Pages

Thursday, March 3, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (1) Spanar Rindu Skru

dah bulan Mac kan. cabaran ni start bulan Januari lagi, tapi, takpe la, saya baru sempat nak join Cabaran 50 novel setahun ni. ok start dengan novel Spanar Rindu Skru. novel ni saya baca bulan Januari lepas.


Spanar Rindu Skru
Emma Maizura

penerbit : Alaf 21
Cetakan pertama 2010





" kepekaan saya"

Spanar Rindu Skru (SRS) mengisahkan satu ikatan persahabatan dan kekeluargaan. 2 orang sahabat Azreen dan Amin. Bersahabat sejak kecil kerana Azreen dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal sekampung dengan Amin. Seperti isi dan kuku, seperti spanar dan skru. Azreen dan Amin, sama sama bekerja di bengkel kereta kepunyaan Datuk Azreen iaitu Haji Rahim. Azreen, anak kepada seorang yang berjaya yang tinggal di bandar. Amin pula seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih di rumah mak saudara dan juga rumah datuk Azreen. Dato'Yusoff, ayah kepada Azreen sangat membenci Amin, tidak tahu dimana silap Amin, selalu di hina dan dicaci oleh Dato' Yusoff kerana kemiskinannya. Disebabkan tahap kebencian ayah Azreen tak pernah padam, ayahnya bertindak untuk memisahkan pasangan sahabat ini.

Azreen dipaksa oleh ayahnya pulang dan tinggal bersama di Kuala Lumpur. Dato' Yusoff menentang kehendak Azreen yang mahu terus tinggal bersama Datuknya di kampung serta meneruskan minatnya kepada dunia kereta atau dunia mekanik. Dato’ Yussof mahu Azreen melanjutkan pelajarannya sekaligus merenggangkan lagi hubungan anaknya dengan Amin. Sememangnya Dato' Yusoff tidak bersetuju dengan cara kerja Azreen di kampung iaitu sebagai mekanik kereta.

Amin terasa hati dengan segala kata-kata cacian dan hinaan dari Dato' Yusoff terus membawa diri, lari dari kampung. Kehilangan Amin menyebabkan Azreen berputus asa dan kecewa. Disebabkan kehilangan Amin, barulah Azreen tersedar, bahawa, dalam hati nya wujud perasaan sayang dan cinta kepada Amin. Maknanya, sebelum ni, bukan sekadar sayang seorang sahabat, tetapi sayang sebagai seorang kekasih. Sayang dan Cinta Azreen tidak sempat untuk diluahkan kepada Amin sebelum Amin menghilangkan diri.

Kemunculan Razin yang cuba mencuri hatinya tidak diendahkan. Hanya kerana arahan ayahnya, Azreen membiarkan Razin menemaninya. Puas dibuka hati untuk Razin, apatah lagi Razin bakal menjadi tunangannya namun hati Azreen sudah pun mati untuk orang lain, hanya nama Amin yang terpahat di hati Azreen. Dalam masa yang sama Azreen berkenalan dengan Skru, teman alam maya. Azreen menggunakan nama Minah Spanar di alam maya. Entah mengapa Azreen terasa amat selesa dan senang berkawan dan berhubung dengan Skru di alam maya. Seumpama bertemu dengan seorang sahabat lama yang cukup memahami. Azreen selalu meluahkan setiap masalah kepada Skru, meluah rasa tidak puas hati, rasa gembira, rasa sedih, boleh di katakan semua yang berlaku pada dirinya akan di ceritakan pada Skru.

Akhirnya, Azreen dan Amin bertemu kembali selepas berbagai onak duri terpaksa di tempuhi. Mereka berdua berjaya menyatukan hati yang sudah lama terpisah di alam realiti. Mereka berjaya di ijabkabulkan, tetapi selepas di ijabkabulkan, ada lagi dugaan yang menduga mereka. Untuk mengetahui kesudahan novel ini, luangkan masa untuk menjadi Azreen untuk seketika..

Kesudahan jalan cerita yang lain dari yang lain. Azreen yang ceria berubah menjadi kurang ceria setelah kehilangan Amin dari hidupnya.

No comments:

Post a Comment