..hehe..
saya paksa encik ayie temankan saya tengok wayang...hehe..niat d hati nak tgk cite antu..Hantu kak Limah balik rumah... kul 3.30 saya sampai IOI mall, terus g GSC, tayangan paling awal utk cite antu ni, 5.45. tp, ade 3 seat yg paling depan, takmo la..sakit leher nanti, next tayangan kul 9.45, encik ayie takmo. dia nak tgk cite Bruce Lee... kononnye nak tgk cite aksi la kan..saya pun layan la.. sebelum tu, saya nak suh dia tgk cite ngangkung, tak kisah la kan, walaupun saya dh tgk. sekadar nak enjoykan diri.. mana3 pun boleh..

tp, mmg tertipu la tgk cite bruce Lee.. sepanjg cite, asyik menguap je..mmg hampir2 terlelap..huhu..mmg ade 1 part je aksi, yang lain semua tah ape3.. cite kehidupan adik beradik bruce Lee, dr zaman ayah dia, zaman dia kecik, sampai la die remaja, mmg takde rupa Bruce Lee la, semua pelakon lain.. aissss...penat je kan.. layan je la..hahahhaa.. encik ayie tertipu..;p

Tuesday, December 21, 2010

backup

dah lama sgt kan tak menconteng kat encik blog ni.. sori ye encik blog, saya takde mood utk menconteng..hehe..

backup? hehe.. backup kije sebenarnya... status kije saya sekarang, tak tau mcm mana, di sambung atau tak.. untuk keselamatan masa depan saya, terpaksa la mencari kerja yang baru.. huh..akhirnya, saya telah berjaya mendapatkan kije area putrajaya gak... fuhhh..memang sgt2 lega, tak perlu saya ber sesak sesak cri kije d kl..thankss ya allah.. bersyukur pada rezki Mu..:]

start kije baru 3hb Januari depan..hope semua nya ok..

hari ni, dapat hadiah dr my supervisor..thanks kak ruhil...anggap je hadiah besday kan...:]





#mood>> masih rase mcm tunggang langgang terbalik kuang..kikiki

Tuesday, December 14, 2010

happy birthday to me

tajuk entri tak hingat dunia kan...hehe..
wish untuk diri sendiri... syukur sgt2 sebab masih d beri kesempatan untk menikmati hidup selama genap 27 tahun...

wahh.. dh 27 tahun rupanya umur saya ye..14hb disember...:].huhuhu..
lagi 16 hari nak sambung tahun baru kan.. bila dh tiba tahun baru, makin bertambah la angka kat umur kite kan..

ape2 pun, thanks kat kawan2 yang wish my birthday kat hp (sms).
cik harlini mimi org 1st yang wish, tak masuk 14hb lg, dh dpt msj dr die.
thanks gak untuk raifana, siap call lg...thanks sgt22..utk kawan lama, afiah n adik kecik ku n kakak sulung ku... ingt gak ye korang birthday saya merangkap hari penambahan umur..
thanks gak kat kawan2 yang wish dekat facebook..sayang korang semua..
thanks sebab doakan saya...;]


mmm..bestkan kalu ade 'orang tersayang'...[mood gatal + gedix].

2,000 hilang kerja

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan mengatakan terdapat kira-kira 2,000 pekerja rendah awam di sekolah-sekolah seluruh negara tidak disambung kontrak perkhidmatan apabila ia tamat pada 31 Disember ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu bagi memastikan keadilan pekerja tersebut terbela.
"Saya tidak boleh mengatakan perkara tersebut betul atau salah memandangkan pihak kementerian tidak dimaklumkan mengenai masalah tersebut.
"Kementerian akan melakukan semakan dengan Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengesahkan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden CUEPACS, Omar Osman yang mendakwa nasib kira-kira 2,000 pekerja rendah awam di sekolah-sekolah seluruh negara kini tidak menentu apabila kontrak perkhidmatan mereka yang akan tamat pada 31 Disember ini tidak disambung.
Lebih malang lagi, Omar berkata, kebanyakan mereka termasuk orang kurang upaya (OKU) telah berkhidmat di antara 10 hingga 20 tahun serta mempunyai pelbagai tanggungan.
''Kesemua mereka telah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing mengenai penamatan kontrak perkhidmatan kira-kira tiga bulan lalu,'' kata Omar di Pulau Pinang hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Puad meminta agar mana-mana pihak tidak memperbesarkan isu ini memandangkan perkara tersebut belum ada kesahihannya lagi.

Wednesday, December 8, 2010

setelah 2 minggu

2 minggu hidup tanpa nasi..hehe..
masih hidup n bernyawa..kiki... lum K.O lg la ..

berAtkins Diet la konon nya kan..
tp, byk terkantoi d sebabkan saya demam n terkena cirit birit...
huhu..byk lak godaan pada minggu inrodution ni. so, saya kena la start kembali berintrodution ni.. esok, khamis 09/12/2010, kena start introduction.
alhamdullilah, walaupun byk kali terkantoi, dgn maruku, aiskrim n satey,
saya berjaya turunkan 1kg n ukur lilit pinggang saya semakin kecik. jeans yg size 33 dh makin longgar, agaknya, dah leh muat jeans yg bersize 31..

go go go.. kembali ber introduction.. no carbo, no gula k...

Thursday, December 2, 2010

bercelaru

mmm..mcam ikan cencaru lak kan..
best gak dpt makan ikan cencaru cicah air asam ni..

ape ke bendenye saya merapu ni ek..
sebenarnya kepala otak tengah bercelaru, semalam, dpt info dari kawan kije yang sama kontrak ngan saya, kata nya, pengawai eksekutif pentadbiran panggil dia untuk bgtau yang kontrak kitorang tak kan d sambung untk next year, so, akan tamat pada 31 disember ni ok.. waahhhh... mmg kena migrain la bila saya dengar news ni.. mau nangis pun ade, mana saya nak dapatkan kije dalam mase 28 hari lg ni...

bertambah la kecelaruan di sebabkan saya dapat task baru, task utk wat flow chart baru utk sistem tatatertib yang saya handle. nak d upgrade kut sistem tatatertib ni..
uwaaa... susah nye nak masuk dlm kepala otak ape yang nak d faham kan..

saya rase mau tido n tak mau bangun3 lg. tak mau pk semua bende ni, celaru celaru.. bukan cencaru ok...
sib baik la ade "kawan baru" n kawan3 yang sudi mendengar big problem saya ni..
saya tak nak jadi pengangggur terhormat lg.. byk tanggungjawab skrg ni..

ya allah, permudahkan la segala urusan hambamu ini.. ampunkan segala dosa2 hambamu ini...aminnn...

# satu ape pun tentang flow chart tu saya tak dpt faham..otak saya dh beku, mood kije dah lari.. kije baru..kije baru.. di mana kamu????