Pages

Friday, March 4, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (4) Sepupuku Suamiku

Sepupuku Suamiku
Lynn Allyna

penerbit : Kaki Novel
cetakan pertama 2010



"Kepekaan Saya"

Sepupuku Suamiku (SS) karya Lynn Allyna ini mengisahkan tentang percintaan, kekeluargaan dan diselitkan sedikit kisah dendam. Meneraju utama jalan ceritanya, adalah Nana dan Hisyam. Mereka berdua adalah sepupu. Mereka sememangnya rapat dari kecil lagi.
Sejak umur 12 tahun lagi, Nana menaruh hati dan perasaan pada abang sepupunya (Hisyam). Sekarang, umur Nana sudah 22 tahun, sudah melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kawan sekelas Nana ada yang menagih kasih dari Nana, Johan namanya. Nana cuma menganggap Johan sebagai seorang sahabat, tidak lebih dari itu.

Satu hari, Nana mendapat berita yang abang hisyamnya akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati. Hisyam mengikat tali pertunangan dengan Hani. Apa lagi, kecewa tahap maksimum la Nana kat tempat belajarnya. Nana kecewa sorang-sorang. Padahal sebelum ni pun, memang Nana sorang je yang menyimpan perasaan cinta kat Hisyam. Hisyam hanya menganggap Nana seperti adik sendiri.

Lagi 2 minggu Hisyam nak menamatkan zaman bujangnya, masa tu, Nana cuti semester, memang lepak kat rumah je. Tiba-tiba Hisyam muncul dengan ibunya, merangkap Mak Long Nana. Nana diberitahu oleh ibunya yang tunang Hisyam sudah melarikan diri dan memutuskan pertunangan. Demi menjaga maruah dan nama baik keluarga, Mak Long meminta Nana menggantikan tempat Hani dan Hisyam sudah pun bersetuju dengan cadangan memperisterikan Nana. Nana yang sememangnya menunggu pinangan dari Hisyam terus bersetuju dengan permintaan Mak Longnya itu. Akhirnya Nana dapat juga suami idamannya. Padahal, masa tu, Nana belum habis belajar lagi. Disebabkan terlalu teruja dapat peluang kawin dengan lelaki idaman, semuanya di fikirkan dapat dilalui dengan mudah. Padahal macam-macam perkara berlaku selepas Nana dan Hisyam berumahtangga.

Hisyam belajar untuk menyayangi Nana sebagai seorang isteri, bukannya sebagai seorang adik sepupu. Akhirnya, perasaan cinta dan sayang Hisyam berjaya hadir dan bersemi untuk Nana. Hisyam seorang yang bertanggungjawab. Walaupun Hisyam bertugas sebagai seorang doktor, tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Nana, tidak pernah di abaikan.

Dugaan dalam rumahtangga Hisyam dan Nana terjadi setelah Hisyam terserempak dengan Hani di lapangan terbang. Ketika itu, Nana telah mengandung bayi pertama. Sememang kebahagian yang dikecapi oleh Hisyam bersama Nana, dicemburui oleh Hani dan juga Johan. Rupanya, Johan masih menaruh hati dan perasaan pada Nana walaupun dia mengetahui yang Nana sudah berkahwin dan bakal menjadi seorang ibu. Manakala, Hani pula, ingin menagih kembali kasih yang telah dikhianatinya bersama Hisyam dulu.

Johan, jejaka yang sedikit mengalami masalah mental disebabkan ketika kecil, sentiasa melihat ibunya didera oleh bapanya. Hani sememang hidup dalam tekenan kerana asyik mengejar duit. Hani memutuskan pertunangan dengan Hisyam dulu kerana telah menemui seorang lelaki yang kaya raya. Tapi, akhirnya Hani ditinggalkan dan ditipu oleh lelaki itu.

Nana keguguran kerana terkejut dengan kemunculan Hani di rumahnya. Hani muncul di depan Nana kerana ingin berterus terang tentang perasaannya pada Hisyam dan ingin memiliki Hisyam walaupun berkongsi dengan Nana. Semangat Nana sudah hilang entah kemana, kerana Nana menyangka Hisyam juga ingin kembali semula kepada Hani. Tapi, sebenarnya, kasih sayang dan cinta Hisyam hanya untuk Nana seorang je.

Hani akhirnya berjaya memerangkap Hisyam supaya datang ke rumahnya dan ditangkap basah. Hisyam seorang yang sangat mudah percaya kepada sesiapa pun. Akhirnya, mak dan ayah Hisyam memaksa Hisyam untuk menikahi Hani kerana Hani sudah mengaku yang dia tengah mengandungkan anak Hisyam. Sangat licik Hani mengatur strategi, berpura-pura sakit supaya Hisyam datang ke rumahnya untuk di tangkap basah dan berpura-pura mengandung.
Hisyam memang tidak sanggup untuk melayan Hani sebagai isterinya, dia menikahi Hani kerana kesiankan bayi yang berada dalam kandungan Hani. Padahal, Hani tidak mengandung, Hani cuma berlakon sahaja.

Kesudahan jalan cerita yang seronok, Hisyam dan Nana kembali mengecap kebahgiaan.

2 comments: