Gelak Tegolek
Penulis: Wann Azlan
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 2010
"kepekaan saya"
Novel Gelak tergolek (GT) ini mengisahkan kehidupan Rahman dari bujang hingga menjadi seorang bapa. Rahman berjumpa, jatuh cinta dan berkahwin dengan Maimun. Rahman adalah seorang lelaki yang agak sengal. Pelbagai kisah lucu berlaku semasa percintaan antara Rahman dan Maimun. Pertemuan pertama, berlakunya insiden Maimun terkena najis cicak.
Sebelum Rahman berjaya berkahwin dengan Maimun, Rahman terpaksa menempuhi pelbagai karenah dari bakal bapa mertuanya iaitu Pak Brahim. Rahman juga terpaksa melayan karenah bakal mak mertuanya iaitu Mak Hendon. Semasa majlis pertunangan, kecoh satu rumah dengan adegan kejar mengejar dengan angsa dan Mak Hendon yang tersalah menyarung cincin tunang milik Maimun.
Apabila berkahwin, Rahman terlalu melebihkan Maimun berbanding ibunya. Sebenarnya, ibu Rahman tidak begitu menyukai Maimun. Rahman sentiasa mendahulukan isterinya berbanding ibunya dalam semua hal, perkara itu menyebabkan ibunya sentiasa terasa hati. Rahman juga seorang yang kurang pengetahuan agama kerana tidak begitu tahu tentang rakaat-rakaat solat apabila, Pak Brahim menyuruhnya menjadi iman.Rahman juga seorang yang suka bercerita hal rumahtangganya kepada kawan baiknya iaitu Fauzi. Bodoh sombong pun salah satu sikap Rahman.
Memang banyak kisah lucu yang berlaku apabila Rahman tinggal bersama keluarga Maimun. Pelbagai cara Rahman gunakan untuk melayan karenah Pak Brahim dan adik iparnya yang cilik, Imi yang begitu pintar dan bijak berkata-kata.
Kisah komedi ringan ini pasti akan menarik minat pada siapa-siapa yang mengemari novel komedi.
No comments:
Post a Comment