Pages

Tuesday, March 15, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (9) Biarlah YM Berbicara

Biarlah YM Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009


"kepekaan saya"
Biarlah Ym Berbicara (BYB) mengisahkan kisah Cinta Diya atau nama sebenarnya Nurul Adiya Fatiha bersama 3 hero iaitu encik Firdaus selaku majikannya, Abang Kamal iaitu abang sepupunya dan Charming, teman sembangnya di YM. Jalan cerita yang agak santai dan menarik. Gaya bahasa dan olahan yang membuatkan saya cukup tertarik.

Diya mempunyai perwatakan yang sangat ringkas, sedikit kelam kabut, lasak dan suka termenung. Kebanyakan masa di pejabat, di habiskan dengan termenung dan bersembang di YM bersama Charmingnya. Mempunyai kawan baik yang bernama Sherry. Walaupun dengan tabiat yang suka termenung itu, membuatkan majikannya sendiri tertarik dengan Diya sekaligus menyimpan perasaan cinta kepada Diya. Encik Firdaus memang bersungguh-sungguh untuk memikat hati Diya sehingga terpaksa menyamar sebagai Charming dan mendekati Diya melalui Ym. Misteri kebencian yang teramat sangat Diya kepada abang Kamal terjawab apabila kisah pahit di masa lalu Diya di ungkap satu persatu. Nasib menyebelahi Diya kerana dapat mempertahankan kesucian yang hampir-hampir di ragut oleh abang Kamal.

Banyak peristiwa lucu sepanjang ranjau percintaan Firdaus dan Diya. Cuma yang membuatkan saya cukup geram sangat dengan perangai keras hati dan degil Diya ini. Diya suka membuat keputusan terburu-buru. Walau bagaimanapun, sikap dan perangai Diya menggelikan hati terutama semasa dia memanjat pokok. Juga watak ATUK. Atuk adalah kucing kesayangan Diya. Sesuatu yang baik melalui watak Diya ialah, dia seorang yang cukup berhati-hati . Diya juga seorang yang amat tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak akan mempermainkan hati lelaki-lelaki yang meminatinya. Jika dia tidak menyukai, dia akan terus menolak dengan baik.

Persahabatan antara Diya dan Sherry sangat baik. Tulus ikhlas tali persahabatan yang tidak dicemari rasa cemburu , iri dan khianat. Begitu juga kasih seorang abang sepupu seperti Kamal, biarpun tercemar dengan gelojohnya semasa remaja namun sikapnya yang profesional terhadap Diya amat mengharukan. Betapa sayangnya Kamal kepada adik sepupunya ini sehingga sanggup mengundur diri demi kebahagiaan Diya.

Kecanggihan dan kemajuan ICT menjadikan YM sebagai era baru untuk bercinta, jika sudah jodoh tidak akan ke mana mana.

Hanni Ramsul muncul dengan cerita cinta yang santai, sesuai untuk pembaca yang mahu menghilang tekanan kerja seperti saya.

No comments:

Post a Comment