Tuesday, August 30, 2011

sehari sebelum syawal menjelma

assalamualaikum....

sehari sebelum syawal memang suasana yang paling seronok sangat. macam2 benda nak buat untuk sambut tetamu datang beraya esok.

NH dah sampai kat kampung hari sabtu lepas lg. NH balik dengan ayah NH sebab kebetulan ayah NH datang putrajaya nak tengok kak Ipar NH yang masuk wad. masuk wad kononnya doktor cakap dah nak bersalin. tapi, lum cukup weeknya lagi.

NH duk sebok simpul popia mini inti serunding ikan. kuih raya yang wajib NH buat setiap tahun. tahun ni, NH buat lewat sebab Mak NH tak sempat nak buat serunding ikan, just beli kat pasar je.

kononnya, tahun ni NH nak belajar buat ketupat palas, nak belajar cara nak bungkus ketupat guna daun palas. belajar punya belajar, tak jadi3.. susah jugak ek nak buat ketupat palas ni.

ayah NH baru duk sebok nak pasang pelita raya. kat bawah ni ler rupa pelita raya umah NH.. hehe.. 2 pelita je pun yang ayah NH pasang.


ni la rupa popia simpul inti serunding ikan NH yang telah siap di goreng. rupa sebelum goreng tak sempat nak snap gambar.


ni pula rupa ketupat palas mak NH yang dah siap.. huhu.. sedap tau, Mak NH letak serunding daging + kacang kat dalam ketupat ni tau..nyum2..;]

2 comments:

  1. tahun ni rumah jee tak pasang pelita.rumah org2 lain pon tak..dh makin suram dh hari raya.kalau dulu pelita keliling rumah masing2..sekarang dh kurang dah..

    ReplyDelete
  2. tu la, rumah kaknor pun, malam 1st je. lepas tu, hujan, tak dapat nak pasang pelita da..;]

    ReplyDelete