Pages

Monday, October 31, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (39) Cinta Dua Jiwa



Cinta Dua Jiwa
Penulis : Rania Firdaus
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 18 Februari 2009

Kepekaan saya:

Cinta Dua Jiwa hasil garapan indah dari Rania Firdaus ini mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis yang bernama Aisya Humayra sejak bergelar pelajar di universiti sehinggalah bergelar ibu kepada sepasang anak kembar.

Pada awalnya, banyak menceritakan kehidupan Aisya Humayra atau lebih dikenali sebagai Ira di dalam kampus Uitm Shah Alam. Ira mempunyai sahabat baik bernama Dania Batrisha. Juga mempunyai seorang abang kandung bernama Adli Hisham. Aisya Humayra berasal dari sebuah perkampungan di negeri Terengganu.

Humayra mempunyai hobi bersembang di laman sosial iaitu ‘Yahoo Messeger’ dan ‘Friendster’. Humayra mempunyai ramai kenalan di alam siber. Hanya sebagai kawan di alam siber dan tidak pernah bersua muka. Salah seorang rakan sibernya yang sangat rapat adalah yang menggunakan nama ‘Archyhis’. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa di alam realiti, Humayra telah banyak berkongsi cerita tentang dirinya dan suka duka perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar kepada ‘Archyhis’.

Humayra turut diminati oleh rakan sekelasnya iaitu Fakhrurrazi atau Ako. Zulfadli, seniornya juga turut meminati dan menaruh hati pada Humayra. Tetapi, Humayra hanya menganggap mereka berdua sebagai kawan. Humayra dan Dania cukup akrab dan rapat dengan Fakhrurrazi. Kemana sahaja mereka berdua pergi, pasti akan terselit Fakhrurrazi di situ. Keakraban mereka bertiga di cemburui oleh Siti Fairuz. Siti Fairuz adalah kawan sekuliah mereka. Bermacam-macam perkara tidak baik telah Siti Fairuz lakukan pada Humayra untuk menjauhkan persahabatan Humayra dengan Fakhrurrazi.

Perkara yang paling menyayat hati yang telah Siti Fairuz lakukan adalah, menaikkan kemarahan dan amukan Fakhrurrazi pada Humaira dan menyebabkan berlakunya pertengkaran di tepi jalan. Akibat pertengkaran tersebut Humayra di rempuh oleh kereta dan keadaan Humayra agak tenat. Kesan yang diterima daripada kemalangan tersebut, Humayra hilang ingatan.

Humayra telah dirempuh oleh kereta yang dinaikki oleh Hariz dan Uzair. Sepanjang Humayra berada di hospital, Hariz dan Uzair menjadi pelawat tetap. Dania, Adli Hisham, Hariz dan Uzair berusaha memulihkan kembali ingatan Humayra.

Akhirnya, sedikit demi sedikit, Humayra dapat mengembalikan ingatannya atas bantuan kawan-kawan dan keluarganya. Akhirnya, Humayra dijodohkan dengan Hariz. Rupa-rupanya, Hariz telah lama menyimpan perasaan kasih dan cinta pada Humayra. Patutlah Hariz terlalu mengambil berat semasa Humayra di timpa kemalangan tempoh hari.

Humayra mempunyai sedikit masalah untuk menyesuaikan diri sebagai isteri kepada Hariz. Setelah setahun perkahwinan mereka, barulah muncul keserasian antara Humayra dan Hariz sebagai sepasang suami isteri yang bahagia.

Dugaan datang melanda rumahtangga mereka. Kemunculan Fakhrurazzi untuk memusnah rumahtangga yang dibina oleh Humayra sedikit sebanyak membuatkan tekanan dalam hidup Humayra. Humayra juga telah mengalami keguguran kandungan sebanyak dua kali. Kerana menginginkan cahaya mata dalam rumanhtangganya, Humayra bertekad untuk menjaga kandungan ketiganya. Akhirnya, Humayra dan Hariz di anugerahkan sepasang anak kembar.

Mampukah Humayra dan Hariz mempertahankan keharmonian rumahtangga mereka? Apakah yang telah dilakukan oleh Fakhrurazzi untuk memusnah rumahtangga yang telah dibina oleh Humayra dan Hariz? Apakah punca yang menyebabkan Fakhrurazzi ingin melihat Humayra sengsara dalam melayari keharmonian rumahtangganya? Semua persoalan-persoalan di atas akan terjawab jika berjaya menghabiskan Cinta Dua Jiwa ini dari awal hingga ke noktah terakhir.

Cinta Dua Jiwa ini banyak mengisahkan kecekalan hidup seorang wanita. Terdapat juga banyak pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment