Monday, August 2, 2010

Menu Diet

menu diet ni saya ambil kat web SIY.com.
produk SIY ni agak mahal, mcm susah untuk saya mencuba produk ni,
nak kena tunggu poket tebal sikit la untuk cuba produk SIY ni.
tp, saya akan try utk ikut diet yang di sarankan oleh perunding produk SIY ni..


Pilihan sarapan pagi

1. semangkuk oat dan nescafe
2. sekeping capathi dan kuah dal dan secawan teh o
3. 2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
4. Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
5. sekeping tosai dan nescafe
6. 2 ketul popia basah dan segelas teh o
7. 2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
8. 2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
9. 2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.



Pilihan Makanan tengahari.
( kalau boleh padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan .)

1. 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
2. 1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
3. 1 senduk mee hoon goreng
4. 1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
5. kweyteow sup
6. 1/2 cawan makaroni goreng
7. 1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
8. 1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup dan beberpa ketul kentang.
9. 1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
10. 1/2 senduk nasi ayam dan ayam dada steam buang kulit.dan potongan timun,
11. 1/2 senduk nasi ,ikan masak tiga rasa (makan isinya)dan 1/2 senduk sup sawi.
12. 1/2 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
13. 1/2 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
14. 1 mangkuk wantan mee.
15. 1/2 mangkuk pasta
16. 1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kembung masak pindang dan 1/2 senduk
sayur kubis
17. 1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
18. 1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

kalau hari cuti boleh ambil satu senduk penuh nasi tapi malam jangan makan ok,malam ambil desert ok. ingat.



Pilihan desert/atau makanan ganti makan malam/minum petang pun boleh.


1. 2 ketul popia basah dan jus tembikai.
2. 1 mangkuk rojak buah
3. sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
4. beberapa potong buah naga.( sangat baik diamalkan as snack , masa nonton tv)
5. 5 keping biskut dan secawan milo panas.
6. 2 keping vadai dan segelas lassi sejuk
7. 1 mangkuk salad buah.
8. kunyah-kunyah sebiji carrot
9. semangkuk tau fu fah
10. satu biji jagung rebus.
11. segelas jus tomato.
12. seketul tahu sumbat dan segelas soya.
13. 1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
14. 1 cawan yogurt asli ( baik diamalkan setiap malam sebagai penganti dinner)
15. 1 keping sandwich keju
16. seketul puding roti dan teh o
17. 4 ketul cekodok he,he dan nescafe o ( peberet nih)

No comments:

Post a Comment