Pages

Thursday, July 21, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (30) Bayangan Rindu



Bayangan Rindu
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21

Kepekaan saya:

Bayangan Rindu hasil nukilan Anis Ayuni ini mengisahkan percintaan di alam remaja di antara Iddya dan Baien. Mereka berdua bercinta semasa di alam persekolahan lagi. Cinta mereka berdua berakhir dengan kelukaan kerana setelah Baien melanjutkan pelajaran ke luar negara, Baien memutuskan hubungannya dengan Iddya. Baein telah mengkhianati cinta mereka dengan mengahwini Ivy di luar negara.

Iddya sangat kecewa dengan perbuatan Baein dan membawa hati yang duka seorang diri. Dalam kekecewaan hatinya, Iddya bertemu dengan kawan sekolahnya yang bernama Kiew. Kiew telah memeluk Islam. Nama islamnya, Umar Isy. Iddya menjadi begitu rapat dengan Umar/Kiew. Umar/Kiew tempat Iddya meluahkan segala masalah yang melanda dirinya. Sebenarnya, Umar/Kiew menaruh hati dalam diam kepada Iddya semasa sekolah lagi. Bila mereka bertemu kembali dan menjadi kawan rapat, Umar/Kiew hanya memendamkan sahaja perasaannya terhadap Iddya.

Dalam masa yang sama, Baein telah pulang ke tanah air dan cuba untuk memikat Iddya semula. Baein tetap tidak berputus asa memujuk Iddya walaupun Iddya sentiasa mengelakkan diri daripadanya. Isteri Baein menjadi marah dan bengang kepada Iddya kerana menganggap Iddya mengacau rumahtangganya bersama Baein. Bermacam-macam tuduhan yang isteri Baein lemparkan kepada Iddya. Hanya Umar/Kiew tempat Iddya mengadu masalah yang di hadapi nya.

Iddya juga telah bertemu dengan Lutfi. Lutfi adalah lelaki yang bekerja satu pejabat dengannya. Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamat Iddya semasa Iddya di ganggu oleh bujang telajak di tempat kerjanya. Lutfi telah berjaya menambat hati Iddya kerana pandai mengambil hati Iddya.

Lutfi adalah duda beranak satu. Umar/Kiew mengetahui hubungan Iddya dengan Lutfi, disebabkan perkara tersebut, Umar/Kiew pendamkan sahaja perasaan cintanya pada Iddya.

Iddya telah membawa Lutfi berjumpa dengan keluarganya. Saat yang paling mengecewakan lagi hati Iddya. Rupa-rupanya, Lutfi adalah saudara susuannya. Lutfi merupakan bayi yang disusui oleh ibu Iddya semasa mereka sekeluarga tinggal di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Lutfi kehilangan ibu semasa di lahirkan dan dijaga oleh keluarga Iddya. Maknanya, keluarga Iddya menjaga Lutfi semasa Lutfi masih bayi dan Iddya belum wujud lagi dalam keluarganya.

Sekali lagi hari Iddya hancur berkecai. Cinta yang di impikan untuk mencapai kebahagian kecundang lagi untuk kali kedua. Rupa-rupanya Iddya mencintai abang sesusuannya. Iddya membawa hati yang hancur remuk ke Perth untuk mencari ketenangan jiwa. Pemergiaan Iddya ke Perth di jejaki oleh Umar/Kiew. Umar/Kiew datang mencari Iddya untuk menghiburkan hati sahabatnya itu.

Semasa berada di Perth, barulah Iddya terfikir yang Umar/Kiew seperti menaruh hati dan perasaan kepadanya. Betapa silapnya sikap Iddya kerana tidak pernah perasan akan kewujudan cinta di dalam diri Umar/Kiew untuknya. Barulah Iddya tahu yang selama ini, Umar/Kiew memendam rasa cinta terhadapnya disebabkan oleh kasih Iddya pada Baein dan Lutfi.

Akhirnya, Iddya menerima Umar/Kiew sebagai teman hidupnya. Pelbagai ranjau duka dalam percintaan yang terpaksa Iddya tempuhi. Wujudnya seorang sahabat rapat yang mampu buat Iddya tersenyum dan terhibur untuk menempuhi hari-hari mendatang. Sahabat itulah yang sentiasa Iddya rindui. Akhirnya Umar tetap di hati Iddya.

2 comments: