Wednesday, February 23, 2011
Jom Lumba Baca
mmm... sebenarnya, saya sudah lama tertarik ngan Cabaran 50 Novel Setahun 2011 yang di buat oleh blog dunia novel . tapi di sebab kan tuntutan tangunggjawab kije yang tak berkesudahan, saya abaikan dlu.
minggu ni, saya sedikit free dan saya pk seabih mungkin untuk join cabaran membaca 50 novel. tang membuat review tu yang lemah longlai sikit. untuk menyahut cabaran dunia novel saya akan gagahkan jua kemampuan yang ade..
Cabaran 50 Novel Setahun 2011
Mari sertai beramai-ramai...syaratnya mudah je..
(a) daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)
(b) sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN
(c) emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku
(d) letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..
mudah je kan...
Tempoh cabaran : 01 Januari 2011 - 31 Disember 2011
(hanya novel/buku yang dibaca dan dibuat sinopsis mulai 01 Jan sehingga 31 Dis 2011
Tuesday, February 22, 2011
melayang
apa yang melayang tu cik NH? owh... melayang pasal atkins diet.. huahua... ampun my idol en zul.. sudah sebulan kut atkins diet saya melayang, proses ketosis tah kemana mana sudah, tp, yang blum betul3 melayang 'no rice'.. yang 'no rice' tu masih setia lagi dalam diri. tak tau lagi bila mau start buat proses ketosis ni.
semalam, dengan rase tidak bersalahnya, saya melangkah ke care4 mencari sesuap nasi.. nasi? oppps... silap, mencari sesuap biskut.
degil kan saya ni, en zul dah cakap, no carbohidrat dlm atkins diet, tp, saya belasah gak carbohidrat tu. skrg ni, bukan atkins diet dah, tp dah jadi NH diet dah kan. mmm.. NH diet? macam best lak nama tu kan. boleh la di guna pakai, NH diet.
hari hari makan biskut kan. biskut rendam dalam air teh.. nyum3.. lazat berkrim gak kan.
tengah berfikir fikir lagi ni, bila mau start kembali atkins diet ni, so, kena start balik la proses ketosis seperti en zul sarankan. apa3 pun, tunggu gaji awal bulan depan la kan, sekarang kena teruskan NH diet ni dulu.. hauhuaaa... stok biskut masih banyak. memang betul3 melayang la atkins diet saya ni. ...
chaiyok3 NH ... jarum penimbang sudah berade d angka 5 sekarang, teruskan usaha.. yuhuuu..
- biskut tawar hup seng paket baru,individual paket, kalau dah jadi individual paket, memang makin sikit la kan. hup seng pun mau lagi kaya kut..huhu.. sori.
- ni biskut mayat.. kenapa mayat? tah, semua orang duk panggil biskut mayat, saya pun panggil biskut mayat gak la. biskut ni, jual timbang kat carefour, best sangat kalu d rendam beberapa saat dalam air tea O. memang terangkat. apa yang terangkat tu? sudu la yang terangkat..kiki..
- gambar gambar biskut kat atas tu, semua saya ambik dekat google ye. kalu la tercopy dr blog sape3, sori k, saya sekarang tak de gadjet yang leh snap gambar, so, ambik je gambar dr encik google, mmm.. tak best kan tak de hp berkamera or kamera sendiri. tu la, lalai lagi bak kata encik ayie, sampaikan barang peribadi pun leh melayang gak kan.. mmm... hope, ade rezki lebih, leh dapatkan gadjet baru.
Monday, February 21, 2011
bangga sorang sorang
sebab apa saya ter'bangga' sorang sorang ni ye.. huahuaa.. pagi3 lg, bila buka ini encik blog, saya nampak, follower saya sudah bertambah.. thanks ye pada yang sudi menjadi follower saya. dan thanks jugak pada encik ben Ashaari promote blog saya kat segmen dia..
hahaha... saya di timpe perasaan yang dasyat lagi sekali, padahal, saya yang suruh my adik yang promotekan encik blog saya ni kat blog Encik Ben Ashaari..
hari ni plak, jadi bersemangat untuk berblogwalking... blogwalking punya blogwalking, tersangkut lak ngan blog blog yang wat giveaway..ape lagi, dalam masa 1 jam, saya dah join 4 giveway. tamak btul kan..
ini la penangan orang yang baru merasa cukup bangga bila di follow oleh lebih 20 orang..
hahahha.. baru 20 orang kan, kecih mcm 2000 orang, ape la cik noor hekmat ni.
bangga sorang sorang..
ape2 pun.. thanks pada follower2.. jom..join giveway..kut3 ade luck la kan.. :]
Jemari Asmara 2nd GiveAway!!
Jom!!! mari sama sama memeriahkan dan mengempaqkan lagi Jemari Asmara 2nd GiveAway!! yang dianjurkan oleh JemariAsmara.blogspot.com @ Zefa NorAsmara.
GA ini dianjurkan sempena 3 perkara:
i. Ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 8 tahun hijrah pada 12 Rabiulawal 1432H
ii. Pembukaan Asmara Collections @ http:jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com
iii. Jemari Asmara bakal berusia 3 bulan pada 23 Februari 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila la menerjah ke sini.
saya mau tag ini kawan kawan la... 1. adik aen, 2. jee, 3. wani, 4. mimi , 5. ida
Ole-ole Bali Giveaway 2011
saya sudah semakin seronok join giveaway dari blog blog yang sempat saya singgah.;]
sape2 yang berminat untuk join giveway ni, sila la klik link ni ye >> Ole-ole Bali Giveaway 2011
tarikh tutup: 28.02.2011
AREPNAKBEBEL first giveaway
tetibe hati terpikat dengan ke'simple'lan bannernya.
saya nak tag:
1. adik aen - bittersweet
2. jee - cik jee macey
3. wani - jurnal harian Azwani
tarikh tutup Ialah : 03.03.2011
Lucky Giveaway by Littleimie
1st time join giveway. saya mau jdi blogger yang aktif..:] *wink*
Lucky Giveaway by Littleimie
http://twenty2december.blogspot.com/2011/01/lucky-giveaway-by-littleimie.html
saya nak tag:
1. adik aen - bittersweet
2. jee - cik jee macey
saya dah follow blog Littleimie....
tarikh tutup : 28 februari 2011
Thursday, February 17, 2011
YanG SebenarnyA
Cerita Yang Sebenarnya mengisahkan Dhiya, Nazirah dan Abang Eddie. Dhiya dan Nazirah adik beradik, Nazirah, Kakak. Abang Eddie sepupu kepada Dhiya dan Nazirah. Abang Eddie tangkap cintan ngan Nazirah, tp, Nazirah tak mempunyai sedikit perasaan pun pada Abang Eddie sebab Nazirah nak kan kat Duda beranak dua, iaitu Encik Ghous.
Lepas Nazirah kawin, Abang Eddie membawa diri ke Luar negara. Dhiya plak kije kat restoran area umah je, sebab nak jaga mak n ayahnya. Dhiya ni ade ijazah, tp, tak nak kije opis.
dhiya ni agak pelik sikit perangai dia, lepas kije kat restoran, dia wat bisnes merangkap driver van sekolah. mak Dhiya memang marah gile, asyik bebel je, dah la mak die bengang nazirah kawin ngan duda, + bengang dhiya tak mau kije opis lak, duk bawak van sekolah je.
lepas 6 tahun, nazirah bercerai ngan duda (encik ghous), muncul lak watak Ahmad, mekanik yang kije kat bengkel dhiya baiki van sekolah. Ahmad kematian isteri dan ade sorang baby lelaki, fauzan namanya. dengan baik hatinye dhiya ni, sanggup nak jaga si fauzan, tp, yang kena mengasuhnye nazirah la sebab dhiya kan duk drive van sekolah. tp, setiap malam, dhiya selalu ber Yahoo mesegger ngan abang Eddie. sepupu kan, rapat dari kecil. semua la psal diri dhiya ni si Eddie tau. elok2 dhiya kije memandu van sekolah, pak longnya (bapa abang Eddie) ajak dhiya ngan dia, terpaksa la dhiya suruh bapa nya ambik alih kije driver van sekolah.
bila Dhiya dah kije ngan paklongnya, Eddie pun balik dr luar negara,kije 1 opis ngan dhiya, jadi bos dhiya, tp, diorang jadi mcm anjing n kucing lak, tak rapat mcm kat yahoo mesengger, eddie suka marah2 dhiya walaupun salahnye sikit je. nyampah lak ngan watak eddie ni.
last3, nazirah kawin ngan Ahmad, Eddie pun kawin ngan Dhiya. agak menarik gak novel ni, byk yg sempoi, pompuan jdi pemandu van sekolah, tu yg kelakar n sempoi ..:]
Wednesday, February 16, 2011
Jemput-jemput pisang
Bahan-bahan ( 4 orang )
1 cawan pisang yang dilenyek
11/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Campur semua baha-bahan kecuali minyak.
- Kacau biar rata/ sebati
- Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik sudu dan basahkan dengan air. Ceduklah sikit-sikit masuk ke dalam minyak panas.
- Goreng sampai perang.
- Lapik jemput-jemput dengan kitchen paper apabila keluar dari kuali.
- Siap untuk dimakan
- gambar di ambil dr google.
Doa untuk seorang sahabat
sahabat merangkap opismate saya. sudah 3 bulan keluar masuk wad, bulan 12 kat hospital klang, sempat gak saya menjenguk dia kat sana. masa tu, doktor ckp, penyakitnye, paru paru berair. dah kuar dr hospital klang, balik umah, lepas tu, badan naik biji3 merah, lebam3.. masuk hospital putrajaya, doktor sana ckp, paru2 ok, hati lak masalah sebab kesan dr ubat yg d ambil. d hantar lak ke hospital selayang..
mm...kadang3 terpikir lak, apesal la doktor ni mcm ni, penyakit pesakit leh berubah2 ker? mcm nak wat kajian lak, padahal, dah bagi ubat yang mcm2..
masa kat hospital klang, di beri ubat TB, sbb doktor ckp, dah kena penyakit TB. bermcm3 rupa ubat TB yang d telan.
kat hospital selayang, duk wad HWD. lupa lak nama penuh wad ni, tp, leh masuk 2 orang pelawat je dlm 1 masa. time saya g tu, kawan saya ni, dah tak nak jumpe kawan2, die duk nangis je, sedih lak saya tgk die. terlalu byk kenangan saya ngan die, dlu2, selalu balik kije sama2, naik bas sama2, jalan kaki sama2, g buka puasa sama2, g family day sama2. terlalu byk...sedih sangat2. saya doakan semoga dia cepat sembuh.
isnin lepas, opis wat solat hajat, mohon padaNya moga kesihatan dia cepat elok.
last news dr hospital selayang. kawan saya dah masuk ICU, dh d biuskan oleh Doktor.
aduh...mau pengsan dengar khabaran ni..
#nadiya..tabahkan hati.. kaknor doakan smoga cepat sembuh..
Donat Big Apple
isnin lepas, abis je time kije, terus ke alamanda ngan fila n si comel nye, upenye, si comel nak makan donat. saya pun teringat kan encik ayie, belikan donat untk die skali la sbb, lps ni, saya mau dating dengan encik ayie.
saya rembat 6 biji donat, hehe..dalam kepala, dah kire ni, nak makan yg mana 1.. saya lupa lak perisa ape yang saya ambik..mai tunjuk je kan.
- gambar d ambil dr google, tak sempat nak snap.;p
SeharuM CintA LestarY
Sedikit sinopsis yang saya 'copy & paste' daripada laman web Buku Prima selaku penerbitnya.
Lestary adalah anak Hanan Alaa bersama Daud, perkahwinan campur antara Malaysia dan Dubai. Sewaktu Lestary berusia 5 tahun, dia dan ibunya diperkenalkan pada Wan Bada, orang tua Daud malangnya dua beranak itu terus dibenci dan diseksa jiwanya oleh Wan Bada.
Akhirnya Hanan Alaa yang sarat hamil anak ke dua telah diceraikan talak 3 setelah Daud menikahi Milah (isteri kedua). Bersama Lestary, Hanan Alaa meninggalkan rumah Wan Bada. Mereka dibantu imam dan seorang wanita berhati mulia di kampung itu.
Akibat fitnah dan cemburu, Hanan Alaa terbunuh. Injap jantung, hati dan buah pinggang diderma kepada yang memerlukan bertepatan amanatnya.
Setelah 10 tahun menetap di luar negara, Lestary kembali ke Malaysia dan bekerja di puncak Cameron Highland. Dia menemui penerima injap jantung dan hati ibunya selepas bertunang dengan Razim. Tanpa sengaja, dia jatuh cinta pada Dafiezudin dan cinta itu kian mendalam setelah mengetahui milik ibunya ada di dalam diri lelaki itu. Cinta bersemi kian kukuh dan berlakunya persaingan cinta antara Dafiezudin dan Razim, demi memenangi hati Lestary.
Nagoya Textile
hehe..macam promote kedai kain nagoya lak kan. sebenarnya kan, nak cite p shopping kat nagoya. fuh..sib baik ade sale, kalau tak, memang koyak la poket saya sabtu lepas. thanks ye kak zarina sebab sudi temankan saya p shopping n menjelajah semua kedai kain kat jalan TAR tu, last3 kain kat nagoya gak idaman kalbu..hehe. idaman kalbu sebab harga murah dr kedai kain yang lain. 1 pasang kat euro moda, dapat 3 pasang kat nagoya ok..hehe..
Cantikkan kain kat tepi tu... huhuhu... pink color lg kan. sweet je kan.. jgn jd sour dah la kan..;p
Ranting Cinta Si Plato
dah lama sebenarnya saya melayan novel ni, baru teringat nak update kat encik blog kesayangan ni..:]
dalam masa 2 hari, dah selamat sampai ke penghujung nya.. norhayati berahim, mmg penulis yang saya minat, bagi la hasil karya nya, mmg saya akan ngadap sampai ke akhir.
"Satu hari, Plato bertanyakan makna cinta dan Socrates pun menjawab ; masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambiklah satu ranting yang menurut kamu paling baik. Tetapi engkau haruslah ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun" Gurunya pun bertanya, maka jawab plato: saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa ".
Itulah maknanya cinta...dalamkan maknanya? Kalau nak tahu lebih lagi kenalah baca novel ni .... Untuk novel macam biasa la aku bagi 5 bintang.....Aku suka sangat, penulisnya sentiasa basah dengan idea yang baik2.
Friday, February 11, 2011
cELcom oh cELcom
boleh percaye ke iklan celcom ni???
hehe.. akhirnya, mmg dpt kredit free rm10 tu. Rm8888 tu? wujudkah? hehe..tunggu n lihat je ek.. kalau dpt, mmg tuah badan n rezki la kan.
Wednesday, February 9, 2011
h.a.t.i g.u.m.b.i.ra
chaiyok!! chaiyok!!! .. jangan malas3 lagi utk bangun pagi3 ke opis..hehe..
sebelum ni, malas bangat mau masuk opis, padehal, 5 minit je pun dari umah nak ke opis, tak tau nape la rase malas yang amat sangat sbelum ni..
minggu ni, hati rase cukup gumbira utk memulakan hari3 baru..
kije3 kat opis semua sudah berjaya d settlekan...thanks pada kawan2 opis yang sudi menunjuk ajar saya menggunakan bahasa PHP itu. waaaa.... sungguh dasyat bahasa tersebut, mau tercabut sendi3 otak saya menelaaah bahasa itu.
tu la, zaman belajar dengan madan G dulu, tak ambik pusing, belaja sambil lewa n berusaha time nak kuiz or exam je, hambik ko, skrg, dh kije, PHP 1 pun xde dlm kepala otok.. yangg tau ...'echo' n tetap 'echo'...hehe
1 lg sebab hati rase gumbira sebab, di dalam hati penuh dengan taman.. hehe..
taman yang layu dulu, dah kembali segar n berkembang, rase mcm budak sekoloh menengah tengah bercinta 'monyet' la plak.. tp, kini pasti ok, sudah mau berterus terang dengan my family. org d sana pun sudah merancang sesuatu yg menuju ke masa depan dengan family nya... syukur sangat2..akhirnye terbuka jugak hati orang di sana utk melangkah ke 1 fasa yang lebih membahgiakan ... thanks ya Allah..
gumbira sangat2..tak tau nak cite macam2...
so, saya kene start menabung k. nak kena cri kije part time ni.. utk menebalkan lg poket yg selalu nipis ni.. petang ni, mulakan misi mencari kije part time..
huhu... diet pun sudah menampakkan hasil.. angka 5 sudah muncul d penimbang.. cukup2 gumbira..
teruskan berusaha ye noor hekmat... usaha tangga kejayaan...:]
# mood, dapat task baru, kena join group SPML. kena study lak ape itu SPML...hehe