Monday, August 23, 2010

Restoran Kak ieta Steamboat

ceritera bulan ramdhan.
sabtu lepas, kul 11 pagi, gerak ke kl, kena g umah my sister kat setapak Kl, sebab nak tolong buatkan mini popia..mau tercabut gak a pinggang saya ni duk melayan mini popia ni..
huhu, xpe la, bantu membantu, tolong menolong kan..
hehe..

petang sabtu ni, berbuka puasa bersama Rai, Fahmi n Raimi, kawan2 saya masa kije kat takaful malaysia dulu, saya mmg suka sgt kawan ngan Rai ni, sporting abis si Rai ni,
Rai n Raimi masih setia kat takaful malaysia lg, saya n fahmi je dah curang..hehe..
fahmi ni merangkap buah hati rai..
berbuka puasa kat Restoran Kak Eita Steamboat, Seksyen 2, Wangsa Maju.




saya belasah seafood byk2 la..saya mmg suka makan kepah + kerang + makanan laut yang sewaktu dengan nya..




tp, tak se hebat Restoran Sri Q Thai Steamboat yang fila bawa saya dulu..:]
bahan bahan utk steamboat kat sini sgt2 limited kalau nak di bandingkan dgn Sri Q Thai Steamboat. yang menjadi keunikan Restoran Kak Ieta Steamboat ni adalah sup dia, ade 3 jenis sup pilihan, boleh pilih 2 jenis utk d nikmati, sup ayam, tomyam n sup ekor,
saya pilih sup ekor n tomyam.
ada gak bermacam2 jenis siput yang tak pernah saya jumpa, tak sempat lak nak snap gamba2 siput ni..rugi kan. rasa mcm nak pegi lagi bile ade org belanja..hehe.

apa apa pun, time kasih byk2 kat Rai, Fahmi n Raimi sebab sudi berbuka puasa bersama saya..

menu - menu yang ada kat restoran Ieta Steamboat ni,
- ada lebih kurang 20 jenis bahan-bahan utk stemboat.
- kuih muih, cucur, bubur, rojak buah.
- nasi putih, nasi goreng + lebih kurang 10 jenis lauk (tak sempat nak makan sbb duk belasah makanan steamboat je.)
- daging bakar (tak sempat nak makan gak, kul 8.30 dah tak bakar da. so sad)
-satay (tak sempat gak, tak tau duk kat mana) huhuhu

rm 33 utk dewasa n rm15 utk kanak2. kira nya buffet ramadhan la.

No comments:

Post a Comment