Friday, December 16, 2011

Jangan Disoal Kesusahan Orang

kadang-kadang, hidup atas muka bumi ciptaan yang Esa ni, kita akan lalui kesenangan dan kesusahan. bagi NH kesusahan tu, untuk menguji kesabaran diri seseorang. mungkin, selepas kita berjaya menangani kesusahan dengan baik, mungkin akan ada kesenangan yang berlipat kali ganda di hadapan kita nanti.

so, dalam hidup ni, jangan terlalu bangga atau riak dengan kesenangan yang kita kecapi. bersyukur lah dengan apa yang dimiliki. dan jangan sesekali menyoal siasat kesusahan orang di sekeliling kita. walaupun kita nampak di depan mata kepala kita sendiri, kalau rasa mahu membantu, bantulah dengan keikhlasan yang tulus.

jika seseorang dalam kesusahan, kita bantu lah apa yang patut. jangan sesekali menyoal itu dan ini. jangan buat seseorang itu merasa semakin tertekan dengan kesusahan yang di alaminya. jangan tambah kan beban kesusahan orang. yess..kadang2, itu semua kita rasa seperti mengambil berat, sebab tu lah kita menyoal pelbagai benda.

biarkan seseorang itu meluahkan dulu segala kesusahan yang di alami. sebaik baiknya kita perlu menjadi pendengar yang setia. apabila seseorang itu dah rase tenang, baru lah kita cuba untuk beri pendapat.

kesimpulan nya, perlu lah jaga hati seseorang itu.

NH seboleh mungkin tidak mahu mengambil tahu hal-hal orang sekeliling yang dalam kesusahan.

** pssst.. macam lah NH ni tak pernah menyebok kan. saje je wat entri ni. menghabiskan masa yang singkat ini.
sekarang, NH dah tak cukup masa nak update blog.

2 comments: