Pages

Friday, October 14, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (36) Tidak Aku Bersuara



Tidak Aku Bersuara
Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
cetakan 3 – Februari 2008

Kepekaan saya:

Tidak Aku Bersuara hasil coretan Norhayati Berahim sangat menarik bagi saya. Jalan cerita yang sangat teratur. Pembawaan watak yang cukup sempurna. Menceritakan kisah hidup seorang gadis yang bernama Jeslina atau lebih dikenali sebagai Jes. Jes merupakan anak perempuan tunggal milik sepasang ahli koporat yang berjaya iaitu Encik Azman dan Puan Khatijah.

Disebabkan tuntutan kerja dan tanggungjawab pada kerja, Encik Azman sekeluarga terpaksa meninggal bumi Malaysia dan merantau ke negara luar. Mereka sekeluarga terpaksa berpisah dengan Jeslina kerana tidak mahu Jeslina membesar di negara asing. Jeslina ditinggalkan dan dibesarkan oleh neneknya di kampung. Dari kecil lagi Jeslina membesar dengan suasana kampung.

Jeslina begitu rapat dengan sepupunya yang bernama Odin. Kemana sahaja Odin berada, mesti Jeslina turut serta. Mereka berdua seperti belangkas. Odin anak kepada Mak Long Juriah, kakak kepada Encik Azman.

Kehidupan Jeslina dikampung yang berjauhan dengan keluarga kandung tidak menghalang untuk Jeslina hidup secara normal dan bahagia. Jeslina sangat bahagia dan gembira bersama dengan neneknya sehinggalah terjadi satu peristiwa hitam ke atas diri Jeslina.

Peristiwa hitam itu berlaku ketika Jeslina berumur 15 tahun. Kesucian Jeslina sebagai gadis telah diragut oleh ahli keluarga terdekatnya. Jeslina telah di rogol olej Haji Taib iaitu suami kepada Mak Long Juriah dan bapa kepada Odin. Jeslina rahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan neneknya dan hanya Odin seorang sahaja yang tahu apa yang telah berlaku pada diri Jeslina.

Jeslina menceritakan peristiwa hitam itu kepada Odin kerana ingin bergantung harap dan berlindung, tetapi malangnya Odin terlalu lemah dan tidak yakin dan berupaya untuk melindungi Jeslina. Odin juga telah menjauhkan dirinya dari Jeslina. Tindakan Odin itu, telah menyebabkan Jeslina terlalu tertekan dan cuba sedaya upaya untuk meninggalkan kampung neneknya.

Jeslina berjaya lari dari tempat yang mencatat sejarah hitam dalam hidupnya. Tetapi, Jeslina tidak dapat lari dari igauan dan gangguan peristiwa tersebut. Jeslina telah berjaya bersekolah di sekolah berasrama penuh dan seterusnya menyambung pengajiannya ke Glasgow Scotland. Semejak itu, beliau tidak pernah pulang ke Malaysia.

Di Glasgow, Jeslina telah berkawan rapat dengan Dr Budi Utomo seorang pensyarah sebuah universiti disana yang berasal daripada Brunei. Walaupun telah berusia hampir 50-an, Dr Budi Utomo masih lagi bujang. Persahabatan mereka amat rapat dan Jeslina amat senang dengan Dr Budi Utomo malah Dr Budi Utomo mengetahui segala peristiwa hitam yang pernah berlaku pada Jeslina.

Encik Azman dan Puan Khatijah menggunakan pelbagai cara untuk memujuk Jeslina pulang ke Tanah Air. Tetapi malang sekali, Jeslina tetap berkeras mahu menetap dan berkerja di Gloslow. Mereka juga berusaha untuk memberi kasih sayang kepada Jeslina kerana merasakan Jeslina cukup dingin melayan kehadiran mereka dalam hidup Jeslina.

Encik Azman juga sempat berpesan kepada Dato Mohid, rakan rapatnya, untuk berusaha membawa Jeslina kembali ke Malaysia jika beliau meninggal. Dato Mohid merupakan rakan sekolah Azman dan mereka berdua amat rapat sekali semenjak dari bangku sekolah lagi. Dato Mohid mempunyai isteri, Datin Rosnah, yang lumpuh disebabkan oleh kemalangan dan seorang anak lelaki yang bernama Razman.

Setelah Encik Azman meninggal dunia, Dato Mohid berusaha mencari jalan untuk membawa Jeslina kembali untuk tinggal di Malaysia. Jeslina hanya pulang sekejap sahaja di Malaysia semasa ayahnya, meninggal dunia.

Razman tertarik dengan Jeslina. Razman telah berusaha untuk memikat Jeslina. Walaupun hati Jeslina tawar untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Tetapi Razman tetap berusaha. Jeslina tetap cuba untuk mengelak dari berkahwin dengan Razman kerana takut dengan peristiwa silam beliau. Jeslina juga sanggup untuk lari ke Glasgow kembali dan meminta Dr Budi Utomo untuk mengahwininya, tetapi Dr Budi Utomo tidak sanggup kerana beliau takut dengan jarak umur antara mereka yang terlampau jauh. Keputusan Dr Budi Utomo ini mengakibatkan Jeslina terpaksa menerima pinangan Razman.

Walaupun telah berkahwin, Jeslina tetap dingin terhadap Razman kerana beliau masih lagi phobia dengan peristiwa silam yang berlaku ke atasnya 20 tahun dahulu. Keadaan ini mengakibatkan Razman tertekan. Akhirnya tanpa usul periksa Razman telah menceraikan Jeslina kerana menganggap beliau curang dan mempunyai kekasih lama. Jeslina membawa diri kembali ke Glasgow. Jeslina tidak pernah mahu berterus terang tentang dirinya kepada Razman dan pada semua orang.

Dr Budi Utomo telah memberi dorongan dan semangat kepada Jeslina dan akhirnya Jeslina kembali ke Malaysia dan bersedia untuk menceritakan sejarah hitam beliau kepada keluarganya dan keluarga bekas suaminya. Ini adalah untuk mengelakkan segala prasangka buruk mereka terhadapnya.

Akhirnya Haji Taib dihadapkan ke mahkhamah dan dihukum penjara. Haji Taib juga selalu mendera isterinya dan tidak pernah memberi nafkah makan pakai untuk isterinya. Jeslina pula berkahwin dengan Dr Budi Utomo dan mempunyai anak dan kembali bermaustautin di Malaysia.

Jeslina seorang perempuan yang cukup tabah dalam mengharungi hidup. Hidupnya yang penuh dengan noda hitam. Kuat menyimpan rahsia peribadinya sendiri. Bertekad tidak mahu berdepan dengan orang yang merosakkan hidupnya. Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dalam hidup melalui pembacaan jalan cerita tidak aku bersuara ini.

No comments:

Post a Comment