Monday, August 15, 2011
NH: Cabaran 50 Buku : (33) Andai Kau Jodohku
Andai Kau Jodohku
Penulis : Liza Zahari
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : September 2010
Kepekaan saya:
Andai Kau Jodohku mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis yang nama Riana. Riana yang percaya kepada cinta zaman kanak-kanaknya. Riana seorang gadis yang mulus, bekerja sebagai editor di salah sebuah syarikat penerbitan.
Minul adalah cinta pertama Riana, cinta di zaman kanak-kanak. Riana terlalu taksub pada cintanya sehinggakan sanggup menunggu Minul hadir untuk melamarnya sedangkan mereka berdua telah lama terpisah. Riana dan Minul berpisah semasa berumur belasah tahun kerana keluarga Riana berpindah dari kampung kelahiran Riana.
Tugas Riana sebagai editor juga perlu membuat kaji selidik tentang sesuatu tajuk yang di kehendaki oleh ketuanya. Riana telah ditugaskan untuk menemuramah seorang pengamal perubatan tradisional yang bernama Ezani dan tinggal di Puncak Alam. Ezani juga seorang pengamal ajaran sesat, tetapi, Riana hanya mengenali Ezani sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.
Ezani juga mempunyai isteri seramai tiga orang. Disebabkan oleh hati yang hitam, yang penuh dengan perasaan ingin menguasai ilmu ajaran sesat, Ezani telah memukau Riana untuk dijadikan isteri keempat. Ezani juga telah membunuh isteri pertamanya dan memuja mayat isteri pertamanya untuk mendapat ilmu hitam yang lebih kuat.
Ezani memukau Riana kerana menganggap rupa paras Riana seiras dengan wajah arwah isteri pertamanya. Riana berjaya dipukau. Hidup Riana kucar-kacir, Riana kehilangan kerja kerana terlalu asyik dengan layana Ezani. Seluruh pergerakan Riana dikuasai oleh Ezani. Nasib Riana agak baik kerana mempunyai ayah tiri yang bertanggungjawab. Ayah tiri Riana berusaha mencari seorang ustaz yang tahu menangani ilmu hitam yang telah terkena pada diri Riana.
Ayah tiri Riana telah berjumpa dengan Pak Sheikh. Pak Sheikh telah menyerahkan tugas untuk menumpaskan ilmu hitam Ezani kepada anak didiknya iaitu Danish. Danish adalah sepupu kepada Minul. Perkenalan antara Riana dan Danish terjadi setelah Danish berjaya mengubati Riana. Daripada mengenali Danish, Riana telah berjaya bertemu kembali dengan Minul. Rupa-rupanya, wajah Danish dan Minul adalah seiras. Pada mulanya, Riana ingatkan Danish adalah Minul.
Riana yang sememang menaruh harapan untuk menjadi suri hati Minul sangat gembira dengan pertemuan tersebut, tetapi, Minul telah berkahwin dengan Maria kerana satu peristiwa. Pertolongan Danish dan Pak Sheikh telah mengembalikan Riana yang asal. Riana yang bebas dari ilmu hitam Ezani. Pak Sheikh juga ingin memulihkan Ezani, tidak mahu Ezani terus hanyut dengan ajaran sesatnya.
Apakah peristiwa yang berlaku antara Minul dan Maria sebelum perkahwinan mereka? Dapatkan Riana memiliki cinta yang telah tersimpan kemas di hatinya? Adakah Riana betul-betul pulih dari gangguan ilmu hitam Ezani? Segala-galanya akan terjawab di sebalik penceritaan andai kau jodohku ini.
Pada zaman kecanggihan teknologi ini, masih ada insan yang mengamalkan ilmu hitam untuk kesenangan hidupnya. Sanggup memuja, membunuh, mengkhianati saudara sendiri untuk mendapatkan ilmu yang kononya akan memberi kesenangan hidup di dunia ini. Manusia yang mengamalkan ilmu hitam dan ajaran sesat mungkin tidak mempunyai iman di dada dan tidak mendapat kasih sayang dan ajaran agama yang secukupnya.
Seperti kisah hidup Ezani, sememangnya Ezani tidak mempunyai kasih-sayang dari ibubapanya kerana, bapanya telah meninggalkan ibunya dan dirinya hidup di dalam kesusahan semasa dia masih kecil lagi. Ibu Ezani juga tidak mempunyai ajaran agama. Hidup hanya untuk mencari sesuap nasi. Ezani mengamalkan ilmu hitam dan ajaran sesat kerana tidak percaya pada takdir hidupnya.
Terlalu banyak pengajaran didalam novel andai kau jodohku ini. Sifat Riana yang terlalu berani dalam menjalan tugas juga tidak boleh di ikuti kerana kerana keberaniannya itulah dia terkena pukau dari Ezani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment