Pages

Monday, March 28, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (14) Bini Aku Tomboy Ke?

Bini Aku Tomboy ke?
Penulis: Arisa Eriza
Terbitan: Kaki Novel
cetakan 2010


"kepekaan saya"
Bini Aku Tomboy ke? Mengisahkan kehidupan seorang gadis yang berpewatakan seperti seorang lelaki. Mencari fitrah kehidupan semulajadi dalam dirinya. Sofi Zarill Binti Muhammad atau lebih gemar membahasakan dirinya sebagai Zack. Suka kepada penampilan diri seperti lelaki macho yang comel, berambut pendek, bertopi dan selesa dengan t-shirt berserta jeans.

Zack berpewatakan seperti tomboy kerana semenjak kecil, di asuh oleh papa dengan cara didikan seorang anak lelaki. Semasa Zack di dalam kandungan mamanya iaitu Datin Mas atau lebih dikenali sebagai Datin Gold, mama dan papa nya menginginkan seorang anak lelaki

Kehadiran Abang Din dalam hidup Zack telah meperlihatkan naluri seorang perempuan di dalam diri Zack. Pertemuan Zack dengan Abang Din bermula apabila Zack ke Kuala Lumpur seorang diri dan barang-barang peribadinya di rompak semasa ingin menunai solat di surau. Sungguh malang nasib Zack pada hari ketibaannya di Kuala Lumpur, barang-barang semua hilang, di halau oleh makcik-makcik yang berada di surau kerana menyangka Zack seorang lelaki. Terpaksalah Zack merayau-rayau untuk meminta pertolongan. Akhirnya tertidur di kaki lima bangunan dan ada insan yang bersimpati dengan Zack, meletak RM2 di dalam topi Zack. Dengan berbekalkan RM2, Zack ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perut. Di restoran tersebutlah, pertemuan Zack dengan Abang Din berlaku.

Abang Din adalah pelayan di kedai makan yang sudi membantunya. Menumpang sementara di rumah Abang Din menyebabkan naluri kewanitaan semakin menebal di dalam diri Zack. Sebelum ini, naluri dan perasaan pada lelaki tidak pernah Zack pedulikan. Bersama Abang Din, bagaikan wujud berjuta-juta voltan arus elektrik didalam urat sarafnya. Abang Din juga mempunyai perasaan yang sama, tetapi, Abang Din musykil pada diri sendiri, kenapa perlu mempunyai perasaan aneh pada lelaki? Sememangnya, Abang Din tidak mengetahui bahawa Zack adalah seorang perempuan.

Akhirnya, Zack berjaya pulang ke rumah keluarga nya. Muncul pula, watak Arin, pembantu baru di rumah keluarganya. Arin juga menyangka Zack seorang lelaki tulen. Arin mula jatuh hati dan menyimpan perasaan cinta pada Zack. Kebaikan dan sikap mengambil berat yang ditunjukan oleh Zack yang menyebabkan Arin cepat melayan perasaan cintanya. Identiti sebenar Zack di ketahui oleh Arin kerana Arin bijak meyelidik sebelum 100 peratus hatinya jatuh terjunam menyulam perasaan seorang diri.

Datin Mas, bimbang dengan perwatakan Zack yang tidak menunjukkan mahu berubah ke arah seorang perempuan sejati, memberi kepercayaan untuk Zack menguruskan sebuah butik sendiri. Dalam sibuk menguruskan butik, perasaan rindu Zack kepada Abang Din semakin menebal. Zack semakin keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho.

Datin Mas juga bertekad untuk menjodohkan Zack dengan Azim. Azim adalah rakan sepermainan Zack semasa kecil. Tetapi, Zack sememangnya tidak begitu menyukai perangai Azim yang suka berfoya-foya dan seorang yang kasanova mempunyai teman-teman wanita yang ramai.

Zack berjaya memiliki sekeping hati milik Abang Din. Walaupun keluarga Zack jauh lebih berkedudukan dan mewah, mereka tidak menghalang Zack untuk bersatu dengan Abang Din yang hanya orang kebanyakkan. Tetapi, jodoh Zack dengan Abang Din hanya separuh jalan kerana Abang Din menemui ajal semasa berlakunya kemalangan. Zack koma dalam jangka masa yang agak lama. Zack seperti tidak dapat menerima pemergian Abang Din dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini pada Zack, Datin Mas dan Dato’ Muhammad menjodohkan Zack dengan Azim.

Seseorang yang perwatakan tomboy tidak semestinya mempunyai hati naluri dan perasaan seperti lelaki. Mereka juga dapat membahagiakan hati semua orang termasuk suaminya sendiri. Itulah yang cuba disampaikan oleh penulis muda ini Arisa Eriza. Orang berkedudukan juga tidak pernah memandang hina pada pelayan kedai makan, tidak membezakan taraf kehidupan untuk mengikat tali silaturrahim.

Friday, March 25, 2011

Jumaat yang Indah

dah lama NH tak merapu kat encik blog ni. NH asyik duk wat entri pasal review novel je kan. NH tengah bersemangat dengan aktiviti JOm lumba ngan geng3 ulat buku. tu yang duk bz bace novel n wat review je.. panjang lak NH wat intro..hehe..

memang la kan. jumaat hari yang paling indah..sbb nya, Nh dapat rehat lama-lama. dapat g menenangkan minda di mana2 tempat jualan.. hari ni, NH sempat ke alamanda seorang diri. sememang niat di hati, ke alamanda nak terjah MPH. tp, MPH kat alamanda tgh renovote, so, tak byk novel yang ada. NH duk cari novel Mimie Afinie. tapi xde, akhirnya, NH ngap 2 bende hari ni. 1 novel, 1 majalah.



- majalah pengantin yang NH sempat ngap..hehe.. mood tengah mencari ideal untuk majlis kawin..ngeh3..gatalakan NH ni, kahwin je lambat lg, duk sebok nak pilih warna tema n gaya gubahan barang hantaran. xpe la..nak menyedapkan hati. buat2, bajet tuk majlis dah cukup kan. padahal, poket massih kosong..huhuhu


- akhir nya novel emma maizura yang NH rembat.. layan je la kan Yang mana satu?

Thursday, March 24, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (13) Gelak Tergolek

Gelak Tegolek
Penulis: Wann Azlan
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 2010

"kepekaan saya"
Novel Gelak tergolek (GT) ini mengisahkan kehidupan Rahman dari bujang hingga menjadi seorang bapa. Rahman berjumpa, jatuh cinta dan berkahwin dengan Maimun. Rahman adalah seorang lelaki yang agak sengal. Pelbagai kisah lucu berlaku semasa percintaan antara Rahman dan Maimun. Pertemuan pertama, berlakunya insiden Maimun terkena najis cicak.

Sebelum Rahman berjaya berkahwin dengan Maimun, Rahman terpaksa menempuhi pelbagai karenah dari bakal bapa mertuanya iaitu Pak Brahim. Rahman juga terpaksa melayan karenah bakal mak mertuanya iaitu Mak Hendon. Semasa majlis pertunangan, kecoh satu rumah dengan adegan kejar mengejar dengan angsa dan Mak Hendon yang tersalah menyarung cincin tunang milik Maimun.

Apabila berkahwin, Rahman terlalu melebihkan Maimun berbanding ibunya. Sebenarnya, ibu Rahman tidak begitu menyukai Maimun. Rahman sentiasa mendahulukan isterinya berbanding ibunya dalam semua hal, perkara itu menyebabkan ibunya sentiasa terasa hati. Rahman juga seorang yang kurang pengetahuan agama kerana tidak begitu tahu tentang rakaat-rakaat solat apabila, Pak Brahim menyuruhnya menjadi iman.Rahman juga seorang yang suka bercerita hal rumahtangganya kepada kawan baiknya iaitu Fauzi. Bodoh sombong pun salah satu sikap Rahman.

Memang banyak kisah lucu yang berlaku apabila Rahman tinggal bersama keluarga Maimun. Pelbagai cara Rahman gunakan untuk melayan karenah Pak Brahim dan adik iparnya yang cilik, Imi yang begitu pintar dan bijak berkata-kata.

Kisah komedi ringan ini pasti akan menarik minat pada siapa-siapa yang mengemari novel komedi.

NH: Cabaran 50 Buku : (12) Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010


"kepekaan Saya"
Mengisahkan Sabrina yang telah dikhianati kawan baik yang barnama MAria. Kawan baiknya yang membuat rancangan supaya Sabrina ditangkap khalwat dengan seseorang yang di upah tetapi Sabrina tersalah masuk bilik yang di arah oleh kawan baiknya dan Sabrina di tangkap khalwat dengan Badrul. Sabrina dan Badrul terpaksa berkahwin untuk menjaga maruah keluarga Badrul yang sangat berpengaruh dalam perniagaan. Bermulalah konflik apabila Badrul membenci Sabrina kerana menganggap Sabrina sengaja membuat rancangan untuk berkahwin supaya boleh mendapat harta.

Sabrina kehilangan segalanya setelah peristiwa tangkap khalwat berlaku pada dirinya. Dua orang penting dalam hidupnya, hilang begitu sahaja setelah apa yang terjadi pada dirinya. Sahabat baik dan kekasih merangkap bakal tunangan yang amat dicintai. Kerjaya yang telah dicipta bertahun lama dengan hasil usaha gigihnya juga hilang bagai ditiup angin. Sabrina sangat mengharapkan kehadiran sahabat baik dan kekasih hati nya datang untuk menjernihkan keadaan dan menyelamatkannya dari terus di kurung di rumah agam milik keluarga Badrul. Namun, semuanya hampa, mereka semua tidak mahu mempercayai Sabrina lagi. Semua kata-kata Sabrina di pandang sepi oleh Maria. Akhirnya, Sabrina pasrah dikurung sepanjang masa di rumah Agam bertemankan airmata yang tidak pernah kering.

Kemarahan Badrul, kebencian ibu Badrul, iaitu Datin Hamidah telah menjadi sahabat sepanjang hari-hari Sabrina di rumah Agam. Sabrina selalu dimaki, dicaci, dicemuh oleh Badrul. Badrul nekad untuk menduakan Sabrina dengan menikahi kekasih hatinya, Dayana. Badrul mahu terus menyakiti Sabrina dan tidak mahu melepaskan Sabrina dengan cara baik kerana Badrul menganggap, Sabrina yang merancang memasang perangkap semasa kejadian mereka ditangkap khalwat.

Sabrina memiliki sekeping hati yang lembut dan tabah. Dengan memiliki sikap semulajadi itu, Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yang keras iaitu hati Datin Hamidah dan Dato’ Hamidi. Sikap Sabrina yang mudah untuk bertolak ansur itu dapat meletakkan dirinya dalam keadaan yang agak selesa apabila berada di rumah agam itu walaupun terkurung. Lama kelamaan, hati ibu bapa Badrul lembut dan tidak susah untuk menerima Sabrina sebagai menantu kesayangan walaupun mereka masih belum mengetahui punca sebenar Sabrina boleh ditangkap khalwat bersama Badrul.

Namun, benci-benci Badrul pada Sabrina, akhirnya timbul sayang. Dayana kalah teruk pada Sabrina dalam menakluki cinta Badrul.

Wednesday, March 23, 2011

pada suatu hari

jeng-jeng-jeng.. hehe.. saje je kan letak tajuk entri macam tu, sebenarnya, nak menyebarkan gambar di hari kejadian.. layan la ek gambar-gambar kat bawah ni. thanks pada adik NH sbb jadi jurugamba di waktu hari kejadian...

- hantaran dari NH untuk incik tunangan. purple theme ok.. santik kan, kakak sulong NH yang gubahkan, thanks sangat2 untuk "chekmek" tersayang, 'jasamu di kenang'...:]


- kek pertunangan dari NH untuk incik tunangan, bukan dari secret resipe ye, hehe, kat kampung NH takde kedai secret recipe ade kedai Sri Lintang Bakery je...:p



- ni pula kek dari incik tunangan untuk NH. biru u.. look nice kan. ada 3 kuntum mawar merah lg.. macam sayang lak nak mamam bunga tu. tapi, awal2 lagi dah di ngap oleh anak sedara NH.

- hantaran dari NH dan incik tunangan.. gabungan biru dan purple, agak menarik kan, hehe, semua menarik di mata NH sebab NH yang punya kan..;]


- rombongan dari pihak incik tunangan.



- tengah kusyuk berbincang pasal NH ngan incik tunangan. wahhh..incik tunangan tengah berdebar-debar ke tu?



- saat cincin di sarungkan ke jari manis NH dan selamat sudah NH jadi tunangan encik ayie.


- wahhhhh.... taraaaaa....NH bersama incik tunangan @ encik ayie. time ni, majlis dah selesai. rombongan incik tunangan sudah mau pulang... thanksss incik tunangan...;]
(mood, senyum sampai telinga)




Friday, March 18, 2011

glamour nya dia

apa yang anda semua nampak bila tengok gamba kat atas... tu gambar yang di ambik kat encik google, gamba sedutan filem yang tengah meletop kat pawagam sekarang ni. sebenarnya NH tertarik sangat3 ngan gambar kat atas tu, sebabnya, kawan NH zaman kanak-kanak dulu yang belakang sebelah kanan umi nazeerah tu.. hehe.. terlebih excited lak NH ni. memang dari awal lagi NH tau, pengambaran filem ni di buat sebelah ngan kampung NH, kat area pantai Bukit Keluang. so, memang ramai kawan-kawan n jiran3 NH yang jadi pelakon tambahan. thanks wat KRU sebab bagi rezki lebih kat orang-orang kampung NH.

NH teringin nak tgk filem ni, dah ajak encik tunang, tp, encik tunang ni, susah tul nak join tgk wayang.. hope, malam ni, encik tunang setuju temankan NH tgk wayang, teringin sgt nak tgk kampung NH kat layar perak dan nak tgk kehebatan KRU membuat filem Hikayat Merong Mahawangsa ni.

NH : Cabaran 50 Buku : (11) aA + bB

aA + bB
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan Jan 2008


"kepekaan saya"
aA + bB adalah kisah cinta selepas berkahwin. Perkahwinan antara seorang doktor dan jurutera. Watak utamanya adalah Addin seorang doktor lulusan luar negara manakala heronya adalah Benz seorang jurutera juga lulusan luar negara. Diperkuatkan lagi dengan watak kembar Addin iaitu Kucai, sangat unik, kembar tidak seiras, lelaki dan perempuan. Kucai adalah sahabat baik Benz.

Addin dan Benz pernah bersekolah yang sama tapi sentiasa belakunya perselisihan faham dan menyimpan dendam di dalam diri masing-masing sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Secara tidak sengaja, Addin dan Benz terserempak di luar negara tetapi Addin tidak sedikit pun dapat mengenali Benz. Mereka menjadi sahabat di alam maya, tetapi, Benz menyamar sebagai Aie. Sememangnya Benz lebih dulu tahu yang Addin adalah musuhnya di zaman sekolah dulu.

Apabila masing- masing telah tamat pelajaran dan pulang ke tanahair, mereka di paksa kahwin oleh keluarga kerana keluarga mereka adalah kenalan rapat. Dalam hal perkahwinan yang di atur oleh keluarga, sememang Addin tidak bersetuju dan memberontak kerana dendam yang masih tersimpan kemas dalam hati pada Benz. Addin juga tidak mahu tertewas dengan perasaan sendiri dan rasa hati. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas, hidup sebumbung tetapi membawa haluan masing-masing, mereka hidup tidak ubah seperti rakan serumah sahaja. Addin tetap menjaga semua tingkah laku dan aurat nya apabila keluar dari bilik, risau di lihat oleh Benz. Addin juga berkongsi membayar sewa rumah, bil air, bil api dan tidak berkongsi bilik yang sama.

Dendam Addin pada Benz makin bertambah dengan perkahwinan ini. Bagaimana untuk Addin menerima seorang musuh sebagai seorang suami. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu yang selalu merendah-rendahkan maruahnya suatu masa dahulu, tapi Benz mendakwa itu utk kebaikan dirinya supaya tidak dikacau oleh lelaki-lelaki lain. Berbagai cara yang Addin lakukan untuk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dan semakin mesra. Tanpa sedar perkahwinan yang tidak pernah dirancang itu menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia untuk menerima segala yang baru dalam kehidupan mereka.

Semestinya gaya penulisan Hlovate santai dan bersahaja, tetap sama dengan novel-novelnya yang pernah saya baca sebelum ini. Jalan cerita yang sangat banyak pengajaran yang berguna untuk semua. Cukup menghiburkan dengan watak Addin dan Benz yang sama-sama mempunyai tahap kekerasan kepala yang sama. Sama-sama mempunyai ego yang tinggi. Mereka berdua sangat susah untuk meluahkan perasaan suka pada pasangan masing-masing.

NH: Cabaran 50 Buku : (10) 5 Tahun 5 Bulan

5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan 2006


"kepekaan saya"

5 Tahun 5 Bulan mengisahkan kehidupan seorang pelajar perubatan di luar negara yang terlalu merendah diri, Johanna namanya. Mempunyai dua karektor, Jo dan Ana. Jo yang mempunyai perwatakan lebih kasar, tidak suka bercinta, manakala perwatakan Ana lebih lembut dan bersopan santun, dan bersifat lebih kepada seorang yang pandai menguruskan rumahtangga. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran telah mengambil hati seluruh isi keluarga Encik Lutfy. Walau dalam keadaan tertekan dan terlalu banyak cabaran yang terpaksa di lalui semasa berada di rumah Encik Lutfy dengan pelbagai karenah anak-anak Encik Lutfy, Ana masih tetap tenang dan mampu tersenyum lebar. Orang yang selalu memberi pelbagai tekanan semasa Ana bekerja sebagai orang gaji, adalah anak sulung Encik Lutfy yang dikenali sebagai Along.

Selama tiga bulan Ana bekerja sebagai orang gaji Encik Lutfy, memberi kesan yang mendalam pada keempat-empat anak En Lutfy. Along terutamanya selalu sahaja memberi ujian dan dugaan pada Ana, macam-macam karenah dan perangai Along yang pelik-pelik telah Ana hadapi. Tapi bila Ana pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara, keadaan rumah Encik Lutfy menjadi sunyi sepi seperti baru sahaja di landa garuda.

Sebenarnya, Along membuat pelbagai kerenah terhadap Ana kerana ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ingin memahami hati dan perasaan Ana. Sememangnya Along menyimpan hasrat untuk memiliki sekeping hati milik Johanna. Kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing2 dengan prasangka dan ego tersendiri. Perangai Along yang suka menyakat Ana membuatkan Ana rasa lemas dan rimas. Ketiadaan Ana di rumah Encik Lutfy, mengakar erti rindu kepada anak-anak Encik Lutfy terutamanya Along kerana Along mempunyai perasaan yang masih terpendam yang belum diluahkan kepada Ana. Kehadiran Jebat sebagai kawan sekuliah Ana dalam hidup Ana memberi cabaran besar untuk Along. Apa-apa pun, setelah 5 tahun 5 bulan berada di tempat orang, ibu bapa Johanna tersenyum gembira kerana Ana membawa pulang 3 sijil ke Tanah Air, sijil Ijazah perubatan, sijil nikah dan sijil kelahiran bayinya.

Penulis menulis dengan gaya yang santai yang penuh dengan imej tersendiri. Itulah Hlovate, terlalu santai dengan bahasa yang cukup ringkas yang pastinya mencuit hati setiap pembaca. Terdapat pelbagai resepi masakan di dalam 5 tahun 5 bulan ini. Kisah kehidupan remaja yang baru untuk meningkat ke alam dewasa. Kisah tauladan yang perlu di contohi oleh mana-mana remaja yang sedang asyik di lamun cinta. Banyak contoh-contoh yang baik di sampaikan oleh penulis melalui watak Johanna.

Tuesday, March 15, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (9) Biarlah YM Berbicara

Biarlah YM Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009


"kepekaan saya"
Biarlah Ym Berbicara (BYB) mengisahkan kisah Cinta Diya atau nama sebenarnya Nurul Adiya Fatiha bersama 3 hero iaitu encik Firdaus selaku majikannya, Abang Kamal iaitu abang sepupunya dan Charming, teman sembangnya di YM. Jalan cerita yang agak santai dan menarik. Gaya bahasa dan olahan yang membuatkan saya cukup tertarik.

Diya mempunyai perwatakan yang sangat ringkas, sedikit kelam kabut, lasak dan suka termenung. Kebanyakan masa di pejabat, di habiskan dengan termenung dan bersembang di YM bersama Charmingnya. Mempunyai kawan baik yang bernama Sherry. Walaupun dengan tabiat yang suka termenung itu, membuatkan majikannya sendiri tertarik dengan Diya sekaligus menyimpan perasaan cinta kepada Diya. Encik Firdaus memang bersungguh-sungguh untuk memikat hati Diya sehingga terpaksa menyamar sebagai Charming dan mendekati Diya melalui Ym. Misteri kebencian yang teramat sangat Diya kepada abang Kamal terjawab apabila kisah pahit di masa lalu Diya di ungkap satu persatu. Nasib menyebelahi Diya kerana dapat mempertahankan kesucian yang hampir-hampir di ragut oleh abang Kamal.

Banyak peristiwa lucu sepanjang ranjau percintaan Firdaus dan Diya. Cuma yang membuatkan saya cukup geram sangat dengan perangai keras hati dan degil Diya ini. Diya suka membuat keputusan terburu-buru. Walau bagaimanapun, sikap dan perangai Diya menggelikan hati terutama semasa dia memanjat pokok. Juga watak ATUK. Atuk adalah kucing kesayangan Diya. Sesuatu yang baik melalui watak Diya ialah, dia seorang yang cukup berhati-hati . Diya juga seorang yang amat tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak akan mempermainkan hati lelaki-lelaki yang meminatinya. Jika dia tidak menyukai, dia akan terus menolak dengan baik.

Persahabatan antara Diya dan Sherry sangat baik. Tulus ikhlas tali persahabatan yang tidak dicemari rasa cemburu , iri dan khianat. Begitu juga kasih seorang abang sepupu seperti Kamal, biarpun tercemar dengan gelojohnya semasa remaja namun sikapnya yang profesional terhadap Diya amat mengharukan. Betapa sayangnya Kamal kepada adik sepupunya ini sehingga sanggup mengundur diri demi kebahagiaan Diya.

Kecanggihan dan kemajuan ICT menjadikan YM sebagai era baru untuk bercinta, jika sudah jodoh tidak akan ke mana mana.

Hanni Ramsul muncul dengan cerita cinta yang santai, sesuai untuk pembaca yang mahu menghilang tekanan kerja seperti saya.

NH : Cabaran 50 Buku : (8) Cinta Datang Lagi

Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Alaf 21
Cetakan Pertama 2009



"kepekaan Saya"
Cinta Datang Lagi (CDL) adalah hasil nukilan Bikash Nur Idris. Watak hero adalah Fariz yang pernah diwujudkan dalam novel Ria Qistina (RQ). CDL mengisahkan kisah cinta 4 penjuru diantara Fariz, Raisya, Shereen dan Jaspal. Pada awalnya, Fariz mempunyai buah hati yang bernama Shereen, manakala Raisya adalah kekasih hati Jaspal. Tetapi, mereka semua terpaksa berpisah kerana Shereen dan Jaspal dipaksa berkahwin oleh keluarga mereka.

Fariz dan Raisya bertemu di majlis perkahwinan Shereen dan Jaspal. Mereka berdua iaitu Fariz dan Raisya telah menyimpan duka kerana pasangan masing-masing telah menjadi hak milik orang lain. Tanpa pengetahuan Fariz dan Raisya, sebenarnya Shereen dan Jaspal terpaksa berpakat menerima kehendak dan bercaturan yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing. Sebenarnya, Jaspal dan Shereen mahu berkahwin sementara sahaja dan berazam untuk kembali kepada kekasih masing-masing.

Fariz mempunyai niat terselindung disebalik kebaikan yang di tonjolkan di hadapan Raisya. Fariz cuba untuk menjalinkan hubungan yang mesra bersama Raisya kerana mahu membuat rancangan supaya Raisya kembali kepada Jaspal dan dia boleh kembali merebut Shereen ke pangkuannya. Namun, rancangan Fariz ini menjadi kucar-kacir dan haru-biru setelah adik Fariz iaitu Neesa yang nakal dan Dona sahabat baik Raisya kerana mereka mahu menyatukan Raisya dan Fariz. Raisya akhirnya menyedari bahawa dirinya mempunyai rasa cinta pada Fariz. Fariz pula, disedarkan oleh Shereen bahawa dia juga mempunyai rasa cinta terhadap Raisya.

Maka bermulalah adegan seterusnya menuju ke ambang perkahwinan sehingga mengecohkan kedua-dua keluarga tersebut. Keluarga cina mualaf dengan keluarga india mualaf. Shereen dan Jaspal pula menghadapi konflik yang agak banyak. Kisah Shereen dan Jaspal amat menarik ,ada konflik, ada misteri , dan pada akhirnya dua hati yang sebenarnya sejak kecil telah dijodohkan bersatu dengan kebahagiaan. Paling syahdu bila keduanya dalam masa yang tidak diduga telah lama menyimpan hasrat untuk bertukar agama ke Agama Islam.

Terselit juga adegan-adegan lucu dalam CDL, antaranya apabila adik Raisya, Raahah menjerit kepada ammanya di dapur untuk melaporkan perkembangan Raisya yang asyik menangis sejak semalam kerana terasa hati dengan sikap Fariz. Sehinggakan ammanya naik angin dan marah dengan Raahah yang terlalu nakal ini, ibunya sudah berpesan, jangan cakap kuat-kuat, cukup sekadar bisik ke telinga dan bukan mencanang ke seluruh kampong seperti suara orang tertelan mikrofon.

Sebenarnya, halangan cinta Fariz dan Raisya tidak sehebat halangan cinta Jaspal dan Shereen. Sememangnya saya akui, CDL memang sebuah novel komedi romantik. Hilang terbang melayan segala keresahan dan kedukaan saya sepanjang menjelajah CDL ini. Heroin yang mempunyai kereta kelisa yang dipenuhi oleh patung-patung ladybird sehinggakan heronya segan untuk menumpang naik.

Monday, March 14, 2011

thanks cik mimi izwanie


thanks buat kawan NH yang sudi jadi peneman dikala jantung NH bagai nak tercabut dek penangan nerbes huuhu... juga thanks lagi sekali utk cik mimi kite ni sebab sudi jadi juru solek ekspress utk NH.. jasa mu di kenang wahai sabahat..;p

budak Nakal


budak yang agak nakal, rindu bangat sama ini budak. dah makin besar anak buah NH yang sorang ni. Satu-satunya cucu Ayah. dah 2 tahun 6 bulan. dah banyak bercakap. manja pun ade gak, ganas tu, tak yah cite la kan, ganas budak-budak kan. ni ler Nik Mohd Ayyub Darwisy..:]

12.mac.2011


setelah masuk tahun ke-4, NH sudah melangkah ke satu fasa yang baru.:]

doakan yang terbaik utk NH dan encik tunangan ye..



** Hujan yang agak lebat mengiringi ketibaan family encik tunangan, semoga segala yang dilakukan, dirahmatiNya.

Tuesday, March 8, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (7) Yang Sebenarnya

Yang Sebenarnya
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009



"kepekaan Saya"

Yang Sebenarnya (YS) mengisahkan Dhiya, Nazirah dan Abang Eddie. Dhiya dan Nazirah adik beradik, Nazirah, Kakak. Abang Eddie sepupu kepada Dhiya dan Nazirah. Abang Eddie menaruh hati dan perasaan pada Nazirah. Tetapu, Nazirah pula tidak mempunyai sedikit perasaan pun pada Abang Eddie kerana Nazirah sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu seorang Duda beranak dua yang bernama Encik Ghous. Selepas Nazirah mendirikan rumahtangga dengan Encik Ghous, Abang Eddie membawa diri ke Luar negara.

Dhiya – Bekerja di sebuah restoran yang berhampiran dengan kawasan perumahan tempat tinggalnya bersama keluarga. Dhiya bekerja di restoran tersebut kerana mahu menjaga mak dan ayahnya. Dhiya mempunyai ijazah, tapi tidak mahu bekerja di pejabat, lebih selesa bekerja di restoran. Berperangai yang agak pelik juga, selepas merasa agak bosan bekerja di restoran, Dhiya membeli sebuah van dari tauke restorannya untuk membuat satu perniagaan baru. Dhiya membuat perniagaan, van sekolah iaitu mengambil dan menghantar anak-anak jiran ke sekolah. Emak Dhiya memang tidak bersetuju dengan kerjaya baru Dhiya itu, selalu sangat Dhiya kena marah serta dibebel oleh emaknya.

Selepas 6 tahun, nazirah bercerai dengan suaminya, Encik Ghous. Muncul watak Ahmad, iaitu mekanik yang bekerja di bengkel yang Dhiya baiki van sekolah. Ahmad kematian isteri dan ada seorang anak kecil lelaki yang bernama Fauzan. Dengan baik hatinya. Dhiya telah menawarkan diri untuk menjaga fauzan, Tapi, yang kena menjaga Fauzan adalah nazirah kerana Dhiya sibuk dengan tugasan menghantar dan mengambil budak-budak sekolah dengan van sekolahnya itu.

Setiap malam, dhiya selalu ber Yahoo mesegger dengan abang Eddie. Sepupu yang rapat dari kecil. Semua pasal diri dan masalah dhiya ceritakan pada abang Edie. Elok-elok Dhiya bekerja memandu van sekolah, pak longnya (bapa abang Eddie) mengajak Dhiya bekerja dengannay. Terpaksa la Dhiya menyuruh bapanya mangambil tugasan memandu van sekolah.

Apabila Dhiya sudah bekerja dengan paklongnya, Abang Eddie pun balik dari luar negara dan berkerja satu pejabat dengan dhiya, Abang Edie mengambil tugas sebagai ketus Dhiya. Tapi, diorang jadi seperti anjing dan kucing, tidak rapat macam bersembang di alam maya. Abang Eddie suka marahkan Dhiya walaupun salahnya sikit je. Saya cukup menyampah dengan watak eddie kerana mengguna kuasa vetonya sebagai ketua untuk sesuka hati memarahi pekerja bawahan.

Akhirnya, Nazirah berkahwin dengan Ahmad. Eddie pula berkawin dengan Dhiya. Agak menarik jalan cerita YS. Banyak perkara yang sempoi. Perempuan muda yang mempunyai segulung ijazah menjadi pemandu van sekolah, sememangnya cukup kelakar dengan karenahnya bersama anak-anak sekolah.

Monday, March 7, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (6) Baju Pengantin Mak Andam

Baju Pengantin Mak Andam
Penulis : Areila Suhaimi
Penerbit : Kaki novel
Terbitan 2009


"kepekaan Saya"

Baju Pengantin Mak Andam (BPMA) menceritakan kisah Aleeya dan Zain yang terserempak di sebuah majlis perkahwinan.

Aleeya – bekerja sambilan di butik pengantin Kak Ana dan bekerja tetap di salah satu sektor kerajaan di Putrajaya. Mempunyai tingkah laku yang agak berlagak atau sombong, ada ketikanya agak kasar dalam berkomunikasi dengan orang sekeliling.


Satu hari, Kak Ana meminta jasa baik Aleeya untuk menggantikannya menjadi mak andam di majlis perkahwinan Harlina. Dalam keadaan kelam kabut menyiapkan pengantin perempuan, Aleeya ‘dipinjam’ pula oleh pengantin lelaki bagi membetulkan kain sampin yang dipakai oleh pengantin lelaki. Dalam masa yang sama, pengapit pengantin lelaki pula mengada-ngada dan menyuruh Aleeya memperbetulkan sampinnya juga. Dengan hati yang agak tidak ikhlas, Aleeya terpaksa melayan karenah pengantin lelaki dan pengapitnya. Zain, adalah pengapit pengantin lelaki, bermula dari memperbetulkan sampin, terus mereka berkenalan dan menjadi sahabat.

Zain terpikat dengan perwatakan bersahaja yang ada pada Aleeya. Kiranya Zain telah jatuh cinta pandang pertama pada Aleeya. Zain melayan Aleeya dengan begitu baik sekali. Tapi, Aleeya buat-buat tidak faham dengan maksud tersirat yang tersimpan di hati Zain. Sebenarnya, Aleeya juga menyimpan dan menaruh perasaan kasih pada Zain, disebabkan tahap keegoan yang tinggi dan merasa sedikit serik untuk terjebak dalam alam percintaan lagi. Mungkin Aleeya masih merasa terluka akibat dipermainkan oleh bekas kekasihnya, iaitu Cikgu Azizul. Usaha Zain untuk mengajak Aleeya berkongsi hati dipandang sepi oleh Aleeya. Malah Aleeya menganggap yang Zain hanya bergurau dengannya.

Zain tekad untuk memenangi hati Aleeya. Setelah Aleeya betul-betul jatuh hati dengan Zain, masalah baru datang melanda Aleeya iaitu dengan kehadiran kekasih lamanya Azizul. Walaupun hakikatnya Azizul telah selamat mendirikan rumahtangga bersama Lily di atas airmata kekecewaan Aleeya, kini Azizul datang kembali untuk menagih kasih Aleeya. Zain setia mendengar masalah yang dihadapi oleh Aleeya. Aleeya juga telah memdapat semangat yang baru untuk menguatkan diri. Aleeya juga tidak sanggup untuk mengecewakan hati Lily yang datang merayu padanya supaya melepaskan Azizul. Secara tidak sengaja hubungan Lily dan Aleeya pula menjadi rapat seperti adik dengan kakak. Pada Aleeya pula menjadi tempat Lily mencurahkan isi hati dan segala masalah rumahtangganya dengan Azizul.

Zain telah tersalah faham dengan pertemuan Aleeya dan Azizul di Restoran Nasmir bagi menyelesaikan masalah antara Azizul dan Lily. Zain menganggap Aleeya ingin menyambung kembali kasih yang sudah terputus bersama Azizul. Zain mengambil keputusan untuk menyepikan diri. Namun bila Aleeya dan adiknya bertandang ke Langkawi untuk menghabiskan cuti bersamanya, Zain sudah tidak dapat mengawal api cemburunya lagi. Pergaduhan antara Zain dan Aleeya pun meletus. Akhirnya, Zain mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Aleeya lagi, setelah dua tahun berlalu, barulah hati Zain sejuk dan tekad untuk mendekati Aleeya kembali.

Kesudahan jalan cerita yang sememang telah dapat saya agak dari awal. Zain dan Aleeya bahagia bersama.

NH : Cabaran 50 Buku : (5) Cinta 3 Suku

Cinta 3 Suku
Penulis : Herna Diana
Penerbit : Alaf 21
Terbitan 2010




"kepekaan Saya"

Cinta 3 suku (C3S) sebuah novel yang mengisahkan romantik kelakar. Jalan cerita yang agak santai dan comel bagi saya. Saya sangat suka dengan jalan cerita yang digarapkan oleh penulis Herna Diana. Rekabentuk kulit depan novel C3S memang cukup menarik dan membuatkan saya sangat teruja untuk memiliki. Memang santai, sempoi dan ringan untuk memahami segala jalan cerita C3S.

Watak utama, Iman dan Arie. Iman – Iman seorang gadis comel yang agak lasak dan ganas. Dikenali sebagai Minah sewel dan juga Iman brutal yang comel. Di besarkan oleh keluarga angkat. Datang ke kota besar untuk mencari rezeki dan menjejaki keluarga kandung. Iman bersikap kasar adalah untuk melindungi diri lantaran pengalaman masa silam yang sangat sedih dan memeritkan. Kehilangan abah angkat yang di anggap seperti abah kandung sendiri menjadikannya sebatang kara. Kebencian ibu tiri atau ibu angkat menambahkan lagi segala duka lara hidupnya. Iman ke kota besar untuk lari dari semua kesengsaraan. Ditemukan dengan Suhaila. Menumpang di rumah sewa Suhaila dan menumpang kasih seorang adik.

Arie – seorang yang agak berlagak dan sombong. Sentiasa terserempak dengan Iman dalam insiden yang tidak disengajakan. Disebabkan pertemuan yang tidak disengajakan itu, menyebabkan Arie dan Iman menjadi seperti musuh ketat. Arie juga dikenali sebagai Mamat 3 suku. Gelaran mamat 3 suku itu, di beri oleh Iman kerana terlalu sakit hati dengan segala tindakan Arie. Akhirnya, dalam bersengketa, berputik juga kasih yang mekar.

Mereka tidak seperti pasangan kekasih lain, mereka pasangan yang terlalu sempoi. Haluan mereka yang berbeza, seorang ke simpang kiri, seorang ke simpang kanan. Iman juga berjaya menemui keluarga kandung nya. Sahabat baik kepada Arie, iaitu doktor Razif, adalah abang kandung Iman. Di sebabkan pertemuan Iman dengan doktor Razif, maka, segala rahsia kehidupan Iman dari kecil terbongkar. Iman bertemu dengan doktor Razif kerana ke klinik doktor Razif semasa cedera di langgar oleh Arie semasa pertemuan pertama mereka.

Minah Sewel + Mamat Tiga Suku = romantik yang kelakar. Watak-watak yang diwujudkan dalam C3S amat sempoi dan bersahaja. Memang terhibur dengan jalan cerita C3S.

Friday, March 4, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (4) Sepupuku Suamiku

Sepupuku Suamiku
Lynn Allyna

penerbit : Kaki Novel
cetakan pertama 2010



"Kepekaan Saya"

Sepupuku Suamiku (SS) karya Lynn Allyna ini mengisahkan tentang percintaan, kekeluargaan dan diselitkan sedikit kisah dendam. Meneraju utama jalan ceritanya, adalah Nana dan Hisyam. Mereka berdua adalah sepupu. Mereka sememangnya rapat dari kecil lagi.
Sejak umur 12 tahun lagi, Nana menaruh hati dan perasaan pada abang sepupunya (Hisyam). Sekarang, umur Nana sudah 22 tahun, sudah melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kawan sekelas Nana ada yang menagih kasih dari Nana, Johan namanya. Nana cuma menganggap Johan sebagai seorang sahabat, tidak lebih dari itu.

Satu hari, Nana mendapat berita yang abang hisyamnya akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati. Hisyam mengikat tali pertunangan dengan Hani. Apa lagi, kecewa tahap maksimum la Nana kat tempat belajarnya. Nana kecewa sorang-sorang. Padahal sebelum ni pun, memang Nana sorang je yang menyimpan perasaan cinta kat Hisyam. Hisyam hanya menganggap Nana seperti adik sendiri.

Lagi 2 minggu Hisyam nak menamatkan zaman bujangnya, masa tu, Nana cuti semester, memang lepak kat rumah je. Tiba-tiba Hisyam muncul dengan ibunya, merangkap Mak Long Nana. Nana diberitahu oleh ibunya yang tunang Hisyam sudah melarikan diri dan memutuskan pertunangan. Demi menjaga maruah dan nama baik keluarga, Mak Long meminta Nana menggantikan tempat Hani dan Hisyam sudah pun bersetuju dengan cadangan memperisterikan Nana. Nana yang sememangnya menunggu pinangan dari Hisyam terus bersetuju dengan permintaan Mak Longnya itu. Akhirnya Nana dapat juga suami idamannya. Padahal, masa tu, Nana belum habis belajar lagi. Disebabkan terlalu teruja dapat peluang kawin dengan lelaki idaman, semuanya di fikirkan dapat dilalui dengan mudah. Padahal macam-macam perkara berlaku selepas Nana dan Hisyam berumahtangga.

Hisyam belajar untuk menyayangi Nana sebagai seorang isteri, bukannya sebagai seorang adik sepupu. Akhirnya, perasaan cinta dan sayang Hisyam berjaya hadir dan bersemi untuk Nana. Hisyam seorang yang bertanggungjawab. Walaupun Hisyam bertugas sebagai seorang doktor, tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Nana, tidak pernah di abaikan.

Dugaan dalam rumahtangga Hisyam dan Nana terjadi setelah Hisyam terserempak dengan Hani di lapangan terbang. Ketika itu, Nana telah mengandung bayi pertama. Sememang kebahagian yang dikecapi oleh Hisyam bersama Nana, dicemburui oleh Hani dan juga Johan. Rupanya, Johan masih menaruh hati dan perasaan pada Nana walaupun dia mengetahui yang Nana sudah berkahwin dan bakal menjadi seorang ibu. Manakala, Hani pula, ingin menagih kembali kasih yang telah dikhianatinya bersama Hisyam dulu.

Johan, jejaka yang sedikit mengalami masalah mental disebabkan ketika kecil, sentiasa melihat ibunya didera oleh bapanya. Hani sememang hidup dalam tekenan kerana asyik mengejar duit. Hani memutuskan pertunangan dengan Hisyam dulu kerana telah menemui seorang lelaki yang kaya raya. Tapi, akhirnya Hani ditinggalkan dan ditipu oleh lelaki itu.

Nana keguguran kerana terkejut dengan kemunculan Hani di rumahnya. Hani muncul di depan Nana kerana ingin berterus terang tentang perasaannya pada Hisyam dan ingin memiliki Hisyam walaupun berkongsi dengan Nana. Semangat Nana sudah hilang entah kemana, kerana Nana menyangka Hisyam juga ingin kembali semula kepada Hani. Tapi, sebenarnya, kasih sayang dan cinta Hisyam hanya untuk Nana seorang je.

Hani akhirnya berjaya memerangkap Hisyam supaya datang ke rumahnya dan ditangkap basah. Hisyam seorang yang sangat mudah percaya kepada sesiapa pun. Akhirnya, mak dan ayah Hisyam memaksa Hisyam untuk menikahi Hani kerana Hani sudah mengaku yang dia tengah mengandungkan anak Hisyam. Sangat licik Hani mengatur strategi, berpura-pura sakit supaya Hisyam datang ke rumahnya untuk di tangkap basah dan berpura-pura mengandung.
Hisyam memang tidak sanggup untuk melayan Hani sebagai isterinya, dia menikahi Hani kerana kesiankan bayi yang berada dalam kandungan Hani. Padahal, Hani tidak mengandung, Hani cuma berlakon sahaja.

Kesudahan jalan cerita yang seronok, Hisyam dan Nana kembali mengecap kebahgiaan.

NH : Cabaran 50 Buku : (3) Terbanglah Sayang

Terbanglah Sayang
Aina Emir

penerbit : Karnadya
cetakan pertama 2010


"Kepekaan Saya"

Terbanglah Sayang (TS) karya Aina Emir ini mengisahkan tentang persahabatan, kekeluarga dan percintaan. Watak utama, Lutfiya Zahra, Syafinaz dan Arash. Heroin pertama adalah Lutfiya Zahra atau lebih dikenali sebagai Fiya. Heroin kedua semesti Syafinaz atau dikenali juga sebagai Inaz. Heronya sudah pasti lah Arash.

Fiya dan Inaz adalah sahabat baik dari kecil. Bak kata orang di zaman millennium, “best friend forever (BFF)”. Kebetulan, Fiya dan Inaz adalah sepupu dan berjiran. Mereka berdua di besarkan bersama di kampong halaman mereka di Kuala Kemaman, Terengganu. Mereka berdua BFF tapi mempunyai sifat iri hati dan sentiasa berlumba-lumba dalam apa jua keadaan, masing-masing mahu berada di hadapan atau menjadi juara. Semestinya Fiya yang sentiasa jadi juara kerana dia seorang yang bijak di dalam pelajaran jika dibandingkan dengan Inaz. Fiya memiliki kerjaya yang cukup bagus, iaitu seorang doktor veterinar, manakala Inaz hanya kakitangan kerajaan biasa.

Fiya – bekerja di sebuah ladang di Serdang, menyewa seorang diri di kota besar Kuala Lumpur. Masih mempunyai ibubapa. Mempunyai 2 orang adik yang masih belajar, Dik Yan dan Dik Am. Mempunyai sahabat baik yang bernama Melissa, gadis Sarawak yang mahu memeluk agama Islam. Melissa juga merupakan doktor veterinary, kawan satu tempat kerja dengan Fiya. Juga mempunyai sahabat yang bernama Munawarah (Muna) yang berasal dari Johor, berhampiran Gunung Ledang. Munawarah juga merupakan sahabat kepada Inaz. Mereka bertiga, Fiya, Inaz dan Muna belajar di satu tempat yang sama.
Fiya sukakan alam sekitar, haiwan-haiwan, tidak sukakan bunyi yang bising dan muzik yang kuat.Tapi, saya memang cukup-cukup tidak suka dengan perangai Fiya, dia seorang yang perasan bagus, selalu nak jadi juara, bangga diri dengan kepandaian yang Tuhan anugerahkan. Fiya bercinta dengan Faris, tetapi bukan cinta sepenuh hati, sekadar ingin menunjukkan dia yang jadi juara dalam memikat lelaki. Dia ingin menunjuk-nunjuk pada Inaz yang dia mempunyai seorang teman lelaki sedangkan Inaz masih bersendirian. Dalam masa yang sama, Fiya menaruh hati pada Arash semasa mereka terserempak mendaki gunung ledang di kampong Muna.
Fiya sudah buat satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana memilih Faris sebagai suami. Tapi, di saat-saat akhir, perkahwinannya dengan Faris dibatalkan kerana dia sendiri sanggup menyamar jadi ‘orang lain’ di alam maya (facebook) dan mempengaruhi Inaz untuk membatalkan majlis perkahwinannya. Akhirnya Arash yang sememangnya menaruh hati pada Fiya sanggup menghantikan tempat Faris di saat akhir. Tetapi hidup mereka tidak seperti suami isteri yang lain kerana Fiya sentiasa ego dan sentiasa fikir dirinya yang terbaik, sentiasa betul dalam semua hal. Bila Fiya sudah menjadi isteri Arash, dia aturkan supaya Arash berbaik-baik dengan Inaz dan dia jauhkan diri dari Arash. Selepas Arash sudah berbaik-baik dengan Inaz, mulalah dia buat macam-macam untuk menarik perhatian Arash padanya, barulah dia sedar yang dia sayang sangat-sangat pada Arash. Macam-macam Fiya buat untuk pikat kembali hati Arash, sampaikan rasa diri macam gundik. Tapi, memang Fiya terhegeh-hegeh. Heroin yang agak menjengkelkan.

Arash – Hero yang sememangnya Hero. Kerjaya yang lain dari watak-watak dalam novel yang pernah saya baca sebelum ini. Juruterbang Jet Pejuang, memang hebatkan watak hero TS. Tapi sayang, Arash mempunyai masalah peribadi dan seorang yang teramatlah pemalu. Arash juga tidak pandai mengorat perempuan. Masalah peribadi yang dimaksudkan adalah, Arash seorang anak angkat kepada keluarga pegawai daerah yang tinggal di Seremban. Ayah angkatnya telah lama meninggal dunia. Hanya tinggal ibu angkatnya dan dua orang kakak. Semasa hari perkahwinan kakaknya, baru Arash tahu yang dia hanyalah seorang anak angkat disebabkan dia tidak boleh mewalikan pernikahan kakaknya itu.
Arash bertukar di lapangan terbang TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu. Mempunyai sahabat baik bernama Hakim dan Mejar Razlan. Kadang-kadang karektar Arash membuatkan saya rasa cukup menyampah kerana member harapan pada Inaz, sedangkan dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Inaz. Perasaannya hanya pada Fiya. Inaz pula memang sudah tangkap jiwang sama Arash. Sampaikan Inaz betul-betul merana dan sakit-sakit bila Arash kahwin dengan Fiya.
Yang paling seronok dengan watak Arash apabila, dia sentiasa rilek dan sabar dengan perangai isterinya, Fiya. Disebabkan watak Arash ni juga, penulis dapat membawa saya ke tempat-tempat menarik di Thailand dan sedikit di negara Rusia kerana Arash menjejaki ibu kandungnya yang berasal dari selatan Thailand manakala ayah kandungnya berasal dari negara Rusia.


Inaz- watak yang membuatkan saya cukup sakit hati dan menyampah. Permulaan pembacaan pun saya sudah rasa meluat dengan watak Inaz. Inaz sentiasa ‘berangin’ tidak tentu pasal. Perasaan hasad dengki pada Fiya memang membuak-buak. Suka merayu-rayu pada Arash supaya layan dia, ajak keluar ‘dating’ dan merayu supaya Arash sayang dia. Dalam-dalam busuk hati, ada juga perkara baik yang Inaz lakukan. Inaz sanggup berjumpa dengan Faris dan memaksa Faris membatalkan perkahwinan dengan Fiya sebab dia tidak mahu fiya dikecewakan oleh Faris yang telah mempunyai teman wanita. Teman wanita Faris bernama Maya.
Inaz juga mempunyai masalah keluarga, ditinggalkan oleh ayah. Hanya membesar bersama Umi dan seorang abang yang kurang upaya. Abangnya bernama Shahril. Ayah Inaz telah berkahwin lain. Disebabkan mempunyai abang yang kurang upaya, Inaz menjauhkan diri dari umi dan abangnya. Inaz jarang pulang ke kampong walaupun setiap minggu Fiya akan mengajaknya pulang. Setelah Inaz kecewa dengan Arash barulah Inaz kembali rapat dengan umi dan abangnya. Pendek kata, di pertengahan cerita, Inaz dan Fiya bertukar watak. Inaz menjadi semakin baik dan Fiya menjadi semakin kejam. Akhirnya, Inaz berkahwin dengan Mejar Razlan kawan baik Arash di tempat kerja.

Sememang saya cukup seronok dengan perjalanan cerita TS. Boleh membuatkan saya berubah-ubah emosi dalam satu masa. Banyak juga watak-watak lain yang diwujudkan dalam novel ini, antaranya, Hakim, Umi Inaz, Mak Fiya, Ayah Fiya, Syahril, Dik Yan, Dik Am, Kak Lina, Kapten Razlan, Kak Nifah, Abang Din, Wardah, Fendi, Faris, Maya dan lain-lain.

Thursday, March 3, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (2) Sweet Sour

Sweet Sour
Nasz
Penerbit : Jemari Seni
harga : RM21.00
Cetakan pertama 2010



" kepekaan saya"

Kisah percintaan Lia dan Zarul terpapar dalam novel Sweet Sour (SS). Lia dan Zarul telah lama menyulam kasih, tapi sayang seribu kali sayang, mereka di takdir terpisah disebabkan tahap kelembapan Zarul di dalam menangani masalah kehidupan masa silamnya.

Kehadiran Joe, iaitu abang kepada Zarul dalam hidup Lia membuatkan kehidupan Lia sedikit huru-hara. Joe atau lebih dikenali oleh Lia sebagai Joe Jambul. Lia yang asyik menyulam kasih bersama Zarul tetapi jodohnya kuat dengan Joe. Joe jatuh cinta pandang pertama pada bila Lia bila terpandang Lia yang selalu bertandang ke rumah keluarganya.

Banyak kejutan yang berlaku dalam perjalanan cerita. Mungkin penulis mahu pembaca merasa apa itu manis dan apa itu masam.

Kejutan pertama bermula apabila Zarul dengan tiba-tiba menghulurkan kad jemputan perkahwinanya dengan gadis pilihan keluarga kepada Lia. Lia begitu terkejut dan terlalu kecewa dengan keputusan yang Zarul lakukan untuk menikahi gadis lain bukan dirinya. Padahal, antara Lia dan Zarul tidak pernah berlakunya sengketa atau perselisihan faham. Sedangkan hubungan Lia dengan keluarga Zarul juga teramat rapat. Memang agak pelik dengan tindakan Zarul menikahi gadis lain. Cukup terkejut dengan tindakan Zarul.


Joe mula memainkan peranannya untuk mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya menikahi Lia. Alasan Lia? mungkin Lia hendak selalu dekat dan hampir dengan Zarul, tidak dapat kawin dengan Zarul, dapat tengok Zarul setiap masa pun dah kira bagus kan. Peranan Joe untuk memikat dan menakluki hati dan fizikal isterinya agak sukar. Bertahun-tahun menyulam kasih dan cinta, bukan mudah untuk Lia terus membuang Zarul dari ingatan dan hatinya. Tapi Joe seorang yang romantis dan Joe tidak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya Joe seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tidak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.

Joe memang mahu berubah dari perangai jahat menjadi baik, demi untuk Lia, demi rasa kasih, sayang dan cintanya pada Lia. Joe seorang yang sangat-sangat romantis. Zarul pulak mulanya kelihatan seperti seorang yangg kuat, tetapi apabila menerima tekanan dari Joe, Zarul kelihatan seorang yang sangat lemah. Agaknya tahap peratusan cinta Zarul pada Lia hanya sedikit sahaja.
Rupanya, antara Joe dan Zarul, ada krisis masa lampau yang membelenggu hidup mereka. Adik beradik yang tidak pernah sehaluan pada masa dulu. Bak kata pepatah, air di cincang tidak akan putus.

SS ni memang terasa la 'sweet'nya (manis) dan 'sour'nya (masam). Memang seronok sangat baca novel ni, sampai 3 kali saya sudah khatam SS. Tahniah pada penulis baru Nasz.

NH : Cabaran 50 Buku : (1) Spanar Rindu Skru

dah bulan Mac kan. cabaran ni start bulan Januari lagi, tapi, takpe la, saya baru sempat nak join Cabaran 50 novel setahun ni. ok start dengan novel Spanar Rindu Skru. novel ni saya baca bulan Januari lepas.


Spanar Rindu Skru
Emma Maizura

penerbit : Alaf 21
Cetakan pertama 2010





" kepekaan saya"

Spanar Rindu Skru (SRS) mengisahkan satu ikatan persahabatan dan kekeluargaan. 2 orang sahabat Azreen dan Amin. Bersahabat sejak kecil kerana Azreen dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal sekampung dengan Amin. Seperti isi dan kuku, seperti spanar dan skru. Azreen dan Amin, sama sama bekerja di bengkel kereta kepunyaan Datuk Azreen iaitu Haji Rahim. Azreen, anak kepada seorang yang berjaya yang tinggal di bandar. Amin pula seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih di rumah mak saudara dan juga rumah datuk Azreen. Dato'Yusoff, ayah kepada Azreen sangat membenci Amin, tidak tahu dimana silap Amin, selalu di hina dan dicaci oleh Dato' Yusoff kerana kemiskinannya. Disebabkan tahap kebencian ayah Azreen tak pernah padam, ayahnya bertindak untuk memisahkan pasangan sahabat ini.

Azreen dipaksa oleh ayahnya pulang dan tinggal bersama di Kuala Lumpur. Dato' Yusoff menentang kehendak Azreen yang mahu terus tinggal bersama Datuknya di kampung serta meneruskan minatnya kepada dunia kereta atau dunia mekanik. Dato’ Yussof mahu Azreen melanjutkan pelajarannya sekaligus merenggangkan lagi hubungan anaknya dengan Amin. Sememangnya Dato' Yusoff tidak bersetuju dengan cara kerja Azreen di kampung iaitu sebagai mekanik kereta.

Amin terasa hati dengan segala kata-kata cacian dan hinaan dari Dato' Yusoff terus membawa diri, lari dari kampung. Kehilangan Amin menyebabkan Azreen berputus asa dan kecewa. Disebabkan kehilangan Amin, barulah Azreen tersedar, bahawa, dalam hati nya wujud perasaan sayang dan cinta kepada Amin. Maknanya, sebelum ni, bukan sekadar sayang seorang sahabat, tetapi sayang sebagai seorang kekasih. Sayang dan Cinta Azreen tidak sempat untuk diluahkan kepada Amin sebelum Amin menghilangkan diri.

Kemunculan Razin yang cuba mencuri hatinya tidak diendahkan. Hanya kerana arahan ayahnya, Azreen membiarkan Razin menemaninya. Puas dibuka hati untuk Razin, apatah lagi Razin bakal menjadi tunangannya namun hati Azreen sudah pun mati untuk orang lain, hanya nama Amin yang terpahat di hati Azreen. Dalam masa yang sama Azreen berkenalan dengan Skru, teman alam maya. Azreen menggunakan nama Minah Spanar di alam maya. Entah mengapa Azreen terasa amat selesa dan senang berkawan dan berhubung dengan Skru di alam maya. Seumpama bertemu dengan seorang sahabat lama yang cukup memahami. Azreen selalu meluahkan setiap masalah kepada Skru, meluah rasa tidak puas hati, rasa gembira, rasa sedih, boleh di katakan semua yang berlaku pada dirinya akan di ceritakan pada Skru.

Akhirnya, Azreen dan Amin bertemu kembali selepas berbagai onak duri terpaksa di tempuhi. Mereka berdua berjaya menyatukan hati yang sudah lama terpisah di alam realiti. Mereka berjaya di ijabkabulkan, tetapi selepas di ijabkabulkan, ada lagi dugaan yang menduga mereka. Untuk mengetahui kesudahan novel ini, luangkan masa untuk menjadi Azreen untuk seketika..

Kesudahan jalan cerita yang lain dari yang lain. Azreen yang ceria berubah menjadi kurang ceria setelah kehilangan Amin dari hidupnya.

Mau Novel baru

pagi pagi lagi Nh dah rasa macam nak beracau racau maukan novel novel baru..
hehe.. mcm orang tengah kemaruk kan. mau novel baru mau novel baru.
mmm.. bulan februari, Nh tak sempat nak beli novel baru, uis.. terlalu tamakkan seorang yang bernama Nh ini, padahal, ade lagi 4 novel yang Nh beli bulan disember dan januari yang belum dibace, masih cantik tersusun d meja kecik dalam bilik Nh.

disebabkan tuntutan kije dan masalah3 yang melanda, Nh tak leh nak bagi tumpuan pada pembacaan novel. tu sebab la, 4 novel Nh masih cantik tersusun.. yang menyebab kan Nh meracau racau nak memiliki novel baru ni sebab dah selamat melawat blog blog penggemar novel, ulatbuku, duniaNovel dan yang paling best nya, Nh bercita cita nak join Cabaran 50 novel Setahun - 2011 yang d anjur kan oleh tuan nye blog Dunia Novel, tapi, itu semua hanya angan angan mat jenin. aik, apesal lak mat jenin kan, angan angan Nh la kan... tak sempat nak wat review pasal novel yang di baca n tak sempat la nak join Cabaran 50 novel setahun... ade gak sikit rase sedih... tp, nak buat macam mana kan, tanggungjawab kije tu penting, punca rezki kan.. xpe la, lain kali Nh leh join lg Cabaran 50 novel setahun ni.

masih lagi terasa mau novel baru.. huhuhu... wahai encik gaji, kalau la dikau masuk double or triple, boleh daku pegi melaburkan dikau di kedai kedai buku... huhu.. alangkah sedihnya, 3hb pun, dikau lum muncul2....sob sob..



- gambar dr en google, edit sendiri sikit2 -

Wednesday, March 2, 2011

Kenduri Kawin

waaahhhh.. macam nak kawin je kan tajuk entri Nh kali ni.
hehhee.. just nak update untuk diri Nh sendiri sebenarnya.
ada byk jemputan kenduri kawin untuk bulan ni.
kawan Nh yang rapat zaman zaman belajar dlu, ade 4 orang.
2 kawan sekolah menengah.
- shamihah hanim 12 mac, kampung raja besut.
- siti sabariah 12 mac, kampung anak ikan besut.

kawan sekolah rendah
- haslini ali 18 mac kalu tak silap kat kuala besut.

kawan unikl
- maria (kawan sekatil sekaki gaduh..hehehe) 18 mac kat segamat johor, tgh pk3 ni, sempat tak nak pergi..aduiiii..

kalau boleh, semua majlis kenduri kawin kawan2 Nh nak hadirkan diri, seronok sebenarnya tengok kawan2 nek pelamin n bertemu jodoh ni kan..

Nh doakan semoga semua kawan2 Nh berbahagia selalu hendaknya. untuk kawan2 blog jugak.

Ooohh diet

mmm...diet? Nh dah hilang tah kemana disiplin untuk berdiet. so, pagi3 lagi telah menerjah blog kak oliza untuk mendapatkan semangat yang baru..
mulai saat n ketika ini, Nh kena bekerja keras untuk ber'atkins' diet.. cewahhh.. semangat sentiasa berkobar kobar, tapi, hasil nya, tak berbaloi pun kan. sian NH, lemak Nh ni, lemak tegar kut, bak kata seorang teman.. tegar pun tegar la, janji, usaha kan.

sebenarnya, dah lama NH duk makan karbo, hari3 duk telah biskut n food proses, mcm mana tu Nh?? ape la nak jadi ngan Nh ni, disiplin diet memang teruk. ohhh kak oliza , datang la semangatmu padaku.. kikiki.. main seru seru plak kan, macam lagu misha omar lak kan.. ku seru..:]

setakat ni Nh berpuas hati la sebab, berat badan NH berjaya turun sebanyak 4kg, walaupun tak byk kan, tp, still mantain, tak naik3. ukuran lilit pinggan Nh pun dah berkurang, jeans Nh dah longgar. wa cakp lu.. bangga gak seposen ni.. kuikui..

balik kije kang, Nh nak g beli stok makanan protein la, telor, ayam n sayur hijau. xmo shopping ciskut hupseng lg..;p